You are on page 1of 2

Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-raja

Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

❖ DURBAR ditubuhkan pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan NNMB


❖ Berperanan sebagai sebuah majlis persidangan Raja-raja Melayu (Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan) untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan
Persekutuan dengan pihak British

Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union

➢ Majlis Sultan-Sultan dikenali juga sebagai The Council of Sultans


➢ Diletakkan di bawah The Malayan Union Order in Council 1946
➢ Pengerusinya adalah Gabenor Malayan Union
➢ Ahlinya terdiri daripada sembilan orang Raja Melayu (Pahang, Perak, Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, Negeri Sembilan) dan tiga pegawai kanan British
(Ketua Setiausaha Malayan Union, Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kewangan)
➢ Fungsinya :
- Membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam
- Menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu
➢ Namun, Majlis Sultan-Sultan tidak pernah diwujudkan dalam tempoh Malayan Union
kerana Raja-raja Melayu menentang Malayan Union

Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948

✓ Majlis Raja-Raja ditubuhkan apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk (1948)


✓ Majlis Raja-Raja menjadi institusi yang dilengkapi dengan kuasa dan sekretariat
✓ Diuruskan sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu
✓ Pengerusi mesyuarat ditentukan oleh sembilan orang Raja Melayu
✓ Disertai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (memeterai keputusan persidangan)
✓ Raja-raja Melayu diberi hak dan kuasa untuk mendapatkan penerangan Pesuruhjaya
Tinggi British tentang penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan
Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka

o Peranannya dikekalkan tetapi keanggotaan berubah


o Ahli baharu : Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang (31 Ogos 1957) dan Yang
di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah (pembentukan Malaysia)
o Yang di-Pertua Negeri tidak menyertai mesyuarat khas yang melibatkan institusi beraja
(pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong)

Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan ( Fungsi Majlis Raja-Raja)

1 2
Memilih Yang di-Pertuan Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung
Agong dan Timbalan Yang kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di
di-Pertuan Agong Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain

4
Memberi nasihat berkaitan Menjadi Lembaga Memperkenalkan pindaan 5
dengan pelantikan jawatan Pengampunan bagi kes- perlembagaan bagi perkara
tertentu kes tertentu tertentu
3

6 7

Memperkenankan perubahan Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang


persempadanan negeri setelah mendapat undang-undang yang memerlukan
perkenan raja negeri berkenaan persetujuan Majlis Raja-Raja

You might also like