You are on page 1of 7

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah

ringkasan tentangfaedah-faedah berpersatuan


dalam kalangan belia.Panjang ringkasan
andahendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan.Anda digalakkan menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pelbagai mekanisme boleh dilakukan dalam usaha
mengisi erti kemerdekaan negara. Belia memainkan
peranan penting dalam memastikan kemerdekaan

Pihak kerajaan juga tidak pernahmeminggirkan perananyang dimainkan oleh pihak


belia dalam pembangunan negara, sebaliknya segala perancangan dan dasar yang
dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Dalam mengimarahkan lagi pembabitan
golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak langkah lebih
aktif untuk menarik golongan belia dalam berpersatuan. Dalam diri belia pula perlu
ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai sebahagian ibadat. Berpersatuan
dapat melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni.
Pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan ketika di kampus dapat
meningkatkan keyakinan apabila menempuh alam pekerjaan mahupun kehidupan.
Kesan daripada berpersatuan membawa kepada pembentukan peribadi yang lebih
berwibawa. Malah berpersatuan dapat meluaskan pengetahuan dan menambah
pelbagai kemahiran diri. Namun, mahasiswa yang aktif dalam persatuan mesti
diiringi pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya, peranan belia sentiasa
penting sama ada ketika menuntut kemerdekaan atau dalam pembangunan negara
pada masa kini. Sebenarnya, persatuan belia sejak dahulu memainkan peranan
penting dalam membantu pemimpin masyarakat menentang penjajah dan menuntut
kemerdekaan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Belia Tidak Aktif Rugikan Negara,oleh Dr.
Saipon, Berita Harian,
30 April 2011)

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan berikut:


i)Berikan maksud rangkai kata meminggirkan
peranan,mengikut konteks dalam petikan
diatas.

[2 markah]
ii) Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan untuk
mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan
berpersatuan.

[4 markah]
iii)Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh pihak ibu bapa dan sekolah supaya
pelajar
aktif dalam kegiatan berpersatuan? [4 markah]

Skema Jawapan Latihan Ringkasan 1 - Faedah-faedah berpersatuan dalam kalangan belia.

SKEMA JAWAPAN RINGKASAN.

Senarai isi penting- faedah berpersatuan


1.Berpersatuandapatmeningkatkanpembabitanbeliadalamkegiatan
sukareladan
kebajikan.
2.kegiatanberpersatuanmampumembudayakansikapmurnibeliaselaras
dengan
usahamewujudkanmasyarakatprihatin
3.Berpersatuandapatmelahirkanmasyarakatyanghidupdalamsuasana
yang
harmoni.
4.Pemimpinpelajaryangaktifberpersatuanketikadikampusdapat
meningkatkan
keyakinanapabilamenempuhalampekerjaanmahupunkehidupan.
5.membawakepadapembentukanperibadiyanglebihberwibawa.
6.dapatmeluaskanpengetahuandanmenambahpelbagaikemahirandiri.

Isi ringkasan mesti sekurang-kurangnya 5 = 10 markah

Contoh jawapan ringkasan:


Antara faedah berpersatuan
dalam kalangan belia ialahberpersatuan dapat
meningkatkan pembabitan belia dalam kegiatan
sukarela dan kebajikan. Selain itu, kegiatan
berpersatuan mampu membudayakan sikap murni belia
selaras denganlangkahmewujudkan masyarakat
prihatin. Seterusnya, berpersatuan dapat melahirkan
masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni
manakala pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan
ketika di kampus dapat meningkatkan keyakinan
apabila menempuh alam pekerjaan mahupun
kehidupan. Berpesatuan juga membawa kepada
pembentukan peribadi yang lebih berwibawa.
Akhirnya, dapat meluaskan pengetahuan dan
menambah pelbagai kemahiran diri.

SKEMA JAWAPAN PEMAHMAN 3 - FAEDAH-FAEDAH BERPERSATUAN DALAM KALANGAN REMAJA

SKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN

i)Berikan maksud rangkai kata meminggirkan peranan,mengikut konteks dalam petikan di


atas. [2 markah]
Maksud rangkai kata meminggirkan peranan dalam petikan ialah menetepikan/megesampingkan
fungsi/tugas

ii)Naytakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai
kegiatan berpersatuan. [4 markah]

Usaha-usaha yang dilakukan untuk mengalakkan golongan belia menyertai kegiatan berpersatuan
ialahsegala perancangan dan dasar yang dibuat kerajaan, belia turut diberi perhatian. Selain itu, dalam
mengimarahkan lagi pembabitan golongan muda dalam persatuan, pertubuhan belia perlu mengorak
langkah lebih aktif untuk menarik golongan belia dalam berpersatuan. Dalam diri belia pula perlu
ditanam bahawa kegiatan berpersatuan sebagai sebahagian ibadat.


iii)Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa
dan sekolah supaya pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuan? [4 markah]

Pada pendapat saya, peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ibu bapa dan sekolah supaya
pelajar aktif dalam kegiatan berpersatuanialah ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang
baik dengan menyertai persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) atau persatuan
belia di kawasan-kawasan perumahan supaya anak-anak dapat memahami kebaikan kegiatan
berpersatuan. Selain itu, pihak sekolah pula perlu memberi ganjaran atau hadiah yang
bersesuaian kepada pelajar yang menunjukkan prestsi yang baik dalam persatuan seperti
Persatuan Bahasa Melayu, persatuan Perdagangan dan Pengguna dan sebagainya supaya
pelajar terus berminat dalam aktiviti aktiviti berpersatuan.

Teknik menjawab dengan baik:


1.Jawapan pelajar mesti dalam bentuk ayat yang sempurna dangramats dengan
mengambil sebahagian ayat dalam soalan.
2.Bagi soalan 4 markah, beri sekurang-kurangnya dua isi.
3.Gunakan penanda wacana seperti selain itu, seterusnya, tambahan pula ketika
menyatakan isi baru dalam jawapan.

You might also like