You are on page 1of 9

TAJUK LAPORAN KAJIAN KES

LAPORAN KAJIAN KES TERHADAP PENGURUSAN KEWANGAN PERSATUAN GURU


DAN KAKITANGAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DAMAI

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan untuk melihat pengurusan kewangan Persatuan Guru dan
Kakitangan SK Seri Damai dan mengenal pasti masalah pengurusan kewangan yang
dihadapi. Dalam kajian ini, beberapa bahan sumber berkenaan pengurusan persatuan telah
dirujuk. Hasil kajian menunjukkan beberapa masalah kewangan yang timbul pada
pengurusan persatuan ini termasuklah gagal dalam aspek pengurusan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, beberapa cadangan penambahbaikan dan penyelesaian terhadap
pengurusan kewangan Persatuan Guru dan Kakitangan SK Seri Damai telah dikenal pasti.
Oleh hal yang demikian, Setiap laporan kajian kes ini disokong dengan pengumpulan dan
analisis data perpandukan SWOT (strength, weakness, opportunity, threat)

PENGENALAN

Pengurusan Kewangan adalah suatu perkara usul yang amat penting dan perlu diberi
penekanan yang khusus dalam entiti sesebuah persatuan. Pengurusan kewangan juga
adalah suatu perancangan yang menyeluruh serta meliputi pelbagai bentuk urusan seperti
barangan, perkhidmatan, aktiviti dan termasuk juga projek kecil mahupun projek mega
(Steiss, 2003). Rosenbloom (1993) berpandangan bahawa perkembangan ekonomi,
perubahan struktur cukai dan perubahan yang berlaku dalam rangka kerja sosial dan
sebagainya adalah bergantung kepada faktor pengurusan dan perancangan kewangan.
Secara totalnya, dapat difahami bahawa tanpa pengurusan kewangan yang efisien dan
sempurna, maka pergerakan jentera sesebuah persatuan itu akan mengalami kepelbagaian
onak dan badai khususnya dalam hal ehwal pengurusan. Sohib Asimiran (2003) dalam
Noridah (2003) di antara tokoh dalam bidang pengurusan kewangan dan ekonomi semasa
juga menyatakan bahawa sumber kewangan amat memainkan peranan yang besar dan
faktor penentu serta pengawal utama kepada sistem pengurusan organisasi sesuatu
pertubuhan. Hal ini kerana, setiap aktiviti yang dirancang lazim dan pastinya memerlukan
perbelanjaan kos yang tinggi termasuklah dalam menyediakan bahan dan peralatan yang
berkaitan untuk menjayakan sesuatu agenda yang telah ditaqwimkan.

1
ANALISIS KES

Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan merupakan aspek yang sangat penting
dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini kerana kecekapan seorang guru dalam
menguruskan wang sekolah. Pengetua atau Guru besar bertanggungjawab sepenuhnya
menentukan aspek kewangan sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu kewangan merupakan elemen terpenting dalam
sesebuah persatuan. Hal ini kerana, dengan adanya kewangan yang kukuh dan stabil,
segala aktiviti akan berjalan dengan lancar dan seperti apa yang dirancangkan.

Oleh hal yang demikian, saya telah melakukan kajian tentang aktiviti penjanaan
kewangan terhadap Persatuan Guru dan Kakitangan SK Seri Damai. Kajian ini bertujuan
untuk menentukan sejauh mana tahap aktiviti penjanaan terhadap pengurusan kewangan.
Setiap laporan kajian kes ini disokong dengan pengumpulan dan analisis data perpandukan
SWOT.

LATAR BELAKANG KAJIAN LITERATUR

Sebelum melaksanakan kajian ini, terlebih dahulu saya telah memahami bidang mengkaji
mengenai SWOT secara terperinci. Selain itu, saya juga mendapat maklumat secra temu
bual bersama GPK Kokurikulum pada hari semasa saya menjalani pengalaman bersaskan
sekolah (PBS). Melalui perbicangaan ini, pelbagai maklumat telah saya peroleh mengenai
sumber kewangan sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temubual bersama guru
persatuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dirancang bersama
murid. Sejarah penubuhan Persatuan Guru dan Kakitangan SK Seri Damai yang dikaji ini
ialah sebuah badan persatuan yang telah ditubuhkan pada 1985 iaitu lima tahun selepas
pembukaan sekolah ini. Pada tahun ini, Persatuan ini terdiri daripada 27 orang guru, 5 orang
staf dan 4 orang guru praktikum dan guru ganti. Pada minggu yang lepas, saya telah
mengadakan PBS di SK Seri Damai, Petaling Jaya. Saya telah memilih Persatuan Guru dan
Kakitangan bagi melakukan kajian berkenaan penjanaan kewangan.

2
FOKUS KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan kewangan Persatuan Guru dan
Kakitangan SK Seri Damai. Menelurusi kronologi kajian kes, beberapa perkara dapat dilihat
dan diteliti sebagai punca kepada berlakunya masalah kewangan dalam sesebuah
persatuan. Faktor-faktor berlakunya masalah kewangan adalah seperti berikut:

 Kelemahan pengurusan pentadbiran utama kewangan


 Menggunakan duit tabung sebagai duit modal dalam jumlah yang banyak
 Tidak mengemakini penyata kewangan persatuan

Berdasarkan kepada faktor yang diutarakan di atas, terdapat pelbagai aspek yang perlu
diambil kira dalam hal ehwal pengurusan kewangan agar ianya dapat dijadikan sandaran
dan iktibar kepada mana-mana persatuan yang wujud. Sehubungan dengan itu, terdapat
beberapa inisiatif dan percaturan yang perlu untuk dirangka dan seterusnya dilaksanakan
bagi mengatasi permasalahan kewangan.

RUJUKAN SUMBER

 Pernyataan perbelanjaan kewangan bantuan kokurikulum

 Temu bual bersama GPK Kokurikulum : Puan Hidayat Azimah Binti Suhaimi

 Laporan pengelibatan pibg disekolah

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat mengenai sumber kewangan persatuan Reka Cipta terdapat
beberapa kaedah yang digunakan. Antaranya:

a) Kaedah temubual

b) Kaedah SWOT

3
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah satu bentuk tinjauan awal kepada keperluan suatu sistem pengurusan
kewangan yang efisien dalam sesebuah pertubuhan persatuan.

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenali permasalahan kewangan yang dihadapi oleh sesuatu persatuan.


ii. Mengenalpasti pengaruh pengetahuan perakaunan bagi membantu membentuk satu
sistem pengurusan kewangan pertubuhan yang sistematik, efisien dan terancang.
iii. Mengenalpasti kaedah dan jenis perbelanjaan persatuan.
iv. Mengenalpasti kaedah perancangan dan pengurusan kewangan yang sesuai untuk
diamalkan bagi sesebuah persatuan.
v. Mengenalpasti permasalahan kewangan yang dihadapi oleh persatuan.

LAPORAN KAJIAN KES KEWANGAN

Saya telah menggunakan SWOT untuk menganalisis data yang telah saya berjaya perolehi.
SWOT adalah salah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan
organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaan
yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Ia berkait rapat dengan kaedah penyusunan
strategi yang dilakukan oleh pengurus di dalam sesebuah organisasi. Menurut Rangkuti dan
Freddy (2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenal pasti faktor luaran dan faktor
dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan
dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi dan misi organisasi.

4
JADUAL ANALISIS S.W.O.T

STRENGTH WEAKNESS

(Kekuatan) (Kelemahan)

- aktiviti yang dijalankan selari dengan - kewangan yang amat terhad kerana kos
kemampuan persatuan perbelanjaan digunakan atas perkara lain

- mengehadkan dan meminima penggunaan - pengembalian modal mengambil masa


wang sedikit yang boleh dan menggunakan yang lama dan menyebabkan guru
wang untuk barang kelengkapan yang penting menggunakan duit sendiri untuk aktiviti
sahaja persatuan

- menjalankan jualan untuk menambah dana


persatuan

OPPORTUNITY THREAT

(Peluang) (Ancaman)

- peluang penjanaan kewangan juga boleh - ketidaktentuan hasil perniagaan yang


dikembangkan lagi dengan melakukan lebih dilakukan
daripada satu perniagaan
- kewangan persatuan menerusi yuran
- berkolaborasi dengan persatuan-persatuan persatuan juga perlu diberi perhatian oleh
atau lain dalam menjalankan aktiviti seperti guru
Persatuan PIBG

Jadual 1

5
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Berdasarkan analisis S.W.O.T yang telah di analisis, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang
dilakukan oleh Persatuan Guru dan Kakitangan SK Seri Damai ini. Aktiviti yang dijalankan
adalah selari dengan kemampuan persatuan tersebut. Menerusi aktiviti yang dijalankan,
kebanyakan aktiviti tidak melibatkan kos yang tinggi. Contohnya, membeli pinggan foam
untuk jamuan bilik guru, manakala barang yang lain ditanggung oleh guru sendiri atau
mereka membawa barang kelengkapan daripada rumah masing-masing untuk menjimatkan
kos.

Selain itu, persatuan ini juga menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat menjana
keuntungan besar. Persatuan ini menjalankan jualan Frozen Food kepada pihak sekolah,
pelajar dan ibu bapa. Antara Frozen Food tersebut ialah kuih muih karipap, cucur badak dan
sebagainya. Bahan jualan ini telah diletakkan di dalam peti ais sekolah di kantin iaitu
ruangan simpanan untuk jualan ini. Di samping menjana keuntungan, guru dan kakitangan
juga merasai pengalaman untuk berniaga.

STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PERSATUAN BAGI MENJANA SUMBER


KEWANGAN

ISU-ISU BERBANGKIT

Terdapat beberapa isu berbangkit di dalam persatuan ini yang kelihatan jelas selepas dikaji.
Contohnya, berlaku ketidaktentuan hasil perniagaan yang dilakukan. Hal ini demikian,
perniagaan memerlukan kesesuaian dari segi pelanggan yang dihadapi. Isu ini amat penting
kerana boleh menyebabkan kerugian yang besar. Selain itu, isu kewangan persatuan
menerusi yuran persatuan tidak diberi perhatian oleh guru dan kakitangan yang tidak
bertanggungjawab dan tidak mengambil terhadap yuran tersebut. Hal ini menunjukkan
ketidakadilan kepada ahli persatuan yang lain.

Seterusnya, terdapat isu faktor kewangan yang telah dihadkan untuk aktiviti
persatuan sahaja digunakan dalam lingkungan sekolah dan juga penglibatan aktiviti luar. Hal
ini, telah menjejaskan struktur kewangan di dalam persatuan tersebut. Selain itu, isu
penggunaan duit modal yang banyak digunakan dalam duit tabung persatuan menyebabkan
duit persatuan berkurangan dan menjadi sikit sebelum duit modal dibayar kembali. Lantaran

6
itu, pengembalian modal mengambil masa yang lama dan menyebabkan guru
menggunakan duit sendiri untuk aktiviti persatuan.

 Strength (Kekuatan)

Berdasarkan analisis S.W.O.T di jaduall 1 yang telah dihasilkan, dapat difahami dengan
lebih berfokus terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh
Persatuan Guru dan Kakitangan SK SERI DAMAI. Dari sudut kekuatan yang dimiliki, aktiviti
yang dijalankan selari dengan kemampuan persatuan. Menerusi aktiviti yang dijalankan,
kebanyakan aktiviti tidak melibatkan kos yang tinggi. Misalnya membeli pinggan foam untuk
jamuan bilik guru, manakala barang yang lain ditanggung oleh guru sendiri atau mereka
membawa barang kelengkapan daripada rumah masing-masing untuk menjimatkan kos.
Guru juga mengehadkan dan meminima penggunaan wang sedikit yang boleh dan
menggunakan wang untuk barang kelengkapan yang penting sahaja. Pengurusan dana
hanya digunakan untuk membeli beberapa peralatan sampingan seperti kelengkapan
pinggan dan cawan plastik sahaja. Oleh demikian, dana yang diperuntukkan untuk aktiviti
jamuan amat kecil dan tidak menyebabkan bebanan kos kepada persatuan. Selain itu,
persatuan ini juga menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat menjana keuntungan besar.
Persatuan ini menjalankan jualan Frozen Food kepada pihak sekolah, pelajar dan ibu bapa
yang terdiri daripada Frozen Food kuih muih karipap, cucur badak dan sebagainya. Bahan
jualan ini telah diletakkan di dalam peti ais sekolah di kantin iaitu ruangan simpanan untuk
jualan ini. Di samping menjana keuntungan, guru dan kakitangan juga merasai pengalaman
untuk berniaga.

 Weakness (Kelemahan)

Dari sudut kelemahan pula dilihat bahawa aktiviti berimpak besar bukan hanya
menyentuh ahli persatuan sahaja, bahkan semua warga sekolah. Faktor kewangan yang
telah dihadkan untuk aktiviti persatuan sahaja digunakan dalam lingkungan sekolah dan
juga penglibatan aktiviti luar. Selain itu, penggunaan duit modal yang banyak digunakan
dalam duit tabung persatuan menyebabkan duit persatuan berkurangan dan menjadi sikit
sebelum duit modal dibayar kembali. Pengembalian modal mengambil masa yang lama dan

7
menyebabkan guru menggunakan duit sendiri untuk aktiviti persatuan. Berniaga bukan
seharusnya berniaga makanan sahaja, malah boleh juga berniaga perkara lain seperti
bahan sekolah yang amat menguntungkan.

 Opportunity (Peluang)

Peluang penjanaan kewangan juga boleh dikembangkan lagi dengan melakukan lebih
daripada satu perniagaan selain daripada makanan. Bahan sekolah juga boleh dijadikan
bahan jualan seperti buku dan alat tulis. Hal ini dapat mendatangkan keuntungan yang lebih
besar kepada persatuan. Selain itu, kewangan juga dapat dijimatkan apabila persatuan ini
dapat berkolaborasi dengan persatuan-persatuan atau lain dalam menjalankan aktiviti
seperti Persatuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Di samping mencapai objektif
kehendak persatuan, kos pengurusan aktiviti juga rendah berbanding mengadakan aktiviti
persatuan semata mata.

 Threat (Ancaman)

Ancaman yang wujud dalam persatuan ini ialah ketidaktentuan hasil perniagaan yang
dilakukan. Perniagaan memerlukan kesesuaian dari segi pelanggan yang dihadapi. Perkara
ini amat penting kerana boleh menyebabkan kerugian yang besar. Kewangan persatuan
menerusi yuran persatuan juga perlu diberi perhatian oleh guru, sekiranya guru yang
bertanggungjawab tidak mengambil berat kemungkinan guru dan kakitangan mengelak
untuk membayar. Hal ini menyebabkan ketidakadilan kepada ahli persatuan yang lain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada analisis yang dilakukan berikut merupakan cadangan yang boleh
diketengahkan untuk memastikan kewangan persatuan atau persatuan mampan. Antaranya
ialah melakukan aktiviti yang rendah kos, tinggi impak. Melibatkan lebih ramai peserta dalam
dan luar persatuan. Melakukan kolaborasi bersama persatuan atau persatuan lain bagi
menjalankan aktivti. Hal ini menjmatkan kos disamping pengalaman yang lebih luas kepada
murid. Seterusnya, perencanaan sebelum melakukan aktiviti mestilah meneliti setiap aspek
yang memerlukan kewangan, seperti peralatan, sewaan tempat dan sebagainya. Perkara
sedemikian bagi memastikan tiada kos yang terlebih dari yang diperuntukkan. Akhir sekali
ialah, tambahkan penglibatan Persatuan Persatuan di luar sekolah. Kolaborasi akan
memberikan penjimatan kos bagi persatuan disamping merasai rencam pengalaman yang

8
pelbagai dan melakukan persatuan yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik
sebagai ‘Peer Coaching’ (pembimbing rakan sebaya) sebagai tunjuk ajar.

PENUTUP

Kesimpulannya, cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan ke atas pengurusan


persatuan ini terutama sekali dalam pengurusan kewangan agar krisis kewangan persatuan
dapat dielakkan dan tidak berlaku lagi. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan ialah melakukan aktiviti yang rendah kos, tinggi impak. Melibatkan lebih ramai
peserta dalam dan luar persatuan. Melakukan kolaborasi bersama persatuan atau persatuan
lain bagi menjalankan aktivti. Hal ini menjmatkan kos disamping pengalaman yang lebih luas
kepada murid. Seterusnya, perencanaan sebelum melakukan aktiviti mestilah meneliti setiap
aspek yang memerlukan kewangan, seperti peralatan, sewaan tempat dan sebagainya.
Perkara sedemikian bagi memastikan tiada kos yang terlebih dari yang diperuntukkan. Akhir
sekali ialah, tambahkan penglibatan Persatuan Persatuan di luar sekolah. Kolaborasi akan
memberikan penjimatan kos bagi persatuan disamping merasai rencam pengalaman yang
pelbagai.

RUJUKAN

Alan W. Steiss. (2003). Strategic Management for Public and Nonprofit Organizations Public
Administration and Public Policy. CRC Press. New York.

Rosenbloom, It. (1993). Sociological Perspectives on Modem Accountancy London:


Routledge.

Noridah Binti Ab Rahim. (2003) Amalan Pengurusan Kewangan Pengetua Sekolah


Menengah Negeri Melaka Universiti Putra Malaysia.

Puan Noriah binti Mohamed (GURU BESAR). (1 April 2019). Sejarah penubuhan Persatuan
Guru dan Kakitangan SK Seri Damai, Selangor. Temubual

Puan Fazilawati binti Abu Bakar (GPK KOKU). (1 April 2019). Perihal Kewangan Persatuan
Guru dan Kakitangan SK Seri Damai, Selangor. Temubual

You might also like