You are on page 1of 3

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara

Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah
dan perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas
datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan
pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan
pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine
atau dalam bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah
pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan
politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada
hubungan fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan
di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang
melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut. Oleh itu, masyarakat seharusnya
mnyendeng peranan untuk berusaha meningkatkan dan seterusnya mengekalkan
perpaduan antara pelbagai etnik di Malaysia.
Rentetan itu, konsep Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 iaitu Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada
2009. Tujuan utama konsep ini diperkenalkan adalah untuk mewujudkan kesatuan bangsa
Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya. Jika kita amati, konsep
perpaduan sebenarnya sudah lama ditekankan sejak zaman pemerintahan Yang Teramat
Mulia Tunku Abdul Rahman lagi. Gagasan 1 Malaysia pula adalah sebagai satu titik tolak
kepada usaha yang lebih teratur dan strategik agar masyarakat Malaysia dapat menghayati
semula dengan lebih mendalam dan penuh kesedaran seterusnya. Antara contoh aktiviti
yang dapat dapat dipupuk bagi menyokong konsep gagasan satu Malaysia ialah menerusi
aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi
kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan
masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama
kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan
berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah
tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti
yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan
berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk
melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang
dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Selain itu,, masyarakat

pendidik harus turut berganding bahu dalam usaha

meningkatkan perpaduan di dalam Negara kita. Rakyat harus menyokong cadangan


mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem
pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai

bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid.
Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa
dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang
kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid
yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa
melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini,
generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu
dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan perpaduan
kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan dengan itu, bahasa dan budaya kita sendiri itu melambang kebangsaan
kita. Maka, marhaen haruslah peka untuk mengambil inisiatif bagi mengukuhkan semangat
perpaduan antara kaum melaui budaya dan bahasa. Kajian pakar sains sosial membuktikan
bahawa perpaduan dan permuafakatan penduduk yang sentiasa menjaga bahasa akan
mewujudkan suasana aman, harmoni dan sejahtera. Keunikan hidup di Malaysia banyak
bergantung

pada

perpaduan

dan

permuafakatan

antara

kaum.

Perpaduan

dan

permuafakatan ini bermula daripada semangat kekitaan yang wujud dengan mengekalkan
budi bahasa dalam kehidupan masyarakat di kawasan perumahan, sama ada di desa
ataupun di kota. Misalnya, orang menggunakan bahasa untuk berbicara tentang ajaran
Islam yang mementingkan perpaduan, permuafakatan, keharmonian dan kesejahteraan
dalam kehidupan bermasyarakat yang berlandaskan Islam. Orang Mukmin diumpamakan
sebagai binaan yang menyokong antara satu sama lain dan bahasa pula menjadi
penghubung dan penguat muafakat.
Berdasarkan kepada Hierarki Keperluan Maslow, selepas manusia memenuhi
keperluan fisiolog yang asas seperti makanan , minuman, rumah, dan pakaian, manusia
akan mencari keselamatan. Bahkan semenjak dahulu lagi keselamatan ini dicari di mana
masyarakat berganding bahu dan bersatu padu untuk mendapatkannya. Maka perpaduan
menjadi keperluan asas dalam masyarakat semata-mata untuk mendapat keselamatan. Jika
tidak ada perpaduan, kita tidak akan dapat mencari kasih saying ataupun cinta. Manakala
tingkat teratas iaitu penghargaan diri dan kesempurnaan kendiri yang merasakan bahawa
kita sudah membawa sesuatu kepada masyarakat yang akan diingati oleh masyarakat
ataupun setidak-tidakanya kita sendiri berasa bangga. Secara tuntasnya, rakyat Malaysia
perlu bersatu padu dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia umpama bulat air kerana
pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Aspirasi 1Malaysia membawa dasar
bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan untuk keharmonian dan

kemakmuran Negara. Semua bangsa Malaysia akan hidup bersama secara aman, damai
dan sejahtera.

You might also like