You are on page 1of 61

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012

BAB 7 Asas Fotografi


a) Pengertian Fotografi
Fotografi (Photography): Bahasa Yunani.
1. Photos: Cahaya
2. Graphien: Menggambar
Fotografi: menggambar objek dengan menggunakan cahaya

b) Definisi kamera?
Kamera adalah sebuah kotak kedap cahaya (light-proof) mempunyai satu tertingkap
berkanta pada bahagian hadapannya. Tingkap tersebut sentiasa tertutup. Ia hanya dibuka
sekadar beberapa saat sahaja untuk mendedahkan sensor atau filem yang terdapat di
dalam kotak tersebut kepada cahaya.
Dengan kemajuan sains dan teknologi, bentuk dan fungsi kamera telah diperbaiki dan
diperkemaskan dengan tambahan pelbagai kemudahan dan kecanggihan elektronik seperti
fokus automatik, putaran filem sendiri dan kesan dedahan cahaya automatic dan kini
bertambah pula dengan kehadiran kamera digital yang boleh menghasilkan gambar digital
dan disunting dengan komputer. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh George Eastman
apabila beliau melancarkan fotografi amatur dengan kamera Kodak Brownie pada tahun
1881 dulu:-
You press the button, we do the rest!
c) Prinsip Asas Kamera


d) Prinsip kerja Kamera
Cahaya masuk ke kamera melalui lensa.
Objek yang akan diambil gambarnya dapat dilihat di viewfinder.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Pada kamera analog cahaya tersebut digunakan untuk membakar film.
Pada kamera digital cahaya diterima oleh sensor yang kemudian diubah ke data
digital.
Data tersebut kemudian disimpan pada media penyimpan seperti SD card, CF, MMC,
dll.

e) Jenis-jenis Kamera
Terdapat pelbagai jenis kamera yang berada di pasaran seperti :
1. Kamera Pemokus Tetap
2. Kamera Poket/kompak
3. Kamera Pencari Jarak Padu
4. Kamera Lensa Berkembar
5. Kamera Lensa Tunggal
6. Kamera Polaroid/Instant camera
7. Kamera View
8. Kamera Computer Generated
- Digital Kamera
9. Kamera Kegunaan Khas
8.1. Kamera Super Wide Angle dan Panoramik
8.2. Kamera Amphibious/ underwater camera
8.3. Kamera Kelajuan Tinggi
8.4. Kamera Infra Red

Di sini kita akan menghuraikan beberapa jenis kamera yang
sesuai untuk dalam pengajaran dan pembelajaran.
a. Kamera Format Besar
Guna filem yang lebih besar daripada saiz 120 atau 220 yang
mempunyai ukuran bidang > 60mm X 60mm contohnya 8 inci x
8 inci. Bentuk kamera besar dan berat. Digunakan dalam studio
oleh juru foto profesional .


b. Kamera Medium Format
Guna ukuran filem 60x60 mm, 60x70mm, 60x80mm atau
60x45mm.

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012




c. Kamera Standard Format
Guna ukurn filem 35mm. Ukuran sebenar lembar
filem iaialh 24mmx 36mm


Kamera juga boleh dibahagikan mengikut fungsi kerjanya iaitu
1. Kamera Kotak/Kamera Pemokus Tetap
Bentuk kamera paling ringkas. Terdiri dari satu kanta ringkas, satu butang pengatup dan
tuil penggerak filem.
Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik
pandangan atau pemidang tilik(view finder) yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa.
Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi
ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan
dengan lambang-lambang seperti berikut:







2. Kamera Kompak Biasa
Menggunakan filem bersaiz 35mm. Binaan ringkas. Peralatan
asas kamera sahaja. Tujukan kepada subjek dan tekan butang
pengatup. Selalunya terdapat lampu imbasan bina dalam. Juga
dikenali sebagai kamera Point and Shoot. Dimensinya kecil dan
pratikal untuk kegunaan umum

Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan
bayang- bayang yang nyata.
Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega
dengan bayang-bayang samar
Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung
dengan sedikit bayang-bayang



EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


3. Kamera Jenis Rangefinder/ Pencari Jarak Padu
Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan
kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk
mendapatkan imej yang jelas dan tajam. Pemidang tiliknya
digabungkan dengan pelaras fokus pada kanta. Dengan
memutar pelaras fokus pada kanta (kiri/kanan) sambil
melihat melalui pemidang tilik, dapat dipastikan samada
subjek kelihatan jelas atau kabur (in-focus or out-focus).
Lazimnya ia menggunakan filem bersaiz 35mm.
iii) Jenis Rifleks Kanta Tunggal (Single Lens Reflex (SLR).
Gunakan kanta utama sebagai pemidang tilikdan kanta
objektif untuk merakam foto. Subjek atau pemandangan yang
terdapat pada penitik padangakan dirakam ke atas filem. Kanta
boleh ditukar ganti dengan kanta-kanta yang berlainan jarak
fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang
berlainan
Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa
merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle
lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.
SLR merupakan singkatan untuk Single-Lens Reflex. Kamera SLR menggunakan pergerakan
cermin (mirror) automatik untuk memantulkan imej 45 darjah ke arah pemidang tilik
(view finder) seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah. Apabila menggunakan
kaedah ini, sesuatu imej yang hendak dirakam akan melalui sistem lensa (1), dipantulkan
oleh cermin (2), melalui skrin fokus/focusing screen (5), lensa kondensi/condensing lens
(6), pentaprisma/pentaprism (7) dan akhir sekali boleh dilihat melalui pemindang
tilik/viewfinder (8). Dengan cara begini seseorang juru foto boleh melihat akan komposisi,
fokus dan sebagainya perihal imej tersebut sebelum merakamkannya.





EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Setelah berpuas hati dengan komposisi imej tersebut, juru foto akan menekan butang
pengatup/shutter. Ini menyebabkan cermin (2) naik keatas secara automatik (lihat arah
anak panah), membuka bidai pengatup/atau shutter curtain (3) dan membenarkan imej
tersebut dirakamkan pada filem atau sensor kamera (4). Setelah selesai proses rakaman,
bidai pengatup atau shutter curtain (3) akan tutup dan cermin (2) akan kembali ke tempat
asal secara automatik. Ini membenarkan jur foto itu melihat semula melalui pemidang
tilik/viewfinder (8) untuk rakaman imej seterusnya.
4. TLR.

TLR (Twin Lens Reflex) mempunyai kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain.
Kanta atas sebagai pemidang tilik dan kanta di bawah sebagai kanta objektif / utama. Ini
bermakna Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala
lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. Sesuai pentingkan mutu foto,
format besar membolehkan pembesaran gambar lebih baik.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012






4.



5. Kamera Segera
Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu
antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh
satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.
Kamera juga boleh dibahagikan mengikut saiz filemyna iaitu:


6. Kamera Digital SRL (DSLR)
Boleh dibahgikan kepada :
a. Pro
b. Semi Pro
c. Prosumer
d. Hobyist

f) Format Kemera
Format merupakan saiz dan keluasan sensor atau filem yang terdapat di dalam DSLR.
Terdapat 2 jenis sensor/filem pada kamera DSLR iaitu Full Frame Format dan Cropped
Format.

Digital full frame DSLR
o adalah kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila
lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa
tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
o Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
Nikon D3
Canon 1Ds
Canon 1Ds Mark II
1Ds Mark III
Canon EOS 5D
Contax N Digital
Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Digital Cropped format
o Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor
kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.
o APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan
format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon,
dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah
lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N



















120mm

35 mm

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012








g) Bahagian Kamera
i. Kotak kalis cahaya (light tight enclosure) - badan kamera.
ii. Kanta - untuk membentuk imej di atas filem.
iii. Iris atau diafram (aperture) - untuk mengawal jumlah cahaya.
iv. Pengatup (Shutter) - mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa tertentu.
v. Pemidang tilik(view finder) - untuk melihat keadaan pemandangan / subjek yang
dirakamkan.
vi. Pemegang filem atau alur filem - tempat untuk meletakan kepingan atau gulungan filem.

Berikut merupakan alat tambahan pada ssuaut kamera.
i) KANTA (Lenses)

Secara umum kanta dibahagikan kepada 4 kategori iaitu kanta jarak dekat, kata jarak
normal, kanta jarak jauh dan kanta zoom mengikut jarak fokusnya.
o Kanta jarak dekat atau kanta sudut luas (wide-angle lens)
mempunyai bukaan lebih besar dari 60
0
sudut pandangan. Banyak digunakan
dalam architecture dan photojournalism.
Membolehkan juru foto mengambil gambar pada sudut yang luas atau objek
yang banyak.
Dengan menggunakan lensa ini maka objek menjadi lebih jauh dan mengecil.
Terdiri daripada kanta Wide- angle dan ultra- wide angle (fish eye lens)
Digunakan untuk penggambaran pemandangan jauh yang luas seperti gambar
berkumpulan, gambar keramaian sesuah pasar.
Berikut merupakan lensa wide-angle : 18mm, 20mm, 24mm, d an 35mm
Semakin kecil angka bermakna semakin luas sudut pandangannya. Namun sudut
yang luas akan memberi kesan lengkung.
Ultra-wide angle juga dikenali seagai lensa mata ikan atau Fish Eye Lens.
Bentuk dari lensa ini yang memiliki permukaan yang sangat cembung seperti
mata ikan.
Memiliki titik fokus yang begitu pendek iaitu 14 mm, 15 mm atau 16 mm.
Contoh perbandingan format 120mm, 35mm dan Sensor digital (DX)
m

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


o Kanta jarak normal atau kanta 'standard' (normal lens).
mempunyai bukaan 50
0
sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm ,
55mm dan 70mm,
Sudut pandang lensa ini sama dengan sudut pandang mata manusia, Jadi tidak
menjauhkan objek maupun mendekatkan objek.

Sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.
o Kanta jarak jauh atau kanta sudut kecil (telephoto lens).
Mempunyai sudut pandangan yang sempit .
mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau jarak fokus
(focal length) lebihpanjang iaitu lebih dari 50mm.
Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.
Apabila mengunakan lensa ini, subjek jauh yang dirakam terasa amat dekat.
Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8, 135mm,
200mm, 300mm,500mm, dan 1000mm.
Kelemahan lensa ini ialah goyangan kemera yang sedikit akan menjejaskn mutu
gambar. Untuk menghidarinya, tripod atai monopod boleh digunakan.
Kanta berdasarkan kecepatannya :
1. Lensa cepat
Yaitu lensa yang memiliki aperture/diafragma > 2,8 (1,8 ; 1,4; 1; 0,9)
2. Lensa sedang
Yaitu lensa yang memiliki aperture/diafragma di antara
3. Lensa lambat
Yaitu lensa yang memiliki aperture/diafragma < 5,6 (8; 11; 16; 22; 32; 64)







6 mm - 28 mm Ultra-Wide.

28 mm- 35 mm Wide

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012









35 mm - 70mm Standard

70mm - 250mm Telephoto

300mm ke atas Ultra Telephoto

SAIZ JARAK FOKUS & SUDUT BUKA
LENSA

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Kategori Lensa Contoh Gambar
Ultra wide
fish eye
Nikkor 10.5mm f/
2.8G ED AF DX Fis
heye
Selain ini:
Tokina 1017mm



Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang luas.
Kesesuaian penggunaan: Bangunan, landscape, aksi, kanakkan
ak, perkkhawinan, acaraacara tidak rasmi, portrait kreatif.

Ultra Wide Nikkor AFS 1424
mm f/2.8G ED

Selain lens ini:
Nikkor AFS 1224
mm f4 ED DX

Sigma 1020mm
Tokina 1224mm


Perspektif latang belakang yang luas.
Kesesuaian penggunaan :
Bangunan, landscape, foto
kumpulan, perkahwinan dan photojournalism.
GAMBAR DENGAN LENSA YANG BERLAINAN

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Standard Zoom
Kit lens
Nikkor 1855mm f
/3.55.6G ED II AF
S DX Zoom

Selain lens ini,
Tamron 1750mm
f2.8 Canon 1755
mm


Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoo
m

Standard (tiada
zoom)
Noctilux 50mm f/
1.0

Lainlain
Nikkor 50mm 1.4
& 1.8
Nikkor 35mm





Perspektif latarbelakang yang biasa.
Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang
mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif
(distortion)

Telefoto (tiada
zoom)

Canon 85mm f1.2L



Perspektif latarbelakang yang kecil.
Kesesuaian penggunaan : portrait .

Telefoto Zoom Nikkor 70200mm
f/2.8G EDIF AFS
VR


Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait
Sumber gambar :www.pbase.com
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012




Kata Zoom (Zoom Lens)/ Vario
mengandungi gabungan beberapa jenis kanta
pada satu unit sama ada
(i) gabungan sudut luas ke normal atau
(ii) normal ke sudut jauh.
In I bermakna terdapat dua aua tiga sudut
padang pada lensa.
merujuk kepada lens yang mempunyai
pelbagai atau berlainan jarak fokus ( focal
length). Sebagai contoh 70-200mm atau 18-
70mm, 70-135mm, 80mm-200mm
Lensa zoom adalah lensa yang sangat populer karana amat praktikal.
Dengan memiliki sebuah lensa zoom itu sama ertinya dengan memiliki beberapa
buah lensa, karena kemampuan lensa ini yang dapat mengubah titik fokusnya.
Ukuran lensa zoom bervariasi seperti 28-80mm, 35-70, 80-200mm, 70-300mm
sesuai pada subjek yang berubah dengan cepat dan juru foto tidak ada masa untuk
menukar kepada kanta-kanta yang berlainan kepada kameranya.
Bentuk kanta zoom yang biasa terdapat.
28mm - 50mm Sudut luas ke normal
28mm - 70mm Sudut luas ke sederhana
28mm - 80mm Sudut luas ke sederhana
50mm - 100mm Normal ke sederhana
70mm - 200mm Sederhana ke jauh
135mm- 300mm Sederhana ke jauh.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012




Selain itu, terdapa juga pelbagai kanta yang lain sepeti :
1. Kata Tunggal/Prima atua fix
2. Kanta Makro/Mikro
3. Kanta Penyaring
4. Kanta lembut
5. Kanta malam
6. Kanta Shift/Perspektif.
Kata Prima (Prime lens)
merujuk kepada lensa yang mempunyai 1 jarak fokus (focal length) atau sudut
pandangan sahaja, yakninya udut panangannya tidak boleh diubah-ubah. Sebagai
contoh 50mm f1.8.
Kanta Fokus Lembut
Untuk Mendapatkan Tone Dan Mood Yang Lembut Kepada Subjek
Kanta Malam
Lensa Kelajuan Tinggi, Sesuai Untuk Kegunaan Cahaya Rendah
Kanta Shift/Lensa Perspektif
Untuk Fotografi Architectural
Kanta MATA IKAN
Untuk rakaman keluasan yang extreme,
Kanta REFLEX
Lensa Zoom

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


lensa telefoto yang extreme
Kanta Infra Red
Khas Untuk Fotografi Pengintipan, Perubatan, Saintifik Dan Terkawal

Kanta Makro/Mikro.
Kanta khas punya jarak fokus amat dekat untuk pembesarkan imej subjek yang
berada hampir dengan kamera. Lazimnya mempunyai bukaan 25
0
sudut pandangan.
Digunakan untuk merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-
gambar mikri atau close-up.
Kebanyakan kanta zoom masa kini dilengkapi dengan fungsi makro sebagai
'standard'.

Sebolehnya gunakan 'copy stand' dan setkan saiz aperture paling kecil yang boleh
bagi menghasilkan gambar foto yang tajam serta mendapat medan fokus yang luas.
Amat sesuai untuk merakam benda-benda kecil seperticapung,serangga, buah yang
bersaiz kecil.
Contoh lensa makro : 55mm, 105mm dan 200mm
Lensa 55mm boleh merakam gambar pad jarak dekat. Lensa 105mm dan 200mm
boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.
Kanta Saring Pendekat (Close-Up Lens-filter).
kanta cembung yang perlu disambungkan pada bahagian hadapan kamera yang
bertujuan membesarkan imej benda yang kecil.
saring pendekat dibekalkan dalam beberapa kekuatan atau 'diopter' seperti
berikut:-
+ 1 akan membesarkan imej 1 X ganda
+ 2 akan membesarkan imej 2 X ganda
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


+ 3 akan membesarkan imej 3 X ganda
Bagi mendapatkan kesan pembesaran yang lebih besar, saring boleh digabungkan.
Contohnya, +3 +1 untuk mendapatkan +4.
Gunakan ' copy stand' dan setkan saiz apertur paling kecil yang boleh bagi
menghasilkan gambar foto yang tajam serta mendapat bidang fokus yang luas
Kanta Saring (Lens-Filter).
Perlu disebabkan cahaya terlalu cerah atau keadaan subjek tidak bermaya atau
untuk menghasilkan kesan yang istimewa kepada gambar foto. Bagi menghasilkan
ini beberapa jenis kanta saring boleh digunakan. Antaranya:-






Penggunaan penyaring akan menghasilkan kesan-kesan berikut seperti:
1. Polariser atau neutral density.
Menggelapkan warna-warna tertentu serta boleh melenyapkan kesan pantulan
cahaya daripada objek berkilat. Sering digunakan untuk menggelapkan warna langit.





2. "Split Field'.
Kanta Saring Polariser
Polariser

Tanpa Kanta Saring
Polariser

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Kanta dekat yang digabungkan dengan sekeping saring cahaya normal. Saring ini
akan membentuk dua imej yang berbeza - imej dekat akan kelihatan jelas dan imej
jauh juga kelihatan jelas.

3. 'Center Spot'.
Bahagian tengah gambar foto akan kelihatan jelas sementara kawasan tepi menjadi
kabur. Amat sesuai untuk potret.

4. 'Star Burst'.
Punca-punca cahaya terang akan terbentuk sebagai pusar cahaya gemerlapan
seperti bintang berpusar 4 bucu, 6 bucu atau 8 bucu. .

5. Skylight dan Ultra Violet'.
Membuatkan pandangan jauh kelihatan lebih jelas dan baik. Boleh dilekatkan terus
pada sesuatu kanta sebagai pelindung / pengadang kanta tersebut.

ii) Iris atau Diafram (Aperture).
Aperture merupakan saiz bukaan pada lensa. Ia menentukan jumlah
cahaya/mengawal kadar cahaya masuk memlalui kanta ke dalam kamera, yakni
filem atau sensor. Saiz bukaan ini lazimnya dikawal oleh aperture baldes yang
menyerupai sekeping diafram di dalam lensa. Saiz bukaan aperture ini juga
mempengaruhi exposure dan depth of field (DOF) sesuatu imej.
Pintu yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor /filem pada
kamera
Lubang bukaan yang mengawal kadar cahaya yang dibenarkan
masuk melalui kanta
Saiz iris boleh dibesarkan atau dikecilkan bagi menentukan
kadar cahaya yang masuk.
Saiz iris/aperture yang kecil memerlukan dedahan yang lebih
lama
Saiz iris /aperture diukur menggunakan unit f.
Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
Jika nombor f besar, lubang irisnya kecil (bukaan aperture) dan sekiranya nombor f
kecil, lubang irisnya besar.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Pada kebiasaannya, saiz aperture (iaitu diameter) ini membesar atau mengecil
dengan julat (increment) faktor 1.4. Oleh itu, bukaan aperture adalah separuh (1/2)
pada setiap julat (increment) seperti ditunjukkan pada rajah dibawah. Nombor f
yang biasa terdapat pada sesebuah kamera ialah:-
f1.4 f1.8 f2 f2.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22

Contoh Aperture analog:
f32,f22,f16,f11 - lubang kecil
f8,f5.6,f4 - lubang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar
Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah
bacaannya.
Contoh tambahan yang berlaku:
f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lubang kecil
f10,f8,f5,f5.6,f4 - lubang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar






EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012










Gambar dibawah menunjukan bagaimana skala F-stop yang dibincangkan di atas
diukir pada cincin aperture/aperture ring (yang digunakan untuk mengubah saiz
apeture) pada sesebuah lensa pada awal zaman 60an










F/1.2
F/5.6
F/16
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Bukaan maksimum aperture sesebuah lensa ada juga dikaitkan dengan kelajuan
sesebuah lensa, atau LENS SPEED. Ini kerana, lebih besar bukaan aperture-nya,
lebih banyak cahaya yang boleh masuk ke dalam kamera. Ini membolehkan
penggunaan shutter speed yang lebih laju atau tinggi. Ini amat berguna di dalam
fotografi sukan atau di dalam keadaan cahaya yang rendah. Justru itu, lensa seperti
F/1.4 atau F/1.2 sering dirujuk sebagai FAST LENS.

Bukaan maksimum ini juga akan ukir pada badan lensa, sebagai contoh, lensa yang
mempunyai jarak focus (focal length) 85mm yang tetap dan mempunyai bukaan
maksimum F/1.4 lazimnya ditulis, 85mm 1:1.4 seperti gambar dibawah.

Bagi pengguna lensa zoom (Zoom Lenses), bukaan maksimum untuk kedua-dua
jarak focus (focal length) tersebut akan dimaklumkan juga. Sebagai contoh, jarak
focus (focal length) 18-200mm yang mempunyai bukaan maksimum F/3.5 pada
18mm dan F/5.6 pada 200mm lazimnya ditulis, 18-200mm 1:3.5-5.6 seperti gambar
dibawah.

Terdapat juga lensa zoom laju (FAST ZOOM LENS) yang mempunyai bukaan
maksimum yang sama pada kedua-dua zoom jarak focus (focal length). Sebagia
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


contoh, jarak focus (focal length) 17-55mm yang mempunyai bukaan maksimum
F/2.8 dari 17mm ke 55mm lazimua ditulis, 17-55mm 1:2.8, seperti yang ditunjuk
dibawah.

Ini bermaksud, pengguna lensa ini dapat menikmati bukaan maksimum F/2.8 pada
setiap jarak focus (focal length) yang ada pada zoom range lensa tersebut.
Walaubagaimana pun, harus diingatkan bahawa kebanyakan lensa yang
dikategorikan dalam golongan FAST LENS atau FAST ZOOM LENS, lebih berat, lebih
besar dan lebih mahal harganya.
Filem hanya memerlukan kadar cahaya tertentu sahaja untuk pendedahan yang baik.
Kalau cahaya terlalu banyak gambar foto akan terlalu cerah.
Gambar foto akan menjadi gelap kalau cahaya tidak cukup.
Secara umumnya saiz iris di bahagikan kepada tiga suasana umum.
Cahaya terik (matahari) f11 atau f16
Cahaya redup (berawan) f5.6 atau f8
Cahaya malap f1.8 atau f2
(kalau gelap mungkin perlukan lampu imbasan / 'flash light'.)

Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk fokus kepada subjek utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subjek akan menjadi lebih tajam dan
latar belakang akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk
kepada kualiti kesamaran yang terhasil.

Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai
digunakan untuk portrait. Saiz f8 dan ke atas sesuai untuk landscape.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada juru foto yang
memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.
















Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar
boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.
Kebanyakan pakar optik mencadangkan, aperture yang optimum adalah 2
stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:
Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum
adalah pada f3.5 atau f4.
Untuk lens 70-200mm f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum
adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optik lensa 70-200mm f2.8 adalah sangat
baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat
perbezaan kualiti optik pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

iii) Pengatup (Shutter).
SHUTTER SPEED atau kelajuan pengatup, mempengaruhi tempoh masa filem atau
sensor di dalam kamera terdedah kepada cahaya. Ini lazimnya dilakukan dengan
menggunakan bidai pengatup atau shutter curtain yang membuka dan menutup
mengikut kelajauan yang diperlukan oleh pengguna. Tempoh bukaan bidai ini
dikenali sebagai kelajuan pengatup atau shutter speed. Sebagai contoh, jika
pengguna memilih kelajuan 125 seperti yang diwarnakan merah didalam gambar
ini, filem atau sensor akan terdedah kepada cahaya selama 1/125 per saat.
f-32 Bokeh kurang kemas

f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas.

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Seperti juga aperture, kelajuan pengatup (shutter speed) mempunyai julat
(incrementnya) sendiri dan lazimnya dirujuk dalam nisbah per saat dalam faktor
1/2. Disebabkan ini, maka kebiasaannya kelajuan pengatup (shutter speed) kerap
dirujuk dalam 1/2s, 1/4s,1/8s ... 1/8000s. Seperti yang telah dibincangkan diatas,
jika seseorang pengguna memilih 1000, ini bermakna, kelajuan pengatup (shutter
speed) ialah 1/1000 per saat.
Dalam pada masa yang sama, kelajuan pengatup (shutter speed) bukan sahaja
terhad pada tahap atau range yang laju sahaja. Shutter speed juga terdapat dalam
kelajuan yang perlahan atau long exposure. Ini kerap dirujuk dalam saat tempoh
bukaan pengatup seperti 1s, 2s, 4s,8s atau B.
Berpandukan gambar di atas, sebagai contoh, jika pengguna memilih angka 8, ini
bermakna, tempoh bukaan pengatup (shutter) adalah 8 saat. Jika pengguna memilih
abjad B pula, tempoh bukaan pengatup terletak sepenuhnya di tangan pengguna. Ini
bermaksud, pengatup akan buka bila punat ditekan dan akan kekal terbuka selagi
punat pengatup tidak dilepaskan. Ini lebih dikenali sebagai BULB mode.

Persoalanya, apakah kelajuan pengatup (shutter speed) yang sesuai untuk
digunakan?
Sebagai rule of thumb, pemilihan kelajuan pengatup (shutter speed) adalah
digalakkan pada satu tahap di atas jarak focus/focal length lensa yang digunakan.
Ini bertujuan untuk menggelakkan kekaburan disebabkan oleh gegaran
kamera/camera shake. Sebagai contoh, jika jarak focus (focal length) lensa ialah
200mm, kelajuan pengatup (shutter speed) yang harus digunakan ialah 1/250s. Jika
kelajuan pengatup (shutter speed) ini tidak dapat diperolehi, penggunaan tripod
atau lain-lain jenis alat sokongan amatlah digalakkan untuk menghindarkan dari
kesan camera shake ini. Walaupun terdapat lensa-lensa sekarang yang mempunyai
vibration reduction (VR) atau image stablisation (IS) untuk mengurangkan kesan
gegaran kamera/camera shake, pengguna harus peka dan berhati-hati dalam
pemilihan shutter speed.
Pemilihan kelajuan pengatup (shutter speed) juga terletak kepada komposisi dan
imej yang dikehendaki oleh pengguna. Jika kita hendak "membekukan" atau
"Freeze" sesuatu aksi dalam sukan (sports) atau kehidupan liar (wild life),
penggunaan kelajuan pengatup (shutter speed) 1/250s keatas adalah wajar, seperti
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


gambar dibawah ini.

Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan
pada warna merah.
1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju



Kelajuan Pengatup.
Merujuk kepada Jangka masa untuk tingkap pengatup terbuka & tertutup semula.
Bagi menentukan intensiti cahaya yang terdedah kepada filem.
Kelajuan disukat dalam masa persaat atau unit saat.
Pengatup yang dibuka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya
masuk.
Kelajuan pengatup akan mempengaruhi gambar dari segi:
Dedahan cahaya (Exposure)
Kekaburan (Blur)
Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan angka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60,
125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan
kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada
apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat
masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih
lama dedahan dibenarkan. Kelajuan pengatup yang biasa ditemui pada kamera
adalah seperti berikut:-1s, 1/2s, 1/4s, 1/8s, 1/15s, 1/30s, 1/60s, 1/125s, 1/250s,
1/500s, 1/1000s, 1/2000s dan 1/4000s.
Contoh: - 1/125s bererti tingkap akan terbuka selama 1 per 125 saat untuk membenarkan
cahaya jatuh ke atas filem, selepas tempuh itu ia akan tertutup.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012






















Pengatup yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti
diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.



PENGATUP LAJU

PENGATUP PERLAHAN

BAGAIMANA MENGHASILKAN FOTO SEPERTI INI?

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012







Pengatup yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.

Kelajuan 1s hingga 1/30s - kelajuan lambat. Sesuai menggambar subjek pegun
atau tidak bergerak.
Kelajuan pengatup 1/60s, 1/90s & 1/125s kelajuan imbasan. Kebanyakan
kamera telah disesuaikan dengan kecepatan lampu imbasan (flash light) pada
kelajuan pengatup ini.
Kelajuan pengatup 1/125s ke atas kelajuan cepat dan sesuai untuk semua jenis
subjek yang bergerak sama ada pergerakan lambat atau laju.
Keadaan subjek Kelajuan pengatup
pegun 1/60
berjalan perlahan 1/125
berjalan laju 1/250
lari pantas 1/250
Kenderaan laju 1/500 , 1/1000, 1/2000

Kelajuan pengatup yang rendah seperti 1/15 mungkin akan menyebabkan
gambar samar-samar kerana tangan yang bergoyang.
Justeru, untuk menambi gambar yang pegun (statik), pengatup 1/50 atau 1/100
diperlukan sekiranya kita memegang kamera menggunakan tangan.
Ada juga kelajuan pengatup perlahan digunakan untuk merakam gambar
bergerak.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Kelajuan pengatup yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih
belon.

iv) FOKUS
Proses mengubah jarak kanta dari permukaan filem atau sensor supaya satu
imej subjek yang jelas terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan
dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil melihat
subjek melalui pemidang tilik (view finder).







Terdapat tiga jenis kaedah fokus.
i. Kaedah 'Rangefinder'.

Terdapat 2 bentuk 'rangefinder' iaitu:
FOKUS

TIDAK FOKUS

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


A. Imej bertindan.

B. Imej terbahagi






ii. Kaedah 'Mikroprisma'.
Pemidang tilik dipenuhi mikroprisma-mikroprisma. Keadaan imej yang
terbentuk akan menentukan sama ada subjek di fokuskan atau tidak. Imej
yang jelas bererti subjek berada di dalam fokus.

iii. Fokus Automatik.
Satu unit pemprosesan fokus akan menentukan fokus sesuatu subjek dengan
cara automatik. Apabila butang pengatup ditekan separuh satu isyarat infra
merah atau pun bunyi frekuensi tinggi akan dipancarkan dari kamera kepada
subjek. Kamera akan memproses lama masa yang diperlukan untuk isyarat
tersebut dipantulkan semula ke dalam kamera, dan diterjemahkan menjadi
jarak sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus kanta akan diubah secara
automatik.

Focal Length dan Filed of View (FOV)
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Jarak Fokus (Focal length) merupakan jarak dalam milimeter (mm) dari
pusat lensa ke satu titik fokus (focal point) yang terletak pada filem (SLR)
atau sensor (DSLR) bagi sesuatu subjek yang difokus. Ini bermakna ia
mengukur jarak antara pusat optik lensa dengan titk di mana gambar
terlihat dalam keadaan fokus.


Rajah : jarak focus( focal length) pada kanta ringkas


Rajah : jarak focus (focal length) pada lensa telephoto

Field of View (FOV) merupakan sudut pandangan yang diukur secara
menegak (vertically) dan mendatar (horizontally). Lebih besar saiz filem atau
sensor, maka lebih besarlah pemandangan yang dapat dirakamkan.

Oleh kerana terdapat beberapa format atau saiz filem dan sensor, FOV lebih
kerap diukur secara melintang (diagonally) dan format yang paling popular
dan kerap dijadikan perbandingan (refference) ialah 35mm. Jarak fokus
(Focal length) yang rendah (16mm fisheye) mempunyai sudut gambaran
(picture angle) yang lebih luas jika dibandingkan dengan jarak fokus (focal
length) yang lebih tinggi (seperti 200mm telephoto).

Didalam dunia fotografi 35mm, jarak fokus (focal length) 50mm dikira
sebagai standard lens kerana mata manusia mempunyai sudut pandangan
(angle) yang lebih kurang sama (dalam 46). Di bawah merupakan contoh
untuk perbezaan antara dua jarak focus (focal length).
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



10.5mm DX Fisheye: FOV yang luas


200mm DX Telezoom: FOV yang Sempit

Medan Fokus (Depth of Field).
DEPTH OF FIELD (DOF) merupkan istilah yang diguna pakai untuk
membicarakan perihal kawasan di hadapan dan di belakang titik fokus
(focus point) utama (subjek) yang akan kekal "sharp" atau berada didalam
fokus. DOF dipengaruhi oleh aperture, jarak subjek, jarak focus (focal
length), dan saiz atau format filem atau sensor.
Medan fokus (DOF) ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila kanta
difokuskan kepada sesuatu subjek.
Aperture yang kecil seperti F/11 atau F/16 mempunyai DOF yang lebih
dalam (deep depth-of-field). Ini bermakna semakin kecil aperture semakin
luas medan focus (DOF) serta sebaliknya.
Aperture yang luas seperti F/1.2 atau F1.8 mempunyai DOF yang cetek.
Subjek yang berada di hadapan atau di belakang titik fokus (focus point)
utama akan kelihatan kabur atau out-of-focus.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012










Semakin jauh jarak kamera ke subjek, semakin luas medan fokus (DOF) serta
sebaliknya.
Kawasan belakang lebih luas medan fokus dari kawasan hadapan.
Kanta dengan jarak fokus yang pendek mempunyai medan fokus yang lebih luas
berbanding kanta jarak fokus yang panjang.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Gambarajah berikut menerangkan sesuatu range berbandingkan F-stop yang
digunakan (sila klik gambar untuk saiz besar). Harus diingatkan bahawa, bagi
setiap F-stop yang tetap, range-nya akan berubah mengikut jarak focus (focal
length) yang dipilih. Gambarajah di bawah menunjukka range DOF untuk dua
jarak fokus (focal length) untuk kanta zoom 35mm dan 70mm.

Lensa yang mempunyai jarak fokus (focal length) rendah, seperti 35mm pada
F/11 akan mempunyai DOF range yang lebih luas berbanding jarak fokus (focal
length) yang lebih tinggi, seperti 70mm pada F-stop yang sama.
Kebanyakan kamera mempunyai auto fokus. Bagaimanapun kadangkala, auto
fokus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar
kepada manual fokus. Antara perkara yang menghalang auto fokus berfungsi
adalah:
Subjek terlalu gelap. Untuk masalah gelap, manual fokus adalah cara terbaik.
Tiada contrast. kaedah mencari kawasan berkontrast dan recompose di
perlukan.
Habuk atau kabus di depan lensa.
Tukar manual focus atau bersihkan lens.
Terlalu dekat. . Gunakan close up filter.
Subjek bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous fokus

v) ISO
Apakah itu ISO?
Pada Fotografi Tradisional (film): ISO (ASA) menunjukkan sensitiviti
sebuah film terhadap cahaya, yang diukur berdasarkan angka (tampak pada
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


film 100, 200, 400, 800, dst). Angka yang kecil menyebabkan sensitiviti
filem terhadap cahaya rendah, gambar memiliki butiran halus.
Pada fotografi Digital: ISO mengukur sensitiviti sensor terhadap cahaya.
Secara prinsip sama dengan film. ISO yang tinggi umumnya digunakan pada
kondisi pencahayaan yang kurang untuk kelajuan pengatup(shutter speed)
yang tinggi (acara sukan pada indoor).
vi) Filem
Kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka
cahaya. Kecepatan filem adalah kadar kepekaan filem kepada cahaya. Kepekaan
filem di sukat berdasarkan beberapa skala.
ASA American Standards Association
JIS Japan Industrial Standards
DIN Deutche Industrie Norme
ISO International Standards
Organisation.

Pada masa kini hanya satu unit sukatan sahaja digunakan iaitu ISO.
Kepekaan Filem.
Filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya. Kadar kepekaan
filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin nombornya tinggi
kepekaannya semakin tinggi dan sebaliknya sekiranya nombor kecil kepekaannya
semakin rendah.
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/terik, filem yang mempunyai
kadar kepekaan yang rendah atau sederhana adalah sesuai. Filem ASA 100, 125 atau
kurang adalah sesuai.
Jika mengambil gambar dibilik gelap, cahaya lampu biasa ( lilin, pelita, lampu warna
atau mengambil gambar dengan cahaya imbasan bagi pementasan, filem dengan
kepekaan tinggi perlu digunakan. Misalnya Filem ASA 400 hingga 1000.



Kekaan Filem
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



a. Filem LAMBAT
Kurang peka kepada cahaya - perlukan kadar cahaya yang banyak
Nilai ISO 25 - 64, amat sesuai untuk subjek pegun.
Sesuai untuk pembesaran gambar foto yang amat besar kerana butiran
bahan kimianya amat halus dan sekata.

b. Filem SEDERHANA
Lebih peka kepada cahaya.
Sesuai untuk keadaan cahaya biasa pada waktu siang hari, sesuai untuk
kebanyakan subjek biasa. ISO 80 - 200.

c. Filem CEPAT
Sangat peka kepada cahaya. Perlu sedikit sahaja cahaya. Sesuai untuk
gambar foto sukan dengan pergerakan pantas / laju / waktu malam.
ISO 400 ke atas. Gambar foto kelihatan kasar berbintik-bintik apabila
gambar foto dibesarkan.
Untuk kamera digital hanya ukuran ISO digunakan. ISO adalah penting untuk
menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan
menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan
aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO 100 dikirakan sebagai "normal" walaupun terdapat ASA 25 dan sebagainya.
Pada era kamera digital sekarang ini, kebanyakannya samada "point & shoot"
mahupun DSLR, pengguna boleh memilih nilai ISO nya. ISO boleh dipilih dari 100,
200, 400, 800 malah sehingga 3,200. Harus diingatkan bahawa, seperti juga filem,
penggunaan ISO tinggi menyebabkan hasilnya "grain" dan dalam kamera digital
kenali sebagai "noise".
Dalam arus kemajuan teknologi, kamera digital tahap tinggi (High End DSLR)
seperti Canon 1DsMkIII atau Nikon D3, kini mempunyai penggurusan "noise"
yang amat berkesan. Malah Nikon D3 kini telah membuka era baru dalam dunia
fotografi digital dengan "ISO 32,000 equiv" dengan pengurusan "noise" yang
lebih berkesan dari Canon.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah
yang memberikan kelajuan pengatup dan ketajaman (dof) yang anda perlukan.
Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


kelajuan pengatup, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan
aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah kesamaran (blur) kerana
kelajuan pengatup yang rendah, anda perlu menaikkan sensitiviti walaupun
akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi
tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu samar (blur).
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan dengan
menggunakan photoshop plugin seperti noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds
mark 111, Nikon D3 atau hasselblad)
ISO

Kesesuaian

Hasil

100-200

Waktu tengah hari terik
dan cukup kekuatan
cahaya seperti di dalam
studio.

Gambar pada iso ini akan
menghasilkan warna,
contrast yang paling
optimum.

400

Waktu mendung, dibawah
litupan.

Gambar masih lagi
mempunyai warna yang
baik dan noise pada
jumlah minima

800

Waktu di dalam rumah

Gambar mempunyai
warna sedikit pudar dan
noise banyak kelihatan.

1600

Waktu malam dan kurang
bercahaya

Gambar mempunyai
warna tetapi kurang
menarik, noise lebih
banyak kelihatan dan
contrast gambar mula
pudar.

3200-6400

Waktu yang gelap dan
tidak bercahaya.

Gambar sesuai di ambil
menggunakan black &
white mode.


vii) DEDAHAN (EXPOSURE).
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Dedahan adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Dedahan di kawal
dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu kelajuan
pengatup (shutter speed), dan kepekaan filem (kawalan ISO).
Hubungan yang betul di antara pemilihan apertur, kelajuan pengatup dan
kepekaan filem kan menghasilkan gambar yang sempurna dedahan cahayanya.
Cara paling mudah tentukan dedahan yang betul ialah dengan mengikut
panduan dedahan cahaya yang dibekalkan bersama dengan gulungan filem yang
anda beli. Panduan tersebut telah direka khas oleh pembuat filem agar gambar
foto yang paling maksimum kesannya dapat dirakamkan.
Dedahan (Expoure) secara asasnya merupakan jumlah cahaya yang diterima
oleh filem atau sensor kamera berdasarkan pemilihan aperture dan kelajuan
pengatup. kesan ke atas dedahan ini juga bergantung kepada sensitiviti
(sensitivity) film atau sensor yang diguna pakai. Dedahan yang dipilih
berdasarkan kombinasi nilai aperture, shutter speed dan sensitiviti lazimnya
dikenali sebagai nilai dedahan atau "Exposure Value" (EV).
Nilai 0 (kosong) atau Zero EV ini ditafsirkan sebagai satu kombinasi di mana
nilai aperture (aperture) pada F/1.0, nilai pengatup (shutter speed) pada
kelajuan 1 saat (1s) dan nilai sensitiviti pada ISO 100. Harus diingatkan bahawa,
penggunaan sensitiviti ini secara teknikalnya digunakan untuk penggiraan nilai
cahaya atau "Light Value" (LV). Walaubagaimanapun untuk memudahkan
pemahaman dan menunjukkan bahawa nilai sensitiviti (ISO) mempunyai
pengaruh keatas penggiraan nilai dedahan atau exposure value (EV), ISO diambil
kira dalam penjelasan ini.
Oleh yang demikian, jika seseorang pengguna mengurangkan jumlah cahaya
pada filem atau sensor (seperti dengan menambah nilai shutter speed atau
menambah nilai aperture), ia akan menambahkan lagi nilai dedahan EV. Sebagai
contoh, misalannya pada kelajuan pengatup 1/125s dan apreture pada F/4 dan
nilai dedahan adalah 6 EV, jika kita menukarkan kelajuan pengatup kepada
1/250s dengan mengekalkan aperture pada F/4, nilai dedahan baru kita menjadi
7 EV. Begitu juga, jikalau kita kekal pada kelajuan pengatup 1/125s dan
menukarkan aperture dari F/4 ker F/5.6.
Nilai dedahan yang tinggi atau High EV kebiasaannya digunakan di dalam
keadaan cerah dimana kita berkehendakan jumlah cahaya yang sikit untuk
mengelakan overexposure.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Jenis Dedahan (Exposure Modes)

I. Programmed AutoExposure
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan
kemudian memilih kelajuan kelajuan pengatup (shutter speed) yang sesuai.
Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar mode warna (color mode) supaya
sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.
Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16)
supaya keseluruhan gambar akan menjadi tajam (sharp).
Mode makro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8)
supaya hanya subjek dapat di fokus dengan jelas.

II. Semi Programmed AutoExposure
Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode keutamaan aperture
(Aperture priority) dan keutamaan pengatup (Shutter Priority). Kedua mode ini
boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih
kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah dedahan.
Gunakan keutamaan aperture (aperture priority) untuk mengawal ketajaman
gambar dan mengawal DOF.
Gunakan keutamaan pengatup (shutter priority) untuk mendapatkan pergerakan
atau memastikan tiada kesamaran (blur) akibat pergerakan.
III. Dedahan Manual (Manual Exposure)
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya
dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui
dedahan yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

Meter Cahaya
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
exposure value (ev).
Metering secara asasnya ialah untuk menyukat "exposure", iaitu jumlah cahaya
untuk sesuatu imej itu sebelum dirakam pada filem atau pun sensor. Ini boleh
dilakukan dengan menggunakan sebuah light meter.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Walaupun lightmeter ini masih kerap digunakan oleh jurufoto professional, ramai di
kalangan pengguna SLR atau DSLR kini banyak bergantung kepada sistem metering
yang terdapat didalam kamera mereka. Tujuan sistem metering dalam kamera, baik
Filem maupun Digital, ialah untuk menyukat "the best-fit exposure value" atau "nilai
exposure yang paling sesuai" bagi mej yang bakal dirakamkan.
Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami
keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran
- Exposere Meter Binaan Dalam
- Exposere Meter Bebas Guna.
Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan.
Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya
jika tidak gambar akan under expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan
berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai
bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang
berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. Kamera sekarang
semuanya disediakan dengan Exposere Meter
jenis ini.
Exposere Meter Bebas Guna - Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera.
Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia
boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar
yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja
Close-up, Modeling.
Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua ketogeri.
i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau cahaya buatan
seperti cahaya lampu.
ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.
Pada masa kini, sistem metering secara automatik ini dikira sebagai standard dalam
penggeluaran kamera dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mode, Spot, Matrix,
Centre Average. Berdasarkan pemilihah mode yang tertentu, sistem metering
kamera akan mencadangkan nilai exposure yang sesuai untuk jurufoto dan kerap
kali, ia bolehlah diaggap sebagai mencukupi.

Apakah perbezaan antara ketiga-tiga mode ini? Walaupun mungkin berbeza dari
segi penamaannya oleh penggeluar-pengeluar jenama kamera, secara asasnya mode
tersebut adalah seperti yang dijelaskan dibawah:
I. Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah metering yang paling komplex
dan mencadangkan nilai dedahan yang paling sesuai bagi setiap situati cahaya.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Secara kasarnya, sesuatu imej itu dipecahkan kedalam beberapa zon dan nilai
dedahan dari setiap zone akan diambil kira untuk mencadangkan satu nilai
dedahan yang paling sesuai. Nilai dedahan itu dikira berdasarkan algorithm yang
telah diprogramkan ke dalam cip prossesor penggeluar, yang terdapat di dalam
kemera tersebut. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering,
honeycomb atau segment metering..
II. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih
besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari tilik pandang (viewfinder).
III. Center weighted Average metering adalah kaedah mengira dedahan
berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan
untuk subjek seperti potret kepala. Di era DSLR ini, pengguna boleh membuat
pilihan akan keluasan siaz bulatan di bahagain tengah frame itu, seperti 6, 8, 10
maupun 13mm. Ini memberi fleksibiliti kepada jurufoto untuk menentukan nilai
penekanan (weightage) pada exposure mereka.

Spot Metering : Mengumpul maklumat dedahan cahaya pada pusat gambar.
IV. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat
kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan
spot metering hanya di tengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan
spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak
dipengaruhi oleh kawasan lain didalam tilik pandang (viewfinder). Contoh
penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh
kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang.
Bagaimanapun dengan spot metering, kamera akan mendapatkan dedahan pada
bulan saja.
V. Peringatan:
Walaupun sistem metering automatik ini memberi satu cadang nilai exposure
(dari segi aperture dan shutter speed bedasarkan ISO yang telah dipilih),
pengguna harus peka akan mode dan setting yang betul untuk menghasilkan
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


imej yang dikendendaki. Dibawah merupakan contoh dari hasil ketiga-tiga mode
yang dijelaskan diatas. Saya suka menggunakan situasi malam sebagai contoh
kerana perbezaan cahaya dari atas ke bawah amatlah ketara.

Dari contoh diatas, kita dapati bahawa bergantung sepenuhnya pada automatik
metering tanpa membuat apa-apa "fine adjustment" mungkin bukanlah sebagai
satu kaedah metering yang paling sesuai dalam situasi sebegini.

Kaedah Penentuan Kadar Dedahan.
a) Meter Cahaya - kaedah paling baik.
Kaedah cahaya tuju - meter cahaya dibawa berhampiran dengan subjek dan
dihalakan kepada kamera untuk membaca jumlah cahaya yang jatuh ke atas
subjek.

Kaedah cahaya pantulan - meter diletakan hampir dengan kamera dan di
halakan kepada subjek untuk membaca kadar cahaya yang dipantulkan
daripada subjek itu.
Meter dedahan bina dalam kamera. Kamera jenis automatik mempunyai satu
meter cahaya yang telah dibina dalam badan kamera itu.
Gabungan kesan bacaan meter dedahan bina dalam dengan sama ada
kelajuan pengatup atau saiz apertur atau kedua-duanya sekali. Jadi dengan
hanya menentukan kelajuan pengatup atau pun mengubah saiz apertur nilai
dedahan yang sempurna akan sentiasa terhasil.
Dua bentuk mudah penentuan dedahan yang biasa terdapat ialah bentuk
samakan jarum (match-needle) dan bentuk LED.
Kamera berautomatik sepenuhnya, tidak perlu menentukan kadar dedahan.
Pengguna hanya perlu memilih fungsi P (program) atau AUTO dan
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


mikroprosesor dalam badan kamera akan menentukan kadar dedahan yang
sempurna.
Panduan Sunny 16
Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu
tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap
pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk
mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan
light meter.
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-
16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.
Sebagai contoh:
Aperture ISO Kelajuan Shutter
f-16 100 1/100 ~1/125
f-16 200 1/200 ~1/250
f-16 400 1/400 ~1/500
f-16 800 1/800 ~1/1000

Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain
a. Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk
mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan
Tahap Cahaya Cara mengetahui Bukaan Aperture
Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya
lembut.
f11
Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak
samar-samar dan bucu hampir sangat
lembut.
f8
Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6

Tip-tip untuk mengawal Exposure
a. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan
exposure gambar, berhati-hati dengan latar belakang yang terlalu gelap
atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject
utama atau cerah sedikit sahaja.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


b. Apabila mengambil gambar subjek yang gelap, lihat kawasan terang
yang akan menjadi overexpose.
c. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding
tone subject untuk mengelakkan silhouette.
d. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil
untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh
di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa
menunjukkan siapa subject.
e. Gambar terbaik tidak semestinya sempurna dari segi exposure.
Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut
kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

Blitz/Flash/ Imbasan eletronik

Flash, Lampu Kilat atau Blitz, adalah sebuah alat yang dapat
memberikan cahaya buatan.
Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang
atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan
bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di
bawah cahaya matahari
Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina
pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash
ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal
wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya
boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar
yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi
automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang
hendak dirakamkan.
Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan
adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi
automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian. Beberapa butang control
hendaklah diletakkan pada tempatnya.
Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika
kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan
f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8
untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60
dan 1/125.

Filter


Filter dipasang di bahagian depan lensa
Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat
dari kaca yang bermutu.
Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin
menyebabkan lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan
pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem
hitam putih.
Filter Skylight/ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar.
Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah,
Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk
kesan sampingan (Special Effec)
Contoh Filter:
Polarizing: memberi efek warna langit menjadi lebih pekat dan warna
permukaan air menjadi lebih bening.
Diffusion atau disebut juga Soft Focus memberikan efek yang lembut pada
foto, filter ini biasa digunakan pada saat pengambilan closeup.
Cross Screen yang memberikan efek bintang pada lampu.


Jensi-jenis penyokong kamera
TRIPODS
MONOPODS
GROUND SPIKES
PISTOL GRIPS ATAU SHOULDER STOCKS
WINDSCREEN SUCTION SUPPORTS
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


G CLAMPS

Tripods

Tripod juga disebut pod berkaki tiga, adalah sebuah alat yang berfungsi untuk
menahan getaran pada kamera.
Dengan itu, foto akan tetap tajam dan indah walau menggunakan speed yang lambat.
Monopods
Selain tripod, monopod memiliki fungsi yang hampir sama dengan tripod, namun
hanya memiliki satu kaki jadi kita masih harus tetap memegangnya.
Monopod hanya menghindari getaran secara vertikal.










White Balance
a. Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan
menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi
akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.
b. Kebiasannya di ruangan luar/out door, warna yang ditanggap oleh
kamera cenderung kebiru-biruan. Manakala di ruang dalaman, indoor
iacenderung kemerah-merahan.
c. Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white
balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak
sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara manual
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Color Temperature Light Source
10002000 K Cahaya Lilin
25003500 K Lampu Tungsten
30004000 K Sunrise/Sunset
40005000 K Lampu Fluorescent
50005500 K Flash
50006500 K Tengahhari dengan langit tidak
berawan (matahari tegak dikepala)
65008000 K Sedikit mendung
900010000 K Dibawah lindungan atau sangat
mendung

viii) Pencahayaan
Objek harus memiliki atau dilingkupi cahaya agar dapat diambil gambarnya.
Terdapat berbagai macam sumber cahaya yang menerpa objek. Sumber cahaya:
i. Front Lightning: cahaya berasal dari arah depan objek, sejajar dengan
kamera.
ii. Side Lightning: cahaya berasal dari arah tepi objek.
iii. Back Lightning: sumber cahaya membelakangi objek, cahaya menghadap
arah kamera.
iv. Hair Lightning: Sumber cahaya tepat diatas objek foto.

Back lighting
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Side lighting

Hair lighting



ix) Komposisi Gambar
Komposisi merupakan susunan objek dalam gambar sehingga ia kelihatan menarik.

Titik punca tarikan/pusat daya tarikan
Sekeping gambar perlu mepunyai
Emphasis atau highlight
Fokus
Titik tarikan (point of interest)

Subjek utama
Hampir semua gambar memerlukan sekurang-kurangnya satu subjek utama
sebagai satu sumber cerita utama sesuatu gambar
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Foreground/Latar hadapan dan Background/Latar
belakang
Latar hadapan bermaksud satu kawasan di dalam
gambar yang berada di hadapan subjek utama
Latar belakang pula berada I belakang subjek utama
Gambar ini mempunyai latar hadapan, subjek utama dan
latar belakang
Peletakan Subjek
Rule of Third
RULES of THE THRID (ROT) dalam fotografi bukanlah satu undang-
undang mutlak tapi lebih merupakan satu panduan bagi juru foto
untuk membuat sesuatu komposisi imej.
Kewujudan ROT ini bertujuan untuk membuat sesuatu imej, yang
merupakan sesuatu komunikasi visual, lebih effektif.
Efektif dalam erti kata berkesan dengan mempunyai kekuatan dan
jelas fokusnya.
ROT menyatakan bahawa sesuatu imej itu boleh dibahagikan kedalam
9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan melintang dan
2 garisan menegak dengan keluasannya yang sama, seperti
ditunjukkan pada rajah dibawah
Di dalam panduan ini, bahagikan gambar anda kepada 9 kotak dengan
membuat 4 garisan. Titik penglihatan (focal point) yang dinamik
adalah di titk pertemuan antara setiap garis.


Empat (4) titik penglihatan (kadangkala dirujuk sebagai "titik
kuasa"") yang terbentuk pada penemuan garisan ini boleh digunakan
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


sebagai fokus atau subject utama didalam sesuatu imej. Ada kajian
mengakatakan bahawa, dengan menggunakan teknik ini, gambar atau
imej yang dihasilkan akan menjadi lebih "fokus" dan lebih "bertenaga",
daripada hanya meletakkan subjek utama di tengah-tengah sesuatu
gambar atau imej. Gambar-gambar berikutnya boleh digunakan
sebagai contoh bagaimana seseorang boleh mengaplikasikan ROT ini.
Penggunaan rule of third di dalam portrait. Subjek utama gambar ini
adalah mata







Contoh 1

Gambar ini menunjukan bagaimana subjek utama, iaitu budak kecil ini
diletakkan pada titik kuasa disebelah kanan dan menguasai 1/3 ruang
sudut di sebelah kanan. Pada waktu yang sama, selebihan 2/3 ruang
disebelah kiri menunjukan ruang jambatan dimana kejadian itu
berlaku sebagai latar belakang dan jalan cerita. Harus diingatkan
bahawa, subjek utama tidaklah semestinya diletakkan diatas titik atau
garisan tersebut, tetapi memadailah jika ia berada disekitar kawasan
titk tersebut. Ini boleh dilihat dengan jelas pada contoh #2 seperti
dibawah.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Contoh 2

Lihat bagaimana subjek utama menguasai 1/3 ruang disebalah kiri
dan 2/3 latarnya jelas disebelah kanan. teknik ROT dan pembahagian
ruang ini juga banyak digunapakai dalam penghasilan sesuatu imej
landskap seperti ditunjukkan dalam contoh #3 dibawah.
Contoh 3

Pada imej ini kita dapati bagaimana 1/3 ruang dibawah digunakan
untuk menunjukan "lead line" dan horizon, sementara 2/3 ruang
selebihnya diatas digunakan sebagai background dan langit yang biru.
Disini kita dapati, masjid & menara bukanlah terletak pada "titik
kuasa" tetapi masih diletakkan pada 1/3 bahagian bawah dan berada
disekitar garisan dan titik itu juga. ROT ini juga boleh diguna pakai
dalam penghasilan imej portret manusia seperti contoh #4 dibawah.
Contoh 4
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012




Disini, dapat kita lihat bagaimana ROT diaplikasikan untuk imej
portret. Lazimnya, mata seseorang itu diletakkan pada garisan 1/3
atas dan badan mereka akan memenuhi 2/3 ruang dibawah.

Sebagimana yang saya jelaskan diatas, ini bukanlah hukum atau
undang-undang mutlak, tetapi sekadar panduan. Ada sesetengah
pendapat mengatakan ROT ini menyekat kreativiti sesorang juru foto
dan kita harus cuba menghasilkan imej yang bertentangan dengan
panduan ROT ini. Ini amalan yang sihat, walaubagaimana pun, kita
harus peka dan tahu akan ROT ini sebelum kita hendak menghasilkan
sesuatu imej yang bertentangan.
Contoh 5

Sebagai contoh, imej kelima #5 ini tidaklah mengikut ROT
sepenuhnya, tapi ia masih berkesan kerana penggunaan kontrast
warna yang berkesan, dimana putih menjadi fokus utama dan yang
warna lain sebagai background atau penyedap mata sahaja. Contoh #5
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


ini merupakan bagaimana sesorang itu hendak "break the rules
(ROT)" dan faham perihal asas komposisi semasa hendak "break" ROT.







JENIS-JENIS SHOOT
CU (Close Up)
Shoot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.

MCU (Medium Close Up)
Shoot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.

BCU (Big Close Up)
Shoot yang menampilkan bagian tubuh atau benda tertentu
sehingga tampak besar. Misal : wajah manusia sebatas dagu sampai
dahi.
ECU (Extrime Close Up)
Shoot yang menampilkan detail objek. Misalnya mata, hidung, atau
telinga.

Adakah gambar ini mematuhi ROT?
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


MS (Medium Shoot)
Shoot yang menampilkan sebatas pinggang sampai atas kepala.
MTS (Medium Total Shoot /Medium Full Shoot/ knee shoot)
Shoot yang menampilkan kepala ke dahi kaki (knee)


TS (Total Shoot)/Full Shoot
Shoot yang menampilkan keseluruhan objek.




Medium Long Shoot (MLS)
Shoot yang menampilkan keseluruhan objek.


Long Shoot (LS)
Shoot yang menampilkan keseluruhan objek.


EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Extreme Long Shoot (ELS)
Shoot yang menampilkan keseluruhan objek.

ES (Establish Shoot)

Shoot yang menampilkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk memberi
orientasi tempat di mana peristiwa atau adegan itu terjadi.
One Shoot

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Two Shoot

Shoot yang menampilkan dua orang.
OSS (Over Shoulder Shoot)
Pengambilan gambar di mana kamera berada di belakang bahu salah satu pelaku, dan bahu
si pelaku tampak atau kelihatan dalam frame. Objek utama tampak menghadap kamera
dengan latar depan bahu lawan main.

SUDUT PENGAMBILAN KAMERA (Camera Angle)
High Angle/ Top Agnle (Bird eye view)
Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012





Normal Angle (Eye Level/Profile Shoot)


Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.
Low Angle (Frog eye view)
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012



Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil. Ia mmeberin kesan seolah-olah objek
lebih tinggi dan lebih besar.
Walking Shoot/ Fast Road Effect

Objektive Kamera
Tehnik pengambilan di mana kamera menyajikan sesuai dengan kenyataannya.
Subjektive Kamera
Tehnik pengambilan di mana kamera berusaha melibatkan penonton dalam peristiwa.
Seolah-olah lensa kamera sebagai mata si penonton atau salah satu pelaku dalam adegan.

GERAKAN KAMERA
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Panning
Panning adalah gerakan kamera secara horizontal (posisi kamera tetap di tempat) dari kiri
ke kanan atau sebaliknya.
Pan right : gerak kamera mendatar dari kiri ke kanan.
Pan left : gerak kamera mendatar dari kanan ke kiri.

Tilting
Tilting adalah gerakan kamera secara vertikal (posisi kamera tetap di tempat) dari atas ke
bawah atau sebaliknya.
Tilt up : gerak kamera secara vertikal dari bawah ke atas.
Tilt down : gerak kamera secara vertikal dari atas ke bawah.
Tracking
Track adalah gerakan kamera mendekati atau menjauhi objek.
Track in : gerak kamera mendekati objek
Track out : gerak kamera menjauhi objek
Crane
Crane adalah gerakan kamera meninggi atau merendah dari dasar pijakan objek. Gerakan
itu akan membantu pergerakan kamera secara optimal yang tak mungkin dilakukan
kamera operator dengan hand hield, dolli, maupun jimmy jip.
e. Following
Secara prinsip, following hampir sama dengan tracking. Namun pada dasarnya, pergerakan
kamera pada following lebih moveable. Artinya kamera bergerak secara aktif mengikuti
kemanapun tokoh bergerak.

TEKNIK MENGAMBIL GAMBAR FOTO.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Panduan berikut boleh digunakan.
1. Ringkas - tumpukan perhatian pada satu elemen utama dalam sesuatu situasi. Elakkan
atau buangkan unsur-unsur laian atau 'sampah' yang dapat mengalih pengamatan
penonton.
2. Adakan perbandingan saiz - penonton tidak dapat menentukan saiz sebenar sesuatu
benda atau bahan yang terdapat dalam gambar foto. Oleh itu adalah penting dimasukan
satu benda biasa yang dapat menyatakan saiz secara visual.
3. Gunakan satu bentuk format sahaja - sama ada berbentuk menegak atau mendatar.
Memudahkan penontoh melihat gambar foto dengan tersusun.
4. Latar belakang - gunakan latar belakang ringkas atau kosong untuk mengfokuskan
perhatian penonton kepada subjek utamanya.. Kalau keadaan latar belakang tidak dapat
dihindarkan lansung, gunakan kesan fokuys bandingan - gunakan apertur besar ( f2 atau
f3.5) untuk membuat latar belakang kelihatan kabur.
5. Komposisi - jangan letak elemen utama betul-betul pada bahagian tengah gambar.
Gunakan kaedah komposisi informal agar gambar kelihatan lebih dinamik.
6. Jika aksi atau pergerakan dilibatkan dalam sesuatu gambar, berikan lebih ruang atau
kawasan dalam arah aksi itu, bukan jauh darinya.
7. Sudut - pelbagaikan sudut kedudukan kamera untuk menggambarkan subjek.
8. Kontras - pastikan terdapat perbezaan kontras yang nyata di antara subjek dengan latar
belakang.

komponen-komponen Lensa

EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Keterangan:
1. Focal Length Scale
2. Focus Ring
3. Focal Length Index
4. Mounting Index
5. Rear Cap
6. CPU Contact
7. A-M Mode Switch
8. Zoom Ring
9. Lens Cap

Rujukan
1. http://docfaisalphotographytutorialbm.blogspot.com
2. http://pkukmweb.ukm.my/~raai/kamera_alat_tambahan.html
3. http://misteridigital.wordpress.com/2007/07/01/jenis-jenis-shoot-
sudut-dan-gerakan-kamera/
4. bayumobile.files.wordpress.com/2008/02/tekhnik-kameramen.ppt
5. http://lecturer.eepis-
its.edu/~magusz/Kamera%20Foto%20dan%20Editing/Kamera%204/
Biblografi
1. Langford, Michael John, Basic Photography (Fifth Edition),The Focal
Press,London, 1986.

2. Langford, Michael John, Advanced Photography (Fifth Edition),The Focal
Press,London, 1989.

3. Newhall, Beumont, The History of Photography,Prentice Hall Inc. Englewood
Cliffs, N.J.1966.

4. Hamlyn, The Hamlyn Basic Guide To Photography, London, 1986.






EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012









Istilah
1. Aparture Lubang yang mengawal kemasukan cahaya ke dalam
kamera. Juga di kenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan
baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang
besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka
yang besar.
2. Pengatup - alat penutup dan pembuka lensa yang mengawal masa
kemasukan cahaya ke dalam kamera
3. Lensa alat yang menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas
filem atau sensor di dalam kamera
4. Fokus mengubah lensa ke belakang atau ke depan supaya ia boleh
memancarkan sesuatu imej dengan terang sama ada benda itu jauh atau dekat
5. Pemidang tilik alat memandang yang membolehkan pengguna
mengarah kameara ke sasaran
6. F-stop -adalah bilangan yang menunjukkan perbandingan antara panjang
fokal dengan diameter lensa. Diafragma/Iris adalah bukaan lensa untuk menangkap sinar
yang masuk. Semakin kecil angka f-stop, maka bukaan diafragma/irisnya semakin besar,
dan sebaliknya semakin besar f-stop, bukaan diafragmanya semakin kecil. Pengaturan
diafragma ini akan berkaitan pula dengan depth of field.
7. Depth of Field - Yang dimaksud ruang tajam adalah ruang atau area pada
foto semuanya akan terlihat tajam. Ruang tajam sangat dipengaruhi oleh aperture (besar
bukaan diafragma), berapa milimeter panjang focal dari lensa yang digunakan, dan jarak
lensa terhadap tokoh yang akan diShoot. Semakin besar bukaan diafragma dan dengan
kombinasi panjang focal lensa yang cukup panjang dan pengambilan dari jarak yang tidak
terlalu dekat maka Depth of field menjadi sempit.
8. Pemdang tilik /Viewfinder - merupakan monitor kecil sebagai jendela
pengamat kita untuk bisa melihat obyek yang masuk ke dalam kamera. Pada umumnya
viewfinder ini hanya monitor hitam putih. Tetapi saat ini banyak yang telah berwarna
seperti Handycam Sony dan CanonXL-1.
EDU3015 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2012


Dalam viewfinder biasanya disertai informasi fasilitas dan indicator pada saat rekaman,
seperti indicator posisi kamera record atau pause/stand by, white balance, iris, dan battery
atau kaset habis dan lain sebagainya.

You might also like