You are on page 1of 60

PENGAJIAN AM

S I S T E M D A N S T R U K T U R P E M E R I N TA H A N
KERAJAAN MALAYSIA

• DEMOKRASI BERPARLIMEN & RAJA


BERPERLEMBAGAAN

• Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah


pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
• Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang telah
diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh
bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.
KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

• Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut


perlembagaan

• YDPA bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri.


• Raja bertindak mengikut nasihat MMKN (EXCO).

• YDPA – Ketua Negara , PM – Ketua Kerajaan


• Raja/Sultan/YDPN – Ketua Negeri , Menteri
Besar/Ketua Menteri – Ketua Kerajaan
KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

PERSEKUTU
NEGERI
AN

YDPA SULTAN/RAJA/YDPN

MENTERI BESAR/KETUA
PERDANA MENTERI
MENTERI

MAJLIS MESYUARAT
KABINET
KERAJAAN NEGERI
(JEMAAH MENTERI)
(JEMAAH EXCO)
KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.


Perwakilan dijalankan melalui Pilihanraya
• Parlimen Persekutuan mempunyai 3 komponen YDPA, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat.
YANG DIPERTUAN AGONG

• Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang


luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga
mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu
Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
• Perkara 32(1)Perlembagaan Persekutuan menyatakan :…
Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama negara bagi
Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang
mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam
Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua
perbicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam
Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
YANG DIPERTUAN AGONG

EKSEKUTIF
(KABINET)

YDP
PERUNDANGAN A KEHAKIMAN
(PARLIMEN) (MAHKAMAH)
SISTEM PEMERINTAHAN

PERINGKAT
PERSEKUTUAN NEGERI

KETUA NEGARA/NEGERI
YDPA SULTAN/RAJA/YDPN

KETUA KERAJAAN
MENTERI BESAR/KETUA
PERDANA MENTERI
MENTERI
SISTEM PEMERINTAHAN

BADAN EKSEKUTIF
KABINET (JEMAAH
MMKN (EXCO)
MENTERI)

BADAN PERUNDANGAN
DEWAN UNDANGAN
PARLIMEN
NEGERI

BADAN KEHAKIMAN

MAHKAMAH-MAHKAMAH
PEMBENTUKAN KERAJAAN

KERUSI DEWAN RAKYAT


KABINE
PILIHANRAYA PARLIMEN T
• Perikatan Nasional
• Pakatan Harapan
• Bebas
Parti majoriti
DEWAN NEGARA yang menang

KERUSI
DUN
DEWAN NEGERI MMKN
• Warisan

• Bebas
YDPA
YDPA
TYDPA
• YDPA
• ISTIADAT ANGKAT SUMPAH YDPA
YANG DIPERTUAN AGONG

• Kuasa budi bicara YDPA ;


• Melantik PM
• Tidak mempersetujui permintaan membubarkan
Parlimen
• Meminta mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan
semata-mata mengenai keistimewaan,
kedudukan,kemuliaan dan kebesaran raja mengambil
tindakan dalam mesyuarat itu.
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI EKSEKUTIF (Perlembagaan beri kuasa)


• Jalankan tugas atas nasihat PM / Jemaah Menteri
• Melantik PM
• Melantik Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat PM.
• Melantik Ketua Setiausaha Negara, Ketua Audit Negara,
Ahli-ahli Suruhanjaya
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI PERUNDANGAN
• Kuasa YDPA ;
• Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
• Memberhentikan dan membubarkan Parlimen
• Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen
• Memperkenankan Rang Undang-Undang
• Melantik senator (2 WPKL,1 WPL,1WPP & 40 org senator
lain)
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI KEHAKIMAN
• Melantik Ketua Hakim Negara (KHN), Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak, Hakim
Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan
Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat PM selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja.
• Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai
Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya
Kehakiman atas nasihat PM selepas berunding dengan
KHN.
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI KEHAKIMAN
• Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur
lebih 66 tahun (lanjutan tidak melebihi 6 bulan.
• YDPA tidak mempunyai kuasa menyingkirkan seseorang
hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang
dibuat oleh PM/KHN dan selepas menerima laporan
tribunal, maka YDPA boleh menyingkirkan seseorang
hakim itu daripada jawatannya.
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI KEHAKIMAN
• Sungguhpun begitu YDPA boleh menggunakan budi bicara
baginda untuk menerima atau menolak cadangan-cadangan
tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim.
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI-FUNGSI LAIN.
• Mengeluarkan Perisytiharan Darurat (Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan)
• YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri-negeri tidak beraja (Perkara
3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Perlembagaan Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
• Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
• Mengampunkan/Menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, semua kesalahan yang dilakukan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
YANG DIPERTUAN AGONG

• FUNGSI-FUNGSI LAIN.
• Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak.
• Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara
dan menerima mengadap diplomat asing.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH
DIBUAT OLEH YDPA (PERKARA 34)

• Tidak boleh menjalankan tugas sebagai Raja negerinya kecuali


;
• Tugas sebagai Ketua Agama Islam
• Bagi meminda Perlembagaan Negerinya
• Bagi melantik seorang pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku
Raja.
• Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-apa
saraan.
• Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa
perniagaan.
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH
DIBUAT OLEH YDPA (PERKARA 34)

• Tidak boleh dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja,


meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas
hari, kecuali atas lawatan negara ke suatu negara lain.
• Apa-apa prosiding oleh atau terhadap YDPA atau Raja sesuatu
Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam
Mahkamah Khas.
MAHKAMAH KHAS

• Diwujudkan pada tahun 1993


• Terdiri daripada KHN sebagai Pengerusi, Hakim-hakim Besar
Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau
pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah
Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis
Raja-Raja.
• Membicarakan kesalahan kes sivil dan jenayah seseorang raja
atas sifat peribadi.
• Mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti
mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Persekutuan.
MAHKAMAH KHAS

• Prosiding adalah secara tertutup dan diputuskan mengikut


pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad
dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam
mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
• Tindakan boleh dimulakan terhadap YDPA atau Raja dengan
keizinan Peguam Negara.
MAJLIS RAJA-RAJA
MAJLIS RAJA-RAJA

• Mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-


Raja telah ditubuhkan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang
Dipertua bertemu dan berbincang.
• Dalam beberapa perkara yang tertentu, seperti perlantikan
hakim, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Kerajaan
supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-Raja.
TUGAS-TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

• Memilih YDPA dan Timbalan YDPA bagi Persekutuan


mengikut-mengikut peruntukkan Jadual Ketiga; setiap lima
tahun mengikut giliran.
• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh
Persekutuan.
• Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan
yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja. Contohnya,
perlantikan;
1. Ketua Hakim Negara
2. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi
TUGAS-TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

3. Ketua Audit Negara


4. Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
• Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas (Perkara 182),
memberi ampun, reprif dan respit, atau meremitkan,
menggantungkan atau meringankan hukuman-hukuman
• Menimbangkan soal-soal mengenai dasar-dasar negaradan
apa-apa jua perkara lain yang difikirkan patut.
TUGAS-TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

• Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat


apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan
pentadbiran di bawah perkara 153(mengenai kedudukan dan
keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-
kaum lain).
• Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.
KEAHLIAN MAJLIS RAJA-RAJA

• Semua Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik


menjadi Ahli Majlis Raja-Raja.
• Tetapi YDPN tidak boleh menjadi ahli MRR bagi maksud
mesyuarat berhubung dengan pemilihan YDPA dan Timbalan
YDPA, melucutkan jawatan YDPA, dan membincangkan
mengenai keistimewaan Raja-Raja.
• YDPA bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja
• Baginda berangkat menghadiri mesyuarat sebagai Ketua Negara
Malaysia dan diiringi oleh PM sebagai penasihat baginda.
• Setiausaha Mesyuarat MRR ialah Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja.
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
• Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

• Dilantik oleh Majlis Raja-Raja untuk menjalankan tugas


menyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
• Juga bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja
• Orang yang layak ialah pegawai kanan yang masih
berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara.
• Beliau memegang jawatan selama diperkenankan oleh Majlis
Raja-Raja.
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

• Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah seperti


berikut.
• Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak
dikemukakan dalam MRR.
• Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa
atas arahan YDPA atau MRR.
• Menghadiri mesyuarat MRR dan menyimpan minit-minit mesyuarat.
• Mengesahkan semua keputusan MRR.
• Mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.
KETUA AUDIT NEGARA

• Pelantikan
• Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan selepas berunding dengan
MRR.
• Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya
tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan
dan dengan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah
Persekutuan.
• Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi
saraan Ketua Audit Negara dan saraan yang diperuntukkan itu
hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
KETUA AUDIT NEGARA

• Kuasa dan Kewajiban


• Ketua Audit Negara dengan apa-apa cara yang difikirkan patut, boleh
memeriksa, menyiasat dan mengaudit;
• Akaun-akaun Kerajaan Persekutuann dan Negeri,
• Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan secara berasingan
oleh Persekutuan dan Negeri.
• Akaun-akaun mana-mana Badan atau Pihak Berkuasa Awam jika diperuntukkan
oleh undang-undang,
• Akaun-akaun mana Badan termasuk syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat
yang menerima geran atau pinjaman termasuk juga syarikat-syarikat dimana
lebih daripada separuh modal berbayarnya dipegang oleh Persekutuan atau
Negeri.
• Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa Awam jika Menteri Kewangan
menghendaki Ketua Audit Negara mengauditnya bagi tujuan kepentingan awam.
KETUA AUDIT NEGARA

• Pelaporan
• Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya kepada
YDPA, yang akan mengarahkan laporan-laporan itu dibentangkan
dalam Dewan Rakyat.
• Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa
awam negeri, hendaklah dihantar kepada Raja atau YDPN bagi negeri
itu yang akan mengarahkan laporan itu dibentangkan dalam Dewan
Negeri tersebut.
• Perkara-perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri akan dibincangkan oleh Jawatan Kuasa Kira-Kira
Wang Negara atau Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negeri mengikut
mana yang berkenaan.
JAWATAN KUASA KIRA-KIRA NEGARA (PAC)

• Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik oleh


Dewan Rakyat di awal setiap sesi Parlimen.
• Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil rakyat di
kalangan parti-parti politik utama yang berada di Parlimen.
• Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung kepada bentuk
dan skop laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan isu-isu
kawalan dan pengurusan wang awam.
JAWATAN KUASA KIRA-KIRA NEGARA (PAC)

• Objektif utama PAC ialah untuk memastikan akauntabiliti


pengurusan awam oleh pegawai-pegawai awam.
• PAC akan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan
dengan perbelanjaan yang melebihi peruntukan, wang yang
tidak dibelanjakan mengikut tujuan ianya dilulus dan
diperuntukan dan sama ada perbelanjaan-perbelanjaan yang
dilakukan itu telah mendatangkan “nilai untuk wang” kepada
kerajaan.
STRUKTUR PEMERINTAHAN

• Pembahagian kuasa – syarat Sistem Kerajaan Demokrasi


Berparlimen.
• Pembahagian kuasa (Separation of Powers) terbahagi kepada
tiga badan utama ;
• Badan Perundangan (Legislatif)
• Badan Pemerintah/Pentadbiran (Eksekutif)
• Badan Kehakiman (Judiciary)
• Terbahagi kepada peringkat Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
• Ketiga-tiga badan utama ini mempunyai kuasa, bidang tugas
dan peranan masing-masing.
STRUKTUR PEMERINTAHAN

• Badan-badan ini juga mempunyai peranan yang berbeza tetapi


bergantung antara satu sama lain.
• Badan Legislatif berfungsi sebagai penggubal undang-undang
yang kemudiannya dipastikan oleh Badan Eksekutif
perlaksanaannya manakala Badan Kehakiman berfungsi pula
untuk mentafsirkan undang-undang berkenaan sama ada selari
dengan kehendak perlembagaan.
STRUKTUR PEMERINTAHAN

• Tujuan utama doktrin pengasingan kuasa ini diguna pakai


adalah untuk memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa
yang melampau kepada sesuatu entiti badan kuasa yang
terlibat.
• Doktrin dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,
kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaaan
(despotisma) dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk
mewujudkan periksa dan imbang (check and balance) antara
kuasa tersebut.
SOALAN KUIZ
1. Nyatakan 4 fungsi YDPA dalam Badan Perundangan.
2. Nyatakan 3 perkara yang tidak boleh dibuat oleh YDPA
(Perkara 34)
3. Nyatakan 4 tugas Majlis Raja-Raja.
4. Nyatakan 4 tugas penyimpan mohor besar raja-raja
• FUNGSI PERUNDANGAN
• Kuasa YDPA ;
1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen
3. Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang
5. Melantik senator (2 WPKL,1 WPL,1WPP & 40 org senator
lain)
1. Tidak boleh menjalankan tugas sebagai Raja negerinya
kecuali ;
2. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya apa-
apa saraan.
3. Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa
perniagaan.
4. Tidak boleh dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja,
meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas
hari, kecuali atas lawatan negara ke suatu negara lain.
1. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA bagi Persekutuan mengikut-mengikut
peruntukkan Jadual Ketiga; setiap lima tahun mengikut giliran.
2. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
3. Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja.
4. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas (Perkara 182), memberi ampun,
reprif dan respit, atau meremitkan, menggantungkan atau meringankan hukuman-
hukuman
5. Menimbangkan soal-soal mengenai dasar-dasar negaradan apa-apa jua perkara
lain yang difikirkan patut.
6. Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan
tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153(mengenai
kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-
kaum lain).
7. Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.
• Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah seperti
berikut.
1. Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak
dikemukakan dalam MRR.
2. Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke
semasa atas arahan YDPA atau MRR.
3. Menghadiri mesyuarat MRR dan menyimpan minit-minit mesyuarat.
4. Mengesahkan semua keputusan MRR.
5. Mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa dan tarikh hari raya.

You might also like