You are on page 1of 1

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan


dalam mata pelajaran Gerko (Sistem Pertandingan) dengan jayanya. Jutaan
terima kasih kepada pensyarah-pensyarah bagi mata pelajaran ini, kerana tunjur
ajar daripada beliau dan garis panduan yang telah diberikan kepada kami
sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan. Tanpa tunjuk ajar
beliau tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan
berbentuk idea kepada kami untuk menambahbaikan lagi tugasan ini. Segala
pendapat dan tunjur ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan sekelas, kami
mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara
langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang
telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa
penglibatan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami tidak
mendapat restu dan sia-sia.
Akhir kata dari kami terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk
menjayakan tugasan ini.

You might also like