You are on page 1of 10

TOPIK3  FILEM

DAN
MEDIA DIGITAL

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan jenis-jenis filem
2. Memahami kegunaan dan kepentingan menentukan ASA dan ISO
3. Mengetahui teknik melakukan white balance pada kamera
4. Mengetahui fungsi dan kategori kad memori

3. FILEM DAN MEDIA DIGITAL

Filem merupakan perantara yang digunakan bagi mencetak


foto yang dirakam. Ia juga adalah kepingan plastik khas yang
mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya.
Filem yang digunakan dalam fotografi ini sangat peka pada
cahaya. Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi
sensetiviti filem berkenaan pada cahaya.

Apabila kekurangan cahaya dalam sesuatu lokasi penggambaran (contohnya foto


perkahwinan di waktu malam), filem yang mempunyai kepekaan tinggi (ISO 200-
1000) perlu digunakan atau diselaraskan bagi kamera digital.

Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kepekaan


filem terhadap cahaya iaitu;
(a) ISO Sensitiviti/Kelajuan filem yang digunakan
(b) Bukaan apertur
(c) Kelajuan shutter

3.1 Klasifikasi filem Dalam Aktiviti Merakam Foto


Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan
kimia peka cahaya. Permukaan ini disebut sebagai emulsion filem dan imej akan
terhasil di atasnya apabila bahan kimia tersebut terkena cahaya di atasnya.

Jenis-jenis filem

a) Filem hitam putih


Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih dan
dikenali sebagai Filem Panchromatic, filem BW atau hitam putih.
Filem ini kekal asal, mempunyai daya tahan cukup lama dan yang
penting tiada perubahan warna pada foto kerana diproses dengan
baik.

Ia dicetak pada kertas khusus untuk mencetak gambar hitam putih


ini dengan kandungan bahan kimia yang berbeza dengan bahan
yang dipakai untuk mencetak foto warna. Antaranya, halida perak,
yang menyebabkan kualiti foto kekal pada warna yang sama
walaupun foto berusia puluhan tahun.

b) Filem warna
Negatif warna untuk membuat gambar foto mengikut warna, berwarna-warni atau
hitam putih.
• Ramai yang gemar menggunakan filem jenis ini kerana ia boleh digunakan
untuk pelbagai keadaan dan boleh dicetak hitam putih.
• Biasanya filem warna mempunyai toleransi terhadap pencahayaan objek
yang kurang ( under-exposure ) atau terlebih cahaya ( over-exposure ).
• Kurang atau lebih cahaya dalam kadar tertentu pada sesuatu gambar masih
boleh dibetulkan pada proses pencetakan filem.
• Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini dapat bertahan sehingga
dua tahun.
• Namun emulsi filem warna sangat terdedah kepada naik turun suhu udara
• memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk menyimpan filem jenis ini.

c) Filem slaid
Dikenali sebagai filem positif dan penggunaannya adalah untuk mendapatkan
slaid berwarna dan boleh dicetak seperti yang lain-lain
• Kurang atau lebih cahaya dalam kadar tertentu pada sesuatu gambar masih
boleh dibetulkan pada proses pencetakan filem.
• Emulsi warna gambar yang terakam untuk filem ini dapat bertahan sehingga
dua tahun.
• Namun emulsi filem warna sangat terdedah kepada naik turun suhu udara
dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk menyimpan filem jenis ini.
• Satu lagi filem positif yang pernah dihasilkan dan ditemui di pasaran, iaitu
Filem positif jenis Tungstens.
• Filem ini berbeza dengan filem positif biasa iaitu jenis cerah hari (daylight).
• Dibuat khusus untuk pemakaian dengan sumber cahayanya iaitu cahaya
buatan.
• Umumnya dipakai untuk studio foto, yang membuat imej untuk penerbitan
majalah kalendar dan sebagainya, dengan menampilkan fotomodel atau
produk lain.
• Filem ini akan menghasilkan gambar sebagaimana yang dihasilkan.
• Lebih baik berbanding filem negatif kerana pengguna yang mencetak
gambar dari filem ini tidak perlu menghitung atau mengira terbalik terhadap
gambar yang akan dicetaknya.
• Jadi pengguna tidak akan keliru malah boleh menghasilkan gambar yang
lebih cantik dengan melakukan pembetulan terhadap warna-warna yang
ada dalam filem tersebut.

d) Filem dalam polaroid


Kamera polaroid merupakan kamera yang sesuai digunakan bagi orang
yang baru mula belajar kerana ia mudah digunakan. Foto juga dapat
disiapkan dalam masa beberapa minit tanpa melalui proses cetakan filem
atau melakukan proses cetakan dengan pencetak.

Kamera Polaroid memproses foto sendiri di


dalam badan kamera setelah dirakam. Ia
menggunakan filem khusus yang
dinamakan filem polaroid dan bagi
mendapatkan gambar warna, ia menggunakan
filem polacolor.

3.2 Kepekaan filem


Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran
adalah tidak sama.

Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti :


ASA (American Standard Association).
JIS (Japan Industrial Standards)
DIN (Deutche Industrie Norme).
ISO (International Organization of Standardization)

• Semakin tinggi nombor kepekaannya semakin tinggi dan sekiranya


nombornya kecil, kepekaannya semakin rendah.

1000 500 250 125 64 32 16 8 4 ASA


ISO
31 28 35 22 19 16 13 10 7 DIN
Kelajuan tinggi Kelajuan rendah

• Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dengan cahaya terik,
filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana seperti
filem ASA 125 atau kurang adalah sesuai digunakan.
Hasil memproses filem negatif 135
• Semakin cepat sebuah filem menangkap cahaya semakin tinggi ISO filem
berkenaan. Namun terdapat kelemahan filem yang mampunyai ISO tinggi
iaitu pixel akan lebih kasar dari filem ISO rendah. Kesan akan terpapar
apabila imej dibesarkan saiz dengan menjadi kabur.

3.3 ASA & ISO


Keperluan menggunakan filem ISO tinggi sangat diperlukan oleh juru gambar
atau wartawan sukan misalnya kerana bukan semua aktiviti sukan dilakukan di
kawasan yang lapang, terbuka dan siang hari. Misalnya pertandingan tenis,
badminton dan sebagainya diadakan di dalam bangunan dan pada malam hari,
yang mana belum tentu semuanya dengan cahaya yang mencukupi.
Kebiasaanya, jurugambar dilarang menggunakan flash bagi mengelakkan
mengganggu konsentrasi pemain.

3.4 Jenis-jenis Kad Memori

Kad memori SD digunakan pada pelbagai peranti seperti kamera digital, telefon
pintar, pemain muzik, tablet dan juga sesetengah komputer riba. Namun begitu,
tidak semua kad memori SD dijadikan serupa dan pelbagai faktor yang
membezakannya iaitu kelas kelajuan, saiz fizikal dan kapasti perlu diambil kira.
Lain peranti, lain keperluan kad memori SD yang diperlukannya. Berikut adalah
perbezaan yang perlu diketahui anda ketika ingin melakukan pembelian kad
memori SD untuk peranti anda.

Hari ini kamera digital dan orang menggunakannya untuk merakam detik-detik
mereka istimewa dan indah. Kebanyakan pemilik kamera sandaran ini gambar
seterusnya risiko kehilangan gambar berharga mereka. Pengguna sering panik,
ketika gambar-gambar yang hilang dari kad memori. Nasib baik, gambar anda
masih dapat dipulihkan jika prosedur yang betul digunakan.
Anda akan tentang kenaikan atau cuti dan anda memerlukan kad memori terbaik
untuk kamera anda untuk menyimpan semua anda ditangkap menakjubkan detik-
detik. Berikut adalah senarai top 10 terbaik kamera memori kad asas pada mereka
yang Baca dan kelajuan tulis.
 1. melangkaui muktamad

Sony 94 MB/s Panasonic R90/W45 mengenai Premium

Sandisk Extreme pro Samsung PRO SDHC penting ultima PRO


SDHC
Lexar profesional PNY elit prestasi Kingston

Panduan memilih kad SD yang sesuai

Memory card saat ini sudah menjadi suatu kebutuhan yang penting untuk para
fotografer yang menggunakan kamera digital. Selain kamera digital, beberapa
camcoder/handycam juga sudah dilengkapi dengan slot memory card untuk
menyimpan hasil rekaman. Hal ini tentunya membuat kita harus mengerti dan jeli
bagaimana cara yang tepat memilih sebuah memory card yang sesuai dengan
kebutuhan kita.

Jika kita lihat kondisi dipasaran saat ini, ada berbagai macam jenis memory card
yang bisa dipilih berdasarkan pada jenis, feature dan harga. Mungkin sebagian dari
teman-teman fotografer yang sudah mengerti akan dengan mudah menentukan
pilihan memory card sesuai dengan yang diperlukan, tetapi bagi sebagian teman
lainnya, memilih memory card adalah hal yang membingungkan. Oleh karena itu
kami akan mencoba memberikan penjelasan dan panduan singkat dan jelas sebelum
membeli memory card.

1. Jenis kad memori kamera anda – Majoriti kamera DSLR lama biasanya akan
menggunakan kad Compact Flash atau CF Card yang besar dan yang terkini
DSLR menggunakan SD Card yang dianggap sebagai memori kad yang
standard untuk kebanyakkan kamera. Namun kad memori bagi GoPro,
smartphone atau peranti yang lebih kecil menggunakan mikro SD Card.

Compact Flash CF Card SD Card Micro SD Card

Masing-masing gadget atau kamera digital yang kita gunakan memiliki spesifikasi
jenis memory card, silahkan dilihat pada buku panduan kamera kita untuk
mengetahuai jenis memory card yang bisa support. Beberapa jenis yang sering
digunakan adalah: CompactFlash I & II, Secure Digital card (SDCard), microSD
card, Memory Stick dan beberapa yang lainnya.

2. Jenis format memory yang disediakan oleh kamera – Spesifikasi yang


ditawarkan dalam kamera menentukan jenis bentuk fizikal kad memori dan
formatnya sama ada SD Card atau micro SD Card. Namun ia perlu dipastikan
samada ia boleh berfungsi atau tidak kerana SD atau micro SD Card itu
mempunyai format yang berbeza antara SD, SDHC atau SDXC.

Teliti format SD card kamera serta fungsinya;


a) SD – mempunyai kapasiti 2GB
b) SDHC – mempunyai kapasiti lebih dari 2GB hingga 32GB
c) SDXC – mempunyai kapasiti lebih dari 32GB hingga 2TB terutama bagi
kamera model terkini.

Teknologi memori kad terus berkembang, sehingga kepada saiz ruang simpan
dan kecepatan membaca data dari memori kad tersebut. Kapasiti memori kad
yang terdapat di pasaran masakini adalah terdiri daripada 4GB, 8GB, 16GB,
32GB dan akan terus bertambah mengikut keperluan teknologi. Namun jurufoto
harus ingat bahawa spesifikasi kamera masing-masing ada had minima yang
ditetapkan dan kamera berkenaan harus membeli memori kad mengikut had
kemampuan membaca memori kad berkenaan.

3. Pilihan dan penyediaan kad memori mengikut tujuan penggambaran -


Berdasarkan perkembangan terkini, terdapat banyak pilihan kapasiti kad
memori yang ditawarkan iaitu dari 8GB hinggalah 128 GB. Namun pilihan
bergantung kepada tujuan penggambaran juga bergantung kepada budjet
yang disediakan.

Jika sekadar melancong dalam kumpulan kecil dan secara individu 2GB
hingga 8GB sudah memadai. Tetapi jika bercuti melibatkan ahli keluarga,
8GB hingga 16GB kad memori sudah memadai. Nmaun jika tujuan
penggambaran adalah untuk merakan satu program yang besar seperti majlis
perkahwinan, ia perlukan 64 GB atau lebih kerana ia melibatkan rakaman
video yang banyak

4. Kelajuan Kad Memori


Kelajuan membaca data juga merupakan aspek yang diambil kira dalam
menentukan harga SD Card. Kelajuan yang tinggi pasti mahal berbanding
yang lambat dibaca. Ia juga bergantung kepada kapasiti yang boleh
ditampung oleh memori kad berkenaan. Dicadangkan bagi menadapatkan
data dan rakaman video HD yang laju, gunakan memori kad dengan kelajuan
Class 6 MBps hingga 10 MBps)

5. Kad Memori yang mempunyai wifi


Kamera digital masakini sudah boleh ditransfer dari kamera kepada telefon
pintar menggunakan wifi. Misalnya kamera Canon 6D, Sony A6000 dan bagi
kamera yang tidak mempunyai kemudahan ini, masalah boleh diatasi dengan
menggunakan SD Card dengan fungsi wifi. SD card akan mengeluarkan
signal wifi dalam kamera dan sejurus itu, buka wifi telefon pintar anda dan pilih
wifi SD Card. Pindahkan foto!

White balance
White balance adalah aspek penting yang mempengaruhi hasil warna foto.
Keseimbangan warna mampu mengatur suhu warna yang dihasilkan oleh
cahaya terhadap imej. Ketidakseimbangan white balance dalam kamera
boleh menyebabkan foto yang dihasilkan menjadi biru atau merah.

Sumber :
https://www.facebook.com/notes/gudang-kamera-surabaya/
pengertian-white-balance-fungsi-dan-cara-pengaturannya-pada-kamera-dslr/

Oleh itu, keselarasan white balance pada kamera lebih kepada tujuan untuk
mengembalikan warna asli dengan mode foto yang diinginkan. WB akan mengukur
suhu cahaya berdasarkan cahaya yang ada dipersekitaran serta mengatur
menyusun komposisi warna yang mengikut keasliannya situasinya. Misalnya warna
aurora yang mempunyai elemen warna pelangi yang unik. Secara langsung
mengurangi kelemahan kamera digital yang ada kalanya gagal mengukur komposisi
warna mengekalkan warna asal! Namun begitu masalah kesilapan menghasilkan
warna dalam kamera masih boleh diatasi dengan memilih format RAW ketika
mengambil foto. Ia akan membantu anda membuat suntingan menggunakan file
RAW.

Kamera perlu diselaraskan white


balance mengikut suasana cahaya.
Misalnya white balance Flourescent
boleh menghasilkan warna biru,
manakala penggunaan white balance
Tungsten, menghasilkan foto lebih
kepada warna kuning atau oren.

Antara pilihan mood adalah seperti berikut;


a) Auto – pilih mode ini untuk mendapatkan keseimbangan warna yang sesuai,
mudah, ringkas dan menjimatkan masa tanpa perlu mengatur white balance
kamera pada setiap masa. Kadang kala pilihan mode auto ini juga akan beri
masalah apabila hasil tidak seperti apa yang diinginkan serta sukar
memaparkan suasana kedinginan, kepanasan atau ketenangan atau berbeza
dengan yang asli. Pilihan auto akan menyesuaikan kamera dengan suhu
warna mengikut cuaca semasa

b) Tungsten –pilih mode ini apabila anda ingin merakam foto dalaman yang
berhadapan dengan cahaya yang terhasil daripada lampu yang kekuningan
dan bukan dari cahaya matahari. Hasilnya lebih kepada efek kebiru-biruan.

c) Fluorescent – Mode ini juga digunakan untuk menghadapi situasi


pencahayaan yang terhasil daripada cahaya lampu yang berwarna putih dan
bukan dari cahaya matahari. Pilihan ini sesuai untuk waktu malam ketika
dalam bangunan atau rumah. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk lampu.

d) Daylight/Sunny – Jika sumber cahaya matahari berlebihan ketika membuat


penggambaran luar, pilihlah mode ini. Pilihan mode ini akan membantu
kamera anda menyelaraskan suhu warna yang terhasil daripada cahaya yang
berlebihan. Untuk mengenalpasti ikon menu Daylight, pilih simbol matahari
(kebanyakan jenama menggunakan ikon yang lebih kurang sama)

e) Cloudy – Mode ini menggunakan untuk menghadapi cahaya mendung


dengan menggunakan sumber cahaya matahari yang ada bagi mendapatkan
foto yang lebih beremosi. Ia akan menambahkan warna kekuningan dan
coklat. Ikon menu ini, kebiasaannya berbentuk awan.

f) Flash – pilihan mode ini jika hendak menggunakan flash kamera kerana
flash akan mengimbangi kekurangan cahaya ketika itu. Foto akan kebiru-
biruan kerana cahaya flash bersifat lembut. Ikon menu ini, kebiasaannya
berbentuk kilat.

g) Shade –Mode ini boleh dipilih jika lokasi terlindung dengan bangunan, pokok
atau imej yang lebih besar dan menyebabkan suasana agak gelap. Mode ini
membantu jurufoto menggunakan cahaya matahari yang masih ada untuk
merakam termasuklah ketika dalam rumah. Ikon menu ini, kebiasaannya
berbentuk rumah atau pokok.

Cara mengubah White Balance (WB) Kamera


Setiap kamera mempunyai kedudukan menu yang
berbeza-beza, namun sebagai pemilik kamera,
menu white balance pasti sudah dikenalpasti! Pilih
menu WB dan pilih jenis WB yang diperlukan
mengikut keperluan merakam.
WB penting dipilih dan diselaraskan kerana ia mempengaruhi warna dalam
fotografi digital. Selain itu, jurufoto juga boleh memilih Custom WB untuk
menyelaraskan warna secara manual. Kaedah ini adalah dengan memfokus
kepada objek putih seperti kertas sebagai master preset WB yang akan
menyelaraskan kesesuaian warna dengan objek. Apabila memfokus, lakukan
pemusatan warna dengan melakukan zoom in kepada warna putih dan
elakkan unsur warna yang lain menganggu proses ini, misalnya jika ada
warna lain dari cahaya lampu.

BIBLIOGRAFI
Apakah WhiteBalance itu pentig?
http://tipskamerafotografi.blogspot.co.id/....

Mengenal White Balance (Wb) Dan Cara Penggunaannya


http://www.kelasfotografi.com/2015/02/mengenal-white-balance-wb-dan-
cara.html

Belajar Fotografi
HTTP://BELFOT.COM/MEMAHAMI-PENGERTIAN-WHITE-BALANCE/

You might also like