You are on page 1of 7

ETIKA DAN PERADABAN

MEMBENTUK SIKAP
KESUKARELAAN

Bil.  NAMA  NO. PENDAFTARAN 


1.  FADLAN HAKIMI BIN AHMAD ZAIDI 20DPM22F1033
2.  WILBERT MARK ANAK WILTANY 20DPM22F1007
3. AWANG KU SHAMRIN BIN AWANG SUFRI 20DPM22F1064
4. MUHAMMAD FIKRIE BIN IBRAHIM 20DPM22F1066
5. AKMAL SIDDIQ BIN MOHD JAYYID KHAIRI 20DPM22F1052
6 TOTTI ANAK GUNTOR 20DPM22F1062
MEMBENTUK SIKAP KESUKARELAAN
Pengenalan Kesukarelaan
Kesukarelawanan secara umumnya merujuk kepada sebarang kegiatan altruistik meilbatkan
penyediaan perkhidmatan tanpa diharapkan keuntungannya - yakni, secara sukarela - oleh
individu atau kumpulan (sukarelawan ataupun relawan) "untuk memberi manfaat kepada
individu, kumpulan atau organisasi lain". Sukarela juga terkenal dengan perkembangan
kemahiran dan sering bertujuan untuk menggalakkan kebaikan atau untuk meningkatkan
kualiti hidup manusia. Sukarela mungkin mendapat faedah positif untuk para sukarelawan
serta untuk individu atau masyarakat yang diberi perkhidmatan sukarela.
OBJEKTIF
 Memahami dengan lebih jelas tentang bagaimana kita ingin menjadi seorang
sukarelawan yang bagus.
 Mengenali tugas – tugas yang harus dilakukan oleh seorang sukarelawan.
 Membangkit sikap kesukarelaan dalam diri seseorang individu atau dalam sesebuah
masyarakat
Kumpulan Sasaran Bagi Kerja Kesukarelawanan

Individu

Masyarakat Kumpulan

Sasaran

Organisasi Keluarga

Komuniti

Dalam hal ini, sekiranya anda ingin mendekati kumpulan sukarelawan, anda mestilah
memastikan bahawa aktiviti kesukarelawanan yang ditawarkan itu merupakan keperluan atau
permintaan daripada kumpulan sasaran. Jika kumpulan tersebut tidak saling bekerjasama,
menyokong dan melibatkan diri, kerja kesukarelawanan tidak akan berkesan.
5 Sukarelawan Yang Berkualiti Ialah:
1) Mestilah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap sesuatu tugas
kerana kita ialah harapan kepada golongan yang memerlukan. Sebagai contoh,
jika kita pergi ke tempat kemalangan, kita perlu yakin bahawa kita mampu
membantu mangsa seperti menenteramkan mangsa yang terlibat, memastikan
mangsa berada dalam kawalan dan keadaan yang selamat, merawat mangsa
sebelum ketibaan pegawai perubatan.

2) Para sukarelawan perlu menyemai perasaan kasih sayang yang kuat


supaya mudah timbul rasa empati dan dapat dirasai oleh masyarakat sekeliling.
Kasih sayang ini biasanya lahir dari hati yang ikhlas dan mampu memberikan
kesan kepada orang lain. Perasaan ini akan terlihat apabila berlakunya musibah
seperti bencana alam.

3) Memainkan peranan utama kepada mangsa ketika terlibat dalam bencana


Ketika berada di tempat yang terlibat dengan bencana banjir, sukarelawan perlu
memainkan peranan utama kepada mangsa banjir. Layanan dan pertolongan
dengan penuh rasa kasih sayang hendaklah ditunjukkan supaya mereka berasa
gembira. Emosi mangsa banjir perlu dihargai dan dijaga supaya mereka berasa
bahagia dan senang dengan kehadiran para sukarelawan.

4) Positif dalam konteks sukarela


bermaksud penampilan para sukarelawan yang berkeyakinan tinggi,
bersemangat dan sentiasa berusaha menjalankan sesuatu kerja dengan cara yang
paling baik. Sukarelawan tidak boleh menunjukkan sikap negatif, tidak
berkeyakinan atau menambah beban kepada mangsa. Sukarelawan juga tidak
seharusnya membuat kerja apabila disuruh oleh pihak tertentu sahaja. Mereka
perlu proaktif, kreatif dan bijak mengurus kerja di tempat berlakunya bencana.

5) Seorang sukarelawan yang berkualiti juga perlu mempunyai minat dan


komitmen yang tinggi terhadap kerja sukarela.
Hal ini demikian kerana kerja sukarela merujuk kerja yang dibuat secara ikhlas
dan rela hati. Oleh itu, jika kita ikhlas terhadap sesuatu pekerjaan, pastinya kerja
tersebut dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tidak sekadar melepaskan
batuk di tangga. Sukarelawan yang komited akan sentiasa memastikan diri
mereka menepati masa. Malah, mereka juga akan sentiasa memenuhi masa
mereka dengan misi membantu masyarakat.
5 Kesan Sukarelawan Yang Berkualiti:
1. Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh
sebahagian masyarakat.

2. Membentuk keperibadian dan nilai-nilai murni yang baik.

3. Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

4. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu.

5. Memupuk perpaduan antara masyarakat.


KESIMPULAN
Etika, moral dan akhlak ialah elemen makna emosi dalaman manusia yang melibatkan
hubungan antara manusia, pencipta dan alam sekitar. Hubungan itu menjadi tali pengikat
sesama manusia kerana manusia yang beretika, bermoral dan berakhlak akan membentuk
masyarakat yang harmoni, negara yang selamat dan dunia yang aman damai. Akan tetapi, hal
ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana manusia memiliki pelbagai sifat dan keinginan
yang sukar dikawal dan diramal. Oleh itu, kajian perlu dilakukan tidak hanya pada peringkat
individu, tetapi juga pada peringkat akar umbi (mikro), keinstitusian (masyarakat sivil) dan
pihak berkuasa (makro) bagi mendapatkan pandangan untuk membina suatu aturan serta
norma am dan khas bagi menguruskan perilaku manusia.
SOALAN
1) Kenapakah sikap sukarelawan penting kepada masyarakat ?

2) Berikan 2 ciri-ciri sukarela.

3) Apakah maksud sukarela?


RUJUKAN
 Penghayatan Etika Dan Peradaban yang diterbitkan oleh Penerbit Ehsan(M) Sdn Bhd
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesukarelawanan
 https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html

You might also like