You are on page 1of 1

Penghargaan

Dengan kurniaan Tuhan dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk Statistik Asas (GSA 1072). Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang guru pelatih. Pengalaman
yang saya peroleh sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali
sahaja dalam hidup saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya
pensyarah saya iaitu Encik Murugiah A/L Velayutham kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Seterusnya, saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi
sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

You might also like