You are on page 1of 17

Kajian Kes sejarah

tingkatan 5
Pernyataan masalah:
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi
rujukan sebuah negara untuk mentadbir.Huraikan sejarah
penggubalan,ciri dan pindaan perlembagaan.

Ahli Kumpulan: Kelas:


Dixon Chai 5STEM2
Mattahias Ho
Lim Gek Hong
Lim Jia Yi

Guru Subjek:
Puan Poh Sek Fang

Kandungan
NO. Muka Surat

1. OBJEKTIF KAJIAN 1
2 KAEDAH KAJIAN 2
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Objektif kajian
Kumpulan kami menjalankan kajian untuk kerja khusus ini
bertujuan untuk mengkajikan latar belakang, penggubalan, ciri-
ciri dan pindaan perlembagaan persekutuan. Melalui kajian ini,
kita dapat memenuhi objektif berikut:

1.Kajian ini dapat membantu saya memahami dan mengenal


pasti latar belakang, penggubalan, ciri-ciri dan pindaan
perlembagaan persekutuan secara mendalam.

2.Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui bahawa perpaduan


dan semangat patriotisme serta kesetiaan rakyat kepada raja dan
negara penting dalam menjamin keluhuran perlembagaan negara
kita.

3.Kajian ini dapat mengukuhkan kemahiran saya seperti


mencari, mengumpul, menjelas, menganalisis, merumus dan
merekod fakta sejarah yang dapat dinilaikan.

Kaedah Kajian
Terdapat tiga kaedah kajian yang kami jalankan untuk mendapat
maklumat yang terperinci dan sempurna.
1. Internet
Melalui kajian tersebut kami telah mencari maklumat yang
berkaitan tentang dengan melayari Internet. Kami dapat
memperolehi banyak maklumat dengan kaedah tersebut. Antara
laman sesawang yang kami layari ialah MyGov dan
ResearchGate. Kami memuat turun maklumat daripada laman-
laman sesawang sebagai sumber rujukan kami.

2. Buku Ilmiah
Selain mencari maklumat melalui Internet, kami juga mencari
maklumat melalui buku ilmiah. Antara buku ilmiah yang kami
kaji ialah Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan
Persekutuan. Terdapat banyak maklumat yang berkaitan tentang
dapat dirujukan dalam buku-buku tersebut.

3. Bimbingan Guru Mata Pelajaran Sejarah


Guru mata pelajaran sejarah kami yang kami hormati iaitu Puan
Poh Sek Fang telah memberikan maklumat tentang kepada kami.
Tanpa bimbingan guru, kami tidak akan menjalankan kajian kes
tersebut secara langsung. Kami amat bersyukur atas bantuan
guru dalam kajian tersebut.
2.1 Latar belakang sejarah perlembagaan
persekutuan

Apakah itu perlembagaan?

Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata,
kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama dan undang- undang tertinggi. Ia digubal dalam bentuk undang-
undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan)
lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun - undang-undang jenis ini
adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan ketua agama (misalnya seorang Paus sepertimana yang
lazim di kerajaan-kerajaan Dunia Kristian).

ASAS PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN

Undang-Undang Negeri Melayu


-Raja sebagai pemerintah

-Raja memberikan ketaatsetiaan.

-Raja mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan undang-undang dan sistem pemerintahan

-Terdapat pelbagai undang-undang yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti berikut:
Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr Mohd Yusoff
Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan
Mahmud Syah pada tahun (1489M – 1511M). Hukum Kanun Melaka ini diwujudkan bertujuan untuk
melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka.

Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar,
pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahn jenayah awam dan undang-
undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum hukum
Islam seperti Hukum Hudud.

Undang –Undang Laut Melaka

Undang-Undang Laut Melaka ( Melayu untuk 'undang-undang Maritim Melaka', Jawi : ‫ الوت مالك‬2 A‫)آوندڠ‬
adalah kod undang-undang daripada Kesultanan Melaka (1400-1511) yang tawaran khusus mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan maritim, serta prosedur nautika
mengenai urusan pelayaran kapal dagang. Kod undang-undang penting Melaka yang lain adalah Undang-
Undang Melaka ('undang-undang Melaka'), walaupun masih berisi peruntukan tertentu yang berkaitan
dengan undang-undang maritim, kadang-kadang dikenal sebagai Undang-Undang Darat Melaka ('undang-
undang di tanah Melaka') sebaliknya. Fasal yang terdapat dalam Undang-Undang Laut Melakameliputi
wilayah yang luas, dengan mempertimbangkan berbagai keadaan yang mungkin timbul di kapal, berkenaan
dengan masalah sosial, seperti perbudakan, perzinaan, pembunuhan, mencuri, tidak menghormati pegawai
dan kelalaian dalam menjalankan tugas; juga, aspek ekonomi seperti cukai dan perdagangan, termasuk
pengukuran berat dan luas. Kod undang-undang juga menggariskan organisasi yang sangat tersusun di atas
kapal, dengan gelaran pegawai dinyatakan lengkap lengkap dengan tanggungjawab mereka.
Undang-Undang Kedah

Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundagan yang dibuat dalam satu jangka masa yang
berbeza-beza.Terdapat sekurang-kurangnya lima kanun tradisi di negeri itu yang sebahagian bersanya
merupakan warisan daripada kanun undang-undang Melaka.

Undang-Undang Johor

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (merupakan satu set undang-undang di negeri Johor, Malaysia yang
menjadi perlembagaan asas bagi negeri tersebut. Dimasyhurkan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar,
perlembagaan tersebut menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja
berperlembagaan.

Undang-undang 99 Perak

Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara
undang-undang dalam pelbagai aspek.

Undang-undang dikatakan berasal daripada Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-17.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:

Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-
Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam
tampuk pemerintahan.

Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa
semasa berada dalam istana dan sebagainya.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan
sebagainya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian
harta dan sebagainya.

Undang-undang Inggeris
-Diambil daripada undang-undang yang digubal di England

Negeri -Negeri Undang-undang yang diperkenalkan Fungsi


Negeri –Negeri Selat Charter of Justice Melindungi penduduk asal daripada
penindasan dan ketidakadilan

Sarawak The Sarawak Application of laws


Ordinance 1949 yang menggunakkan
The common Law of England

Sabah Sabah Application of laws Ordinance


1951

Charter Of Justice di Negeri-negeri Selat


Charter of Justice l -1807
-Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang

Charter of justice ll -1826


Menyatukan mahkmah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

Charter of Justice lll- 1855


Mewujukan mahkamah:
-Singapura dan Melaka
-Pulau Pinang

Sarawak

Pada bulan Ogos 1956,Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa kepada badan membuat undang-
undang,iaitu Council Negn(Majlis Negeri)yang mengandungi 45 orang ahli dan dipengerusikan oleh
Ketua Setiausaha Majlis Tertinggi pula dipengerusikan oleh Gabenor yang turut dianggotai oleh Ketua
Setiausaha,Setiausaha Kewangan dan Peguam Negari. Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959
memberikan kunsa pentadbiran negeni kepada Majlis Tertinggi dan Council Negri.
8

Sabah

Sabah pula ditubuhkan Majlis Undangan dan Majlis Kerja pada tahun 1950 .Majlis Undangan memberikan
kuasa kepada Gabenor untuk mengguhal undang-undang dalam pemerintahannya
2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Presiden Sir Hugh Low melantik Raja Muda Yusuf mempengerusikan Mesyuarat
pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877. Majlis Negeri Perak berperanan
untuk meggubal undang-undang bagi negeri Perak. Majlis Negeri di negeri Melayu
lain pula memainkan peranan yang sama.

1877
Hugh
Raja Muda Low
Yusuf

Undang-undang di Negeri-negeri Selat (NNS) digubal oleh Majlis Undangan Negeri


manakala undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) digubal
oleh Majlis Persekutuan. Sementara itu, undang-undang di Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu (NNMTB) pula digubal oleh Majlis Negeri.

1946
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan. Jawatankuasa Kerja
telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan
kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan
pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan
Perjanjian Persekutuan. Antara kandungsan yang terdapat dalam Persekutuan

1948 Tanah Melayu termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu,perundangan dan


kewarganegaraan.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Cadangan suruhanjaya diterima


oleh Parlimen British pada 1957. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
disesuaikan dengan model Westminister yang diambil dari Briain.

1957
2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan

-Terdapat dua ciri utama perlembagaan persekutuan, iaitu Ciri Tradisional dan Ciri Moden.

Ciri Tradisional
1.Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

Sejak beradab-adab, negeri Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Sultan merupakan
pemerintahan berdaulat dan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing. Selepas merdeka, pemerintahan
beraja diteruskan dan disesuaikan dengan konsep Demokrasi Parlimen. Yang di-Pertuan Agong
diperuntukkan melalui perlembagaan kuasa pemerintahan sebagai pemerintah tertinggi negara dengan
mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah. Baginda juga
mempunyai kuasa membuat pelantikan bagi jawatan utama negara. Pada peringkat negeri, raja merupakan
ketua negeri. Pada Baginda, terletak kuasa eksekutif yang dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri. Raja mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan
oleh mahkamah serta pelantikan jawatan utama negeri. Raja dikenali sebagai tonggak kehormatan dan
keadilan yang membolehkan baginda mengurniakan anugerah, penghormatan dan bintang kehormat kepada
individu yang dipilih.

2.Agama Islam

Pada zaman British, raja di negeri melayu tidak perlu menerima nasihat daripada penasihat British berkaitan
dengan hak kedaulatan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Selepas negara kita merdeka,
agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja masing-masing. Bagi Wilayah Persekutuan
dan negeri tidak beraja, perkara ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

3.Bahasa Melayu

Kesultanan Melayu Melaka menggunakan Bahasa Melayu dalam pemerintahan. Oleh itu, bahasa Melayu
menjadi lingua franca dan memainkan peranan sebagai bahasa ilmu.

4.Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera

Sebelum merdeka, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera adalah di bawah kuasa dan raja dan ketua
peribumi. Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain.

Ciri Moden
1.Kerajaan Persekutuan

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyarankan Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu. Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diberi
beberapa autonomi.

2.Sistem Demokrasi Berparlimen

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi di Malaysia yang diasaskan oleh pilihan raya
umum pada tahun 1955. Pilihan raya ditujuan untuk memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil
pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan pilihan raya dapat dijalankan
dengan adil.

3.Kewarganegaraan

Kewarganegaraan Persekutuan mula diperkenalkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu. Sebelum itu, tidak terdapat satu kewarganegaraan yang sama bagi seluruh negara. Rakyat
dikategorikan sebagai rakyat raja dan terdapat juga penduduk yang mendapat kerakyatan British sekiranya
dilahirkan di Melaka atau Pulau Pinang. Kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia
melahirkan taraf kewarganegaraan yang sama kepada rakyatnya.
2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan
1965
-Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Pindaan perlembagaan
1963 dilakukan apabila Malaysia dibentuk bagi menyesuaikannya dengan Sarawak dan Sabah. Pindaan
perlembagaan 1965 berlaku disebabkan pemisahan Singapura daripada Malaysia.

Pindaan Perlembagaan 1963


Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu:

1. Struktur Mahkamah Atasan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menetapkan Struktur Mahkamah Atasan mengikut model
Mahkamah Tertinggi England yang membahagikannya kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Atasan diwujudkan apabila Malaysia dibentuk. Bidang tugas Mahkamah Persekutuan ialah
mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri.

2. Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Tinggi Borneo bertujuan untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. Pada tahun
1963, jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan. Pada tahun 1994, jawatan ini diubah menjadi Ketua Hakim
Sarawak dan Sabah.

3. Jawatan Yang di-Pertua Negeri

Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri. Jawatan ini dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertua Negeri menjalankan pentadbiran mengikut nasihat Majlis
Tertinggi bagi Sarawak dan Kabinet Negeri di Sabah.

Pindaan Perlembagaan 1965


-Pada 7 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membawa usul pindaan perlembagaan yang dinamakan pindaan
Singapura di Parlimen. Parlimen meluluskan usul yang membolehkan Singapura keluar daripada Malaysia.
Semua perkara berkaitan dengan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia seperti imigresen,
kewangan, hubungan luar negara dan pertahanan.
RUMUSAN

Kesimpunnya,kajian kes tersebut amat berfaedah kepada saya. Melalui kajian kes tersebut, saya
boleh mengenali maklumat tentang Perang Dunia Kedua. Sebagai contoh, saya boleh mengetahui sejarah
penggubalan dan ciri perlembagaan persekutuan.

Saya dapat memperoleh banyak pengajaran melalui peperangan tersebut. Salah satu pengajaran yang
terdapat pada peristiwa tersebut ialah kita mestilah patriotisme.Kita harus Selain itu, pemimpin negara
haruslah mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara jiran dan negara yang kuat. Tambahan pula,
pihak berkuasa haruslah mementingkan pendidikan dalam generasi muda kerana rakyat yang bijak dan
bermoral dapat membentukkan masyarakat yang sistematik dan harmoni.

Di samping itu, kerja khusus ini telah mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan saya yang
amat memberi kerjasama kepada saya. Selain itu, nilai yang saya memperolehi dalam kajian kes ini ialah
nilai kesyukuran. Misalnya, dalam kajian kes ini, saya memahami kesusahan kerajaan kita untuk membuat
pindaan perlembagaan persekutuan demi menyesuaikan dengan keperluan semasa dan
kesejahteraan.Walaupun kerajaan kita telah menggubalkan undang-undang dan perlembagaan yang sesuai
dengan keperluan semasa, masih ada juga rakyat Malaysia yang melanggar perlembagaan negara kita.
Saya harap semua pihak boleh mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara kita demi kepentingan
negara.
Sumber Rujukan
Internet

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/02/253114/kanun-melaka-perlembagaan-tanah-melayu

https://www.1media.my/2020/07/10-fakta-keunggulan-hukum-kanun-melaka.html

Buku teks

Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR, 2020

Buku Rujukan
Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan

LAMPIRAN

You might also like