You are on page 1of 8

011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

BAB 7: Majlis Raja-Raja (MRR)


• Ditubuh pada tahun 1948 seiring dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 38)
• MRR
i. Berkumpul untuk membincangkan hal ehwal raja-raja melayu dan hal-hal YDPN
ii. Merupakan badan pembentuk hubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri
iii. Merupakan satu komponen penting bagi kerajaan demokrasi berparlimen

Keahlian MRR

• Terdiri daripada 9 orang raja Melayu dan 4 Yang di-Pertua Negeri (YDPN)
• YDPA bukan ahli MRR. Pemangku raja bagi negeri YDPA akan mewakili negeri baginda dalam MRR.
• Pengerusi MRR dipegang oleh raja/sultan secara bergilir-gilir. (YDPA bukan pengerusi MRR)
• Wakil raja akan menggantikan raja yang tidak dapat hadir dalam persidangan mesyuarat MRR
• YDPN tidak terlibat dalam:
 pelantikan dan pemecatan YDPA atau Timbalan YDPA
 perbincangan tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja
 perbincangan tentang perbuatan, amalan dan upacara agama Islam

YDPA menganggotai MRR :


a) Hari kedua mesyuarat MRR
b) Sewaktu mempertimbangkan dasar negara, hal-hal agama Islam, adat istiadat dan hal berkaitan dengan
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja

Persidangan Mesyuarat MRR


• Persidangan MRR diadakan selama dua hari ( 3-4 kali setahun)
• Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertindak sebagai setiausaha MRR
• Permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja boleh dibuat oleh:-
a) YDPA
b) tidak kurang daripada tiga orang anggota MRR

1) Mesyuarat MRR yang menimbang Dasar Negara

Sebelum mesyuarat itu, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bertemu untuk menyediakan kertas
kerja yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.

*Hari pertama – Menteri Besar dan Ketua Menteri mengiringi Raja dan YDPN masing-masing dalam mesyuarat
*Hari kedua – PM mengiringi YDPA menghadiri mesyuarat

2) Mesyuarat MRR hanya dihadiri oleh sembilan orang raja (tiada YDPN)

• Pelantikan dan pemecatan YDPA atau timbalan YDPA


• Perbincangan tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja
• Perbincangan tentang perbuatan, amalan dan upacara agama Islam

1
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Tugas/kuasa MRR

• Memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA


• Menimbang soal-soal dasar negara dan polisi kerajaan
• Menimbang tentang amalan agama Islam dan amalan adat istiadat yang meliputi seluruh Persekutuan
• Memperkenankan atau tidak memperkenankan pindaan Perlembagaan di Parlimen yang memerlukan
2/3 majoriti Parlimen dan persetujuan MRR ialah:
✓ Hak dan kuasa MRR
✓ Keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran MRR
✓ Keistimewaan Parlimen
✓ Kepentingan kaum-kaum yang lain
✓ Hak-hak istimewa orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
✓ Perubahan sempadan negeri-negeri di Semananjung Malaysia
✓ Status Bahasa Kebangsaan
✓ Status dan syarat kewarganegaraan

• Memberikan nasihat (berunding) tentang pelantikan:

i. Ketua Hakim Negara

ii. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi

iii. Ketua Audit Negara

iv. Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui mana-mana pelantikan yang memerlukan persetujuan MRR

• Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-Raja

• Melantik wakil MRR ke Majlis Angkatan Tentera

• Berkuasa untuk mengampun, menggantung atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap YDPA
atau raja oleh Mahkamah Khas Raja-Raja

Perkara 38(4): Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja

**Kuasa Budi Bicara MRR


a) Memilih atau memecat YDPA dan timbalan YDPA
b) Memberi nasihat tentang pelantikan jawatan-jawatan penting
c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang uang mengubah sempadan sesebuah negeri
d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran Raja-Raja
e) Menyetujui atau tidak mempersetujui perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
f) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-Raja
g) Mengampun, menggantung atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap YDPA atau raja oleh Mahkamah Khas
Raja-Raja

(Sebelum membuat keputusan dalam pengampunan, MRR hendaklah menimbangkan pendapat bertulis yang diberikan oleh
Peguam Negara)

2
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

• Merupakan orang yang dilantik oleh MRR untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja
• Memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh MRR
• Bertindak sebagai Setiausaha MRR
• Orang yang layak memegang jawatan ini ialah pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan kerajaan
atau yang telah bersara

Tugas-tugas :

• Menyelaras mesyuarat MRR dari semasa ke semasa atas arahan YDPA atau tidak kurang daripada 3
ahli MRR
• Menyelaras Mesyuarat (Khas) Majlis Raja-Raja mengenai Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan
Timbalan Yang di-Pertuan Agong - 1 kali setiap 5 tahun
• Menyelaras Mesyuarat (Khas) Majlis Raja-Raja mengenai Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Yang
di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong - 1 kali setiap 5 tahun

• Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat MRR
• Menghadiri mesyuarat MRR dan menyimpan minit-minit mesyuarat
• Mengumumkan dan mengesahkan semua keputusan MRR
• Memaklumkan keputusan pemilihan YDPA dan timbalannya kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
• Mengistiharkan tarikh berpuasa dan menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri

Mohor Besar Raja-Raja


(Mohor Besar Raja-raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-raja)

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Mohor Besar yang pertama
berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg.

Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg.
Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.

Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan "Mohor
Besar Raja-raja Negeri Melayu" dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948
telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

3
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Fungsi Mohor Besar Raja-raja

• Melambangkan kuasa dan hak institusi MRR


• Melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di negara ini
• Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa
• Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut
• Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara
• Setiap dokumen yang dikeluarkan oleh MRR mesti ditandatangani dengan cap Mohor Besar

Penggunaan Mohor Besar Raja-raja

Setiap dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja perlu diturunkan dengan cap Mohor Besar diikuti
dengan tandatangan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berserta dengan tarikh dokumen berkenaan dikeluarkan
dan tempat Mohor Besar itu diturunkan. Perkara ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa surat cara atau
dokumen tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Raja-raja menurut perintah Majlis Raja-raja.

Antara surat cara yang memerlukan penurunan Mohor Besar ini ialah:

1. Surat cara yang memuatkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-
Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja yang dihantar kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara, Yang Di-
Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
2. Surat cara lantikan Raja sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-
Pertuan Agong.
3. Surat cara bagi pelantikan-pelantikan seperti termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

Nota Tambahan: Asal Usul Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan.
Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak
boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang
kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertindak bagi pihak semua
Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-raja masih mempunyai sedikit
kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan.

Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya.

Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke
Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan
nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-raja. Tidak banyak orang yang mengetahui
tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis
Raja-Raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan).

4
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

Latihan Bahagian A Jawab Semua Soalan.

1. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang fungsi Majlis Raja-Raja?

A Memberi pengampunan pesalah di mahkamah Syariah


B Memberi persetujuan terhadap perlantikan Perdana Menteri
C Memberi persetujuan terhadap perlantikan Yang Dipertua Negeri
D Memberi persetujuan terhadap pindaan undang-undang persempadanan negeri

2. Yang manakah benar tentang tugas Majlis Raja-Raja?

I Memilih atau memecat YDPA


II Melantik Jemaah Menteri
III Memberikan nasihat mengenai pelantikan Ketua Audit Negara
IV Menolak rang undang-undang negeri dan negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Yang manakah yang diselaraskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja?

I Penggunaan tanah rizab orang Melayu


II Perubahan sempadan antara negeri-negeri
III Amalan dan upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
IV Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

4. Yang manakah tugas rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

I Mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja


II Menyimpan Cap Mohor Besar Raja-Raja
III Merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja
IV Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Yang berikut adalah tentang bidang kuasa Majlis Raja-Raja, kecuali

A Berkuasa meluluskan undang-undang


B Berhak menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara
C Berhak memberikan pandangan tentang pentadbiran agama Islam di negeri dan Persekutuan
D Memupuk hubungan yang rapat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

5
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

6. Yang manakah kepentingan institusi beraja dalam sistem pemerintahan Malaysia?

A Memeriksa dan mengimbangi tindakan-tindakan untuk memupuk keharmonian rakyat


B Meninjau keutuhan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
C Mengesahkan keesahan penggubalan undang-undang negara
D Memantau kecekapan pelaksanaan projek pembangunan

7. Yang manakah yang benar tentang pelantikan jawatan yang memerlukan rundingan dengan MRR?

I Ketua Hakim Negara


II Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
III Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
IV Perdana Menteri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

8. Siapakah yang tidak boleh didakwa di Mahakamah Awam Malaysia?

I Raja
II Permaisuri Agong
III Yang di-Pertuan Agong
IV Yang di-Pertua Negeri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Berikut adalah benar tentang Majlis Raja-Raja kecuali

I Majlis Raja-Raja bersidang pada setiap minggu, iaitu pada hari Isnin
II Rundingan dengan Majlis Raja-Raja diperlukan untuk mengubal sempadan sesebuah negeri
III Persetujuan daripada Majlis Raja-Raja diperlukan dalam pelantikan ahli-ahli Kabinet
IV Majlis Raja-Raja memilih YDPA dari kalangan sultan atau raja

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10. Yang manakah mempunyai kuasa budi biaca untuk memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja?

A Kabinet
B Yang di-Pertuan Agong
C Menteri Besar
D Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

6
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

11. Antara pindaan-pindaan perlembagaan yang berikut, yang manakah memerlukan sokongan majoriti 2/3
Parlimen sahaja tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja?

I Keistimewaan Parlimen
II Kedaulatan Raja-Raja Melayu
III Pelantikan Senator
IV Bentuk-bentuk sumpah dan ikrar

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12. Antara yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

I Melantik Jemaah Menteri


II Mengubah sempadan negeri
III Mengubah tatacara persidangan Parlimen
IV Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara agama Islam

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13. Antara yang berikut, yang manakah benar berkaitan dengan Majlis Raja-Raja?

I YDPN Melaka merupakan ahli Majlis Raja-Raja


II MRR tidak mempunyai kuasa memecat Timbalan YDPA
III Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebagai setiausaha Majlis Raja-Raja
IV Persidangan MRR diadakan sebanyak 4 kali setahun dan berjalan serentak dengan persidangan
Parlimen

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

14. Yang manakah fungsi Majlis Raja-Raja?

I Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara


II Memilih dan memecat YDPA
III Mengisytiharkan darurat
IV Melantik Kabinet

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

7
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。
011-7240 3112 Qin: STPM Pengajian Am Qin: STPM Pengajian Am 中六网课班

15. Yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

A Mengubah sempadan pilihan raya


B Melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet
C Menggubal tatacara yang berkaitan dengan kuasa raja-raja
D Meminda bentuk sumpah saksi di mahkamah

Latihan Bahagian B Jawab Semua Soalan.

1. Berikan 4 fungsi Majlis Raja-Raja. (4)

(a)

(b)

(c)

(d)

2. Nyatakan 3 kuasa budi bicara MRR. (3)

(a)

(b)

(c)

3. Nyatakan 3 tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. (3)

(a)

(b)

(c)

8
© HAK CIPTA TERPELIHARA Qin 版权所有 侵权必究
为维护市场秩序与避免读者误用盗版资料造成不良后果,任何复制、销售、转发、转让均违反马来西亚《1987 年版权法令》,其行为人将承担相应的民事或刑事责任。

You might also like