You are on page 1of 31

i

Buku Latihan
Kesukarelawanan

Di susun oleh:
Norshahrul Marzuki B. Mohd Nor
Mohamad Basri B. Jamal
Muhammad Nadzir bin
Ibrahim Mohd Syariefudin bin
Abdullah
Prof. Madya Dato' Dr Junaidi B. Abu Bakar

ii
Diterbitkan oleh:
PUSTAKA SALAM SDN. BHD.
No. 83 & 83-A, Jalan KPK 1/8,
Kawasan Perindustrian Kundang,
48020 Kundang Jaya, Rawang, Selangor.
Tel: 03-6034 3532. Faks: 03-6034 4436.
Emel: pustakasalam1984@yahoo.com

Cetakan Mei 2020

©HAK CIPTA TERPELIHARA


Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukar ke dalam sebarang bentuk, dengan apa jua cara sekalipun, sama ada dengan cara elektronik,
gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Dicetak oleh:
PERCETAKAN SALAM SDN. BHD.
No. 81-A & 81-B, Jalan KPK 1/8,
Kawasan Perindustrian Kundang,
48020 Kundang Jaya, Rawang, Selangor.
Tel: 03-6034 3532. Faks: 03-6034 4436.
Emel: salamcetak97@yahoo.com.my

iii
NURUL FAZIRA FARHANA

D20201093597

KUMPULAN E

ENCIK MOHAMAD BASRI B. JAMAL

iv
Isi Kandungan
Prakata .................................................................................................................................................. vi
Bab 1: ..................................................................................................................................................- 1 -
Konsep Kesukarelawanan, Dari Perspektif Agama Dan Kerja Sukarela Di Peringkat Lokal Dan Global
BAB 2: ..................................................................................................................................................- 4 -
Isu-Isu Dan Kepentingan Kesukarelawanan Kepada Komuniti
BAB 3: ..................................................................................................................................................- 9 -
Pengurusan Kesukarelawanan Dan Pengenalan Organisasi
BAB 4: ................................................................................................................................................- 12 -
Mengenal Pasti Masalah Dan Kaedah Serta Kemahiran Mendekati Komuniti
BAB 5: ................................................................................................................................................- 15 -
Kemahiran Komunikasi Berkesan, Jenis Komunikasi Dan Kaedah Komunikasi Lapangan
BAB 6: ................................................................................................................................................- 18 -
Kemahiran Merancang Dan Merangka Program Kesukarelawanan Penyediaan Kertas Kerja, Kaedah
Pengumpulan Dana Dan Perjalanan Program
BAB 7: ................................................................................................................................................- 22 -
Mengenalpasti Masalah Dan Mencari Penyelesaian Kerja Sukarela Dalam Kalangan Komuniti

v
Prakata
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kekuatan kepada kami untuk
menyiapkan Buku Latihan Kursus Kesukarelawanan. Terlebih dahulu kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah membantu
kami secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyempurnakan Buku
Latihan ini. Penerbitan Buku Latihan ini, merupakan modul pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah Kursus Kesukarelawanan, Jabatan
Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Buku Latihan ini disediakan
khusus kepada para pelajar sarjana muda yang mengambil Kursus
Kesukarelawanan. Ianya disediakan sebagai aktiviti latihan serta pengukuhan
kepada pelajar. Modul latihan ini mengandungi tujuh (7) bab.

Buku Latihan memfokuskan kepada latihan pengukuhan hubungan etnik yang


merangkumi konsep hubungan Kesukarelawanan, pendekatan teori, isu semasa
dan aplikasi. Buku Latihan ini adalah sebagai sokongan bagi memantapkan lagi
kefahaman pelajar berkaitan dengan kerja sukarela dan dapat mengaplikasikan apa
yang dipelajari melalui teori dan konsep bagi memberi kefahaman kepada mereka
akan peranan mahasiswa dan masyarakat dalam usaha memupuk kerja-kerja
sukarela.

Buku Latihan Kesukarelawanan ini disediakan oleh:


Norshahrul Marzuki B. Mohd Nor
Mohamad Basri B. Jamal
Muhammad Nadzir bin
Ibrahim Mohd Syariefudin bin
Abdullah
Prof. Madya Dato' Dr Junaidi B. Abu Bakar

Sekian, terima kasih.

Sidang Editor

vi
Bab 1:
Konsep Kesukarelawanan, Dari Perspektif Agama Dan Kerja
Sukarela Di Peringkat Lokal Dan G lo b a l

Jelaskan konsep kesukarelawanan yang anda tahu.


1. Kesukarelaan adalah amalan murni dan mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana setiap
pekerjaan yang dilakukan di atas landasan kesukarelawanan dapat membangkitkan
sikap kerjasama dan tolong menolong yang memungkinkan manusia dapat hidup
dalam masyarakat dengan penuh keharmonian dan bersatu. Seharusnya setiap yang
terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan, sama ada secara
berseorangan ataupun secara berorganisasi, sama ada secara sistematik ataupun
tidak, dan sama ada tenaga yang diberi itu adalah banyak ataupun sedikit, ia dianggap
sebagai amalan yang terpuji. Secara keseluruhanya setiap agama di dunia ini
mementingkan kehidupan harmoni dan kesejahteraan sejagat. Semangat
kesukarelawanan adalah salah satu eleman untuk mencapai kedamaian dan kesejahteraan
dalam kehidupan.
2. Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik
melibatkan penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara
sukarela - oleh individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan) "untuk memberi
manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain". Sukarela juga terkenal dengan
perkembangan kemahiran dan sering bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau untuk
meningkatkan kualiti hidup manusia. Sukarela mungkin mendapat faedah positif untuk para
sukarelawan serta untuk individu atau masyarakat yang diberi perkhidmatan sukarela.
Kegiatan jenis ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang mungkin boleh
membantu dalam kerjaya seseorang. Ramai sukarelawan dilatih secara khusus dalam
bidang-bidang yang mereka ceburi, seperti perubatan, pendidikan, atau penyelamatan
kecemasan. Yang lain berkhidmat dengan asas yang diperlukan, seperti sebagai tindak
balas terhadap bencana alam.
3. Menurut Musick dan Wilson (2003) serta Wilson (2000), istilah sukarelawan ditafsirkan
sebagai individu atau kelompok individu yang istimewa dari aspek ciri peribadi dan
keikhlasan terhadap khidamt sukarela, kerja kemasyarakatan atau usaha kemanusiaan yang
diceburinya melibatkan aktiviti seperti gotong-royong, membantu dan meringankan beban
pihak lain. Dorsch et al. (2002) juga berpendapat bahawa sukarelawan penting kerana
mereka menyumbangkan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga. Ini termasuklah
menjadi sukarelawan kepada sesebuah organisasi mahupun memberi sebarang bantuan
dalam aktiviti kesukarelawan kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, Azizan Bahari
(2003) serta Musick dan Wilson (2003) berpendapat kesukarelawanan pula merupakan suatu
konsep kerja atau khidmat secara sukarela iaitu seseorang yang menyumbang bakti dengan
rela hati tanpa paksaan atau mempunyai niat ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran
kebendaan.

-1-
Berdasarkan pemahaman anda, apakah kaedah atau kerja
kesukarelawanan boleh dilakukan semasa “Perintah Kawalan
Pergerakan” berlaku?

Pada pandangan saya, terdapat beberapa kaedah atau kerja kesukarelawanan yang
boleh dilakukan semasa “Perintah Kawalan Pergerakan” berlaku. Antaranya ialah,
kesukarelawanan bagi kesihatan. Pada Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) meminta agar lebih ramai individu untuk tampil menjadi sukarelawan kesihatan
bagi menyumbang tenaga dan kepakaran mereka dalam usaha menangani penularan
Covid-19. Individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh
menyumbangkan tenaga mereka untuk membantu kakitangan hospital dalam merawat
pesakit-pesakit yang dijangkiti virus Covid-19. Selain itu, memberi sumbangan
berbentuk keperluan asas ataupun wang kepada golongan yang memerlukan. Telah
ramai pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaan dan pihak pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) bersama gerakan sukarela memberi sumbangan kepada golongan sasar. Melalui
sumbangan ini, beban golongan sasar dapat diringkan kerana terdapat individu tertentu
yang kehilangan punca pekerjaan disebabkan situasi perintah kawalan pergerakan. Akhir
sekali, kerja kesukarelawanan yang boleh dilakukan juga adalah menjadi petugas vaksin.
Pencarian individu untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan petugas vaksin sangat
diperlukan. Dengan adanya bantuan daripada belia dan masyarakat, proses pemberian vaksin
akan berjalan lebih lancar.

-2-
Berdasarkan kepada maklumat yang anda dapati dari internet, cari
sebuah badan sukarelawanan antarabangsa dari Malaysia dan jelaskan
usaha yang sedang mereka lakukan dalam menjalankan kerja
sukarela diperingkat antarabangsa.
Salah sebuah sukarelawan antarabangsa dari Malaysia ialah Persatuan Bantuan
Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia). Mercy Malaysia dikenali sebagai badan
sukarela antarabangsa yang memberi bantuan kemanusiaan. MERCY merupakan
singkatan “Malaysia Medical Relief Society” dan didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan
1966. Tujuan penubuhan MERCY adalah untuk memberi tindak balas sekiranya berlaku
krisis dan bencana dengan secepat mungkin iaitu antara 48 hingga 72 jam daripada
bermula sesuatu krisis. MERCY Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan
di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1999, sebanyak lima misi dijalankan di Kosova
untuk menyediakan perubatan bergerak dan MERCY juga telah menghantar pasukan
bantuan kepada Turki sebagai tindak balas kepada gempa bumi di Izmit. Pada tahun 2000
MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan kepada Orang Pelarian Dalaman
kerana konflik di Maluku, Indonesia. Pada tahun 2002, MERCY Malaysia juga membina
tempat perlindungan untuk saudara-mara pesakit di Hospital El-Geneina, serta membina
pusat makan untuk memenuhi keperluan makanan pesakit. Yang terkini, MERCY Malaysia
telah melancarkan Tabung Covid-19 India bagi membantu negara itu yang terjejas teruk
akibat Covid-19. MERCY Malaysia membekalkan peralatan pernafasan seperti ‘ISO
Containers’, ‘oxygen concentrators’, cylinders for liquid and oxygen gas’, ‘bi-level positive
airway pressure’ (BiPAP machines) dan ‘high flow nasal cannula’ (HFNC).

-3-
BAB 2:

ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KESUKARELAWANAN KEPADA


KOMUNITI

Negara Masyarakat

Kerajaan Agama

Badan
Bukan
Kerajaan
(NGO)
Rajah kepentingan khidmat masyarakat dalam sesebuah negara

Mengapa pentingkan kita sebagai seorang mahasiswa perlu terlibat


dalam kerja-kerja sukarelawanan, apakah implikasinya kepada
pemikiran kita jika kita memainkan peranan aktif dalam kerja-
kerja ini.
Terdapat beberapa kepentingan bagi mahasiswa melibatkan diri dalam kerja-kerja
kesukarelawanan. Pertama, melalui penglibatan dalam kerja-kerja sukarelawan
mahasiswa dapat mewujudkan nilai tambah dalam diri mereka. Dalam usaha untuk
menjadi mahasiswa yang holistik, mereka perlu bijak mengatur strategi dalam mencapai
kecemerlangan akademik dan “soft skill”. Keseimbangan ini menjadi faktor utama bagi
majikan ataupun organisasi untuk membuat pemilihan pekerja pada masa kini. Mahasiwa
yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan mempunyai bonus untuk mereka menceburi
dunia kerja yang sebenar dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan
pekerjaan. Selain itu, penglibatan yang aktif dalam aktiviti kesukarelawan juga dapat
mengukuhkan jaringan sosial. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh

-4-
mahasiswa dalam usaha meluaskan jaringan sosial antaranya melalui kutipan bantuan
dana, bantuan tenaga, perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi. Melalui usaha ini, ia
dapat menerapkan hubungan yang lebih positif di antara mahasiswa dan komuniti di
peringkat tempatan mahupun diperingkat global dengan wujudnya sikap kerjasama,
kepercayaan dan rasa hormat yang tinggi. Melalui penglibatan mahasiswa dalam kerja
sukarelawan juga, mereka akan berfikiran lebih terbuka dan mengetahui pelbagai isu-isu
yang terjadi dalam masyarakat kita. Mahasiswa akan menjadi individu yang lebih cakna
tentang masalah yang berlaku dalam masyarakat dan cuba mencari penyelesaian
terhadap masalah tersebut. Melalui pengalaman yang mereka miliki, mereka akan
menjadi individu yang bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam kalangan
masyarakat.

Sila kemukakan perbezaan kerja sosial, kerja komuniti dan kerja


kemanusiaan. Juga anda melihat pada tahap manakah anda banyak
terlibat dari ketiga-tiga kerja di atas, dalam membantu kerja
kesukarelawanan.
Kerja sosial adalah disiplin akademik dan kerjaya yang melibatkan dirinya dengan
individu, keluarga, kumpulan dan masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan fungsi
sosial dan kesejahteraan keseluruhan. Kerja sosial merupaan aktiviti profesional untuk
menolong individu, kumpulan atau komuniti untuk meningkatkan atau memulihkan
keupayaan mereka bagi mencapai kefungsian sosial dan seterusnya membntuk
“societal” yang baik bagi mencapai matlamat masing-masing. Kerja Komuniti atau
Penyusunan Komuniti pula merujuk kepada proses pemerkasaan komuniti melalui
penglibatan (penyertaan) aktif komuniti secara sukarela untuk pembangunan dan
kesejahteraan bersama. Ia dipimpin dan dijalankan secara sistematik oleh pekerja atau
penyusun komuniti berasaskan gabungan pelbagai teori (idea dan konsep) tentang
komuniti dan masyarakat, pendekatan, secara kaedah dan kemahiran kerja yang sesua
dengan keadaan serta keperluan komuniti sasaran.

-5-
Berdasarkan kepada informasi dalam media sosial, silakemukakan 5
channel dalam youtube yang melibatkan kerja- kerja, sukarelawanan,
sosial dan komuniti yang pernah anda ikuti dan jelaskan kerja-kerja
yang mereka jalankan.

Berdasarkan informasi dalam media sosial, terdapat beberapa channel dalam youtube
yang melibatkan kerja-kerja kesukarelawanan. Yang pertama adalah channel Khairul
Jamain. Beliau pernah menjalankan beberapa aktiviti kesukarelawanan dan salah
satunya adalah beliau berkampung selama empat bulan di Lautan Celebes Semporna
bagi mengumbang ilmu kepada komuniti bajau laut. Kedua adalah Borneo Komrad.
Borneo Komrad merupakan organisasi yang ditubuhkan oleh alumni mahasiswa dari
Universiti Malaysia Sabah. Borneo Komrad telah menubuhkan sekolah alternatif untuk
memberi akses pendidikan kepada anak-anak tanpa status kewarganegaraan di Sabah.
Sehingga kini sudah terdapat tiga buah Sekolah Alternatif iaitu di Semporna, Kunak dan
Kota Kinabalu. Seterusnya, Yayasan Sukarelawan Siswa. Seramai 62 sukarelawan
Yayasan Sukarelawan Siswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi telah berkampung di
Vietnam selama sebulan bersama 50,000 siswa dari negara itu untuk menyertai Green
Summer Volunteer Campaign.

-6-
Selain itu, Mercy Malaysia yang memberi bantuan keperluan perubatan kepada mereka
yang terselamat dari banjir di Kemboja. MERCY Malaysia juga telah menghantar satu
pasukan ke Afghanistan untuk berkhidmat kepada pelarian di kem-kem pelarian. Akhir
sekali adalah channel Food For Hunger. Aktiviti sukarelawan yang mereka lakukan
adalah membantu keluarga di Syria yang terjejas akibat musim sejuk.

Berdasarkan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah anda,


kumpulan anda dikehendaki mengadakan satu program kerja
kesukarelawanan bersama pensyarah berdasarkan kepada kaedah Norma
Baharu semasa negara menghadapi wabak penyakit Convid-19.
Apakah perkara baharu yang telah dilaksana dalam menjayakan
program tersebut.

Walaupun negara kita sedang dilanda wabak Covid-19 namun ia bukanlah penghalang
untuk meneruskan kerja kesukarelawanan di Universiti. Pelaksanaan kerja
kesukarelawanan boleh dilakukan dengan memanfaatkan penggunaan digital. Seperti
yang kita ketahui, semasa pandemi melanda negara kita pergerakan masyarakat adalah
terbatas. Oleh itu, digital volunteering boleh dilakukan dalam menjalankan kerja
kesukarelawanan dalam norma baharu. Kaedah ini boleh dianggap sebagai perkara
baharu dalam melaksanakan program kesukarelawanan. Mahasiswa akan
mengumpulkan dana bagi membantu golongan sasar semasa pandemi berlangsung.
Poster program akan disebarkan secara meluas melalui media sosial. Kandungan poster
tersebut disertakan dengan maklumat program dan nombor akaun sekiranya terdapat
individu yang ingin memberikan dana bagi menjayakan program. Seterusnya, satu
google form akan disediakan untuk golongan sasar mengisi maklumat mereka dan
barangan-barangan yang mereka perlukan. Setelah semua data mereka dikumpulkan,
mahasiswa akan bergerak untuk menghantar sumbangan pada masa yang telah

-7-
ditetapkan. Melalui kaedah ini, beban yang dirasai oleh golongan sasar lebih-lebih lagi
mereka yang telah kehilangan punca pekerjaan dapat dikurangkan. Walaupun aktiviti
kesukarelawanan tidak dijalankan sepenuhnya secara bersemuka namun sumbangan akan
tetap sampai kepada golongan sasar dengan hanya menggunakan media-media sosial
sebagai platform utama dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan.

-8-
BAB 3:

PENGURUSAN KESUKARELAWANAN DAN PENGENALAN


ORGANISASI

Apakah tugas yang paling utama dalam pengurusan


kesukarelawanan, apakah perkara pokok yang perlu dilaksanakan oleh
sesebuah pengurusan sukarelawanan?
Pengurusan sukarelawan merujuk kepada proses membuat sistem untuk
pengambilan, latihan, penglibatan dan koordinasi sukarelawan. Tugas dalam pengurusan
sukarelawan adalah menyusun rancangan pengurusan sukarelawan yang tepat untuk
membantu organisasi mempercepat kemajuan operasinya dan juga objektifnya. Perkara
pokok yang perlu dilakukan oleh sesebuah pengurusan sukarelawan adalah fokus pada
strategi terbaik yang membantu sukarelawan melakukan pekerjaan mereka. Pihak
pengurusan harus merekrut sukarelawan yang tepat. Sesuatu organisasi perlu
meletakkan sistem yang dapat memabntu mencari sukarelawan yang bertepatan dengan
kemahiran tertentu seperti kemahiran interpersonal. Membuat pilihan yang telah
ditentukan untuk jenis sukarelawan yang diminati oleh organisasi dapat membantu
mempercepat proses pengambilan. Pihak pengurus juga harus memastikan sukarelawan
sentiasa berhubung dengan pengurus bagi memastikan mereka kekal dalam pasukan.
Para sukarelawan harus diberi kebebasan untuk menyampaikan soalan, saranan dan
penemuan mereka kepada pengurus sukarelawan dengan mudah dan memastikan
mereka menerima respon dengan segera.

-9-
Pengurusan sukarelawan juga perlu menjalankan program yang mendatang kesan-kesan
positif. Dari segi aktiviti dan bakti dalam bidang pendidikan, pihak pengurus boleh
mengadakan kelas-kelas bimbingan, mengajar secara sukarela, menyediakan biasiswa
dan membekalkan kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Selain itu, pihak
pengurusan juga boleh menjalankan aktiviti yang mengurangkan kesan-kesan negatif
seperti program pencegahan jenayah, menawarkan bantuan pemulihan kepada penagih
dadah atau penghidap HIV/AIDS dan melaksanakan program menanam pokok.

Kenapakah sesebuah badan sukarelawanan itu perlu pengenalan kepada


kegiatan yang mereka lakukan dan adakah ini perlu dibuat atau
menjadi trade mark kepada badan berkenaan, jelaskan.

Badan sukarelawan sememangnya perlu pengenalan kepada kegiatan yang mereka


lakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir individu sering memberikan
tambahan-tambahan dan makna-makna lain kepada kependekan NGO iaitu badan
kesukarelawan. Sebagai contoh, individu menggelar NGO sebagai CINGO (corporate
interest NGO). Namun, NGO digunakan dalam budaya dimana organisasi sukarela
tidak mahu dikaitkan dengan kerajaan. Oleh itu, badan sukarelawan perlu memberi
pengenalan kepada kegiatan-kegiatan yang mereka lakukan. Semua pihak seharsnya
tidak memberi gelajaran tertentu kepada badan kesukarelawan. Perkara ini dilakukan
bukan untuk trade mark namun untuk memudahkan segelintir masyarakat untuk
membezakan tugas-tugas sukarelawan dan juga kerajaan. Sekiranya badan
sukarelawan itu memberi pengenalan kepada kegiatan yang mereka lakukan ia juga
akan memudahkan individu ataupun pihak yang memerlukan sumbangan untuk
menemukan badan sukarelawan tertentu yang bersesuaian dengan sumbangan yang
mereka perlukan. Kerja-kerja dan program yang dijalankan oleh badan sukarelawan
juga perlu diberikan pelbagai gelaran seperti “kerja sukarela”, “kerja amal”, “bakti atau
khidmat masyarakat” dan “bakti atau khidmat sosial”. Ia diselarikan pula dengan
beberapa ungkapan kemasyarakatan tertentu seperti “masyarakat penyayang”,
“masyarakat prihatin”, “rakan masyarakat”, “kepedulian sosial”, “tanggungjawab
sosial” dan muafakat sosial.

- 10 -
Lakarkan peta minda anda mengenai kepentingan organisasidalam
sukarelawanan.

Memperjuangkan keadilan
dari segi mendapatkan
manfaat bersama

Kepentingan
Memberi bantuan kepada

Mengadakan program
organisasi dalam golongan yang memerlukan
dalam bentuk keperluan asas
yang mendatangkan
kesan-kesan positif sukarelawan atau wang ringgit.

seperti mengadakan
kelas bimbingan secara
percuma

Menyediakan bantuan dan


perlindungan kepada
mereka yang ditimpa
bencana

- 11 -
BAB 4:

MENGENAL PASTI MASALAH DAN KAEDAH SERTA


KEMAHIRAN MENDEKATI KOMUNITI

Masalah-masalah yang biasanya berlaku dalam masyarakatsosial


kini.

1) Penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

2) Penderaan rumah tangga sehingga menyebabkan penceraian

3) Penyalahgunaan teknologi yang membawa kepada buli siber,


penipuan dan sebagainya.

- 12 -
Apakah kaedah bantuan yang patut diberikan kepada mereka.
i) Bantuan rawatan perubatan dan pemulihan kepada penagih dadah boleh dijalankan
bagi membantu mereka. Namun, pemulihan penagih dadah memerlukan usaha
sepanjang hayat. Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengambil inisiatif dengan
melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah.
ii.
ii) Menyediakan perkhidmatan yang meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Kaedah ini
akan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dan serba lengkap dari segi
keperluan asas.

iii) Menyediakan
iii. satu pusat yang berfungsi sebagai tempat selamat untuk remaja bagi
mengelakkan mereka terjebak dengan masalah sosial yang kini berleluasa. Sebagai
contoh, penubuhan KLKP (Kuala Lumpur ‘Krash Pad’) merupakan salah satu usaha
kerajaan dalam membendung masalah sosial dalam kalangan remaja. KLPK berfungsi
sebagai tempat remaja bagi mendapatkan bimbingan dan didikan melalui tuisyen,
kelas komputer, sesi kaunseling, kelas kebudayaan serta kelas muzik.

iv.
iv) Melancarkan kempen di institusi pendidikan dan kawasan perumahan tentang masalah
sosial yang kian tular dalam kalangan masyarakat. Kempen ini membolehkan
masyarakat sedar pentingnya untuk membendung masalah sosial yang berlaku dalam
kalangan masyarakat.

Jelaskan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam bantuan


Normal Baharu dalam mengenalpasti mereka-mereka yang
memerlukan bantuan dari sukarela.

Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti individu yang memerlukan
bantuan dari sukarela adalah dengan menggunakan media sosial sebagai platform
penyebaran maklumat. Seperti yang kita ketahui sebahagian besar masyarakat Malaysia
kerap menerima maklumat tentang sesuatu perkara melalui media sosial. Oleh itu, badan-
badan sukarelawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh memuat naik bantuan yang
mereka berikan di media sosial. Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk meminta
bantuan daripada sukarelawan melalui informasi yang diberikan di media sosial. Selain itu,
badan sukarelawan juga boleh menyediakan satu google form yang perlu diisi oleh individu
yang memerlukan bantuan.

- 13 -
Google form tersebut perlulah mempunyai perkara seperti nama, alamat, nombor telefon
dan jenis sumbangan yang diperlukan. Melalui google form yang telah diisi, badan
sukarelawan akan mudah untuk mengetahui individu yang memerlukan bantuan mereka.
Seterusnya, seiring dengan usaha kerajaan yang melancarkan Tabung COVID-19 Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membantu rakyat yang tidak bekerja dan
terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan. Inidvidu yang layak memohon
perlu memuat naik dokumen mereka di laman web NADMA dan menghantar permohonan
mereka melalui pos. NADMA juga menyediakan nombor akaun bagi memudahkan pihak
lain yang ingin memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada individu yang
memerlukan.

- 14 -
BAB 5:

KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN, JENIS KOMUNIKASI


DAN KAEDAH KOMUNIKASI LAPANGAN

Bagaimanakah kemahiran komunikasi berkesan perlu dilakukan


atau dijalankan supaya mesej kerja kesukarelawanan kita mampu
difahami dan mendapat kerjasama yang baik?
- Memastikan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca dapat difahami
dengan tepat dan jelas. Penggunaan perkataan yang mudah difahami adalah sangat
digalakkan

- Menggunakan media yang tepat semasa menyampaikan maklumat tentang aktiviti


kesukarelawan seperti media persendirian, media massa (media cetak dan media
elektronik) dan media teknologi masa kini.(SMS, telefon dan internet).

- Sentiasa bersedia sekiranya terdapat soalan-soalan tentang mesej daripada


pembaca. Soalan haruslah dijawab dengan baik bagi memudahkan pembaca lebih
memahami perkara yang ingin disampaikan,

- Memastikan tiada individu yang menyebarkan maklumat yang salah tentang apa
jua aktiviti kesukarelawan yang dilakukan.

- 15 -
Eleman-eleman yang perlu ada semasa proses komunikasi
dijalankan.

1) Penghantar

6) Dekod 2) Mesej

5) Penerima
3) Enkod

4) Saluran

Sila isi perkara-perkara tersebut dalam bulatan.

- 16 -
Jenis-jenis komunikasi yang anda tahu?

i) Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan adalah komunikasi yang dilakukan oleh dua orang atau lebih yang
saling bertatap muka secara langsung dan tidak ada jarak atau peralatan yang
membatasi mereka. Komunikasi ini terjadi pada saat dua orang atau lebih saling
berbicara/berdialog, pada saat wawancara atau berpidato.

ii) Komunikasi Tulisan


Komunikasi tulisan adalah komunikasi yang di lakukan dengan perantaraan tulisan
tanpa adanya pembicaraan secara langsung dengan menggunakan bahasa yang singkat,
jelas, dan dapat difahami oleh penerima. Contoh komunikasi tulisan adalah surat
menyurat, sms, surat elektronik dan sebagainya.

iii) Komunikasi Verbal


Komunikasi verbal adalah proses penyampaian fikiran, pesan atau perasaan
seseorang kepada orang lain dengan menggunakan simbol yang menggunakan satu kata
dan lebih sebagai medianya. Media yang sering digunakan adalah bahasa kerana bahasa
mampu menterjemahkan pikiran seseorang kepada orang lain.

iv) Komunikasi Nonverbal


Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang berlawanan dengan komunikasi
verbal iaitu proses penyampaian pesan kepada orang lain dengan tidak menggunakan
kata-kata. Semua gerakan tubuh manusia mempunyai suatu makna dan tidak ada
gerakan yang kebetulan.

- 17 -
BAB 6:

KEMAHIRAN MERANCANG DAN MERANGKA PROGRAM


KESUKARELAWANAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA,
KAEDAH PENGUMPULAN DANA DAN PERJALANAN
PROGRAM

Perkara-perkara penting dalam penyediaan kertas kerja program


kesukarelawanan?
i. Tujuan
Tujuan ditulis untuk mendapat kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari
bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ataupun pihak tertentu yang akan meluluskan program
yang akan dijalankan.

ii. Pengenalan
Pengenalan dalam kertas kerja mengandungi beberapa perkara berkaitan program
seperti latar belakang program dan kepentingan mengapa program yang dijalankan
perlu melihatkan pihak luar. Pihak lain yang bekerjasama dalam program juga perlu
dinyatakan dalam bahagian pengenalan.

- 18 -
iii. Objektif
iii.
Objektif dalam kertas kerja mengandungi perkara-perkara yang ingin dicapai dalam
iv.
menjalankan program.
iv.v.Justifikasi
Di bahagian justifikasi kertas kerja, penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan
vi.
program. Di bahagian ini juga penganjur program akan memohon sumbangan peralatan yang
diperlukan kepada pihak yang akan meluluskan kertas kerja.
v. Tarikh, hari dan Tempat Program
Di bahagian ini, perlu dijelaskan dengan tepat tarikh, hari dan tempat dimana program akan
dijalankan.
vii.
vi. Senarai Tetamu Kehormat dan Perasmi Program
Nama-nama tetamu kehormat dan perasmi program perlu dinyatakan dengan jelas.
vii. Senarai Ahli Jawataknkuasa Pelaksana dan Senarai Tugas
Nama penuh bagi senarai ahli jawatankuasa pelaksana perlu dinyatakan berserta
tugasan mereka. Semua jawatan dan AJK yang ditetapkan adalah kekal untuk digunalan bagi
setiap urusan surat menyurat.
viii. Kumpulan sasaran/peserta
Di bahagian ini perlu dinyatakan siapa peserta program dan maklumat peserta perlu
dinyatakan selengkapnya.

Kaedah-kaedah pengumpulan dana dalam melaksanakan program


kesukarelawanan.

Antara kaedah-kaedah pengumpulan dana dalam melaksanakan program kesukarelawanan ialah:

1) Membuat Festival atau Karnival


Untuk mengumpul dana, ia juga mampu meraih jumlah keuntungan yang besar sehingga lebih
RM30,000. Namun ia perlu dibahagikan kepada kelab-kelab atau unit yang terlibat.

2) Menjual Modul
Menjual modul merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk mendapatkan dana, namun
memerlukan usaha, kerjasama dan kepakaran dalam menghasilkan modul yang berkualiti. Modul boleh
dijual secara hardcopy atau softcopy kepada pelajar yang memerlukan modul khususnya bagi subjek
peperiksaan.

- 19 -
3)Memohon Sumbangan Syarikat Korporat
Kaedah ini selalu dibuat oleh pihak sekolah. Syarikat-syarikat besar kebiasaannya mempunyai
peruntukan khas untuk memberi sumbangan untuk mendapat pelepasan cukai atas kebajikan yang
mereka lakukan.

4) Membuat Persembahan
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh individu yang mempunyai kumpulan seperti kumpulan nasyid,
kumpulan dikir barat, kumpulan lakonan dan sebagainya. Kaedah ini sedikit sukar untuk dilakukan
melainkan individu tersebut sudah mempunyai pasukan atau kumpulan yang hebat dan berbakat.

5) Membuat Jualan Meja


Jualan meja adalah salah satu kaedah yang selalu digunakan oleh Badan-badan Kebajikan atau
NGO untuk mencari dana daripada orang ramai. Biasanya suatu majlis akan diadakan, dan terdapat
meja-meja yang dihidangkan makanan dan ia ditaja oleh mereka yang berminat. Kemudian, mereka
akan mempelawa orang ramai atau anak-anak yatim untuk makan bersama. Setiap meja mungkin
berbeza harganya, dari situ kita akan mendapat dana dari hasil jualan meja.

6) Waqaf
Program Waqaf biasanya dilaksanakan oleh pihak universiti dengan kerjasama Majlis Agama Islam
Negeri. Ia dibuat apabila pihak universiti memerlukan dana untuk pembinaan atau penambahbaikan
surau.

6) Kutipan Derma
Kaedah kutipan derma seringkali kita lihat dijalankan disekolah dimana tabung derma akan
digerakkan ke setiap kelas dan guru. Kadangkala tabung derma juga diletakkan ketika majlis atau ketika
melaksanakan program bersama ibu bapa.

- 20 -
Gariskan perjalanan program yang dilaksanakan.
Perjalanan program yang dilaksanakan terdapat prosedurnya tersendiri. Pada peringkat
pertama, pengarah proram perlu menghatar kertas kerja kepada pihak yang akan
memberi kelulusan untuk menjalankan program yang dirancang. Kertas kerja tersebut
mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan program. Sekiranya kertas kerja
sudah diluluskan barulah semua AJK menjalankan tugas masing-masing bagi
menjayakan program yang ingin dijalankan. Seterusnya, AJK boleh mengumpul dana
sekiranya dana yang diperuntukkan oleh pihak tertentu tidak mencukupi. Semasa
memohon dana daripada mana-mana pihak penganjur program perlu mematuhi
prosedur permohonan sumbangan. Seterusnya, di peringkat untuk mendapatkan
kelulusan semua permohonan perlu dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan. AJK
juga perlu meminjam atau menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan semasa
program berlangsung dan meminta persetujuan mana-mana pihak untuk meluluskan
proses peminjaman barang. Semasa program berlangsung setiap AJK memainkan
peranan masing-masing dan menjalankan posmoterm selepas program tamat. Setaip
wakil AJK juga perlu menghantar laporan bagi AJK masing-masing kepada pengarah
program pada waktu yang ditetapkan.

- 21 -
BAB 7:

MENGENALPASTI MASALAH DAN MENCARI PENYELESAIAN


KERJA SUKARELA DALAM KALANGAN KOMUNITI

Keperluan latihan untuk pekerja sukarela.

i) Latihan Dalaman
Latihan ini dijalankan berbeza-beza bagi setiap sukarela dan pengurus sukarela.
Melalui latihan ini prestasi mereka dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan akan
meningkat.
ii.

iii) Pengurus juga boleh mengadakan program latihan atas talian bagi menjimatkan
pengeluaran wang. Sebagai contoh, melatih sukarelawan untuk menyediakan video untuk
di muat naik ke dalam Youtube. Sukarelawan boleh dilatih untuk menggunakan pelbagai
aplikasi untuk mengedit konten-konten tentang kerja sukarelawan yang dilakukan.

- 22 -
iii.
iii) Sukarelawan perlu dilatih untuk sedia bekerja dalam apa jua keadaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, sukarelawan sering terlibat untuk membantu mangsa-mangsa bencana
alam. Oleh itu, mereka perlulah bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak selesa,
kotor dan sebagainya.

iv) Kemahiran interpersonal setiap sukarelawan juga perlu diasah bagi memastikan mereka
iv.
dapat berhubung dengan baik dengan pihak-pihak luar. Sekiranya mereka mempunyai
kemahiran interpersonal yang sangat baik, ia akan menyebabkan pihak luar mudah untuk
memberikan kerjasama mereka.

v) Sukarelawan juga mesti mempunyai kemahiran insaniah yang baik dan dilatih oleh
v.
pengurus badan sukarela. Sukarelawan perlulah berfikiran kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan apa jua masalah yang berlaku.

Analisis-analisis yang perlu dilakukan dalam menilai kerja-kerja


sukarelawanan.
Terdapat analisis-analisis yang perlu dilakukan dalam menilai kerja-kerja
kesukarelawanan iaitu analisis organisasi. Analisis organisasi bermaksud melihat
sesebuah organisasi secara menyeluruh. Ini melibatkan proses pemeriksaan
dalaman terhadap persekitaran luaran, lokasi, pencapaian, objektif, sumber
manusia dan suasana organisasi. Tujuan utama analisis organisasi adalah untuk
menentukan sejauh mana sesuatu latihan harus dijalankan dan boleh dijalankan
dalam sesebuah organisasi. Persekitaran luaran dan lokasi sesebuah organisasi
boleh menjadi faktor kritikal dalam /menentukan sama ada sesuatu program latihan
harus dijalankan atau sebaliknya. Ini kerana kedua-dua faktor ini dapat
mempengaruhi cara pengurus organisasi mereka bentuk pekerja, sukarela
menyelia pekerja dan membuat keputusan (Mumtaz Begam, 2002). Menurut
Blanchard dan Thacker (1999) dan Ivancevich (1999), analisis organisasi adalah
satu proses yang digunakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas
mengenai ciri-ciri organisasi dengan tujuan untuk menentukan bahagian mana
dalam organisasi yang memerlukan latihan dan iklim organisasi di mana latihan
akan dijalankan.

- 23 -
Analisis kerja merupakan satu bentuk kutipan data yang sistematik mengenai
sesuatu kerja atau kumpulan kerja untuk menentukan apakah yang perlu diajar kepada
pekerja untuk mencapai prestasi kerja yang optimum (Mohd Hizam dan Zafir, 2002). Hasil
daripada analisis kerja ini termasuklah prestasi piawai, bagaimana kerja perlu dilakukan
untuk memenuhi piawai, pengetahuan, kemahiran dan sikap (KSA) dan ciri-ciri lain yang
perlu ada pada pekerja untuk memenuhi piawai yang ditetapkan. Sumber-sumber data yang
boleh digunakan untuk analisis kerja termasuklah deskripsi tugas, pemantauan kerja, dan
pemeriksaan kajian-kajian mengenai sesuatu tugas
(Mondy, Noe dan Premeaux, 2002).

- 24 -
- 25 -

You might also like