You are on page 1of 1

SOALAN TEMUBUAL GURU CEMERLANG

1) Assalamualaikum Cikgu. Saya ingin meminta izin untuk menemuramah cikgu yang
merupakan seorang guru cemerlang di sekolah ini.
2) Sebagai pembuka kata, saya sungguh tertarik dengan penampilan cikgu pada pagi ini.
Bolehkah cikgu perkenalkan serba sedikit latar belakang cikgu sehingga boleh memegang
status guru cemerlang ini?
3) Saya ingin tahu, bagaimanakah cikgu boleh mendapat status sebagai guru cemerlang?
4) Kalau tidak keberatan, bolehkah cikgu kongsikan inovasi pengajaran yang pernah cikgu buat?
5) Saya lihat banyak hasil inovasi cikgu telah sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan.
Bolehkah cikgu sebutkan kejayaan-kejayaan yang pernah cikgu perolehi?
6) Apakah keberkesanan inovasi dalam bidang pendidikan yang telah cikgu hasilkan dalam
membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid?
7) Pada pendapat cikgu, bagaimanakah seseorang guru itu boleh melaksanakan pengajarannya
dengan berkesan?
8) Adakah cikgu merasakan bahawa perubahan dalam kurikulum pendidikan pada masa kini
seperti pembelajaran abad ke-21 menyumbang ke arah yang lebih positif?
9) Sejauhmanakah cikgu telah mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 dalam P&P di bilik
darjah?
10) Sepanjang pengalaman cikgu sebagai guru cemerlang apakah strategi-strategi yang cikgu
amalkan dalam pengajaran dan pembelajaran?
11) Pada pendapat cikgu, adakah kepimpinan seorang guru dan pengurusan kurikulum bilik
darjah mempengaruhi ciri-ciri seorang guru yang cemerlang?
12) Terima kasih atas perkongsian ini. Sebagai penutup, apakah pesanan atau harapan cikgu
kepada guru-guru yang berada di luar sana?

You might also like