You are on page 1of 7

TOPIK 4 :

KERAJAAN
MALAYSIA
4.3.2 Kuasa Perundangan Yang di-Pertuan Agong
• Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa
berikut:
i. Memanggil Parlimen bermesuarat dari semasa ke semasa.
ii. Memberhentikan dan mempersetujui pembubaran parlimen.
iii. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
iv. Memperkenalkan Rang Undang-Undang.
• Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk
Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan
dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 senator lain.
4.3.3 Kuasa Kehakiman Yang di-Pertuan Agong
• Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penting dalam bidang kehakiman. Antara
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

i. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah


Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Makamah Agung, Hakim Makhamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja.
ii. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
iii. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 66 tahun.
Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan
setelah hakim mencapai umur 66.
iv. Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan
sesorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat
oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima
laporan tribunal, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan
seseorang hakim itu daripada jawatannya.
v. Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi
bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan-cadangan tribunal
dalam menyingkirkan atau mengekalkan jawatan hakim itu.
4.3.4 Kuasa-kuasa lain Yang di-Pertuan Agong
• Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
boleh mengeluarkan Perisytiharaan Darurat.
• Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak membuat peruntukan yang
menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri
berkenaan.
• Salain itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa seperti yang berikut :
i. Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
ii. Mempunyai kuasa memperkurniakan pengampunan dan penangguhan
hukuman bagi kesalahan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan
yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
iii. Manjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak,.
iv. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan
mnerima menghadap diplomat asing.
4.3.5 Perkara-perkara yang Tidak Boleh Dibuat oleh Yang di-
Pertuan Agong ( Perkara 34)
• Tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali :
- Tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.
- Meminda Perlembagaan Negerinya.
- Melantik seorang Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.
• Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang boleh mendatangkan apa-apa saraan.
• Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
• Tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih
daripada lima belas hari, kecuali atas lawatan negara ke sesebuah negara yang lain.
• Apa-apa prosiding terhadap raja atau prosiding yang dibawa oleh raja atas sifat-sifat
peribadinya, maka kes-kes ini hendaklah dibawa ke Mahkamah Khas.

You might also like