You are on page 1of 16

ISU KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN INTRAPERSONAL DALAM

KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR


PENGENALAN
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini kita dapat lihat bahawa
kelemahan pelajar zaman sekarang di negara kita dalam kemahiran interpersonal
dan intrapersonal dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Howard Gardner
(1991) dari Harvard telah mengenal pasti lapan kecerdasan yang berbeza. Teori ini
telah muncul daripada penyelidikan kognitif baru-baru ini dan sejauh mana pelajar
mempunyai pelbagai jenis minda dan oleh itu belajar, ingat, melaksanakan, dan
memahami dengan cara yang berbeza.
Teori Pelbagai Kecerdasan yang dipelopori oleh Howard Gardner pada tahun
1993 mengatakan manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu kecerdasan
verballinguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan
intrapersonal. Terkini telah ditambah satu lagi kecerdasan iaitu naturalis dan
melengkapkannya kepada lapan kecerdasan. Setiap individu mempunyai kelapanlapan kecerdasan ini, tetapi mungkin hanya dua atau tiga kecerdasan yang menonjol
atau lebih jelas kelihatan daripada yang lain-lainnya. Teori Kecerdasan Pelbagai ini
telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai ialah:
(i) Verbal-Linguistik;
(ii) Logik-Matematik;
(iii) Visual-Ruang;
(iv) Kinestetik;
(v) Muzik;
(vi) Interpersonal;
(vii) Intrapersonal; dan
(viii) Naturalis.
1

Definisi kemahiran menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi baru cetakan
1991, kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian. Manakala menurut Howard
Gardner bahawa interpersonal ialah memahami, berinteraksi dengan orang lain.
Pelajar-pelajar ini belajar melalui interaksi. Mereka mempunyai ramai kawan, empati
terhadap orang lain,

Mereka boleh diajar melalui aktiviti berkumpulan, seminar,

dialog. Alat termasuk telefon, sidang audio, masa dan perhatian dari pengajar,
persidangan

video,

penulisan,

persidangan

komputer,

E-mail.

Manakala,

intrapersonal menurut Howard adalah memahami kepentingan sendiri, kejayaan.


Pelajar yang cenderung untuk menjauhkan diri daripada orang lain. Mereka berada
dalam

selaras

dengan

perasaan

dalaman

mereka;

mereka

mempunyai

kebijaksanaan, gerak hati dan motivasi, serta semangat yang kuat, keyakinan dan
pendapat. Mereka boleh diajar melalui kajian bebas dan jiwa. Alat termasuk bukubuku, bahan-bahan kreatif, diari, privasi dan masa. Mereka adalah yang paling
berdikari daripada pelajar. (Rosinah Edinin,2014).
Selain itu, Gardner juga mensistesiskan bahawa ciri-ciri kecerdasan
Intrapersonal adalah seperti berikut ;
Berani tentang isu-isu kontroversi.
Gemar berseorangan ketika urus satu2 kerja.
Punyai keyakinan diri, bermotivasi tinggi.
Tonjolkan keazaman diri yg kuat.
Manakala ciri-ciri Kecerdasan Interpersonal pula adalah seperti
berikut ;
Mempunyai ramai kawan.
Kemahiran bersosial.

Libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.


Seronok bila ambil bahagian dlm aktiviti kumpulan.
Mudah rasa empati.

ISI PENULISAN

Kurang yakin diri, tiada skil komunikasi punca


graduan terus menganggur
[Copy link]
Author: R2D2

Show the author posts only Descending Read mode

R2D2

Go t

Author
Masalah kurang keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi yang terhad
merupakan antara faktor utama para graduan gagal mendapatkan
pekerjaan, menurut golongan muda yang mengikuti sebuah program
kerajaan bagi menangani isu pengangguran. Kurang yakin diri dan tiada
kemahiran komunikasi ada kaitan dengan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal individu.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kita dapat lihat ketandusan kemahiran
November, 2015.
interpersonal dan intrapersonal di dalam kalangan pelajar. Isu ini bukan hanya dapat
dinilai dalam segi pelajar sekolah, malah dalam kalangan mahasiswazah juga yang
turut mengalami masalah isu berkenaan. Jika diteliti dengan lebih mendalam
graduan pada masa kini lemah dalam kemahiran ini dan menyebabkan mereka tidak
diterima oleh syarikat-syarikat untuk diambil sebagai pekerja mereka. Jadi saya
berfokuskan isu ini dengan pelajar dan pendidik.

Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di


dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan
menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan
4

1#

P
09:5
autho

menguruskan komunikasi. Kemahiran interpersonal membolehkan seseorang


memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi
dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang
lain. Salah satu cara mendefinisikan kemahiran interpersonal ialah dengan cara
meneliti perkara-perkara berikut:
(a) Bilangan individu yang terlibat;
(b) Jarak kedudukan antara penutur dengan pendengar;
(c) Jumlah saluran deria yang terlibat; dan
(d) Maklum balas yang disediakan.

Aspek-Aspek Kemahiran Interpersonal

Kemahiran intrapersonal pula adalah keupayaan kognitif seseorang untuk


memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu
mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya,
apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti
tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri. Individu yang mempunyai
kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini
menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri
sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta
azam yang kuat dan boleh berdikari. (Abdullah, H. & Ainon, M. 2002).

Cara Untuk Membina Dan Meningkatkan Kemahiran Interpersonal Dan


Intrapersonal

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa guru ataupun pendidik
adalah orang yang paling rapat dengan kehidupan seharian pelajar selain daripada
ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Selain itu, guru juga ialah satu suri tauladan
ataupun role model bagi setiap orang pelajar. Dalam konteks ini, guru mampu
membina dan meningkat kemahiran interpersonal dan intrapersonal ini dalam
kalangan pelajar. Antaranya, guru haruslah menguasai Teori Kecerdasan Pelbagai
ini. Hal ini penting dalam.Menerima persamaan dan perbezaan antara individu

dengan mengakui bahawa setiap individu pelajar adalah unik dan belajar dengan
cara yang berlainan.
Selain itu, guru haruslah meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan
menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. Di samping itu, guru mestilah
meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p&p yang menyeronokkan
serta meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan
penyelidikan dalam p&p. Guru juga boleh mewujudkan suasana kolaboratif di
sekolah dan mempelbagai cara penilaian. Tambahan guru boleh mempelbagaikan
aktiviti p&p di bilik darjah dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai
untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
Seorang guru perlu menjalinkan semangat kerjasama dengan guru-guru yang
lain, kakitangan sekolah, dan ibu bapa kepada pelajar-pelajarnya.
Kerjasama dengan guru-guru lain sangat diperlukan, bermula dari merancang
pengajaran hinggalah kepada melaksanakan aktiviti sekolah yang lainnya; yang
diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa. Tanpa kerjasama ini, hasrat
atau matlamat yang dirancang tidak akan tercapai.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah. Ahli-ahlinya
terdiri daripada semua guru dan ibu bapa pelajar. Melalui PIBG, pelbagai aktiviti
dirancang dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dari segi
akademik dan akhlak. PIBG juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan
ibu bapa. Kerjasama yang erat antara keduanya akan membantu semua pihak
dalam membentuk pelajar menjadi insan berguna kepada bangsa dan negara.
Tujuan bekerjasama dengan ibu bapa adalah untuk:
(a) Mengetahui latar belakang keluarga pelajar;
(b) Menyalurkan maklumat tentang perkembangan pelajar;
(c) Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan sahsiah pelajar;
(d) Menyelesaikan masalah pelajar secara kolaboratif; dan
(e) Menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa dan guru sentiasa mengambil berat
terhadap perkembangan mereka.
Pelajar anda yang mempunyai kecerdasan interpersonal akan mudah
bekerjasama dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Pelajar yang belajar secara
7

kumpulan koperatif sentiasa mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi


daripada mereka yang bekerja secara individu. Tugasan yang dihasilkan secara
kumpulan juga didapati lebih berkualiti. Kerjasama kumpulan membuktikan
masalah perkauman dapat dikurangkan di samping meningkatkan kemahiran
sosial ahli-ahli yang terlibat. (Abdullah, H. & Ainon, M. 2002).

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah:


(a) Temu duga;
(b) Membuat kajian berkenaan orang kenamaan melalui temu bual;
(c) Main peranan;
(d) Bekerja dalam kumpulan/kumpulan koperatif;
(e) Bekerja secara berpasangan;
(f) Menjadi pembimbing rakan sebaya;
(g) Mengelolakan perbincangan kelas;
(h) Menjalankan kempen;
(i) Berurus niaga;
(j) Membaca berita; dan
(k) Berlakon.
Selain itu terdapat juga cara dalam meningkatkan pelajar dalam kemahiran
intrapersonal ini. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
8

(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;


(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif (menyedari teknik pembelajaran sendiri
dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan


interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan,
cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak
kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru
meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.

HASIL DAPATAN
Berdasarkan

hasil

dapatan

daripada

penulisan

mengenai

isu

kemahiran

interpersonal dan intrapersonal dalam kehidupan seorang pelajar ialah kepentingan


dalam mengusai kemahiran ini dalam diterapkan dalam kehidupan sebagai pelajar.
Selain itu, sebagai seorang pelajar kita haruslah seimbang untuk mempunyai keduadua kemahiran ini sejajar dengan kehidupan seorang pelajar. Jika kita hanya
memiliki satu kemahiran sahaja, kita haruslah meningkatkan satu lagi kemahiran
supaya lengkap untuk menghadapi kehidupan seharian pelajar yang mementingkan
kemahiran tersebut. Yang perlu kita pastikan ialah falsafah pendidikan kebangsaan
dalam pembinaan generasi yang seimbang dalam aspek jasmani, rohani, emosi, dan
intelek sejajar dengan kepentingan kemahiran intrapersonal dan interpersonal ini.

10

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemahiran interpersonal adalah kebolehan memahami orang lain
dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi. Selain itu,

Kemahiran intrapersonal adalah

kebolehan memahami diri dan dapat membuat keputusan berdasarkan pengalaman


dan perasaan diri sendiri. Di samping itu, seseorang yang mempunyai kemahiran
interpersonal mempunyai sifat kepimpinan yang baik, dapat bekerja dalam pasukan
dan mengekalkan perhubungan yang baik . Kemahiran ini amat penting kepada
kehidupan seseorang pelajar dalam cabaran kehidupan mereka pada zaman era
globalisasi ini.

11

REFLEKSI
Pada era globaliasi yang mencabar ini, kita dapat melihat ramai pelajar ketandusan
dalam memiliki kemahiran yang penting ini sebagai seorang pelajar iaitu
intrapersonal dan interpersonal. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru kita
mestilah mempunyai kemahiran tersendiri untuk membina dan meningkatkan dalam
jenis kepelbagaian kecerdasan dengan memfokuskan kemahiran interpersonal dan
intrapersonal. Walau bagaimanapun, sebagai pelajar institut pendidikan guru yang
akan menjadi guru pada masa akan datang dalam membentuk anak bangsa
haruslah memiliki dua kemahiran penting ini supaya dapat diterapkan kepada
pelajar. Selain itu, sebagai pelajar haruslah mencari kelebihan diri dan bersyukur
dengan cara tidak membanding beza kelebihan masing-masing dan menjalankan
aktiviti untuk meningkatkan kecerdasan.

12

RUJUKAN

Rosinah Edinin,(2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur :


Freemind horizon Sdn Bhd
Abdullah, H. & Ainon, M. (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS.
Kuala Lumpur Publication & Distributor Sdn Bhd.
Abdullah, S. S. (2008). Guru Berkesan, Petua dan Panduan. Penerbit:
Universiti Utara Malaysia.
Kemahiran Interpersonal
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-10-penyesuaiansosial/10-2-kemahiran-interpersonal
IPGKTI. (2012).Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal
http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/gkb1053/sumber/Kemahiran
%20Interpersonal%20dan%20Intrapersonal.pdf

13

LAMPIRAN

14

15

16

You might also like