You are on page 1of 8

Laporan Amali Lawatan Ilmiah Kumpulan PISMP Minor

Pendidikan Jasmani
Laporan lawatan ke : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Tarikh lawatan : 4 Mac 2013

PENDAHULUAN
Sebagaimana yang dinyatakakan di dalam kertas kerja Program Amali Lawatan
Ilmiah ke Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Squash Pulau Pinang,objektif bagi
lawatan ilmiah ini ialah seperti berikut :
i. Melengkapkan keperluan kursus PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan
ii. Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang,mengurus dan
melaksanakan aktiviti.
iii. Menambah pengetahuan guru pelatih dalam merancang,mengurus dan
melaksanakan sesuatu aktiviti.
iv. Mendapatkan maklumat baru tentang Majlis Sukan Negeri bagi negeri Pulau
Pinang.
v. Menambahkan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
Pendidikan Jasmani dan Sukan.
vi. Membina kemahiran pengurusan diri, mengamalkan semangat bekerjasama
dan berpasukan.

Di dalam mencapai objektif-objektif yang tersebut di atas, satu lawatan telah
diadakan pada 4 Mac 2013(Isnin) ke Majlis Sukan Negeri (MSN) dan Persatuan
Squash Pulau Pinang. Lawatan ini telah disertai oleh 36 orang pelajar PISMP minor
Pendidikan Jasmani iaitu 10 orang pelajar daripada Pengajian Bahasa Cina (P 5B ) ,
20 orang pelajar daripada Pengajian Sains (P 5K) dan 6 orang Ketua Kumpulan bagi
setiap kelas serta diiringi oleh tiga orang pensyarah Pendidikan Jasmani dan Sukan
iaitu Encik Masri bin Baharom, Encik Thanabalan a/l Muniandy dan Puan Azizah
binti Mohamad. Kami telah bertolak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada jam
8.00 pagi dan tiba di MSN Pulau Pinang pada jam 9.15 pagi.

1.0 MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG (MSN)

Pengenalan
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah
dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia
yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi
dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai
matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua
agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-
majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang
perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi
yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak
langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa
yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia
adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke
arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan
di peringkat tertinggi.
Misi dan Visi
Selain itu, misi Majlis Sukan Negeri juga ialah memantapkan jentera pentadbiran
dan menyelaras badan-badan sukan di negeri Pulau Pinang untuk memajukan
sukan dan meningkatkan taraf keunggulan atlet, di samping mengasah bakat
individu yang berpotensi dalam bidang sukan serta menggalakkan penglibatan
semua lapisan masyarakat dalam kemajuan sukan. Manakala fungsi MSN pula ialah
untuk memajukan pada amnya kepentingan sukan dalam negeri dan khususnya
mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan
di peringkat Negeri dan Daerah, untuk melakukan penyelarasan bagi Persatuan
Sukan Negeri dan lain-lain agensi sukan dalam negeri dan untuk mendapatkan dan
mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan Majlis Sukan Negeri berhubungan dengan
Majlis Sukan Negara.
Carta Organisasi




Sesi taklimat
Sebelum sesi taklimat dimulakan ,pengerusi majlis iaitu saudara Muhammad
Nur Aliff daripada kelas P 5K telah menjemput pengerusi lawatan iaitu saudara Wan
Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah untuk memberikan ucapan alu-aluan.
Kemudian sesi taklimat diteruskan oleh pegawai yang bertugas pada hari lawatan
tersebut iaitu Encik Nuar Hadi bin Kamaruddin dan Encik Mohd Hafizi. Taklimat yang
telah diberikan ialah bertajuk Pengurusan dan Pentadbiran di Majlis Sukan Negeri
yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi.
Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah beliau telah menerangkan
bahawa setiap program yang ingin dianjurkan di MSN perlu mempunyai objektif yang
tertentu serta bajet yang mencukupi.Beliau telah menjelaskan bahawa sekiranya kita
ingin menguruskan sesuatu projek atau program, objektif bagi program tersebut
perlulah jelas dan dapat memberi impak yang positif kepada peserta.
Bagi pengurusan kewangan pula, sumber kewangan terdiri daripada dua iaitu
pihak kerajaan dan tajaan luar. Tambahan pula, beliau turut menyatakan bahawa
sekiranya bajet atau peruntukkan untuk menjalankan program tersebut tidak
mencukupi maka program tersebut terpaksa dibatalkan. Hal ini kerana setiap
program telah mempunyai peruntukkannya yang tersendiri. Oleh itu, pihak pentadbir
perlu bijak untuk menguruskan kewangan agar sesuatu program dapat dijalankan
dengan baik.
Dalam carta organisasi MSN terdapat dua bahagian iaitu bahagian
pentadbiran dan kewangan serta bahagian program pembangunan sukan.Dalam
bahagian program pembangunan sukan terdapat empat unit kecil iaitu unit
pentadbiran sukan,unit majlis sukan daerah, unit pembangunan atlit negeri dan unit
psikologi dan hal ehwal atlit. Dalam bahagian program pembangunan sukan, MSN
terlibat dalam program untuk melatih atlit di peringkat sekolah sama ada sekolah
rendah mahupun sekolah menengah. Apabila seseorang pelajar telah disahkan
bakatnya, mereka akan diberikan latihan untuk menjadi atlit dari kecil lagi iaitu ketika
berusia antara 8 hingga 10 tahun.Kemudian, mereka akan diserap ke Unit Sukan
Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) untuk menjadi pelapis. Mereka akan diberikan
latihan daripada satu tahap ke satu tahap. Namun begitu sekiranya mereka gagal,
mereka akan diserap ke bidang lain misalnya akademik.
Di samping itu, beliau turut menjelaskan tentang klasifikasi sukan iaitu sukan
untuk semua, sukan berprestasi tinggi dan sukan pelancongan. Beliau juga turut
menjelaskan kemudahan yang disediakan di situ antaranya ialah gimnasium,
gelanggang silat dan tinju.Beliau juga telah member peluang kepada kami untuk
melihat kemudahan yang telah disediakan untuk atlet melakukan latihan. Beliau juga
telah memaklumkan kepada kami bahawa kebanyakan atlet akan berlatih pada
waktu petang jadi pada hari tersebut kami tidak berpeluang untuk menyaksikan para
atlet membuat latihan.
Setelah Encik Hafizi selesai memberikan penerangan tentang bagaimana
struktur pengurusan dan pentadbiran di MSN, beliau telah membuka ruang kepada
kami bagi menjalankan sesi soal jawab.
Sesi soal jawab
1. S : Adakah kerjasama di antara sekolah dan MSN bagi pemilihan atlet ?
J : Kerjasama antara MSN dan sekolah adalah wujud kerana MSN bekerjasama
dengan unit sukan di Jabatan Pelajaran Negeri atas dasar 1 Murid 1 Sukan.
Di peringkat negeri, MSN akan menghubungi JPN untuk memberi bantuan
seperti kursus kejurulatihan khasnya kepada guru untuk melatih atlit. Selain
itu, MSN juga member bantuan daripada segi teknikal seperti memberi
kemudahan kepada atlet di sekolah khususnya peringkat negeri untuk
menjalani latihan di MSN. Beliau juga turut menjelaskan bahawa
kebanyakan atlet iaitu lebih kurang 90% adalah berasal daripada sekolah
dan bakat mereka dikesan oleh guru khususnya di peringkat sekolah
rendah. Namun begitu, bagi sukan yang tidak dipertandingkan di sekolah,
MSN akan menghantar wakil untuk membuat program yang dikenali sebagai
Talent ID bagi mencari atlet dalam pertandingan tersebut seperti tinju dan
sekiranya atlet tersebut telah dipilih mereka akan diberikan latihan di MSN.

2. S : Bagaimanakah penganjuran sukan yang dilakukan oleh MSN dan
siapakah yang terlibat untuk menyertai pertandingan tersebut ?
J : MSN hanya menganjurkan sukan berprestasi tinggi seperti Sukan
Malaysia dan penyertaannya adalah terbuka kepada atlit yang terlibat
sahaja. Namun begitu, Encik Hafizi juga turut member kami maklumat
tambahan iaitu penganjuran sukan pelancongan seperti Le Tour de
Langkawi , penyertaan bagi sukan tersebut adalah terhad dan mengikut
kedudukan serta kelab yang berdaftar sahaja yang layak menghantar
atlit mereka untuk bertanding. Acara tersebut juga memerlukan lesen
serta atlit yang ingin menyertai perlu berdaftar dengan pertubuhan atau
penganjur berkenaan.Setelah selesai sesi soal jawab diadakan, kami
dibawa untuk melawat kawasan dan kemudahan yang digunakan oleh
atlit untuk menjalankan latihan.












Sesi lawatan
Pegawai yang bertugas membawa kami melawat kawasan di sekitar MSN
ialah Encik Nuar Hadi. Pertama sekali, beliau telah membawa kami untuk melawat
ke gymnasium di mana tempat untuk atlit gimrama melakukan latihan. Kami telah
diberi peluang untuk menggunakan alatan yang berada di situ.
















Gambar 1.1 Kemudahan yang
terdapat di gimnasium.
Gambar 1.2 Pelajar diberikan
peluang untuk mencuba alatan.
Penutup
Setelah sesi lawatan tamat, kami kembali semula ke Dewan Cemerlang bagi majlis
penutup.Majlis penutup dimulai dengan pengerusi majlis mempersilakan pensyarah
pengiring iaitu Encik Thanabalan a/l Muniandy untuk menyampaikan cenderahati
daripada pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim kepada pegawai yang bertugas iaitu
Encik Nuar Hadi dan Encik Mohd Hafizi untuk menerima cenderahati. Seterusnya
pengerusi lawatan iaitu saudara Wan Mohammad Hafizu bin Wan Abdullah telah
memberi ucapan penutup menandakan bahawa sesi lawatan ilmiah di MSN telah
berakhir pada jam 11.30 pagi. Oleh itu, diharapkan agar segala ilmu yang diperoleh
di MSN Pulau Pinang dapat diaplikasikan oleh pelajar ketika menjadi guru kelak.

You might also like