You are on page 1of 4

SOALAN SATU : HURAIKAN KONSEP KHIDMAT MASYARAKAT BERSERTA

DENGAN CONTOH YANG BERSESUIAN.

Khidmat masyarakat boleh didefinisikan dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan


secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan
sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun
output yang berguna.

Pelbagai konsep khidmat masyarakat yang dapat diterjemahkan. Antaranya ialah seperti :-

PAIVA & LEDERINA (1983) - merujuk kepada langkah-langkah kerajaan melalui agensi-
agensinya dalam usaha menawarkan perkhidmatan asas bagi memenuhi keperluan
golongan majoriti untuk meningkatkan taraf hidup mereka

ROWBOTTOM (1974) - membantu atau mencegah segala tekanan sosial yang dialami
dalam mana-mana individu, keluarga mahu pun masyarakat dengan menghubungkannya
kepada agensi-agensi yang berkaitan

TIMMS & TIMMS (1997) :-

‘teras profesion kerja sosial ialah kesediaannya untuk melibatkan diri dalam memenuhi
kehendak manusia’ (Meyer, 1968);

‘kerja sosial ialah satu kaedah pelaksanaan yang dapat membantu individu perseorangan
atau kolektif menyelesaikan masalahnya’ (Goldstein, 1973);

‘kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti manusia dimana ahli-ahli dalam sesebuah
masyarakat tertentu samada dibayar atau sukarela, membantu dalam kehidupan individu
lain untuk menghasilkan perubahan kepadanya’ (Haines, 1975)

Pendek kata, konsep khidmat masyarakat adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk meletakkan
atau mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup bagi golongan yang
memerlukan.

Antara contoh-contoh konsep khidmat masyarakat adalah seperti :-

(a) Projek membersihkan kawasan sekolah;

(b) Projek mengindahkan kawasan sekolah;

(c) Projek membersihkan kawasan rekreasi;


(d) Projek membersihkan tanah perkuburan;

(e) Projek membersihkan Balai Raya kampong;

(f) Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim;

(g) Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang tua; dan

(h) Pelbagai lagi projek khidmat masyarakat sama ada di sekolah, kampung ataupun bandar.

CONTOH-CONTOH PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

(a) Gotong royong membersihkan kawasan (b) Membantu mengecat rumah penduduk kampung

(c) Gotong-royong membersihkan kawasan kubur (d) Di rumah Anak-Anak Yatim


SOALAN DUA : JELASKAN IMPLIKASI PROGRAM PEMBANGUNAN KHIDMAT

MASYARAKAT

Aktiviti khidmat masyarakat akan dapat memberikan input positif kepada perkembangan diri
setiap individu. Banyak kebaikan yang akan diperolehi daripada pelaksanaan aktiviti khidmat
masyarakat.

Di antaranya ialah:-

a) Aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan secara bersama akan mewujudkan rasa
persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam sesuatu kumpulan.
b) Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak kesihatan diri dari segi
fizikal dan rohani.
c) Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti berbilang kaum akan
memberikan impak toleransi dan ikatan perpaduan yang lebih utuh.
d) Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain khususnya yang kurang
upaya serta warga tua.
e) Aktiiviti khidmat masyarakat dalam bentuk gotong royong akan mengurangkan kos
pelaksanaan.
f) Mewujdkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam kalangan masyarakat di
sesuatu kawasan kejiranan.
g) Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang akan negara, di mana
tempat tumpah darah mereka.
SOALAN TIGA : BINCANGKAN OBJEKTIF DAN TUJUAN PROGRAM YANG AKAN

KAMU JALANKAN

Program khidmat masyrakat yang akan kami jalankan adalah dengan melaksanakan khidmat bakti
di Pusat Kebajikan anak-anak yatim, kanak-kanak miskin dan mualaf Sekolah Tahfiz Al-Habbah
yang terletak di Lot 2144, Jalan JU 14, Taman Jasa Utama, Off Jalan Sungai Tua 68100 Batu
Caves, Selangor Pelbagai objektif dan tujuan yang akan kami dapat melalui program yang akan
kami jalankan. Antaranya ialah :-

1.1 Dapat menerapkan perasaan kasih sayang dan keperihatinan terhadap golongan
yang kurang bernasib baik.
1.2 Menimbulkan suasana ceria dan memberi sinar harapan bahawa masih ada insan
yang mengambil berat untuk membantu mereka.
1.3 Menyemai rasa syukur kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang dikurniakan.
1.4 Mengeratkan ikatan silaturahim diantara pelajar-pelajar UUMKL dan anak-anak
yatim, kanak-kanak dari keluarga miskin dan mualaf yang tiada keluarga.
1.5 Memberi peluang kepada pihak pentadbir dan penghuni Sekolah Tahfiz Al-Habbah
ini untuk mengenali Universiti Utara Malaysia secara lebih dekat lagi dan
kesungguhan pihak universiti membentuk komuniti yang perihatin, memupuk nilai-
nilai kekeluargaan dan kasih sayang.
1.6 Memberi sokongan dan motivasi kepada penghuni Sekolah Tahfiz Al-Habbah
untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat universiti.
1.7 Mempraktikkan kebolehan “Interpersonal Communication” dalam suasana
mencabar untuk berkomunikasi bersama anak-anak yatim, kanak-kanak dari
keluarga miskin dan mualaf yang tiada keluarga serta terputus kasih sayang.
1.8 Melahirkan mahasiswa/siswi UUMKL yang bertanggungjawab dan peka terhadap
masyarakat yang kurang bernasib baik.

You might also like