You are on page 1of 8

BAHAGIAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BLOK J SELATAN PARAS 5
PUSAT BANDAR DAMANSARA Telefon: 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : 'PENDIDIKAN'
_______________________________________________________________________
KP(BS)8591/Jld.lll/(I)
6 Januari 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia.

Y.B Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1988:

Panduan Penubuhan Dan Pergurusan


Kelab Perekacipta Sekolah

Kmenterian Pendidikan Malaysia berhasrat melahirkan generasi yang lebih kreatif dan
mempunyai dava cipta yang tinggi melalui sistem persekolahan. Rakyat yang kreaktif dan
berdaya cipta tingggi akan berupaya menghasilkan rekaan dan ciptaan untuk
mempertingkatkan mutu hidup rakyat. Di samping itu, rekaan dan ciptaan ini juga dapat
diperdagangkan bagi menambahkan pendapatan negara.

2. Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan sekolah-


sekolah menubuhkan kelab perekacipta sekolah masing-masing. Melalui aktiviti-aktiviti kelab
ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar sekolah dapat dilatih berfikir kritis dalam
menyelesaikan masalah-masalah kehidupan yang dihadapi yang berkemungkinan besar
boleh membawa kepada sesuatu rekacipta.

3. Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk memberi panduan kepada sekolah-sekolah dalam
menubuh dan menguruskan kelab-kelab perekacipta, Panduan Penubuhan dan Pengurusan
Kelab Perekacipta Sekolah disertakan untuk rujukan sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun
penubuhan dan pengurusan kelab ini tetap tertakluk kepada peraturan-peraturan yang
masih berkuatkuasa hingga kini.

4. Adalah sangat dihargai sekiranya dapat Y.B. Datuk/Tuan/Puan mengedarkan surat


pekeliling dan panduan yang disertakan kepada semua sekolah menengah di Negeri Y.B
Datuk/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

'BERHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


Pengarah Sekolah b.p Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

s.k
1. Setiausaha Sulit Kepada
YB Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Setiausaha Sulit Kepada


YB Dr. Michael Leo Toyad
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

3. Setiusaha Sulit Kepada


Y.B. Encik Woon See Chin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

4. Ketua Setiusaha
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

6. Timbalan Ketua Setiusaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia.

8. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Timbalan Ketua Setiusaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia.

10. Ketua-Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan Malaysia.

11. Ketua Jernaah Nazir


Kementerian Pendidikan Malaysia.

12. Pegawai Perhubungan Awam


Kementerian Pendidikan Malaysia.
PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN
KELAB PEREKACIPTA SEKOLAH

1. PENDAHULUAN

1.1 Negara-negara maju telah mencapai suatu tahap perindustrian yang


tinggi hasil daripada kesedaran, keazaman dan kegigihan rakyat
untuk mencipta berbagai benda bagi keperluan dan kemudahan hidup
mereka. Rakyat dalam negara maju senentiasa mempertingkatkan
mutu rekacipta mereka dan mendorong atau memberi sokongan
kepada pihak yang menjalankan aktiviti kreatif dan rekacipta di setiap
lapisan masyarakat, sama ada di sekolah mahupun di dalam bidang
perindustrian semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

1.2 Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar bahan mentah.


Kebanyakan bahan mentah ini tidak diproses selengkapnya tetapi
diekspot ke negara-negara maju yang menukarkannya kepada
bahan-bahan keperluan seharian dan kemudian menjual kepada
negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kita tidak berupaya
memproses bahan-bahan mentah milik sendiri kerana kekurangan
kepakaran. Kita kekurangan perekacipta yang boleh menghasilkan
teknologi baru.

1.3 Perekacipta tidak ujud dengan sendiri sahaja. Dalam usaha


melahirkan perekacipta, negara-negara maju telah mengambil initiatif
memupuk semangat inovatif dan rekacipta di kalangan pelajar sekolah
sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Dari semasa ke semasa,
negara-negara ini mengadakan pertunjukan dan pertandingan hasil
rekacipta pelajar untuk mendedahkan mereka kepada alam rekacipta.

1.4 Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang setanding dengan


negaranegara yang telah maju dalam bidang perindustrian. Demi
mencapai hasrat tersebut,pelajar-pelajar yang masih berada di
bangku sekolah harus disemaikan dengan rasa ingin dan cinta
terhadap kemajuan. Mereka harus dilatih untuk menyumbangkan
tenaga dan fikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi
manfaat kepada manusia. Dengan cita-cita ini Kementerian
Pendidikan Malaysia menggalakkan sekolah-sekolah menengah di
seluruh negara menubuhkan kelab perekacipta sekolah
masing-masing.

2. MATLAMAT KELAB PEREKCIPTA SEKOLAH

2.1 Untuk mengembangkan pemikiran yang kreatif di kalangan ahli


masyarakat: memupuk semangat ingin-tahu kepada pelajar dan
meningkatkan keazaman mereka untuk berfikir secara kritis.

2.2 Untuk membentuk generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar,


berani menghadapi cabaran, berkemahiran manipulatif dan produktif.

2.3 Untuk memperbanyakkan perekaciptaan di negara ini dengan cara


menggalakkan kegunaan bahan-bahan mentah tempatan untuk
menghasilkan barang-barang keperluan.
3. OBJEKTIF

Objektif penubuhan kelab Perekacipta Sekolab adalah untuk:

3.1 Menyedarkan pelajar bahawa sentiasa wujud masalah dalam


kehidupan seharian dan untuk mengatasinya memerlukan sesuatu
perekaciptaan.

3.2 Mendorong pelajar berdikari, berusaha memperolehi maklumat dan


menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan sesuatu rekaciptaan.

3.3 Melatih pelajar memerhatikan sesuatu dengan cara terperinci dan


mengambilkira aspek-aspek yang penting.

3.4 Melatih pelajar menganalisa sesuatu masalah dengan logis dan


menyelesaikannya dengan sistematik serta terperinci.

3.5 Melatih pelajar menggunakan masa lapang mereka dengan lebih


berfaedah untuk pelajaran sekolah dan untuk mengusaha rekacipta.

3.6 Mendorong pelajar mencuba sesuatu perkara vang ia ingin ketahui


vang tidak salah dari segi undang-undang ataupun tidak merbahaya
dari segi keselamatan diri.

3.7 Melatih pelajar berbincang dengan baik dan bersopan santun dengan
rakan-rakan mereka.

3.8 Melatih pelajar merahsiakan butir-butir rekacipta mereka

3.9 Menanam ke dalam diri pelajar sifat-sifat sabar supaya mereka tidak
putus asa apabila mereka menghadapi dugaan atau cabaran seperti
kejadian kesilapan atau kerosakan dalam usaha rekacipta mereka.

3.10 Menggalak pelajar merujuk kepada bahan-bahan bacaan atau


bertanya mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains dan
teknologi tentang alat-alat atau proses yang boleh menjayakan
rekacipta mereka.

3.11 Mendedahkan pelajar kepada kemahiran menggunakan alat-alat


tertentu untuk menghasilkan sesuatu rekacipta.

3.12 Menghasilkan rekacipta untuk pertunjukkan dan pertandingan yang


diadakan dari semasa ke semasa pada peringkat kelab, sekolah,
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

4. DASAR PENUBURAN KELAB PEREKACHTA SEKOLAH


Sekolah-sekolah digalakkan untuk berusaha menubuhkan kelab perekacipta masing-
masing dengan berpandukan 'The School (Societies) Regulations 1956'. Berhubung
dengan aktiviti-aktiviti kelab, sekolah-sekolah boleh mendapat bantuan, nasihat
daripada Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk Malaysia (Malaysian Inventions dan
Designs Society -MINDS) melalui Kernenterian Pendidikan Malaysia.

4.1 Penglibatan MINDS


a) Menyebar risalah dan berita mengenai rekacipta ke
sekolah-sekolah yang telah menubuhkan kelab perekacipta.
b) Menghantar wakil ke sekolah untuk memberi khidmat nasihat.
c) Membantu sekolah menjayakan aktiviti-aktiviti kelab.
d) Membantu pelajar yang berjaya merekacipta sesuatu barang
untuk dipaten serta diperdagangkan jika dipersetujui oleh
pelajar sendiri, ibu-bapanya dan pengetua sekolah
berkenaan.
e) Membuat hubungan dengan kelab perekacipta sekolah di
negara lain dengan tujuan menyebarkan maklurnat dan
pengalaman mereka ke sekolah-sekolah di negara ini dan juga
mendorong kelab mengambil' bahagian dalam
pertandingan antarabangsa.

4.2 Penglibatan pihak swasta lain

Sekolah-sekolah hendaklah berhati-hati sekiranya pihak swasta


yang bercorak perniagaan terlibat dalam usaha menghasilkan sesuatu
rekaciptaan ahli Kelab. Kepentingan ahli kelab hendaklah diutamakan.

5. PENGURUSAN KELAB PEREKACILPTA SEKOLAH

5. 1 Organisasi

5.1.1 Penasihat

Kelab perekacipta sekolah patut diawasi oleh dua orang guru, sebaik-
baiknya guru yang mempunyai kemahiran manipulatif.

Di antara peranan guru penasihat ialah:

a) Menubuh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar


yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti kelab.

b) Mernbimbing jawatankuasa kelab merancang


dan menghasilkan aktiviti-aktiviti yang dapat memelihara
minat pelajar yang berbeza-beza kebolehan dalam bidang
rekacipta,sehubungan dengan ini, guru penasihat haruslah
mempunyai pengetahuan yang diperlukan.

c) Menghubungi penasihat kelab perekacipta sekolah lain untuk


bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan dalam bidang
pengurusan kelab.

d) Menggalak ahli kelab supaya lebih kreatif dan banyak


berfikir bagi mengeluarkan idea untuk perbincangan

e) Membantu ahli mengenalpasti masalah, menganalisanya dan


seterusnya mencari langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

f) Melawat tempat ahli kelab bekerja menghasilkan rekaciptaan.

g) Hadir dalam semua perjumpaan formal yang diadakan oleh


Kelab.
h) Memupuk keyakinan dan ketabahan di kalangan ahli Kelab
dalam usaha mereka menghasilkan sesuatu rekaciptaan.

Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, Penasihat kelab


seelok-eloknya didedahkan kepada pengetahuan seperti berikut:

a) Apakah dia Rekaciptaan (Invention)

b) Kaitan Paten dan Rekacipta

C) Cara membuat permohonan supaya sesuatu rekaciptaan


dipatenkan

d) Cara daya kreatif ahli dimanfaat

e) Teknik bercambahan fikiran

f) Teknik menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

g) Kegiatan-kegiatan kelab perekacipta di negara lain.

5.1.2 Jawatankuasa

a) Jawatankuasa terdiri daripada


Pengerusi
Naib pengerusi
Setiausaha
Bendahari

dan beberapa orang ahli jawatankuasa, bilangannya bergantung


kepada bilangan ahli dalam kelab

b) Ahli jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk


membolehkan mereka memainkan peranan penyelian dan
membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan kelab.

c) Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa


hendaklah diberi sebagai insentif kepada mereka.

5.1.3 Keahlian

a) Keahlian Kelab terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat


dengan kebenaran ibubapa/penjaga.

b) Seseorang pelajar yang memohon menjadi ahli Kelab


Perekacipta hendaklah membuat perjaniian dan menandatangani
pada borang permohonan supaya merahsiakan semua perkara yang
dibincang, yang diketahui dalam aktiviti Kelab serta butir-butir
rekaciptaan kecuali sesama ahli kelab tersebut. Jika sesiapa yang
didapati membocorkan rahsia ini, ia akan dilucutkan dari keahlian
kelab tersebut dengan serta merta, dan tidak berhak lagi mendapat
apa-apa keistimewaan dari Kelab Perekacipta tersebut.
5.2 Kewangan
Oleh kerana hasil rekacipta yang bedaya adalah kepunyaan ahli-ahli kum
pulan yang merekacipta, segala perbelanjaan bagi menghasilkan rekaciptaan
adalah tanggungan mereka sendiri.

5.3 Aktiviti Kelab


5.3.1 Aktiviti berterusan
a) Sesi perbincangan antara guru penasihat dan ahli kelab
diadakan untuk memberi penerangan tentang butir-butir yang
terdapat dalarn majalah yang tertentu, keratan surat khabar dan
berita, dari MINDS.

b) Sesi perbincangan tentang masalah-masalah seharian supaya dapat


mengenalpasti masalah yang boleh diselesaikan melalui rekacipta.

c) Penyelidikan berkaitan dengan rekacipta yang dicadangkan

d) Kajian semula mengenai usaha vang telah dijalankan bagi


mengenalpasti dan kemudian mengatasi kesulitan yang dialami.

e) Kerja-kerja penyelidikan lanjutan dan perkernbangan dalam


usaha menghasilkan rekaciptaan yang jitu.

5.3.2 Projek

a) Latihan asas bagi ahli-ahli Kelab Perekacipta untuk mengembangkan daya


kreatif mereka supaya mereka berkemahiran manipulatif dan dapat membuat
analisi dan pemerhatian secara terperinci.

b) Ceramah oleh perekacipta tempatan., mengenai pengalaman


mereka menghasilkan rekacipta vang telah dipasarkan.

c) Ceramah oleh agensi-agensi kerajaan yang ada kaitan dengan rekacipta dan
patent

d) Lawatan ke tempat-tempat yang dapat menambahkan ilmu


pengetahuan dan kernahiran manipulatif ahli-ahli kelab
dalam kera-kerja rekacipta.

e) Pertunjukan Filem dokumentasi berkenaan dengan rekacipta.

f) Pertandingan rekacipta di sekolah atau antara sekolah.

5.3.3 Aktiviti Merekacipta

Perancangan

a) Waktu merancang hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah.

b) Ahli-ahli kelab boleh dibahagikan kepada kumpulan yang kecil tidak


melebihi 5 orang bagi sesuatu rekaciptaan. Ahli boleh juga bekerja bersendiri
jika ia berminat dan berkemampuan.

c) Ahli-ahli Kelab hendaklah digalak menerangkan apa yang ingin direkacipta,


sebab-sebab, faedah kepada masyarakat, cara dan tempat aktiviti rekacipta
dijalankan.

Pelaksanaan

a) Waktu melaksanakan aktiviti merekacipta hendaklah di luar


jadual waktu rasmi sekolah.

b) Guru panasihat hendaklah menentukan tempoh masa ahli


Kelab mengusahakan sesuatu rekaciptaan.

c) Aktiviti merekacipta boleh dilakukan sama ada di sekolah


atau pun di luar sekolah.

d) Keselamatan ahli hendaklah diutamakan bila mereka menjalankan aktiviti


merekacipta. Sekiranya mereka menjalankan aktiviti tersebut di luar
sekolah, keselamatan adalah tanggungjawab masing-masing.

RUJUKAN YANG BERKAITAN

1. School General Regulations. 1951


2. The School (Societies) Regulations, 1956
3. The School (Tours) Regulations, 1957
4. Akta Paten 1983
5. Surat Pekeliling KP.8609/1/(72) "Ceramah/Syarahan/Perundingan Kuiz untuk murid-
murid di Sekolah Menengah dan penuntut-penuntut di Maktab Perguruan dari
Orginisasi dan Individu lain" bertarikh 6 Mac 1975

You might also like