You are on page 1of 20

BAB 1

PENGENALAN KURSUS
KHIDMAT MASYARAKAT
KHIDMAT MASYARAKAT
 Kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan
tertentu.
 Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan
sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan
ataupun output yang berguna.
PAIVA & LEDERINA (1983) - langkah-langkah kerajaan
melalui agensi-agensinya dalam usaha menawarkan
perkhidmatan asas bagi memenuhi keperluan golongan
majoriti untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
ROWBOTTOM (1974) - membantu atau
mencegah segala tekanan sosial yang dialami
dalam mana-mana individu, keluarga mahu
pun masyarakat dengan menghubungkannya
kepada agensi-agensi yang berkaitan.
Meyer, (1968)-teras profesion kerja sosial
ialah kesediaannya untuk melibatkan diri
dalam memenuhi kehendak manusia.
(Goldstein, 1973)-kerja sosial ialah satu
kaedah pelaksanaan yang dapat membantu
individu perseorangan atau kolektif
menyelesaikan masalahnya’
 Haines, 1975 - kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti
manusia dimana ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat
tertentu samada dibayar atau sukarela, membantu dalam
kehidupan individu lain untuk menghasilkan perubahan
kepadanya.
**konsep khidmat masyarakat adalah usaha-usaha yang
dilakukan untuk meletakkan atau mengembalikan sesuatu
keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup bagi golongan
yang memerlukan.
CONTOH KHIDMAT MASYARAKAT
Projek membersihkan kawasan sekolah
Projek mengindahkan kawasan sekolah
Projek membersihkan kawasan rekreasi
Projek membersihkan tanah perkuburan
Projek membersihkan Balai Raya kampong
Projek khidmat masyarakat di rumah anak yatim.
Projek khidmat masyarakat di rumah orang-orang
tua.
Pelbagai lagi projek khidmat masyarakat sama
ada di sekolah, kampung ataupun bandar.
CONTOH-CONTOH PROJEK
KHIDMAT MASYARAKAT
IMPAK POSITIF
(implikasi khidmat masyarakat kepada individu)

Mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam


sesuatu kumpulan.
Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak
kesihatan diri dari segi fizikal dan rohani.
Aktiviti yang dilaksanakan secara bersama dalam sebuah komuniti
berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan ikatan
perpaduan yang lebih utuh.
Mewujudkan rasa bertimbang rasa dan menyayangi orang lain
khususnya yang kurang upaya serta warga tua.
Aktiiviti khidmat masyarakat dalam bentuk gotong royong akan
mengurangkan kos pelaksanaan.
Mewujdkan rasa kejiranan dan persefahaman yang lebih dalam
kalangan masyarakat di sesuatu kawasan kejiranan.
Melahirkan warganegara yang berjiwa besar, patriotik dan sayang
akan negara, di mana tempat tumpah darah mereka.
Matlamat-matlamat projek khidmat
masyarakat:
Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri
individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran
kepada masyarakat dan negara.
Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa
mengira agama, bangsa, kepercayaan mahupun ideologi.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa
ringantulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
Pembangunan Masyarakat
Kesihatan
Pengurusan Bencana
Keusahawanan Sosial
Kesejahteraan Masyarakat
Sukan
Inovasi, kesenian dan kebudayaan
Kepentingan Khidmat Masyarakat
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan
permasalahan rakyat. Peserta atau sukarelawan dapat mempelajari isu yang
berkaitan dengan lebih mendalam.
Memupuk rasa kencintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu
terhadap masyarakat di persekitaran.
Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong
menolong dalam masyarakat.
Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu masyarakat tanpa mengira
agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan.
Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
Meningkatkan kepercayaan kepada organisasi masyarakat dan tadbir urus.
Bekerjasama meningkatkan komunikasi dan kesefahaman. Mengetahui apa
yang boleh dan tidak boleh bagi pihak kerajaan, rakyat dan pemimpin serta
organisasi dalam mengurangkan konflik pada masa depan.
SUKARELAWAN
TAKRIF
persediaan seseorang untuk terlibat dengan kerja
sukarela.
Kriteria untuk menjadi seorang sukarelawan ialah
--mempunyai pemikiran yang positif untuk
berbakti kepada kelompok masyarakat tertentu.
- minat, keprihatinan dan kecenderungan untuk
menyumbang tenaga fizikal, berkongsi minat,
mencurahkan pengalaman kepada golongan
sasaran atau sesuatukelompok masyarakat.
Faktor-faktor mendorong kesediaan
sebagai sukarelawan :
Kerja yang dilakukan adalah secara sukarela tanpa
mengharapkan apa-apa balasan pihak tertentu.
Aktiviti sukarelawan mesti mendatangkan faedah kepada
sesuatu kelompok masyarakat dan bukan terhad kepada diri
sukarelawan tersebut semata-mata.
Kerja kesukarelawan yang dilakukan bukan untuk
mendapatkan ganjaran kewangan ataupun menunjuk-nunjuk
kepada orang ramai
Keikhlasan diri amat penting untuk menjadi seorang
sukarelawan.
Apakah aktiviti yang membolehkan
seseorang untuk menjadi sukarelawan?
Aktiviti kesukarelawan
Memberi pertolongan kepada mangsa
ketika sesuatu bencana alam atau
malapetaka berlaku.
-contoh: bantuan mangsa banjir
Menjadi tutor mahupun guru bimbingan
kepada anak-anak daripada golongan
miskin.
Melakukan rondaan pada waktu malam
dikawasan kejiranan.
Sebagai menghargai sumbangan para
sukarelawan dan mengiktiraf kerja
sukarela yang dilakukan oleh para
sukarelawan, maka Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu telah menetapkan tarikh 5
Disember pada setiap tahun sebagai Hari
Sukarelawan Antarabangsa.
Kumpulan Sasaran
(Pelaksana dan Penerima Manfaat)
Dalam konteks kursus ini, kumpulan
pelaksana adalah semestinya daripada
anda sendiri iaitu sebagai mahasiswa yang
menuntut di IPTA @ IPTS.
Ini kerana, seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2021-2025 (Pendidikan
Tinggi), dalam Lonjakan Pertama menyatakan bahawa:

Graduan Holistik, Berciri


Keusahawanan dan Seimbang
-Lonjakan ini penting bagi memastikan graduan
bakal menjadi warga sejagat dengan jati diri
Malaysia yang menyerlah, bersedia dan sanggup
untuk berkorban demi keharmonian dan
kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan
sejagat.
Golongan penerima manfaat yang dicadangkan:

Warga emas
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Anak Yatim
Gelandangan
Fakir Miskin
Orang Asli/ Pedalaman
Ibu tunggal
Pelajar sekolah dll
SEKIAN, TERIMA KASIH…

You might also like