You are on page 1of 5

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Strategi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cergas dan berbakat: 1) Kaedah Pecutan Juga dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. i)Jenis Kaedah Pecutan Beberapa langkah yang berbeza -merangkumi mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). -kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. -Grade telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun. -Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu. -Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat.

2) Kaedah Pengayaan aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran. bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja atau projek. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas. belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari. 3) Kaedah Pengelompokan penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping (menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dan kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. 4) Kaedah Koperatif Bagi memastikan pelajar pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. enam jenis kaedah pembelajaran koperatif: - Kaedah jigsaw: Setiap ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka perolehi.

- Belajar bersama: semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. - Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin: guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalam satu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama. - Student Team Achievement Division: guru mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu. - Team Accelerated Instruction Mathematics: murid ditentukan berdasarkan kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. - Penyiasatan secara berkelompok: pelajar merancang satu kursus pembelajaran. 5) Kaedah Pengasingan kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan

kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa

yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima. 6) Program Ekspres menggunakan topik - topik aras tinggi dan memberi peluang murid bekerjasama dengan murid - murid yang lebih tua.

Memisahkan murid daripada rakan sekelas dan memberi peluang untuk belajar ikut keupayaan.

7) Guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

8) Penyediaan pembelajaran murid pintar cerdas -menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar

perlu diberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakan.

9) Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid-murid. 10) Menerima murid-murid sebagai dirinya (menyayangi murd-murid). 11)Menggalakkan murid-murid berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. 12) Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran. 13) Memberikan peluang kepada murid-murid memainkan peranan yang penting. 14) Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak.

15) Bilik Darjah Serba Lengkap Kurikulum dan pengajaran direka bentuk khas untuk memenuhi keperluan

mereka. Diberikan latihan khas. Pengajaran langsung dilaksanakan. Kecerdasan dan bakat masing-masing akan tercabar pada tahap potensi yang

maksimum. 16) Bilik Darjah Pull Out

Mereka meninggalkan bilik darjah untuk satu tempoh tertentu dalam jadual waktu

kelas.

bertujuan mengikuti pengajaran khusus,. kemudian kembali semula ke kelas asal mereka.

17) Bilik-Bilik Resos Berpeluang melakukan aktivit-aktiviti yang akan mencabar kebolehan masing-

masing, membuat bacaan senyap, membuat rujukan menggunakan internet dan sebagainya. 18) Kelas Khas

Diadakan selepas waktu persekolahan. Melalui kurikulum mengikut kadar kemajuan dan tahap kebolehan masing-

masing.

You might also like