You are on page 1of 15

KONSEP & CIRI

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:
1.
Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada
perubahan tersebut.
2.
Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri.
3.
Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral) iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai,
mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek.
4.
Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan
pendidikan.
5.
Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku
sebagai bukti.
6.
Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.
7.
Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja.Kajian tindakan
dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar.
8.
Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir
isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.
Sebelum penyelidikan layak dikenali sebagai kajian tindakan, Grundy dan Kemmis (1981) telah menyenaraikan tiga prasyarat yang perlu dipatuhi iaitu:
1.
Projek tersebut menjalankan kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki.
2.
Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan iaitu setiap pusingan terdiri daripada turutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek, yang
dilaksanakan secara sistematik dan berhubung kait.
3.
Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa kehilangan
kawalan
ke atas projek penyelidikan.
Henry dan Henry (1982) sebaliknya pula telah mengubah suai tiga prasyarat kajian tindakan yang dikemukakan oleh Grundy dan Kemmis (1981) untuk diaplikasikan ke dalam
bidang pendidikan. Mereka berpendapat suatu projek penyelidikan layak dilabelkan sebagai kajian tindakan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
1.
Projek yang berbentuk kolaborasi sama ada antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu bapa.
2.
Projek dijalankan harus merangka suatu perancangan yang boleh dilaksanakan, dipantau dan direkodkan dalam bentuk kitaran serta mempunyai dinamika dalaman
untuk menjana kitaran-kitaran berikutnya.
3.
Projek harus mempunyai keupayaan memberi sumbangan pada proses pengajaran dan pembelajaran secara jelas.
Henry dan Henry (1982) berpendapat bahawa projek penyelidikan yang mempunyai satu kitaran tidak boleh dianggap sebagai kajian tindakan, sebaliknya hanya sebagai satu
projek penyelesaian masalah. Elliott (1991) mencadangkan satu-satu projek penyelidikan kajian tindakan sekurang-kurangnya mempunyai tiga kitaran atau satu tahun
pengajian. Walau bagaimanapun, Boomer (1980 dalam Grundy & Kemmis 1981) dalam projek Negotiating the Curriculum menyatakan bahawa kebanyakan laporan kajian
tindakan dalam projek tersebut hanya menampakkan satu kitaran sahaja.
Ciri-Ciri Kajian Tindakan

Terdapat tiga ciri penting kajian tiindakan yang membezakannya daripada penyelidikan-penyelidikan lain. Ciri-ciri tersebut ialah (a) amalan reflektif yang perlu ada pada
pengamal bidang, (b) penglibatan pengamal dalam penyelidikan yang dijalankan, dan (c) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.
(a)

Elemen

Reflektif

Kajian tindakan membawa dua manfaat utama iaitu, kajian tindakan menggalakkan guru untuk mereflek amalan mereka dan seterusnya akan menggalakkan perubahan
terhadap amalan tersebut. Oleh itu, kajian tindakan sebagai penyelidikkan untuk menambah baik amalan oleh individu pengamal yang memerlukan mereka sentiasa memikir
kembali segala tindakan yang dilakukan dalam amalan harian mereka. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa mengimbas kembali pengajarannya tentang apa yang
berlaku semasa pengajarannya setelah selesai mengajar sesuatu perkara. Tanpa mengimbas kembali atau membuat refleksi terhadap aksi-aksi pengajaran yang telah
berlaku, kajian tindakan tidak boleh berlaku.
(b) Elemen Penglibatan

Satu ciri untuk kajian tindakan ialah individu yang melaksanakan penyelidikan, iaitu guru, akan terlibat dengan penyelidikan tersebut. Secara amnya, masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang bersifat setempat (natural setting) dan unik. Ini memerlukan penelitian khusus oleh guru yang terlibat. hal ini
bermakna, hanya guru yang terlibat seharusnya bertanggungjawab ke atas penyelesaian kepada masalah berkenaan. Memandangkan hanya guru yang lebih memahami
situasi yang dihadapi, maka ia jugalah yang paling layak untuk menilai dan mempertimbangkan tindakan yang seharusnya diambil. Di samping itu, masalah yang dihadapi
melibatkan guru sebagai individu yang memiliki keupayaan, kepercayaan, pemikiran serta pengetahuan sedia ada yang hanya diketahui oleh guru tersebut. Oleh itu, bagi
mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, suatu penyelidikan wajar dijalankan olehh guru yang terlibat bagi membolehkannya mengambil sesuatu tindakan
yang lebih tepat daripada penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik luar.
(c) Elemen Lingkaran

Kajian tindakan bukanlah suatu penyelidikan yang berhenti setelah penyelesaian ditemui. Walaupun setiap kajian akan mempunyai suatu penghujung, namun kajian tersebut
merupakan penyelidikan yang berlangsung dalam lingkaran yang berterusan. Lingkaran pertama- merancang, bertindak, memerhati, mereflek - tidak akan berhenti, sebaliknya
akan diteruskan dengan merancang tindakan seterusnya. Kajian tindakan jarang sekali memberi penyelesaian muktamad bagi sesuatu masalah yang dihadapi. Pada
peringkat pemerhatian dan refleksi, maklumat baru akan diperoleh bagi masalah yang dihadapi, yang menuntut kajian tindakan. Ada kalanya beberapa masalah baru akan
timbul yang memerlukan penyelidikan lain dijalankan di bawah penyelidikan sedia ada.
Madzniyah et al.(1995) telah merumuskan bahawa ciri-ciri kajian tindakan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu:

1. Aspek pendekatan kajian


Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran perkembangan iktisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina

Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar

Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri.

2. Aspek alam persekitaran kajian


Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam bilik darjah atau sekolah

Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif

Memberi fokus pada suatu isu atau masalah di persekitaran sekolah

Melibatkan tindakan inferensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan

You might also like