You are on page 1of 8

KAJIAN KES KELAB PENCINTA ALAM SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA.

1.0 PENGENALAN
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) pada 25 Mac 2018 hingga 29 Mac 2018 di Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya
pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya, Kelab Alam
Sekitar, Kelab Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik
dan Persatuan Bahasa Arab. Saya telah memilih Kelab Alam Sekitar sebagai kajian kes
saya yang berkaitan tentang asal usul penubuhan kelab dan aktivit penjanaan kewangan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN


Pelbagai kelab yang telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab
akademik dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih kelab bukan akademik sebagai
kajian kes saya iaitu Kelab Pencinta Alam. Kelab Pencinta Alam telah ditubuhkan pada 17
hari bulan Ogos 2015, di bawah unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bandar Puter Jaya
bertempat di Dewan Aspirasi. Pihak sekolah SKBPJ berhasrat untuk mewujudkan Kelah
Pencinta Alam atas kesedaran memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar serta guru
tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Lebih merunsingkan lagi, keadaan
alam sekitar juga semakin merosot di mana pencemaran air, pencemaran udara, penipisan
lapisan ozon, paya bakau dan hutan rimba semakin berkurangan, sumber-sumber semula
jadi menyusut, peningkatan suhu dan masalah hujan asid (Mohd Rafi, Razali & Nik Rozhan,
2003). Keadaan ini berpunca-punca oleh aktiviti-aktiviti manusia seperti perlombongan,
tebus guna tanah yang mengorbankan terumbu karang dan penebangan hutan yang
menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut. Pembuangan sampah sarap dan
kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik, sisa nuklear dan tumpahan minyak
menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Pembakaran bahan api fosil dalam
perindustrian, pembakaran hutan dan sisa domestik secara terbuka, pengeluaran tenaga
dan pengangkutan menyebabkan kadar pencemaran udara yang tinggi (Kualiti Hidup
Malaysia, 2002). Aktiviti-aktiviti seperti perladangan, urbanisasi dan perindustrian
menyebabkan pencemaran logam berat, pencemaran racun makhluk perosak pencemaran
organik dan peningkatan keladak dalam air. Laluan pencemaran yang utama dari darat ke
laut adalah sungai. Pencemaran sungai ini mampu memusnahkan kehidupan akuatik,
melenyapkan spesies yang sensitif disebabkan oleh kegagalan pembiakan atau kematian
(Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini, 2010). Kemusnahan alam
sekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Pembangunan oleh
manusia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata telah menyebabkan
penyusutan sumber alam dan pencemaran (Mohamad Fazli Sabri & Teoh, 2006).
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah berbincang untuk mengawal pencemaran
yang berlaku terutamanya di sekolah. Sehubungan dengan itu, Kelab Pencinta Alam akan
ditubuhkan sekali gus dirasmikan demi memastikan program seperti ini berterusan. Kelab ini
juga akan bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran sekolah bebas daripada
sebarang pencemaran.

3.0 OBJEKTIF KELAB PENCINTA ALAM ADALAH SEPERTI BERIKUT :


Objektif Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah rendah adalah bertujuan untuk
membolehkan pelajar:
i. Mempunyai asas pengetahuan dan kefahaman tentang manusia dan alam
sekitarnya.
ii. Mengetahui dan memahami jenis dan cara-cara interaksi antara manusia
dengan manusia, manusia dengan unsur-unsur alam yang lain serta kesan-
kesan daripada interaksi berkenaan.
iii. Memahami tentang kepentingan memelihara keseimbangan dan kesejahteraan
alam sekitar dan bahaya pencemaran alam sekitar.
iv. Memperkenalkan dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran berfikir,
bersoal jawab, menilai dan membuat keputusan.
v. Memperkenalkan dan memperkembangkan sikap yang positif dalam
menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan
isu-isu yang berhubung dengan individu, masyarakat dengan alam sekitarnya.

4.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN


Bedasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan kelab ini
ialah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian, satu kertas kerja telah
disusulkan sebagai permohonan untuk menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah
kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung untuk
berbincang tentang takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab
tersebut. Antara isu berbangkit yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang,
pendaftaran ahli, yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa baru. Setelah mendapatkan
kelulusan daripada pihak atasan, majlis Penubuhan Kelab pencinta Alam ini telah
dirasmikan oleh Dato’ Hj. Afandi bin Hj. Hazmah yang merupakan Pengarah SWCorp Negeri
Kedah. Majlis penubuhan ini dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan
Aspirasi SKBPJ.
5.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN
Pada 5 September 2015 yang lalu, Kelab Pencinta Alam telah mengadakan aktiviti kitar
semula dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru. Aktiviti ini
dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan. Sebelum bermulanya aktiviti
gotong-royong, sebuah taklimat telah diadakan di perkarangan sekolah. Setelah taklimat
diberikan oleh penasihat kelab, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Pencinta Alam
yang turut disampaikan oleh pengerusi kelab iaitu saudara Mohd Azri. Tujuannya adalah
untuk mendedahkan serta menghebahkan kepada para ahli yang terlibat tentang kewujudan
kelab Pencinta Alam ini.

4.1 AKTIVITI YANG BERPANJANGAN

TAHAP I TAHAP II TAHAP III


Wira Diri Wira Komuniti Wira Alam
Aktiviti Wajib BAHAGIAN I : Aktiviti Wajib Aktiviti Pilihan
Kebersihan Alam Pusat Pendidikan Alam (Pilih sekurang-kurangnya 3
Iklim Berkenalan dengan Pokok aktiviti)
Penggunaan Tenaga Lawatan Luar Projek Kitar Semula
Keceriaan dan Kehijauan Sambutan Bertemakan Alam Kajian Hidupan dalam
Alam Sekitar Sungai/Kolam atau River
Siratan dan Rantaian Projek 5R Watch
Makanan Audit Alam Sekitar Penghijauan Sekolah
Pencemaran Alam Kaji Selidik Penganjuran Seminar
Kembara Alam Rantaian Makanan Kanak-Kanak
Penceriaan Minda BAHAGIAN 2 : Aktiviti Pilihan Kebun Organik
Kajian Tempatan (Pilih 1 antara 3) Kajian Alam
Perkhemahan Alam Sekitar Audit Alam Sekitar
Pentas Alam Projek Melibatkan Komuniti
Permainan Alam Sekitar Membersihkan Kawasan
Pantai
5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN
Berdasarkan temu bual saya dengan guru penasihat kelab ini iaitu Ustazah Rahimah,
kekuatan yang amat ketara bagi kelab ini ialah murid-murid dapat belajar bagaimana
menghargai alam sekitar. Bukan itu sahaja, malah tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk
memberi kesedaran kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung
untuk sama-sama bekerjasama menjaga kebersihan alam sekeliling. Melalui perbincangan
kami, beliau berkata bahawa sumber kewangan semasa adalah daripada pihak sekolah,
ibubapa dan juga murid. Mereka turut menyumbang untuk memajukan setiap program. Pihak
sekolah telah mengadakan kempen kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar. Untuk mewujudkan impak yang lebih besar, pihak guru melaksanakan program di mana
mereka mewujudkan Taman Flora berhampiran bilik sains pada 5 September 2015 bermula di
kawasan sekolah. Semenjak itu, sebanyak RM200 sahaja dalam bulanan dibelanjakan bagi
aktiviti kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Aktiviti ini banyak memberi faedah dan kebaikan
pada generasi kini dan akan datang kerana penggunaan sumber alam dapat dihadkan.
kreativiti tersendiri.

6.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN


Masalah pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini. Kenyataan ini
disokong oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui pembentangan
memorandum mengenai penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan nasional serta
profesion guru (Richard, 2013). Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh
Kelab Pencinta Alam adalah melibatkan kekangan wang untuk menjalankan aktiviti yang lebih
menarik dan mencabar. Sumber kewangan utama kelab ini adalah bergantung kepada
peruntukan yang diterima daripada pihak sekolah, ibubapa dan murid. Masalah kewangan ini
telah menyekat Kelab Pencinta Alam untuk menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kebanyakan
aktiviti yang dilaksanakan adalah tidak menggunakan kos yang besar dan hanya menggunakan
bahan sedia ada. Perkara ini secara tidak langsung dapat meminimumkan penggunaan kos dan
meningkatkan kreativiti murid dalam penjanaan idea semasa melakukan aktiviti.
Pelaksanaan yang dilihat relevan bagi proses pengumpulan data kajian telah dijalankan
bagi memastikan setiap data kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pelaksanaan
kajian kes ini melibatkan sesi temu bual. Beberapa individu yang terlibat dalam struktur
organisasi Kelab Pencinta Alam telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat berkaitan
penjanaan sumber kewangan kelab ini. Antara individu yang terlibat bagi pelaksanaan sesi
temu bual ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKO) dan guru penasihat kelab.
Dalam sesi temu bual ini, beberapa soalan telah diajukan kepada GPK KOKO berkaitan sumber
kewangan kelab/persatuan di SK Bandar Puteri jaya secara keseluruhan. Kemudian, temu bual
bersama guru penasihat kelab berkaitan aktiviti penjanaan sumber kewangan Kelab Kitar
Semula juga dijalankan. Selain itu, tinjauan dan pemerhatian turut dilakukan di bilik sains dan
kawasan persekitaran sekolah bagi melihat projek yang telah dilaksanakan oleh kelab ini.
Hasil daripada maklumat yang telah dikumpul melalui sesi temu bual dan pemerhatian,
didapati bahawa sumber kewangan utama Kelab Pencinta Alam diperolehi melalui peruntukan
daripada pihak sekolah, ibubapa dan murid. Oleh itu, kelab ini telah menjalankan beberapa
aktiviti bagi menjana sumber kewangan kelab untuk kegunaan bagi menjalankan projek yang
lain. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi penjanaan sumber kewangan adalah
pengumpulan dan penjualan bahan kitar semula. Bahan kitar semula yang dikumpul oleh murid
seperti surat khabar, botol plastik, botol kaca dan tin akan dijual kepada pengumpul bahan kitar
semula yang datang ke sekolah. Selain itu, ada sebahagian bahan yang ingin dikitar semula
telah digunakan bagi menjalankan projek mini di sekolah tersebut. Guru dan murid telah
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan aktiviti ini. Aktiviti lain yang
dilaksanakan oleh kelab ini bagi menjana sumber kewangan adalah jualan semasa hari kantin
dan hari sukan sekolah.
Selain itu, kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap kelab
sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di kawasan negeri Kedah. Tabung ini berfungsi
sebagai panduan untuk kelab untuk menjaga sumber kewangan kelab tersebut. Yuran
pendaftaran ahli juga menyumbang kepada sumber kewangan kelab tersebut. Bentuk bantuan
kewangan yang diberikan secara ikhlas dan bukan berasaskan kepentingan perniagaan adalah
diharapkan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT


Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh dielakkan
cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan dengan Penasihat Kelab Pencinta
Alam, didapati bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi kewangan. Satu
Taman Flora dan Fauna yang dicadangkan untuk pameran pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan
telah menghadapi masalah dalam mengumpul dana untuk membentuk taman tersebut. Hal ini
kerana, kos yang diperlukan untuk mewujudkan Taman Flora dan Fauna tersebut memerlukana
dana yang agak tinggi sedangkan Kelab Pencinta Alam masih baru ditubuhkan di SK BPJ. Jadi,
ahli-ahli kelab berusaha untuk mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber. Misalnya
mereka telah mendapatkan penaja dari syarikat kebajikan yang berkenaan.
Selain itu, pihak sekolah sukar untuk menguruskan masa dalam menjalankan program
selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah
rendah tahap 2. Hal ini kerana murid tahap 2, iaitu tahun 4,5 dan 6 sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan pada waktu petang. Jadi, pihak guru sukar untuk menguruskan masa
supaya kedua-dua tahap murid dapat melaksanakan program bersama-sama. Hal ini supaya
dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan murid dan juga murid dan guru semasa
melaksanakan program kitar semula dan gotong-royong perdana.
Di samping itu, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada isu pencemaran bahan
buangan toksik dan sampah sarap di merata-rata tempat. Bahan buangan toksik dan sampah
sarap seperti kaca, tin minuman akan membahayakan kawasan sekeliling. Misalnya, murid-
murid bermain kejaran-kejaran dan terpijak kaca tersebut akan menyebabkan kecederaan. Oleh
itu, pihak guru mestilah menyediakan tempat yang sepatutnya untuk membuang sampah sarap
supaya tidak ada murid yang mengalami kecederaan disebabkan oleh pembungan sampah-
sarap di merata tempat.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Untuk perancangan akan datang, pihak sekolah berharap dapat meneruskan
program ini dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan
penglibatan murid dalam penjagaan Taman Flora dan Fauna dengan cara membuat
pengumuman berkaitan kelas-kelas yang bertugas pada setiap minggu semasa perhimpunan
pagi. Kemudian, menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink, Reuse,
Recycle. Kemudian, kelab ini akan berusaha untuk mencari sumber kewangan dengan mencari
penaja yang sudi menyumbang kepada kelab mereka. Selain itu, mereka akan menghasilkan
suatu program penghijauan sekolah di mana ia melibatkan kesemua kakitangan sekolah
termasuk juga ibubapa. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan SK BPJ semakin menjadi
sekolah tumpuan di mana sekolah ini telah mewujudkan satu program yang menarik sekaligus
mengharumkan nama sekolah dan dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah negeri Kedah
yang lain. Cadangan yang terakhir ialah pihak sekolah telah menyediakan perkhidmatan seperti
tempat pelupusan sampah dan tempat pembuangan sampah yang secukupnya. Hal ini untuk
memudahkan pihak pengguna di samping menyemai sikap cinta akan alam sekitar.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dapat dirumuskan bahawa kekuatan penubuhan
kelab Pencinta Alam ini ialah ia sangat sesuai dirasmikan terutamnya disekolah supaya dapat
menyedarkan masyarakat terutamanya murid-murid tentang pentingnya penjagaan alam
sekitar. Aktiviti yang melibatkan pelajar seperti penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik,
cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna secara
tidak langsung akan mendidik mereka untuk sentiasa berjimat dengan penggunaan air dan
tenaga elektrik sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Kesannya, sikap
bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang
dapat dipupuk dalam diri mereka
Sementalahan itu, saya juga dapat meringkaskan bahawa sekolah ini telah berjaya
mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan
amalan hidup lestari. Hal ini demikian kerana tempat pembuangan dan pelupusan sampah
berada berjauhan daripada kawasan persekolahan disebabkan pihak sekolah tidak mahu
membahayakan murid-murid daripada pencemaran seperti asap yang terhasil akibat
pembakaran.
Namun begitu terdapat juga kelemahan yang dapat dilihat sepanjang pernubuhan Kelab
Pencinta Alam di SK BPJ iaitu pihak sekolah mengalami kekurangan dana dan kewangan untuk
melaksanakan program dan aktiviti secara besar-besaran. Keadaan ini memaksa mereka untuk
menggunakan duit sendiri untuk menampung keperluan yang penting dalam perlaksanan
program yang ingin dilaksanakan. Oleh sebab penubuhan kelab ini disokong oleh ramai pihak
sekolah dan warga PIBG, mereka berganding bahu dalam usaha menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi oleh kelab ini. Hal ini dapat dilihat, apabila warga PIBG SK Bandar
Puteri jaya menyumbang sedikit dana kewangan bagi menampung aktiviti dan program yang
bakal dilaksanakan oleh kelab ini.
Selain itu, terdapat juga beberapa ancaman yang telah dikenalpasti iaitu penglibatan ahli
dan murid-murid agak kurang memberangsangkan. Hal ini kerana, sekolah ini terdiri daripada
dua sesi persekolahan iaitu waktu pagi dan petang. Keadaan ini menjadikan guru dan murid-
murid sukar untuk memberikan penglibatan secara konsisten kerana terlibat dengan kelas
ataupun tugas-tugas lain.

10.0 KESIMPULAN
Konklusinya, Kelab Pencinta Alam ini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan lagi
tahap kreativiti murid mahupun guru dalam bidang seni dan kraftangan. Hal ini juga dapat
memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan
sekolah. Kemudian, dengan wujudnya kelab seperti ini, warga sekolah dapat mempraktikkan
tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan alam sekitar dalam kehidupan
seharian. Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan program-program yang
lebih bermakna lagi.
10

You might also like