You are on page 1of 4

KFC Malaysia

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad , sebuah syarikat milik Jcorps. Restoren KFC
yang pertama di buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga tahun 2013
terdapat 579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoren KFC menyediakan pelbagai jenis
makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang
membanggakan dalam indsutri restoren makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi
tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoren di pusat membeli belah dan restoren sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran
mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga.
Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. iklan KFC di media massa
sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan
konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga pusat
bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang
mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Untuk memastikan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran makanan segera, KFC Malaysia
sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan
ayam golden wrap. Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada
menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun 2013
sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Harga produk KFC adalah sangat
kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza
mengikut lokasi restoren. KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk
perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi
melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan juga
pemberian baucer

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya
menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan
sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses
pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya
diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.
Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC
Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40
restoren KFC di Sabah.Di samping itu kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik
ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang
memang dirasai khususnya kesan rantaian.

(disesuaikan daripada rencana di akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan lamanweb
www.kfc.com.my)

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

1. Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh restoren KFC Malaysia. (12)

a. Demografi. Membahagikan pasaran berdasarkan ciri-ciri penduduk seperti umur,


jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan warga negara. Contoh daripada
kes: Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu
chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-

b. Psikografi. Membahagikan pasaran mengikut ciri-ciri pengguna berdasarkan kelas


sosial, personaliti, minat dan gaya hidup.Contoh daripada kes: Sebahagian besar
pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan
kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

c. Geografi. Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara, negeri, daerah


dan bandar. Contoh daripada kes: Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga
pusat bandar

2. Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan restoren KFC di
Malaysia (16)

a. Persekitaran ekonomi iaitu merujuk kepada sistem ekonomi, keadaan ekonomi dan
kuasa beli pengguna dalam sesebuah negara di mana perniagaan dijalankan.Kaitan dengan kes:
Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC
Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40
restoren KFC di Sabah
b. Persekitaran sosiobudaya iaitu merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adapt
resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.Kaitan dengan kes: Memandangkan majoriti
penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC
mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim)

c. Persekitaran politik dan perundangan iaitu merujuk kefahaman politik, peraturan,


undang-undang dan dasar yang digunakan oleh sesebuah negara.Kaitan dengan kes: kenaikan
harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan
memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.

d. Persekitaran persaingan dan jaringan iaitu keadaan industri diman a firma lain yang
menyediakan perkhidmatan atau keluarkan produk yang sama serta struktur pasaran yang
wujud. Kaitan dengan kes: Restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan sengit
daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya

3. Huraikan campuran pemasaran yang telah digunakan oleh restoren KFC Malaysia (12)

a. Produk iaitu barang, perkhidmatan , idea yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal
pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan
pembeli.Kaitan dengan kes: KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru seperti
Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap

b. Agihan: Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan
masa yang dikehendaki mereka.Kaitan dengan kes: Di samping membuka restoren di seluruh
Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan
sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan

c. Harga iaitu jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu
produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk.Kaitan
dengan kes: Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh
semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren.

d. Promosi iaitu komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunkasi


dengan sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli
produk pemasar Kaitan dengan kes: KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk
perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi
melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan juga
pemberian baucer

You might also like