You are on page 1of 9

KOMPONEN

ASAS ROBOTIK
DISEDIAKAN OLEH: MAZLINDA BINTI MAZALAN
MEKANISME
• Robot membawa maksud satu unit mekanikal yang
boleh menjalankan pelbagai fungsi
• Robot direka khas untuk menggerakka sesuatu
benda kerja atau peralatan melalui pelbagai
gerakan yang diprogramkan
• Robot dapat membantu manusia melakukan
pelbagai kerja sukar
ELEMEN DALAM SISTEM ROBOTIK
ELEMEN KUASA
• Menghasilkan gerakan robot
• Terdiri daripada kuasa elektrik, pneumatik atau hidraulik
• Membekalkan kuasa ke peralatan pada robot

ELEMEN KAWALAN
• Sebelum robot boleh melakukan kerja, elemen kawalan
perlu diprogramkan terlebih dahulu bagi mengawal gerakan
• Terdapat tiga jenis kawalan iaitu kawalan pandu terus,
kawalan gerak terusdan kawalan logic boleh atur cara (PLC)
ELEMEN PERGERAKAN
• Robot bergerak dalam pelbagai gerakan mengikut
kerja yang dilakukan
• Terdapat lima jenis gerakan iaitu pergerakan
berbentuk silinder, polar, skara, segi empat tepat
dan pergelangan tangan

ELEMEN DERIA
• Kecekapan robot bekerja bergantung kepada jenis
elemen deria yang digunakan
• Asas operasi robot bergantung kepada isyarat
masukan daripada sistem deria
• Antara elemen penderia adalah penderia suap balik
elektronik, sentuh dan penglihatan
JENIS PENDERIA
SENTUH
• Berfungsi apabila bersentuh dengan objek yang
dikesan
• Contohnya, tolok terikan dan penderia suhu RTD dan
ICTD

TAK SENTUH
• Beroperasi apabila objek berada dalam kawasan
pengesan
• Contohnya, penderia hamper dan penderia cahaya
searah
JENIS MOTOR
DUA KUTUB MAGNET KEKAL
• Dua magnet kutub kekal di pemutar.
• Daya kilas tinggi menggerakkan robot.
• Motor ini sentiasa bertukar arah putaran apabila
bertukar punca bekalan.

DUA KUTUB BIFILAR


• Dua kutub magnet kekal di pemutar.
• Belitan di pemegun di susun secara bifilar.
• Bifilar- Dua set belitan yang di aliirkan arus berlawanan
arah supaya motor senang bertukar arah putaran.
GEAR
• Berfungsi untuk memindahkan kuasa, putaran aci
dan menukar arah putaran robot
• Terdapat dua jenis rangkaian gear iaitu rangkaian
biasa dan rangkaian planet
• Terdapat beberapa jenis gear iaitu gear taji, gear
heliks, gear serong dan gear ulir
RANTAI
• Berfungsi untuk memindahkan kuasa antara dua
aci menggunakan gegancu bergegalas
• Penggunaan ranatai adalah untuk kelajuan rendah
serta memerlukan minyak pelincir untuk
melancarkan pergerakan
• Terdapat dua jenis rantai iaitu rantai guling dan
rantai manik
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like