You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnia daripada-Nya dapat juga saya melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
Dalam penulisan ini, saya menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran oleh guru Bahasa Melayu di SK. Senaling. Dengan ini,
saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Fatimah
Bivi Bt V.A Abdul Hamid kerana telah banyak membantu saya dalam penyiapan kerja kursus
ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dalam melaksanakan tugasan ini.
Beliau juga memberi teguran kepada saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan dalam
menyiapkan tugasan ini. Teguran tersebut menjadi panduan kepada saya agar
menghasilkan satu kerja yang baik dan berkualiti.

Selain itu, ucapan ribuan terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua-dua ibu
bapa saya iaitu Abu Kassim Bin Hasan Basri dan Zuriyah Binti Yusof kerana sentiasa
memberi dorongan, galakan dan semangat dari segi kewangan atau lain-lain. Mereka
banyak menyokong saya agar melaksanakan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh
dan jujur. Jasa yang mereka curahkan amat kami hargai dan tidak saya lupa.

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan ialtu rakan-rakan dari kelas c8 kerana sudi
bertukar pandangan dalam memberi idea yang bernas. Maklumat yang diperolehi amat
berguna kepada semua orang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Jadi, terima
kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Seterusnya, ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada pihak secara
langsung ataupun tidak langsung kerana sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan
ini. Jasa yang anda beri dan masa anda luangkan amat saya hargai dan tidak akan dilupa.

You might also like