You are on page 1of 5

BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM

KONTEKS PERLEMBAGAAN
Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan,
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan
pada tahun 1957. Jawatan ini adalah lambang
perpaduan rakyat Negara Malaysia. Peraturan
perlantikan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam
Jadual III Perlembagaan Persekutuan. Semua Raja
Melayu layak dilantik menjadi Yang di-Pertuan
Agong; kecuali Raja yang tidak cukup umur, tidak
mahu dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, atau
difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja menerusi
undi sulit atas sebab keuzuran akal dan badan atas
sebab yang lain. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
diadakan lima tahun sekali. Majlis Raja-Raja Melayu
yang terdiri daripada sembilan orang Sultan berkuasa
melantik Yang di-Pertuan Agong.

       Mengikut Perkara 150 Perlembagaan


Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah diberi
kuasa untuk menjamin keselamatan negara dan
ketenteraman awam. Perlembagaan Persekutuan
juga telah membekalkan peruntukan khas yang
membolehkan Yang di-Pertuan Agong memelihara
dan melindungi hak dan kedudukan istimewa Orang
Melayu dan kaum pribumi Negeri Sabah dan
Sarawak. Selain dari kuasa yang telah disebutkan,
Yang di-Pertuan Agong juga memiliki kuasa istimewa
untuk melantik Peguam Negara, Hakim-Hakim
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi,
Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri.
Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dengan
kedudukan ini, baginda berkuasa untuk menghukum
dan mengampun kes yang telah dijatuhkan oleh
Mahkamah Tentera. Perlembagaan Persekutuan
juga telah memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk mengampunkan pesalah-pesalah
tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  

Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang


kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh
Perlembagaan. Ia dapat dilihat melalui 3 badan
pentadbiran Negara. Iaitu:

BADAN EKSEKUTIF

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa


eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun
terdapat beberapa pengecualian dalam
Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda
menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus,
Perdana Menteri. Walaupun bertindak atas nasihat
Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau
atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan
(selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh
bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi
Perlembagaan iaitu Melantik seorang Perdana
Menteri, Bersetuju atau tidak mempersetujui
permintaan membubarkan Parlimen, Meminta
mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata
mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam
mesyuarat itu
BADAN PERUNDANGAN 

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak


kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-
Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara
dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah
sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa
berikut seperti Memanggil Parlimen bermesyuarat
dari semasa ke semasa, Memberhentikan dan
membubarkan Parlimen, Memberi ucapan dalam
mana-mana majlis Parlimen, Memperkenankan Rang
Undang-Undang.

Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa


melantik dua orang senator untuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta
mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

BADAN KEHAKIMAN

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi


penting          dalam bidang kehakiman. Antaranya

Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah


Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim
Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri
setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.
Melantik mana-mana orang yang layak dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi
Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu
langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi).

Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim


yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun
lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan
setelah mencapai umur 65 tahun.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan


bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara
selepas berunding dengan Perdana Menteri,
mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan
Agong untuk menyingkirkan seorang hakim
Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.
Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan
Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi
cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu
menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-
Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara
baginda untuk menerima atau menolak cadangan
tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan
hakim. 
Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150
Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan
Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa
suatu darurat besar sedang berlaku seperti
keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan
awam dalam Persekutuan atau negeri dalam
keadaan terancam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan


menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat
peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri
berkenaan. Baginda juga adalah Ketua Agama Islam
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi
Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah
Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri
berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan
diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.             

You might also like