You are on page 1of 22

PENGURUSAN KURIKULUM

(KPF 6044)

TAJUK

LAPORAN PENGURUSAN KURIKULUM


MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
DI SK. PARIT HAJI TAIB,
BAGAN SERAI,PERAK.

PENSYARAH
DR. IKHSAN BIN OTHMAN

DISEDIAKAN OLEH
NUR NAZRAH BINTI ZAINAL
(M20161001508)

JABATAN PENGAJIAN PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

2.1 Carta Organisasi


2.2 Huraian carta organisasi
2.3 Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran

3.0 Analisis S.W.O.T Pengurusan Kurikulum Sekolah

3.1 Kekuatan
3.2 Kekurangan
3.3 Peluang
3.4 Ancaman

4.0 Pendapat dan Cadangan

5.0 Penutup

Bibliografi
TINJAUAN PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PARIT HAJI TAIB
PANITIA BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen yang menggerakkan proses


pendidikan itu dengan lebih berkesan. Kurikulum berkembang mengikut keperluan dan
kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Haji Taib,
kurikulum adalah core business bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.
Pengurusan kurikulum di sesebuah adalah penting bagi memastikan kurikulum dilaksanakan
dengan berkesan serta mencapai matlamat yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Antara jawatankuasa yang bertindak dalam pengurusan kurikulum di sekolah
adalah Panitia mata pelajaran. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 menegaskan betapa
pentingnya penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah yang bertujuan untuk
mengembleng tenaga pengajar dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan tugas-tugas
mengajar melalui strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kertas kerja
ini ingin menjelaskan pelaksanaan kurikulum Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib yang
dilaksanakan mengikut carta organisasi sekolah.

2.0 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

2.1 Carta Organisasi

Carta Organisasi merupakan keperluan bagi sesebuah sekolah dalam memastikan


perjalanan kurikulum di sekolah berjalan mengikut peringkat di bawah ketua bidang masing-
masing. Carta organinasi menunjukkan fungsi pengurusan kurikulum di sesebuah sekolah
yang diketuai oleh Pengetua atau Guru Besar. Ia diikuti dengan Guru-Guru Kanan Pentadbiran
dan seterusnya Guru Penolong Kanan dan diikuti oleh Guru-guru Panitia. Carta Organisasi bagi
Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Haji Taib adalah seperti di bawah:
ORGANISASI JAWATANKUASA KURIKULUM 2017
PENGERUSI
GURU BESAR
EN. ABD AZIZ BIN JAMALUDIN

TIMBALAN PENGERUSI PK 1
EN. MOHAMAD SOFIAN BIN
AHMAD

NAIB PENGERUSI I PK HEM


EN. SYAMSUL BIN MOHAMAD
AMIN

NAIB PENGERUSI II PK KOKU


PN. RAMLAH BIN HASSAN

SETIAUSAHA
PN. NORIZAN BINTI ARSHAD

PENOLONG SETIAUSAHA
EN. MUSTAFA KAMAL BIN
AHMAD

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA BAHASA MELAYU


MASRUZAINI BINTI ABDUL MOHD NASIR BIN HAJI SAMSURI
RAHMAN (PN) (TUAN HAJI)

KETUA PANITIA BAHASA ARAB KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS


NOR WAHIDA BINTI IDRIS (PN) NOR HIDA BINTI MD SAAD (PN)

KETUA PANITIA J-QAF KETUA PANITIA MATEMATIK


AHMAD SUPI BIN ISAHAK (EN) NORIZAN BINTI ARSHAD (PN)

KETUA PANITIA PSV KETUA PANITIA SAINS


SHAHRIM BIN HAJI SHUIB (EN) KHAIRUDIN BIN IBRAHIM (EN)

PENYELARAS PEPERIKSAAN
KETUA PANITIA MUZIK DALAMAN
KHAIRUDIN BIN IBRAHIM (EN) MOHD NASIR BIN HAJI SAMSURI
(TUAN HAJI)

KETUA PANITIA TMK & RBT PENYELARAS PEPERIKSAAN AWAM


MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD (EN) MOHD FARID BIN HAMZAH (EN)

KETUA PANITIA PJK PENYELARAS LINUS


KHAIRUL KAMAL BIN ABD
RAHMAN (EN) ASMAH BINTI LUKMAN (PN)

PENYELARAS ICT & MAKMAL PENYELARAS PBS


KOMPUTER
MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD (EN) MUSTAFA KAMAL BIN AHMAD (EN)
KELAS PEMULIHAN PENYELARAS PUSAT SUMBER
SHAHRIM BIN HAJI SHUIB (EN) SEKOLAH
NUR NAZRAH BINTI ZAINAL (PN)

KETUA PANITIA SEJARAH PENYELARAS SPBT


KHAIRUL KAMAL BIN ABD RAHMAN AHMAD SUPI BIN ISAHAK (EN)
(EN)

NAMA PEGAWAI JAWATAN

PENGERUSI EN. ABD AZIZ B JAMALUDIN G. BESAR

TIM. EN. MOHAMAD SOFIAN BIN


PK. PENTADBIRAN
PENGERUSI AHMAD

EN. SYAMSUL BIN MOHAMAD


N. PENGERUSI I PK HAL EHWAL MURID
AMIN

N. PENGERUSI II EN. FARIZAL BIN ABIDIN PK KOKURIKULUM

SETIAUSAHA PN. NORIZAN BIN ARSHAD

P. SETIAUSAHA EN. MUSTAFA KAMAL B AHMAD

AJK TN. HJ. MOHD. NASIR B. HJ.


K. PANITIA B.MELAYU/PENYELARAS PEP DALAMAN
SAMSURI

PN. NOR HIDA BT. MD. SAAD K. PANITIA B.INGGERIS

EN. KHAIRUL KAMAL B ABD


K. PANITIA PJK
RAHMAN

K.PANITIA MATEMATIK/PEN. S/U AWAM &


PN. NORIZAN BT ARSHAD
DALAMAN

USTZ. NOR WAHIDA BT. IDRIS K.PANITIA B.A

USTZ. MASZURAINI BT ABD.


K.PANITIA P. ISLAM
RAHMAN

EN. KHAIRUDIN B IBRAHIM K.PANITIA SAINS / K. PANITIA MUZIK

EN. MOHD FARID B HAMZAH PENYELARAS PEP. AWAM

EN. SHAHRIM B. SHUIB K.PANITIA PSV

EN. KHAIRUL KAMAL B ABD


K.PANITIA SEJ
RAHMAN

EN. MUSTAFA KAMAL B AHMAD K.PANITIA TMK & RBT

EN. SHAHRIM B. SHUIB GURU PEMULIHAN

UST.AHMAD SUFI B ISAHAK KP J-QAF GURU SPBT

PN. NOR ADYANI BT MOHAMED


GURU PRA SEKOLAH / SU MESYUARAT GURU
SALIM
PN. HJH. ASMAH BT. LUKMAN GURU LINUS & S/U KIA2M

EN. MUSTAFA KAMAL B AHMAD PENYELARAS MAKMAL KOM / PENYELARAS ICT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU

JAWATAN NAMA PEGAWAI

PENASIHAT EN. MOHAMAD SOFIAN BIN AHMAD

KETUA PANITIA TN. HJ. MOHD. NASIR B. HJ. SAMSURI ( GC )

SETIAUSAHA PN. HJH. ASMAH BT. LUKMAN

AJK EN. SHAHRIM B. SHUIB

EN. NORDIN B. JAAFAR

PN. NOR ADYANI BT MOHAMED SALIM

2.2 Huraian Carta Organisasi

Carta organisasi bagi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib
adalah diketuai oleh Guru Besar, diikuti dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PK1),
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Setiausaha dan Penolong Setiausaha. Di bawahnya adalah Panitia-Panitia yang
bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum bagi mata pelajaran masing-masing.
Selain daripada Panitia-panitia mata pelajaran, beberapa bidang lain turut berada di bawah
pengurusan kurikulum sekolah iaitu penyelaras ICT dan makmal komputer, penyelaras
periksaan dalaman dan awam, penyelaras PBS, penyelaras LINUS, penyelaras Pusat
Sumber Sekolah, penyelaras SPBT dan penyelaras Kelas Pemulihan.

Sebagai pemimpin, Guru Besar menjadi individu paling penting dan berpengaruh
di dalam sesebuah sekolah. Beliau ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua
aktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau juga ialah pakar runding, penasihat dan koordinator
bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan perlu juga
menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar Dalam
menentukan keberkesanan sekolah, Guru Besar sebagai pemimpin di sekolah perlu
mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat
serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan
untuk mencapai status sekolah berkesan. Terdapat 9 bidang tugas utama guru besar iaitu:

1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi


2. Pengurusan Kurikulum
3. Pengurusan KO Kurikulum
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid
5. Pengurusan Kewangan
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat
7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
9. Pengurusan Perhubungan Luar

1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung


dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru
di sekolah sebagaimana berikut:

- Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan


semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
- Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi
semua kakitangan di bawah jagaannya.
- Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,
penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
- Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan
kursus dalam jawatan.
- Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya.
- Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja
dan tugas kakitangan sekolahnya.
- Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
- Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan
bukan guru.
- Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan
Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
- Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di
sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
- Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah
yang melibatkan guru dan kakitangan.

2. Pengurusan Kurikulum:

- Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,


berkesan dan mengikut perancangan.
- Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.
- Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di
sekolah berjalan dengan sempurna.
- Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan
menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.
- Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
- Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.
- Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu
sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.
- Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-
jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.
- Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan
bidang akademik.
- Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut
peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

3. Pengurusan Kokurikulum:

- Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan


pasukan-pasukan unit pakaian seragam.
- Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,
teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai &
praktikal.
- Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-
kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan
unit berunifom.

4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar:

- Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa


pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.
- Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang
praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.
- Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar
yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam
akademik dan sukan.
- Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang
dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.
- Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,
perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan
baik, iaitu: (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,
keselamatan, riadah dan sistem mentor mentee).
5. Pengurusan Kewangan:

- Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan


perbelanjaan pembangunan.
- Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran
yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.
- Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber
pendapatan dilaksanakan dengan sempurna.
- Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang
dilakukan oleh pihak sekolah.
- Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji,
elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan.
- Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang
Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.
- Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit
akaun sekolah secara teratur dan kemas.
- Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.
- Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
- Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan
dengan teratur dan kemas kini.
- Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang
runcit dan sebagainya.
- Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan
sempurna mengikut peraturan yang ada.
- Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan
menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.
6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat:

- Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur


dan sempurna.
- Merancang dan memastikan pelaksanaan takwim sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

7. Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah:

- Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya


dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.
- Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan
sekolah dari semasa ke semasa.
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil
yang diadakan di sekolah.
- Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan
dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia:

- Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan
bukan guru untuk pengayaan dirinya.
- Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus
dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di
sekolahnya.
- Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
9. Pengurusan Perhubungan Luar:

- Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
- Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan
kerajaan yang lain.
- Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah

Guru Penolong Kanan (GPK) pula merupakan individu yang penting peranannya
selepas guru besar dan pengetua di setiap sekolah. Penolong kanan ini terdiri daripada
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas. Guru Penolong Kanan merupakan orang yang paling hampir dengan
pentadbir di sekolah. Pengetua dan guru besar merupakan individu yang ditugaskan secara
hakiki untuk memimpin sesebuah sekolah.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk


mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya
supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai. Di antara bidang tugas Guru Penolong Kanan
Pentadbiran adalah:

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan


pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga bertanggungjawab kepada Pengetua untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni ke
dalam diri murid-murid. Di antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) adalah:

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Beliau dan Penolong


Kanan 1 (Pent.)
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah,
koperasi sekolah dan kantin sekolah.
4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan
perkembangan murid-murid.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga memainkan peranan yang penting dalam
pentadbiran di sekolah. Di antara bidang tugas Penolong Kanan Kokurikulum adalah:

1. Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-


pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.
2. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK
Pentadbiran/ PK HEM.
3. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
4. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum.
5. Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah.
6. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
kokurikulum sekolah.
2.3 Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajara n

Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem panita
yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata
pelajaran di sekolah.

Seorang Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu dalam
proses mengendalikan sebuah panitia yang penting di sekolah demi untuk meningkatkan
prestasi matapelajaran yang dipegang. Antaranya ialah mempunyai kualiti peribadi seperti
minat dan berfikiran positif,pengetahuan teori dan amalan pengurusan seperti pengurusan
strategik; kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan. Gabungan kesemua ini akan
memupuk gaya kepimpinan berpaksikan pengupayaan dan semangat kerja sepasukan,
penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif sebagai Ketua Panitia. Kadual
di bawah menunjukkan bidang tugas Ketua Panitia dan tanggungjawab yang dilaksanakan
bagi melicinkan lagi perjalanan pengurusan kurikulum di sekolah.

Bil. Bidang Tugas dan Tanggungjawab

1. Pengurusan (a) Menjadi AJK Induk Kurikulum Sekolah


(b) Menguruskan fail-fail panitia
(c) Memastikan panitia mempunyai Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran.
(d) Mencerapkan pengajaran dan pembelajaran.
(e) Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada JK Jadual
Waktu.

2. Mesyuarat Panitia (a) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat panitia.

3. Penilaian dan (a) Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan dan skema
Peperiksaan markah.
(b) Menyediakan laporan analisis keputusan penilaian peringkat
sekolah dan peperiksaan awam.
4. Pengajaran dan (a) Merancang dan menyelaraskan program peningkatan prestasi
Pembelajaran pelajar.
(b) Membimbing guru-guru demi meningkatkan keberkesanan P&P.

5. Alat Bantu Mengajar (a) Mengelolakan bengkel / projek untuk menyediakan ABM.
(b) Menyenaraikan alat bantu mengajar.

6. Kemajuan Staf (a) Merancang dan mengendalikan program perkembangan staf


untuk memperluaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran guru-
guru.

7. Aktiviti Persatuan (a) Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk merancang dan
Akademik mengendalikan aktiviti persatuan yang berkaitan.

8 Kewangan (a) Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelanjaan


tahunan.
(b) Menguruskan perolehan mengikut tatacara kewangan.
(c) Menguruskan stok.

9. Bilik Khas (a) Menyediakan jadual penggunaan.


(b) Menyediakan peraturan keselamat pelajar dan penggunaan
peralatan.
(c) Memastikan bilik sentiasa dalam keadaan kondusif untuk P&P.

10. Lain-lain (a) Menjadi ahli jawatankuasa peringkat zon / daerah.


(b) Membantu Pengetua menjalankan tugas berkaitan dengan
kurikulum.
(c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

2.4 Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kurikulum

Jawatankuasa Kurikulum yang ditubuhkan di peringkat sekolah bertanggungjawab


meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah supaya
mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada di
sekolah.
Di antara peranan jawatankuasa kurikulum adalah:

1. Merancang program dalam panitia


2. Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran
3. Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk
memperbaikinya.
4. Mengadakan kelas-kelas pemulihan.
5. Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
6. Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua
guru di sekolah masing-masing.
7. Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian
Kementerian Pendidikan.
8. Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di
sekolah.
9. Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan
sekolah dan pelbagai sumber.
10. Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan.
11. Penyelaras latihan-latihan murid.
12. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

Manakala tugasan dan tanggungjawab Setiausaha pula adalah:


1. Membantu Penolong Kanan dan penyelaras dalam bidang kurikulum.
2. Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan
panitia mata pelajaran.
3. Membantu menyelaras kelas kecemerlangan serta kegiatan
pemulihan/pengukuhan/ pengayaan.
4. Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik.
5. Menyelaras dan memantau perlaksanaan program yang dirancang panatia.
6. Membantu merancang pengagihan jadual waktu kelas dan guru.
7. Membantu di dalam penyelarasan pencerapan.
3.0 Analisis S.W.O.T Pengurusan Kurikulum Sekolah

S.W.O.T merupakan satu langkah yang dilakukan bagi melihat sejauh mana kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang wujud dalam sesuatu organisasi. Dari segi
pendidikan, analisis S.W.O.T dijalankan bagi tujuan menyusun strategi perkembangan
kurikulum di sekolah. Bagi Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib,
analisis S.W.O.T dilaksanakan bagi melaksanakan strategi dalam meningkatkan prestasi
akademik murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu analisis ini
dijalankan untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kekurangan pelaksanaan kurikulum
Bahasa Melayu serta melihat peluang dan ancaman dalam melaksanakan perkembangan
kurikulum tersebut.

3.1 Kekuatan

1. Peratus kelulusan BM UPSR sentiasa mendahului subjek lain.


2. Terdapat seorang Ketua Pasukan Pemeriksa Bersama (KPB) kertas Bahasa
Melayu.
3. Terdapat seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu di sekolah.
4. Seorang guru merupakan JU Bahasa Melayu negeri Perak.
5. Kesemua guru Bahasa Melayu di sekolah ini berpengalaman mengajar mata
pelajaran BM lebih daripada 20 tahun.
6. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) turut memberikan peningkatan
dari sudut nilai bacaan dan penguasaan murid terhadap mata pelajaran Bahasa
Melayu.
7. Program Kelas Tambahan UPSR yang diadakan pada setiap petang hari
persekolahan merupakan satu pengukuhan dan persediaan kepada murid-
murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
8. Pelbagai program-program peningkatan akademik yang telah dijalankan bagi
meningkatkan prestasi akademik murid-murid di sekolah ini.
9. Guru-guru terdiri daripada yang sangat berpengalaman dan komited dalam
menjalankan tugas mereka.

Dapat dilihat bahawa satu kelebihan utama Panitia Bahasa Melayu


adalah sentiasa memastikan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa
berada di tahap yang paling tinggi. Kekuatan lain yang dapat dilihat adalah
daripada segi pengalaman guru dalam membantu meningkatkan pencapaian
mata pelajaran Bahasa Melayu. Program-program yang dijalankan dengan
berkesan juga amat membantu dalam meningkatkan prestasi murid-murid di
dalam peperiksaan. Guru-guru yang komited dalam mendidik anak-anak murid
merupakan satu kelebihan bagi memastikan pencapaian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu sentiasa di tahap yang cemerlang.

3.2 Kekurangan

Kekurangan yang telah dikenal pasti dalam melaksanakan program


peningkatan Bahasa Melayu di sekolah ini adalah terdapat beberapa orang murid
yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca dan menulis bagi setiap
kelas. Maka dengan itu kekurangan ini perlu diberi perhatian dan langkah-langkah
mengatasi perlulah dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah murid yang tidak
menguasai kemahiran membaca dan menulis.

3.3 Peluang

Terdapat beberapa peluang yang dapat membantu dalam peningkatan mata


pelajaran Bahasa Melayu di sekolah ini iaitu:

1. Peranan dan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru yang mantap dalam
meningkatkan prestasi akademik murid-murid SK. Parit Haji Taib. Contohnya,
ibu bapa sentiasa melibatkan diri dalam program-program sahsiah dan
kecemerlangan akademik murid-murid. (SARANA IBU BAPA).
2. Bantuan dan kerjasama dari bekas-bekas pelajar SK. Parit Haji Taib memberi
latihan intensif dan pengajaran kepada murid-murid yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR.
3. Murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR diberi peluang untuk
mengikuti kem Kecemerlangan UPSR di luar sekolah yang ditaja oleh pihak
luar.
Dapat disimpulkan bahawa kerjasama daripada pihak ibu bapa melalui
PIBG sekolah akan dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bantuan daripada bekas anak
murid sekolah juga dilihat sebagai salah satu langkah positif dalam membantu
meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti kem kecemerlangan juga dilihat sebagai satu cara bagi meningkatkan
motivasi murid-murid utk Berjaya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini.

3.4 Ancaman

Ancaman yang dapat dikenalpasti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
ini adalah:

1. Pihak sekolah mendapat kekangan sedikit dari sudut memohon bantuan


kewangan dari pihak ibu bapa dalam meningkatkan prestasi akademik murid-
murid.

1. Kurangnya keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan prestasi murid-


murid.
2. Terdapat kafe siber di bandar yang berhampiran.
3. Kemudahan gajet yang melalaikan murid-murid.

Dapat disimpulkan bahawa ancaman-ancaman yang dinyatakan di atas dapat


membantutkan usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi murid-murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Kesedaran terhadap pentingnya
prestasi mata pelajaran murid-murid terhadap masa depan pembelajaran mereka
adalah perlu bagi memastikan ancaman-ancaman ini dapat dielakkan. Sebagai
contoh, sekiranya ibu bapa sedar betapa pentingnya pencapaian anak-anak
mereka bagi menjamin masa depan anak-anak mereka, sudah pasti mereka tidak
akan teragak-agak untuk mengeluarkan sedikit belanja bagi membantu pihak
sekolah menjayakan aktiviti-aktivit peningkatan prestasi yang dianjurkan.
4.0 Pendapat dan Cadangan

Dalam usaha panitia meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu, seharusnya
program-program peningkatan prestasi haruslah dilaksanakan dengan jayanya. Program-
program yang dilaksanakan ini seharusnya mendapat sokongan ibu bapa kerana dengan
sokongan mereka akan menggerakkan murid-murid untuk mengikuti setiap program
peningkatan UPSR yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Usaha-usaha penambah baikan
program dan pengurusan kurikulum perlulah dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi
memastikan pengurusan kurikulum sentiasa di tahap yang cemerlang. Menurut Hopkins et
al (1994), penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam pendidikan akibat
daripada keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987) pula
berpendapat proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik
terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang berkesan.

5.0 Penutup

Dengan adanya analisis S.W.O.T bagi peningkatan mata pelaran Bahasa Melayu ini, maka
kekuatan dan kelemahan akan dapat dikenal pasti dan seterusnya langkah-langkah
penambah baikan akan dapat dilaksanakan. Anallisis ancaman dan peluang pula dapat
memberikan petunjuk kepada guru-guru dalam melaksanakan setiap program peningkatan
ini agar perkara-perkara yang dapat mengganggu keberkesanan program peningkatan
kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dielakkan serta menggunaka peluang
yang ada untuk digunakan sebagai salah satu kelebihan dalam pelaksanaan program
peningkatan ini.

Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah, Guru Besar perlu
melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru
di sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis
keperluan, perancangan, aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan susulan. Dalam usaha
untuk menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga perlulah bijak
mengesan, mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan kelebihan dari segi
pengurusan, sumber manusia dan fizikal yang ada di sekolah untuk tujuan perubahan dan
penambahbaikan.
6.0 Bibliografi

Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang.
Journal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jun 04, (14), 18-33.
Hussein Mahmood (1993).Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan
Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia.

Razali Mat Zain (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Siti Sarawati BT. Johar(2008). Gaya Kepimpinan Pegetua Dan Hubungannya Dengan Tahap Motivasi
Guru-guru Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan:Satu
Langkah ke Hadapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

You might also like