You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi subjek ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam
hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan
tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan yang diberi. Saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang
tugasan yang perlu saya siapkan selayaknya sebagai bakal guru. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan
tugasan ini terutamanya kepada pensyarah iaitu Encik Rosly bin Mohd Sani yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan kewangan dan moral bagi menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
menghulurkan bantuan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan sehingga selesai.

You might also like