You are on page 1of 14

PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH

By Muhammad Yusri Yusof12:38 AMNo comments

PDEP 3104 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

ISI KANDUNGAN

TOPIK TAJUK          HALAMAN

1 Pengenalan                                                                             ……….       2
2 Matlamat Penubuhan Koperasi Sekolah                                      ……….       2
3 Latar Belakang Penubuhan Koperasi Sekolah                              ……….       3
4 Kepentingan Penubuhan Koperasi Sekolah ……….       3
5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemajuan 
Koperasi Sekolah                                                                      ……….    4 - 6
6 Contoh Senarai Tugas Ahli Lembaga Koperasi                             ……….    6 - 11
7 Faedah-Faedah Penubuhan Koperasi Sekolah                              ……….   11 -13
8 Analisis SWOT                                                                        ……….   13 -14
9 Langkah-Langkah Penambahbaikan                                             ………. 14 -15
10 Penubuhan Koperasi Sekolah Serta Kaitannya 
dengan Aspirasi Murid Melalui PPPM 2013-2025                          ……….   15- 17
11 Penutup                     ……….      17

RUJUKAN            ……….       18

PDEP 3104 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH

1. PENGENALAN
Koperasi adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan manusia yang
mempunyai kepentingan atau masalah ekonomi yang sama di mana mereka berpakat untuk
menyatukan tenaga serta mengumpul modal bagi menjalankan aktiviti untuk menyediakan
kemudahan atau perkhidmatan kepada ahli. Ia ditadbir sebagai badan perniagaan tetapi tidak
bermotifkan keuntungan semata-mata dan lebih mengutamakan kebajikan ahli. 
Koperasi sekolah pula ialah sebuah koperasi yang didaftarkan di bawah Ordinan Syarikat
Koperatif Bil. 33/48 dengan mempunyai undang-undang kecilnya sendiri. Dari segi keahlian,
koperasi sekolah mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur kurang
dari 18 tahun.

Oleh kerana koperasi sekolah didaftarkan di bawah ordinan dengan mendapat pengecualian
daripada Y.B Menteri Pertanian di bawah seksyen 53 Ordinan mengenai pendaftaran, maka
tarafnya adalah sama dengan koperasi-koperasi lain 

2. MATLAMAT PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH


Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia  (1994) menjelaskan bahawa asas penubuhan
koperasi sekolah bermatlamat untuk melatih murid-murid mengamalkan sikap jimat cermat dan
prinsip-prinsip hidup bermasyarakat secara demokrasi dan berusaha sendiri. 

Lima matlamat utama penubuhan sesebuah koperasi sekolah iaitu:


2.1 Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari. 
2.2 Membantu mewujudkan suasana latihan amali bagi mempraktikkan teknik-teknik
pengurusan dan perdagangan yang dipelajari di dalam kelas. 
2.3 Menyemai sifat-sifat demokrasi di kalangan pelajar. 
2.4 Menggalakkan sikap bekerjasana dan saling mambantu di kalangan ahli. 
2.5 Mengasuh bakat kepimpinan di kalangan generasi muda.

3. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH


Adalah menjadi hasrat dan impian Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah menengah
menubuhkan koperasi sekolah menjelang 2010. Koperasi sekolah merupakan platform yang
paling berkesan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat dan minat mereka di dalam bidang
perniagaan terutamanya untuk mengaplikasikan subjek ekonomi, prinsip akaun, perdagangan
dan matematik dalam kehidupan seharian. 

Idea penubuhan awal koperasi sekolah adalah dari cetusan minda Profesor Diraja Ungku A.
Aziz, semasa beliau bertugas sebagai Naib Chanselor Universiti Malaya. Hasrat beliau tercatat
di dalam Buku Biografinya yang telah menggalakkan penubuhan sebuah badan koperatif
pelajar pada 20 Oktober 1966 di Kampus Universiti Malaya dan seterusnya badan-badan
koperasi pelajar yang lain ( ANGKASA, 1994 ). 

4. KEPENTINGAN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH


4.1 Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi
sebenarnya. Pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi
usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang dipelajari di
dalam kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan
menyeronokkan. 

4.2 Pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Sifat kebijaksanaan
perlu ada pada seorang pengurus di mana ia bolah mengetahui apa yang sedang berlaku
dalam koperasi tetapi juga dapat meramalkan situasi semasa dan akan datang yang memberi
implikasi terhadap starategi-strateginya. Pengurus juga perlu setia dan mempunyai sifat
kemanusiaan iaitu mengambil berat tentang kebajikan ahli. 

4.3 Dengan menyertai koperasi, pelajar dapat mendisiplinkan diri dan menanam sifat jati diri
dan modal insan yang tinggi kerana mereka perlu jujur, sadik dan amanah. Mahmud Yusof
(1993) berpendapat bahawa jika koperasi dianggap sebagai satu alat yang boleh membantu
pelajar menambahkan pengetahuan tentang perniagaan dan juga pada masa yang sama
menambah pendapatan mereka.. 
5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAJUAN KOPERASI SEKOLAH
Pengkaji telah mengenalpasti dan menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan
koperasi sekolah dan mengetahui peranan guru penasihat, anggota koperasi dan pihak
pentadbir dalam usaha mempelbagaikan aktiviti koperasi supaya koperasi sekolah dapat
bertahan dan kekal sampai bila-bila. 

5.1 Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi


Kriteria pemilihan guru penasihat koperasi perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak
pentadbir supaya guru-guru yang dilantik mempunyai kelayakan, minat dan sikap yang positif
terhadap penubuhan koperasi sekolah. Pengkaji mendapati bahawa guru penasihat koperasi
mempunyai sikap yang positif dalam tugas merekadi mana mereka mampu mengurus koperasi
walaupun sibuk dengan tugas-tugas wajib iaitu P&P.

Guru penasihat yang terlibat juga mempunyai ilmu dan asas yang kukuh dalam bidang
perniagaan kerana majoriti guru yang dilantik mempunyai kelayakan dalam bidang teknik dan
vokasional. Guru yang dilantik sebagai bendahari juga faham dan jelas dengan Penyata
Kewangan. Mereka yang terlibat juga bersedia untuk menghadiri mana-mana kursus yang
dianjurkan oleh pihak koperasi sendiri ataupun pihak luar demi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam pengurusan koperasi sekolah. 

5.2 Pengawasan daripada pihak pentadbir


Pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan guru penasihat
koperasi menjalankan tugas mereka berlandaskan kepada Akta dan UUK supaya tujuan
penubuhan koperasi sekolah tidak lari dari matlamat asalnya iaitu menjaga kebajikan ahli dan
bukannya bermotifkan kepada keuntungan semata-mata.

Matlamat koperasi sekolah adalah untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang keusahawanan.
Guru penasihat koperasi juga terikat dengan tugas-tugas yang lain dan mereka berharap
semoga beban tugas mereka dapat dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian
kepada pengurusan koperasi sekolah dan juga tidak mengabaikan tugas utama mereka di
dalam kelas. 
5.3 Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah
Sumbangan koperasi sekolah kepada sekolah perlu diberi perhatian kerana impaknya kepada
pelajar adalah besar, kerana dengan adanya koperasi sekolah pelajar-pelajar boleh membeli
barang-barang dengan harga yang murah dan ada sesetengah koperasi sekolah mampu
meletakkan harga yang lebih rendah dari kedai di luar. 

Pertambahan anggota juga bertambah setiap tahun dan ini memberi kesan yang baik kepada
koperasi sekolah kerana modal syer akan bertambah dan aktiviti koperasi juga boleh
dipelbagaikan dan secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada keuntungan koperasi.
Jika koperasi mendapat untung yang banyak, maka anggotanya juga akan merasa nikmatnya
kerana mendapat dividen yang tinggi. Ada koperasi sekolah yang mampu mengagihkan dividen
100% dan 30% kepada ahlinya. 

5.4  Mewujudkan kerjasama antara sekolah


Guru-guru penasihat koperasi perlu diberi ruang dan peluang untuk menghadiri kursus atau
seminar tentang pendidikan dan pengurusan koperasi sekolah, peranan anggota dan lembaga
koperasi, penyelenggaraan akaun dan pelancongan. Guru-guru penasihat juga perlu dibawa
melawat ke koperasi sekolah yang berjaya supaya mereka mendapat pendedahan dan
pengetahuan dalam pengurusan. 

Melalui lawatan ini juga guru penasihat koperasi dapat melihat aktiviti yang dijalankan yang
boleh mendatangkan keuntungan kepada koperasi sekolah. Kursus dalaman perlu dijalankan
secara berkala supayaguru-guru yang pernah menghadiri kursus dapat berkongsi pengalaman
dan pengetahuan dengan ahli yang lain. 

5.5 Melatih pelajar yang boleh dipercayai untuk menguruskan koperasi


Penglibatan pelajar dalam pengurusan koperasi sekolah juga perlu diperluaskan supaya
pelajarpelajar mendapat pengalaman menguruskan perniagaan. Dengan penglibatan pelajar,
maka ciriciri keusahawanan dapat diterapkan kepada pelajar. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa guru penasihat koperasi agak keberatan untuk melantik pelajar memegang jawatan
yang penting dalam koperasi terutamanya yang melibatkan kewangan. Dalam konteks ini,
pengkaji mendapati bahawa sukar untuk mencari pelajar yang betul-betul amanah dan
bertanggungjawab. 

Oleh itu, kebanyakan pelajar hanya diberi tugas yang mudah seperti membantu guru mencatat
jualan harian, menyusun barang, sebagai pembantu kedai, dan mengira stok. Penyediaan
akaun dilakukan oleh guru kerana koperasi sekolah yang dikaji menggunakan program
SEKKOP. 

6. CONTOH SENARAI TUGAS AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH.


6.1 Pengerusi:
Pengerusi hendaklah menjalankan tugas-tugas seperti berikut:
6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
6.1.2 Menandatangan minit mesyuarat yang disahkan.
6.1.3 Memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi menurut Peraturan,
bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani.
6.1.4 Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu.
6.1.5 Mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan
dokumen Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga
6.1.6 Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan
dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga.
6.1.7 Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja koperasi.

6.2 Setiausaha:
Setiausaha hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
            6.2.1 Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan
mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat-mesyuarat itu.
             6.2.2 Merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat.
6.2.3 Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan
laporan yang dikehendaki oleh Lembaga.
6.2.4 Menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
6.2.5 Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku
Koperasi.
             6.2.6 Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi.
             6.2.7 Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke
semasa.
6.3 Bendahari
Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                   6.3.1 Mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi
                        mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga.
                   6.3.2 Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan
                         membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.
6.3.3 Menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh
dua puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya.
                   6.3.4 Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan
                         Lembaga.
                   6.3.5 Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
                         oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
                         yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
                       6.3.6 Menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan
kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
                   6.3.7 Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
                          dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga.
6.3.8 Menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan
jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan.
6.3.9 Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara
dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga
untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh
mesyuarat agung.

6.4 Pengurus Belian


Tugas-tugas Pengurus Belian ialah:
6.4.1 Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
6.4.2 Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
6.4.3 Mencadang kepada lembaga koperasi barangan/perkhidmatan yang hendak dibeli.
6.4.4 Menguruskan pembelian barang/perkhidmatan atas permintaan pengurus stok atau
lembaga.
6.4.5 Menyerahkan barang belian kepada pengurus stok
6.4.6 Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri.
6.4.7 Menyimpan buku log belian
6.4.8 Mengemaskini buku log belian
6.4.9 Membuat laporan bulanan untuk belian
6.4.10 Menyediakan dan membuat laporan belian setiap mesyuarat ALK
6.4.11 Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan  

6.5 Pengurus Jualan


Tugas-tugas Pengurus Jualan ialah:
6.5.1 Menerima stok untuk jualan mingguan/bulanan dari pengurus stok
6.5.2 Memohon tambahan stok untuk jualan dari pengurus stok
6.5.3 Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
6.5.4 Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
6.5.5 Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
6.5.6 Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
6.5.7 Mengira dan merekodkan hasil jualan harian/bulanan
6.5.8 Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
6.5.9 Memastikan hanya guru atau pelajar yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa
jualan berlangsung
6.5.10 Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
6.5.11 Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan

6.6 Pengurus Stok


  Antara tugas-tugas Pengurus Stok ialah:
6.6.1 Menyediakan buku log senarai item dalam stok koperasi
6.6.2 Menerima stok bekalan daripada pengurus belian
6.6.3 Merekod stok baru
6.6.4 Mengemaskini keluar/masuk stok secara mingguan/bulanan
6.6.5 Melapor kepada pengurus belian tambahan stok sebelum habis
6.6.6 Memastikan tempat menyimpan stok selamat daripada ancaman binatang atau bencana
alam/sentiasa bersih dan kemas
6.6.7 Mengeluarkan stok atas permintaan pengurus jualan
6.6.8 Membuat semakan stok usang/rosak dan mencadang pelupusan atau hapuskira kepada
lembaga
6.6.9 Memastikan borang-borang berkaitan stok digunakan
  6.6.10 Menyediakan dan membuatkan laporan stok pada setiap mesyuarat ALK
  
6.7 Pengurus kebajikan
Tugas-tugas Pengurus Kebajikan ialah:
6.7.1 Menyimpan senarai jenis kebajikan yang telah diputuskan oleh lembaga
6.7.2 Memaklumkan anggota untuk berkursus atas cadangan pengerusi
6.7.3 Menyediakan rekod anggota yang berkursus
6.7.4 Menguruskan khairat kematian ahli
6.7.5 Menguruskan makan-minum semasa mesyuarat ALK/mesyuarat agung
6.7.6 Menguruskan kebersihan/keselamatan/keceriaan di koperasi
6.7.7 Melantik dalam kalangan pelajar untuk perkara 6
6.7.8 Menyimpan buku log untuk semua aktiviti kebajikan
6.7.9 Menyediakan dan membuat laporan kebajikan setiap mesyuarat ALK

6.8 Pengurus Projek


Tugas-tugas Pengurus Projek ialah:
6.8.1 Mencadangkan jenis projek kepada lembaga
6.8.2 Mempromosikan projek yang telah diputus oleh lembaga
6.8.3 Merancang,melaksana,memantau dan mendokumentasi projek
6.8.4 Menyediakan bajet untuk projek
6.8.5 Memohon peruntukan projek dari lembaga
6.8.6 Mencari penaja/rakan kongsi untuk projek koperasi

6.9 Audit Dalaman


Tugas-tugas Audit Dalaman adalah:
6.9.1 Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod releven koperasi secara
bulanan dan memaklumkan lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperolehi semasa
pemeriksaan dan pengauditan.
6.9.2 Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh
lembaga selepas tamatnya tahun kewangan.
6.9.3 Memberi laporan :
6.9.3.1 Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang
transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
      
6.9.3.2 Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut
dilaporkan.
6.9.4 Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada  rekod-rekod perakaunan dan rekod-
rekod lain yang sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan
perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta ini,
peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi
6.9.5 Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit
daripada kerja pengauditan
6.9.6 Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang
belum jelas ( jika ada ),nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi.

7. FAEDAH-FAEDAH PENUBUHAN KOPERASI DI SEKOLAH 


Koperasi merupakan pertubuhan ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk kemudahan warga
sekolah, khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di sekolah, kita dapat
memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira dengan hujung jari kita. 
Antara faedah-faedah yang dikenalpasti ialah:
7.1 Bagi warga sekolah, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau guru dapat
membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Mereka dapat menikmati barangan yang
harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti. Sebagai analogi, pelajar dapat membeli
sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli sebatang pen di
pasar raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal belaka. Hal ini secara tidak
langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli alat-alat tulis dan buku-buku rujukan
bagi meningkatkan prestasi pembelajaran. Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang
harganya berpatutan dan berkualiti kepada warga sekolah.

7.2 Umum mengetahui bahawa koperasi menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat
tulis, minuman, kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah memenuhi
kehendak dan keperluan guru dan pelajar. 
7.3 Selain itu, warga sekolah yang menjadi ahli koperasi berhak mendapat keuntungan dalam
bentuk dividen dan bonus melalui pembelian barangan oleh warga sekolah. Keuntungan
tersebut datangnya daripada jual beli yang dijalankan. 

7.4     Begitu juga, sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh oleh koperasi juga dapat
dikeluarkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana sekolah.
Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik taraf prasarana di sesebuah
sekolah. Contohnya dengan membahagikan sebahagian keuntungan koperasi untuk membeli
buku rujukan dan buku cerita koleksi terbaru untuk perpustakaan sekolah demi kemudahan
murid yang dahaga akan ilmu pengetahuan. 

7.5 Kewujudan koperasi sekolah juga membolehkan anak-anak muridnya mengetahui asas
perniagaan. Apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat memahami
dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari dalam silibus
sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan apa-apa yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti Prinsip Perakaunan,
subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa yang dipelajari dengan lebih
lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian mereka. 
7.6 Selain itu, kita dapat menyaksikan betapa banyak kebaikan dapat diperoleh melalui
penubuhan koperasi seperti pengalaman baru untuk murid dalam perniagaan. Secara tidak
langsung, penglibatan murid dalam koperasi adalah merupakan proses pembelajaran di luar
bilik darjah. Perkara yang dipelajari di dalam kelas seperti subjek prinsip akaun dan matematik
dapat dipraktikkan ketika murid-murid mencari pengalaman berniaga daripada penglibatan
mereka dalam koperasi. Pengalaman tersebut juga membantu memudahkan murid-murid yang
ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dan menjadikan bidang tersebut
sebagai kerjaya pada masa hadapan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

7.7  Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan koperasi membawa
semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid. Buktinya, penglibatan murid-murid
memudahkan guru-guru dalam menguruskan koperasi kerana jika tiada kesepakatan,
pengurusan koperasi tidak akan akan berjalan dengan lancar. Di samping itu, murid-murid juga
dapat menimba ilmu daripada guru. Sebagai contoh, ilmu mengenai selok-belok perniagaan
berkoperasi. Hubungan silaturrahim antara guru dan murid juga terjalin dengan baiknya.
Kerjasama mereka dalam pengurusan koperasi diibaratkan seperti aur dengan tebing.

8. ANALISIS SWOT
Pengembangan koperasi dalam analisis SWOT menurut Freddy Rangkuti (1997) sub-sub
bahagian dari analisis SWOT meliputi kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dengan
berbagai indikator.

 8.1 Kekuatan :
8.1.1 Terdapat undang-undang kecilnya sendiri yang telah ditetapkan berdasarkan akta
koperasi.
8.1.2 Struktur organisasi yang sesuai dengan kewujudan koperasi.
8.1.3 Keanggotaan yang terbuka dan secara sukarela.
8.1.4 Risiko kekurangan pelanggan cukup kecil.
8.1.5 Bayaran keahlian yang rendah.
8.1.6 Pengurusan yang demokratik.

8.2 Kelemahan :
8.2.1 Kelemahan dalam pengelolaan dan pengurusan serta kurangnya
pengalaman.
8.2.2 Tahap kemampuan dan profesionalisme SDM koperasi belum memadai.
8.2.3 Kurangnya pengetahuan perniagaan di peringkat pengurusan.
8.2.4 Pengurusan yang kurang inovatif.
8.2.5 Kurangnya pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang 
yang diusahakan.
8.2.6 Kurangnya kesedaran anggota akan hak dan kewajibannya sebagai ahli.

8.3 Peluang :
8.3.1 Adanya aspek kesamarataan yang diberi keutamaan oleh kerajaan.
8.3.2 Keadaan ekonomi yang baik menyokong kewujudan koperasi.
8.3.3 Adanya peluang pasaran bagi barangan yang dijual oleh koperasi.
8.3.4 Potensi pentadbiran sekolah yang menyokong  pelaksanaan aktiviti koperasi.
8.3.5 Sokongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta
Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.3.6 Daya beli pelajar/masyarakat adalah tinggi.

8.4 Ancaman :
8.4.1 Kurang sokongan daripada pihak pengurusan sekolah.
8.4.2 Masih terdapat kekurangan kefahaman tentang konsep koperasi itu
di kalangan pelajar itu sendiri.
8.4.3 Masa yang terhad serta tidak mencukupi dalam menguruskan koperasi.
8.4.4 Kurangnya kesedaran, pemahaman serta kepercayaan masyarakat
 terhadap perlunya koperasi 
8.4.5 Jumlah modal yang kecil dan tidak mencukupi untuk menggerakkannya.
8.4.6 Ketiadaan ruang untuk menjalankan perniagaan koperasi sekolah.

9. LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.
Berdasarkan Analisis Swot, beberapa langkah yang proaktif perlu diambil untuk memantapkan
lagi pengurusan koperasi sekolah di masa depan.

9.1 Pihak pengurusan perlu memberi perhatian kepada jati diri koperasi. Jati diri yang kental
dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah koperasi kerana jati diri dapat mendidik manusia
bersikap amanah, jujur, sadik dan bertanggungjawab. Jika mereka berkesempatan memimpin
koperasi apabila tamat persekolahan nanti, maka sudah tentu mereka dapat menjalankan tugas
dengan baik dan berkesan. 

9.2 Pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah
organisasi koperasi. Kemajuan dan kejayaan koperasi sekolah banyak bergantung kepada
pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan sokongan ahli serta pihak
pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan dan keuntungan
koperasi sekolah.

9.3 Keprihatinan pihak pentadbir juga merupakan faktor penting dalam memotivasikan guru
penasihat dan ahli supaya sentiasa menyokong penubuhan koperasi sekolah. Pihak pentadbir
juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru penasihat koperasi dan
sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam pengurusan koperasi sekolah. Guru-guru
penasihat perlu diberi kelonggaran dalam menjalankan tugas di mana waktu mengajar perlu
dikurangkan supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada pengurusan koperasi
sekolah. 

10. PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH SERTA KAITANNYA DENGAN ASPIRASI MURID


MELALUI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)
Dengan penubuhan koperasi sekolah, adalah diharapkan agar para pendidik, ibu bapa, murid
dan semua ahli masyarakat akan bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah
pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi
mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan
mereka menerajui pembangunan ekonomi global.

Terdapat 6 Aspirasi Murid yang terkandung di dalam PPPM, dan 4 daripada aspirasi tersebut
mempunyai hubungkait dengan penubuhan koperasi sekolah yakni  melalui aspirasi
10.1 Pengetahuan:
Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran mata pelajaran teras terutamanya Matematik.
Dengan kata lain penubuhan koperasi sekolah ini dapat membantu pelajar dalam penguasaan
subjek ini melalui proses jual beli, pengiraan stok, penyediaan bil dan sebagainya  yang
dijalankan di koperasi sekolah ini.

10.2 Kemahiran Berfikir:


Penubuhan koperasi sekolah ini diharap membantu pelajar belajar cara untuk memperoleh ilmu
pengetahuan sepanjang kehidupan mereka. Lebih penting lagi, dalam ekonomi berasaskan
pengetahuan, mereka mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai
kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan
inovatif.

10.3 Kemahiran Memimpin: 


Kebolehan pelajar untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah
penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya
dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal, bekerja dalam pasukan dan
mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi
empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.

10.4 Kemahiran Dwibahasa:


Setiap pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Penubuhan koperasi ini dapat meningkatkan  tahap penguasaan bahasa ini
disamping berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk mempelajarai
bahasa lain sebagai bahasa tambahan. 

11. PENUTUP
Koperasi sekolah merupakan salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum yang terdapat di
sekolah menengah. Penubuhannya perlu dilihat dari pelbagai sudut dan bukan sebagai pusat
pembelian peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas
dan kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Adalah sesuatu yang merugikan jika pihak pengurusan sekolah masa kini tidak mengambil
berat atau mengambil tahu tentang sumbangan dan faedah gerakan koperasi sekolah untuk
para pelajar yang terdiri daripada pelbagai gender dan sosiobudaya.
Pengamalan tadbir urus koperasi yang baik di dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi
sekolah adalah tunjang kepada pembangunan kecemerlangan aktiviti dan perkhidmatan
koperasi sekolah

Kesimpulannya, penubuhan koperasi oleh pihak sekolah memberi banyak faedah kepada
warga sekolah termasuk guru dan murid. Adalah diharapkan agar semua warga sekolah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan berterusan serta
menambah baik tahap koperasi kepada yang lebih tinggi. Sekiranya semua pihak bekerjasama,
nescaya impak positif penubuhan koperasi akan berkekalan dalam jangka masa yang lama.
Jelaslah, peranan warga sekolah menaik taraf koperasi adalah sama penting dengan peranan
koperasi terhadap warga sekolah.

You might also like