You are on page 1of 5

RANCANGAN PERNIAGAAN

1.0 PENGENALAN
Cocktail Design memulakan perniagaan dengan mendaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia. Butik Cocktail Design merupakan sebuah Butik Eksekutif Dress. Cocktail Design
telah memulakan perniagaan pada 11 Januari 2011. Kebanyakan stok kain cocktail ini diimport
dari London dan kami mempunyai pemborong tetap yang mempunyai fabrik kain yang berkualiti
tinggi. Pernigaan ini dilakukan di Butik Wangsa Walk Mall dan juga secara online. Kos modal
pada awalnya ialah RM 50 000.

2.0 OBJEKTIF
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sesebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksankan. Selain itu,
Dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan menyakinkan para pihak yang
bekerja sama dengan butik kami termasuklah institusi kewaangan. Di samping itu, rancangan
perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan produk yang dihasilkan.
Antara pihak yang memerlukan rancangan perniagaan ialah, usahawan, pembekal, institusi
kewangan/ pelabur dan kakitangan.

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT


Nama Syarikat : BUTIK COCKTAIL SDN. BHD.
Alamat Syarikat: LOT 1-57, FIRST FLOOR, WANGSA WALK MALL, BANDAR
BARU WANGSA WALK MALL, 5300 KUALA LUMPUR
No Telefon : 03- 41424586
Alamat E-mel : cocktailwwm@gmail.com
Bentuk Perniagaan: MILIKAN TUNGGAL
Bentuk pemilikan Syarikat: COCKTAIL SDN. BHD.
Kegiatan utama: JUALAN
Tarikh Pendaftaran: 11 JANUARI 2011
Modal permulaan: RM 50 000
Nama Bank: MAYBANK
Jenis Akaun Perniagaan: Akaun Semasa
No Akaun Syarikat : 2118214787609061

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK


Nama : NUR AISHAH BINTI SULAIMAN
No K.P: 851102-14-5248
Tarikh Lahir: 02 NOVEMBER 1985
Umur: 30 TAHUN
Jantina: PEREMPUAN
Alamat: No 145, LORONG KERAMAT 17, DATO KERAMAT 5400 KUALA LUMPUR.
No telefon: 012-3456789
Taraf perkahwinan: BUJANG
Latar Belakang Akademik: IJAZAH SARJANA SENI REKA FESYEN
Pengalaman kerja: PERNAH BEKERJA DI BUTIK RIZMAN RUZAINI
Kemahiran: PANDAI MENJAHIT DAN MEREKA FESYEN BEKONSEP ALA BARAT
Pekerjaan sekarang: PENSYARAH
Perniagaan yang pernah diceburi: MENIAGA ONLINE

5.0 LATAR BELAKANG PROJEK


Alamat : LOT 1-57, FIRST FLOOR, WANGSA WALK MALL, BANDAR
BARU WANGSA WALK MALL, 5300 KUALA LUMPUR

6.0 RANCANGAN ORGANISASI


6.1 Matlamat dan strategi organisasi
Misi Organisasi
I. Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
II. Menyediakan produk yang dapat memenuhi kepuasan dan permintaan pengguna dan pelanggan.
III. Menghasilkan reka fesyen yang terbaru

Matlamat Organisasi
Matlamat utama adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebuah organisasi yang
berdaya saing. Matlamat lain bagi organisasi ini adalah untuk :
I. Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.
II. Memastikan perniagaan ini terus unggul dan memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik
untuk pelanggan.
6.2 Strategi jangka pendek
I. Memberikan kepuasan yang maksimum untuk pelanggan
II. Memaksimumkan keuntungan
III. Memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan
IV. Memperluaskan pasaran
V. Mempelbagaikan reka fesyen
6.3 Strategi jangka panjang
I. Mengekalkan harga standard
II. Memaksimumkan kepuasan pelanggan
III. Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan di setiap negeri untuk di dalam negara dan
diluar negara.
6.4 Carta Organisasi

6.5 Senarai kakitangan


Bil Jawatan Bilangan pekerja
1. Pengurus besar, operasi dan pentadbiran 1
2. Pengurus pemasaran dan kewangan 1
3. Pekerja am 3
4. Pereka 4
5. Tukang jahit 8
6. Jurujual 5
JUMLAH 22

6.6 Bayaran imbuhan kepada kakitangan


 Cuti sakit
Pekerja yang kecedaraan taupun kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti
bergaji samping memberi rawatan perubatan secara percuma.
 Cuti tahunan
Cuti tahunan akan diberi selama 14 hari
 Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik akan diberikan kenaikan gaji. Pihak syarikat juga
akan memberi bonus setiap hujung tahun bergantung kepada peratus keuntungan yang diperoleh
 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pekerja diwajibkan mendaftar dalam KWSP.

7.0 RANCANGAN PEMASARAN


Perkhidmatan yang ditawarkan Bahagian ini menerangkan strategi pemasaran yang akan
digunakan untuk mencapai metlamat pemasaran perniagaan. Antara maklumat yang dimasukkan
ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
7.1 Pelanggan
Sasaran pelanggan syarikat adalah :
 Golongan remaja
 Golongan berpendapatan tinggi
 Pencinta fesyen
7.2 Saiz pasaran
Terdapat lebih kurang 8 ribu remaja, pendapatan tinggi dan pencinta fesyen di sekitar kawasan
ini.
7.3 Persaingan
Nama Syarikat Status Sumbangan Kekuatan Kelemahan
pesaing
ARB Design Syarikat Sedia Sumbangan Mempunyai Tertumpu pada
ada semasa majlis pelbagai reka satu warna
buka puasa dan bentuk. untuk satu reka
menyediakan fesyen.
perhentian bas.

7.4 Empat Campuran pasaran


Produk
Butik Cocktail ini menyediakan pakaian dress cocktail pelbagai tema. Tema yang
terdapat pada buti ialah “candy”, “elegant” dan banyak lagi. Tema yang disediakan hanya
terdapat di butik ini sahaja. Pelbagai warna yang terdapat pada setiap setiap tema. Pelanggan
juga akan diberi perkhidmatan penghantaran percuma. Selain jual, butik kami juga, menyediakan
perkhidmatan menyewa baju.
Harga
Harga yang disediakan oleh butik kami amat berpatutan. Bagi harga jualan yang
disediakan ialah RM 250 hingga RM 2,500 mengikut jenis kain dan design. Manakala harga bagi
sewa dalam lingkungan RM 50 hingga RM 1,250. Perkhidmatan penghantaran adalah percuma
bagi 50 Km. Harga akan menurun mengikut musim.
Promosi
Promosi yang digunakan oleh pihak kami ialah iklan dari segi media dan lisan.
Belanjawan yang digunakan untuk promosi adalah RM 5 000. Promosi paling banyak digunakan
ialah melalui ict iaitu e-dagang.
Tempat
Butik ini beroperasi dibandar yang banyak kemudahan awam. Butik ini juga berhampiran
dengan kawasan tumpuan remaja iaitu sekolah, universiti dan kilang. Butik ini berada dikawasan
celik IT, menyebabkan satu kelebihan untuk menghantar dan memesan barang melalui online.

8.0 RANCANGAN PENGELUARAN/OPERASI


8.1 Senarai barangan yang dihasilkan
Bil Produk Harga
1 Baju koktail bertema candy RM 250-RM 950

2 Baju koktal bertema elegant RM 550 – RM 1, 990

3 Baju koktail bertema perkahwinan RM 800 – RM 2, 250

4 Tempahan mengikut rekaan pengguna Bergantung pada pengguna bahan dan


kesukaran.

8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan (bulanan)


Bil Bahan Kuantiti Harga/Kuantiti Jumlah
(RM) (RM)
1 Kain (Import) 100 Meter 30/M 3 000
2 Kain tempatan 200 Meter 15/M 3 000
3 Benang 45 gelung 50/gelung 2 250
4 Hiasan 30 kotak 40/kotak 1 200
5 Span 10 Meter 15/M 150
6 Kain Manik 150 Meter 45/M 6 750
JUMLAH 16 350

8.4 Perabot dan kelengkapan pejabat


Pejabat kami dilengkampi dengan beberapa bilik kakitangan di butik. Selain iu, pejaabat kam
mempunyai sebuah stor unntuk menyimpan barang dan sebagainya. Bagi barang peralatan
menjahit pula, kami di letakkan di dalam bengkel. Bagi barang peralatan pejabat diletakka di
dalam pejabat dan stok yang baru sampai diletakkan di dalam bilik stor. Pejabat kami dilengkapi
dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termsuk bilik tetamu, ruang hadapan dan bilik
menjahit.
9.0 RANCANGAN KEWANGAN
9.1 Kos Projek
Perkara Unit Status Nilai
(RM)
kedai 1 buah sewa 2,500/bulan
Peralatan pejabat 9 set Belian tunai 3,000
Mesin jahit 8 buah Belian tunai dan 6,400
kredit
Perabot dan almari 9 set Belian tunai 7,200
komputer 8 set Belian tunai 16,000
JUMLAH 35,100

10.0 KESIMPULAN
Daripada perancanan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa butik kami iaitu,
butik Cocktail, sebuah perniagaan yang berasaskan produk baju fesyen mampu melangkah jauh
dalam bidang perniagaan inidan akan bersaing sihat dengan butik-butik lain yang ada di pasaran
luar sana. Dengan modal yang mencukupi dan kesungguhan yang ada pada setiap kakitangan
kami, maka kami akan berkembang dengan perniagaan yang kami ceburi. Tambahan pula,
remaja kini menitikberatkan fesyen dan sering mengadakan majis minum petang yang memakai
pakaian cocktail.
Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu
untuk bersaing dengan butik-butik yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan lapan
mesin jahit industry yang tahan lasak dengan tenaga pekerja yang mahir. Dengan ini kami
berupaya mengeluarkan baju yang berkualiti dan memenuhi citarasa pengguna. Kami juga yakin
bahawa perniagaan ini akan terus berkembang dan luas pasaran di antarabangsa lagi di masa
hadapan

You might also like