You are on page 1of 1

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

UNIT 4 : SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI
KEMASYARAKAT.

JENIS-JENIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN

1. GOTONG-ROYONG
Individu boleh melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dianjurkan sama ada oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan
untuk memberi sumbangan tenaga kepada pihak tertentu seperti rumah orang tua, sekolah, komuniti setempat dan
jabatan alam sekitar.
2. LAWATAN
Aktiviti lawatan ke rumah kebajikan dan rumah warga emas boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan
sama ada melalui badan kerajaan atau bukan kerajaan.
3. SUMBANGAN BERBENTUK IDEA
Memberi pendapat atau cadangan yang disumbangkan melalui media cetak atau elektronik kepada pihak tertentu.
4. PENGAWASAN DAN KESELAMATAN
Aktiviti pengawasan keselamatan di kawasan tempat tinggal dan untuk sesuatu program dapat mengurangkan kadar
jenayah dan kemalangan yang berlaku.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Boleh dilakukan oleh:
1. Individu
- contoh : 1. Datuk Dr Jamilah
2. Tan Sri Datuk Lee Lam Thye
3. Tan Sri syed Mokhtar Al-Bukhary
2. Agensi kerajaan
- contoh : 1. Jabatan Kebajikan Masyarakat
2. Lembaga Pertubuhan Peladang
3. Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA)
3. Badan Buka Kerajaan
- contoh : 1. Aman Malaysia
2. MERCY
3. Persatuan Bulan Sabit Merah
4. PEMADAM
5. Yayasan Al-Bukhary
Bentuk Bantuan Kepada Masyarakat :
1. Perubatan
2. Kewangan
3. Bantuan Makanan dan Pakaian
4. Kecemasan
5. Pendidikan
6. Khidmad Sukarelawan
7. Bimbingan dan Kaunseling
Kesan Kepada Masyarakat :
1. Menggerakkan aktiviti sosial dalam masyarakat
2. Menjalinkan hubungan persahabatan dan perpaduan
3. Mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama
4. Mewujudkan masyarakat yang penyayang

You might also like