You are on page 1of 6

Sukarelawan: Konsep dan

Aspeknya
 December 15, 2017
 , 7:59 pm
 , Kategori

KESUKARELAWANAN merupakan konsep yang menghidupkan Team Selangor. Ia

bertujuan (i) memupuk nilai kesukarelawanan dan mengenal pasti nilai kepimpinan

dalam komuniti di Selangor, (ii) membantu mengenal pasti isu-isu setempat dan

menghasilkan penyelesaian yang bersifat lokal melalui penglibatan langsung daripada

komuniti pada peringkat akar umbi; dan (iii) mempertingkatkan lagi kerjasama antara

komuniti dan agensi kerajaan di negeri Selangor, baik pada peringkat negeri mahupun

kerajaan tempatan.

Namun demikian, adakah kita memahami apa itu sukarelawan? Apakah yang

dimaksudkan dengan kesukarelawanan? Ke manakah hala tuju aktiviti

kesukarelawanan? Sekiranya anda menyertai kerja-kerja kesukarelawanan khususnya

Team Selangor, apakah manfaat yang diperolehi? Maka, menerusi artikel ini, persoalan-

persoalan ini cuba dijawab secara umum bagi panduan kita semua.

SIAPAKAH SUKARELAWAN?

Sukarelawan ialah seseorang yang mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti yang

bertujuan membantu orang lain dan terlibat secara langsung dalam kegiatan

kesukarelawanan. Sukarelawan tidak mengharapkan ganjaran tetapi melakukannya

dengan setulus hati untuk memenuhi suatu hasrat yang hanya mereka sahaja

memahaminya dan untuk kepuasan diri.


Bagi sukarelawan, beberapa ciri atau sikap harus tertanam dalam diri untuk memastikan

kerja-kerja kesukarelawanan mencapai maksudnya untuk memperkasa komuniti.

Antaranya ialah:

 Kecaknaan dan empati.

 Bersedia untuk mengorbankan kepentingan diri untuk kemaslahatan umum.

 Dedikasi dan iltizam.

 Mendapat kepuasan atau rasa bangga dalam kerja kesukarelawanan.

APAKAH KERJA KESUKARELAWANAN?

Kerja atau khidmat kesukarelawanan ialah aktiviti yang dilaksanakan secara ikhlas,

dengan hati yang tulus, tanpa unsur paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa

mengharapkan apa-apa imbuhan atau pulangan material dan untuk memberi manfaat

kepada kumpulan sasaran.

Dalam erti yang lebih luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep

perkhidmatan dan perkongsian, proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran dan

penglibatan aktif warga dalam isu dan hal-ehwal masyarakat. Dalam hal ini, terdapat

pelbagai skop lapangan kerja-kerja kesukarelawanan seperti berikut.


Diterjemah dan diolah daripada Becoming A Volunteer oleh Azizan Bahari (2007)

APAKAH BENTUK-BENTUK KERJA KESUKARELAWANAN? 

Lazimnya, kumpulan sasaran bagi kerja kesukarelawanan ialah individu, kumpulan,

keluarga, komuniti, organisasi dan masyarakat secara umum. Dalam hal ini, anda yang

cuba mendekati sesuatu kumpulan mestilah memastikan bahawa aktiviti

kesukarelawanan yang ditawarkan itu merupakan keperluan atau permintaan daripada

kumpulan sasaran. Jika kumpulan tersebut tidak bekerjasama dalam erti kata

memerlukannya, menyokong dan melibatkan diri, kerja-kerja kesukarelawanan tidak

akan berkesan. Namun, apakah bentuk-bentuk kerja kesukarelawanan yang boleh anda
tawarkan? Secara umum, terdapat pelbagai bentuk khidmat sukarela seperti dalam

gambar rajah berikut.

Diterjemah dan diolah daripada Becoming A Volunteer oleh Azizan Bahari (2007)

TUJUAN DAN MATLAMAT KESUKARELAWANAN

Sebenarnya terdapat banyak objektif atau tujuan yang boleh dikaitkan dengan kerja

kesukarelawanan seperti (i) pembelaan, (ii) kerjasama, (iii) patriotisme, (iv)

kesetiakawanan, (v) modal insan, (vi) pemerkasaan komuniti dan (vii) nilai kemanusiaan

sejagat. Akhirnya, kesemua tujuan ini bermatlamatkan “MASYARAKAT YANG ADIL,

MAKMUR DAN AMAN”.

 
PRINSIP-PRINSIP SUKARELAWAN

Bagi anda yang mendaftar sebagai sukarelawan Team Selangor, kami pasti anda

memiliki minat dan bersedia melaksanakan aktiviti kesukarelawanan yang disediakan

atau anda sendiri usulkan untuk dijalankan terhadap golongan sasaran yang dikenal

pasti. Namun, dalam menjalankan kerja kesukarelawanan, sukarelawan Team Selangor

perlu memiliki prinsip-prinsip ideal sebagai sukarelawan untuk memanduhalakan

sebarang tindakan dalam pembuatan keputusan dan pelaksanaan.

 Sentiasa bersedia untuk berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran.

 Berkongsi dan berkhidmat tanpa sikap memilih atau diskriminasi.

 Berkhidmat atau menyumbang tanpa mengharapkan imbuhan atau pulangan.

 Khidmat atau sumbangan hasruslah berdasarkan keadaan dan keperluan

kumpulan sasaran.

 Melibatsamakan kumpulan sasaran dalam tindakan kesukarelawanan.

 Menjadikan nilai kemanusiaan sebagai teras.

 Setiap orang memiliki hak untuk menyumbang tanpa ada monopoli.

 Sentiasa menghormati orang lain.

 Memelihara etika sosial dan adab sopan.

ETIKA DALAM PENJALANAN AKTIVITI KESUKARELAWANAN

Etika ialah panduan baik atau buruk, betul atau salah sesuatu tindakan dalam

menjalankan hal-hal berkaitan kesukarelawanan. Bagi pihak hos Team Selangor sendiri

mahupun para sukarelawan, terdapat tujuh garis panduan umum etika yang perlu

dipatuhi bagi memastikan kelicinan dan keharmonian hubungan di antara pihak-pihak

yang bekerjasama.
 Hormati privasi dan kerahsiaan orang lain seperti maklumat dan info peribadi.

Maklumat tersebut mestilah dipelihara daripada terlepas ke tangan orang lain

mahupun dalam kalangan sukarelawan sendiri.

 Belajar daripada kelemahan dan kesilapan lalu sekali gus memperbaik prestasi

masa hadapan.

 Letakkan komitmen yang tinggi.

 Tepati janji.

 Bersikap telus dan jujur.

 Memelihara integriti.

 Bersikap profesional.

APAKAH YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA AKTIVITI KESUKARELAWANAN?

 Menjadikan diri merasai kejayaan.

 Membuat kehidupan lebih bermakna.

 Mendapat maklumat dan pengetahuan.

 Memperoleh kemahiran dan kemampuan baharu.

 Memperoleh pengalaman.

 Mendapat peluang untuk mengembara.

 Menjalin hubungan setiakawan.

 Merasa beruntung atas sumbangan.

 Membina keyakinan diri.

 Dikenali dan dihargai.

 Berpeluang untuk membina jaringan.

You might also like