You are on page 1of 5

Channel PA 900 STPM @CNM

MAJLIS RAJA-RAJA (MRR)

1 Pengenalan 1. Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam tahun 1948


apabila Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.
2. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu dan
dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir
sebagai Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang
Gabenor British, iaitu antara 01.04.1946 dan 31.01.1948.
3. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah dipisahkan
sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony).
4. Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British (British
Military). Administration (September 1945-April 1946) yang
memerintah sementara selepas kekalahan Jepun yang menakluki
Negara ini dari akhir 1941 hingga September 1945.
5. Sebelum itu Negeri-negeri di Semenanjung di perintah secara
berlainan iaitu terdapat lima Negeri Melayu yang tidak bergabung
(Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala empat
pula bergabung sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(Federated Malay States) terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor
dan Negeri Sembilan antara 1896 dan 1941 dan juga tiga
Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
6. Negeri-negeri Melayu Bersekutu menganjurkan Durbar iaitu forum
bersama antara Raja-raja dan pihak pentadbir British yang
bermesyuarat dari masa ke masa. Durbar itulah precursor iaitu
pelopor kepada Majlis Raja-raja sekarang.

2 Kedudukan
MRR
Channel PA 900 STPM @CNM

3 Fungsi 1. Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini
merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di
dunia pada masa kini.

2. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis


Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan.

3. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima


Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut:-
a. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut
peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga;
b. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama
meliputi seluruh Persekutuan;
c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang dan membuat atau memberi nasihat
mengenai apa-apa pelantikan yang menurut
Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis
Raja-raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau
selepas berunding dengan Majlis Raja-raja;
d. Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah
Fasal (1) Perkara 182;
e. Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau
meremitkan, menggantung atau meringankan
hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 dan
boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara
(misalnya perubahan-perubahan tentang dasar
Imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang
difikirkannya patut.

4. Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara


mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah
disertai oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain
dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh
Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

5. Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara


langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada
persetujuan Majlis Raja-raja.

6. Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat


apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan
pentadbiran di bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan
keistimewaan orang Melayu, Bumiputera serta juga hak
kaum-kaum lain).
Channel PA 900 STPM @CNM

7. Majlis Raja-raja juga melantik:


a. seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan
Tentera, menurut Perkara 137 Perlembagaan.
b. seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan
Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan.

4 Budi bicara 1. Anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi


Majlis bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan
Raja-raja tugas-tugas yang berikut iaitu:-
a. Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada
jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan
Agong bagi Persekutuan;
b. Memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang
ditetapkan oleh Perlembagaan;
c. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa
undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan
sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja;
d. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya
apa-apa perbuatan, amalan atau upacara meliputi
seluruh Persekutuan;
e. Pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah
Fasal (1) Perkara 182; atau
f. Pemberi ampun, replief dan respite atau peremitan,
penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di
bawah Fasal (12) Perkara 42.
2. Antara jawatan penting yang memerlukan nasihat MRR dlm
pelantikannya ialah Ketua Hakim Negara, hakim Mahkamah
Persekutuan, hakim Mahkamah Rayuan, hakim Mahkamah
Tinggi, Ketua Audit Negara dan anggota-anggota
Suruhanjaya

5 Mesyuarat 1. Semua Raja-raja dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri


Majlis secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja. Kehadiran
Raja-raja adalah mustahak.
2. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seseorang
anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil
hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan
Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu Negeri.
3. Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi
Anggota Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung
dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong
dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-raja.
4. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota
Majlis Raja-raja.
5. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi
oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda.
6. Permintaan untuk mengadakan mesyuarat boleh dibuat oleh
YDPA atau tidak kurang daripada tiga orang anggota MRR
Channel PA 900 STPM @CNM

6 Pengerusi 1. Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oleh


Mesyuarat kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir.
2. Hanya Raja Melayu yang hakiki boleh mempengerusikan
mesyuarat, yakni bukan seseorang Pemangku Raja ataupun
seseorang Yang di-Pertua Negeri.

7 Kekerapan 1. Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi


Mesyuarat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah memanggil
Mesyuarat Majlis Raja-raja apabila dikehendaki berbuat
demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang
daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada
empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan
Agong dan juga bila mana berlaku kekosongan dalam jawatan
Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

8 Penasihat 1. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri hadir


sama selaku penasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja
dan Tuan-tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

9 Setiausaha 1. Sebagaimana diperuntukkan oleh Jadual V Perkara 38


Mesyuarat Perlembagaan Persekutuan, Pegawai yang dilantik oleh Majlis
Raja-raja sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah
Setiausaha kepada Majlis Raja-raja.

10 Tempat 1. Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara atau di


Mesyuarat tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat
Majlis Raja-raja juga pernah diadakan di luar Istana Negara.

11 Urusetia 1. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

12 Penyimpan 1. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah orang yang dilantik oleh
Mohor Besar Majlis Raja-raja untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar
Raja-raja Raja-raja.
2. Beliau juga bertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-raja.
3. Orang yang layak memegang jawatan ini ialah pegawai kanan yang
masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara.
4. Belau memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh
Majlis Raja-raja.
5. Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah seperti
yang berikut:
(a) menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak
dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja
(b) bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa
ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis
Raja-raja
(c) menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dan menyimpan
minit-minit mesyuarat
(d) mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-raja
(e) memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Channel PA 900 STPM @CNM

kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara


(f) mengumumkan keputusan Majlis Raja-raja, tarikh berpuasa,
tarikh Hari Raya Aidilfitri, dan tarikh Hari Raya Aidiladha

13 Mohor Besar 1. Mohor besar raja-raja melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis
Raja-raja Raja-raja
2. Setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-raja mesti
mempunyai cap Mohor Besar dan tandatangan Penyimpan Mohor
Besar serta tarikh dokumen berkenaan dikeluarkan dan tempat
Mohor Besar itu diturunkan.

You might also like