You are on page 1of 18

PERANAN ETIKA DAN

PERADABAN DALAM
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB
SOSIAL DI MALAYSIA
REALITI SOSIAL SEJAGAT
• Konsep realiti sosial menggambarkan pengalaman hidup yang dilalui dan diterima
oleh pelbagai kumpulan berdasarkan kepentingan peribadi dan norma hidup
sejagat.
• Perkara ini berlaku kerana sosial ialah tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
menjadi sebuah realiti
• Realiti sosial yang ada dalam masyarakat tidak terlepas daripada realiti sosial yang
berlaku di seluruh dunia
• Realiti sosial sejagat terbahagi kepada dua iaitu
• 1. Realiti sosial yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Selalunya berasal dari atas
ke bawah yang dikenali sebagai takrifan autoriti

• 2. Realiti sosial yang lebih terbuka iaitu realiti sosial yang dibentuk oleh seseorang,
sesebuah famili dan dalam komuniti untuk memenuhi keperluan harian yang
dikenali sebagai takrifan harian
Takrifan Harian
• Bermaksud realiti sosial yang dialami oleh setiap orang dalam kehidupan seharian
• Realiti sosial merupakan sesuatu yang dicapai dan difahami oleh seseorang dalam
apa jua perkara dan menunjukkan cara seseorang menyelami dan mengamalkan
budaya mereka
• Hal ini berkaitan dengan pengalaman budaya
• Realiti sosial merangkumi pengalaman peribadi seseorang yang melibatkan
aktiviti atau amalan yang sering dilakukan dalam kehidupan seseorang
• Ia tiada kaitan dengan dasar kerajaan atau dipengaruhi oleh arus globalisasi
• Contoh sukan
• Masyarakat Malaysia terdiri daripada kepelbagaian etnik
• Terdapat pelbagai budaya dan adat resam masing masing
• Kepelbagaian ini merupakan suatu yang unik dan perlu dihayati oleh smeua
lapisan etnik
• Untuk keharmonian , mengurangkan jurang perbezaaan etnik dan perkongsian
• Maka wujud saling faham memahami dan perkongsiaan amalan tradisi dan adat
resam.
TAKRIFAN AUTORITI
• Merujuk fenomena dan tingkah laku yang berkaitan dengan sistem perundangan,
protokol dan perlembagaan serta menjadi struktur kuasa dominan dalam
sesebuah negara
• Takrifan ini kekal dan tidak boleh diubah kerana takrifan autoriti ini adalah
berdasarkan kepada dokumen.
• Setiap perbuatan masyarakat terikat kepada peraturan dan undang-undang
• Tujuannya adalah untuk kehidupan yang tersusun dan teratur
• Takrifan autoriti yang tertinggi di Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan
PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM
USAHA MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
• Tanggungjawab sosial adalah merupakan pilihan atau keputusan dan tingkah laku
seseorang yang memberikan kesan kepada alam persekitaran
• Malah manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kesejahteraan
sosial bagi seluruh penduduk dunia
• Tanggungjawab sosial menjadi kerangka etika dan peradaban dengan meletakkan
semua pihak mempunyai kewajipan untuk bertindak bagi kepentingan
masyarakat secara keseluruhan
• Dalam kepelbagaian etnik di Malaysia maka istilah etika,moral,akhlak diguna
apaki untuk memaparkan tanggungjawab seseorang anggota masyarakat yang
lahir daripada teras nilai dalam peradaban mereka
PEMBAHAGIAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
• Tanggungjawab Sosial Sebagai Rakyat atau Ahli Masyarakat
• Setiap individu bertanggungjawab kepada diri sendiri
• Oleh itu individu menjadi ejen moral bagi memastikan setiap tindakan yang dilakukan
mengikut etika yang baik tanpa perlu sebarang penguatkuasaan
• Selain itu individu tersebut perlu bergerak sebagai pemimpin yang bertanggungajawab dan
amanah iaitu mampu mengawal dirinya serta melangggar segala undang-undang
• Begitu juga tanggungjawab terhadap manusia lain perlu ditunjukkan dalam kehidupan
seharian
• Manusia sering memerlukan antara satu sama lain.
• Sikap tanggungjawab sosial perlu ada dalam interaksi dengan manusia lain
• Contoh memandu kereta, membantu orang yang memerlukan
• Tanggungjawab Sosial Pekerja
• Tanggungjawab yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan yang sama
kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama,warna, kulit,gender, fahaman
politik dan status sosioekonomi
• Terdapat enam sifat amanah iaitu jujur,amanah, cekap,tekun,setia dan simpan
rahsia
• Nilai tersebut penting untuk memberikan bimbingan, mempengaruhi
fikiran,menetapkan matlamat, membuat keputusan,membina hubungan dan
menguruskan konflik
• Tanggungjawab Sosial Organisasi atau Koprat
• Dikenali juga sebagai Corporate Social Responsibiliti
• Mendukung kewajpan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan
yang akan membantu dalam hal kebajikan.
• Tujuh aspek utama tanggungjawab sosial ialah
• 1. Tadbir urus
• 2 Amalan kerja
• 3. Amalan buruh
• 4. Alam sekitar
• 5. Amalan operasi
• 6. Isu pengguna
• 7. Penglibatan dalam pembangunan masyarakat
KESEDARAN NASIONAL DALAM
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
• Kesedaran mewujukan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam negara kita
• Kesedaran nasional akan menjadikan rakyat berfikir secara kritikal dan bertindak
secara rasional
• Tanggungjawab sosial perlu ada dalam diri individu yang memiliki tahap
penghayatan dan pengamalan nilai
• Mereka yang memiliki nilai tanggungjawab sosial yang tinggi akan peka terhadap
apa-apa kerosakan, kemusnahan, eksploitasi, pencemaran dan salah guna kuasa
• Contoh kejiranan
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM
LUAR NEGARA
• Memberikan kesan besar dalam usaha mengembangkan dan membangunkan
masyarakat
• Melahirkan pekerja yang lebih beretika,tidak mementingkan diri dan bertimbang
rasa terhadap keperluan masyarakat
• Tanggungjawab sosial ini menjadi tanggungjawab individu untuk membuat
keputusan atau mengambil tindakan yang dapat memberikan manfaat ,
kesejahteraan dan kebajikan kepada masyarakat dan organisasi
• Di samping itu tanggungjawab ini merupakan usaha yang dilakukan untuk
meletakkan atau mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan
hidup bagi golongan yang memerlukan
• Contoh program komuniti , misi kemanusiaan, program makanan dunia
MINAT KESUKARELAAN
• Merujuk kepada individu yang menjalankan kerja sukarela yang bertujuan
memberikan kesenangan dan kemudahan kepada masyarakat atau pihak yang
memerlukan
• Merujuk juga sesuatu pekerjaan yang dilakukan secara rela hati dan tiada paksaan
daripada mana mana pihak
• Bermaksud kesukarelaan merupakan satu konsep perkhidmatan dan perkongsian
yang menghubungkan individu dengan individu lain yang ingin melakukan sesuatu
konsep sukarelawan
• Kumpulan sasaran bagi kerja kesukarelawan ialah
individu,kumpulan,keluarga,komuniti,organisasi dan masyarakat
• Menjadi sukarelawan perlu mempunyai kepercayaan tinggi terhadap sesuatu
tugas
• Contoh bantu mangsa
• Jga meyemai perasaan kasih saying yang kuat untuk timbulkan perasaan empati
dan dirasai oleh masyarakat sekeliling.
• Lahir daripada hati yang ikhlas dan mampu memberikan kesan kepada orang lain
• Contoh bencana banjir
• Perlu juga ada minat dan komitmen tinggi dan juag beryakinan tinggi

You might also like