You are on page 1of 4

Pada 9 Mac 2015 yang lalu, saya bersama 27 orang guru pelatih membuat lawatan

ilmiah ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan kami diiringi oleh seorang
pensyarah pembimbing iaitu Encik Saiful Bahari bin Mat dari jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan
Pentadbiran PJ (PJM 3123E). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah
mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan
pendidikan jasmani dan sukan. Disebabkan kami mengambil kursus pendidikan jasmani, kami
memilih untuk melawat para atlet dan belajar menganai struktur organisasi sukan pada
peringkat kebangsaan. Lawatan ini bermatlamat memperkembangkan mental, sosial , jasmani
dan rohani guru pelatih secara optimum, mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang
dipelajari secara teori, serta memperluas pengalaman guru pelatih dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran sukan, mempelajari tentang pengurusan dan pentadbiran sukan pada
peringkat kebangsaan serta menjalin hubungan baik dengan komuniti sukan diperingkat lebih
tinggi melalui lawatan ilmiah.
Sebelum membuat lawatan, kami membuat perbincangan dan perjumpaan bersama ahli
kelas untuk memilih ahli jawatankuasa dan memilih tempat lawatan. Pelantikan ahli
jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan
teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas dan
sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah
bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negara yang terletak
berhampiran dengan Stadium Putra Bukit Jalil.
Pada 9 Mac 2015, kami telah berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada
seawal jam 4.45 pagi. Setelah berkumpul

dan

memeriksa semua peralatan, kami telah

bertolak tepat pukul 5 pagi. Kami telah tiba Majlis Sukan Negara pada jam 9 pagi. Antara tentatif
lawatan kami ke Majlis Sukan Negara adalah untuk mengetahui pengurusan sukan di peringkat
kebangsaan. Sejurus tiba, kami telah diberikan taklimat ringkas oleh Encik Muhammad Zaidi
iaitu seorang penceramah di Majlis Sukan Negara. Beliau telah menerangkan kami tetang
tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak MSN terhadap para atlet Malaysia. Selain
daripada itu, beliau juga menerangkan kami tentang visi, misi dan carta organisasi Majlis Sukan
Negara.

Tambahan pula, beliau telah pun memberitahu kami tentang rutin harian para atlet kita.
Kami berasa terkejut setelah melihat jadual harian atlet kita kerana mereka tidak ada masa
untuk menikmati kehidupan seperti biaas. Dari seawal jam 5.00 pagi sehingga malam mereka
perlu membuat latihan fizikal untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada diri
mereka. Mereka tidak diberikan cuti dan perlu berlatih sepanjang minggu. Pada atlet akan
bercuti apabila jurulatih memberikan cuti kepada mereka. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita
hendaklah menghormati pengorbanan para atlet kita dan mendoakan agar mereka dapat
mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Selaras dengan itu, para atlet kita juga ada beberapa kelebihan. Antaranya ialah,
mereka mendapat elaun pada tiap-tiap bulan. Selain itu, MSN menyediakan tempat penginapan
bagi mereka dan mereka tidak perlumembuat bayaran balik. Para atlet juga dibekalkan
makanan percuma di kafetaria dan di situ terdapat pelbagai jenis makanan yang berkhasiat.
Selepas taklimat ringkas tersebut, beliau telah mengadakan sesi soal jawab dengan
kami. Melalui sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali peranan
pihak pengurusan danpentadbiran adalah asas kepada kejayaan MSN melahirkan atlet bertaraf
dunia. Sesuai dengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, saya
dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari kemahiran dan kekuatan atlet semata-mata,
tetapi disokong dan dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan
pelbagai bantuan dari pelbagai bahagian.
Sesi pemberian cenderamata juga telah berlangsung di dalam dewan tersebut. wakil
IPG Kampus Ipoh telah memberikan cenderamata kepada pihak MSN sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami. Selepas agenda
tersebut, Encik Muhammad Zaidi dengan diiringi oleg seorang pelatih yang berparktikal di
tempat tersebut membawa kami untuk melawat kawasan MSN. MSN mempunyai segala
kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para atlet sukan. Antaranya ialah, gelanggang
badminton, padang bola sepak dan peralatan gimnastik, gymnasium dan sebagainya. Kami
sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak MSN kerana pengurusan
yang menyediakan ruang taklimat yang selesa dan menyediakan jamuan minum petang.
Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
dan Sukan ini benar-benar telah memberi pengalaman yang cukup berharga buat diri kami
sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah kami perolehi semasa program
lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan merupakan

asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititikberatkan. Selain memberikan satu pengalaman
baru yang bermakna dalam hidup kami, pelbagai pendedahan yang kami perolehi semasa
lawatan ilmiah ini juga telah membuka mata dan minda kami bahawa pengurusan dan
pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali. Perancangan yang teliti
akan menghasilkan tugasan yang sempurna. kami juga dapat mengaplikasi ilmu yang kami
terima ini untuk menguruskan panitia dengan baik dan lancar.
Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh ialah kami
berpeluang melihat sendiri para atlet bertungkus-lumus berlatih untuk setiap sukan yang akan
mereka sertai pada tahun ini. Jadual setiap atlet adalah padat dan mereka bertungkus-lumus
mereka berjuang berlatih untuk menaikkan nama negara dalam sukan. Kami berpeluang
melihat sendiri atlet dalam acara memanah, larian, angkat berat, paralimpik, menembak dan
bermacam-macam-macam lagi. Malah kami berasa teruja apabila dapat merasai sendiri
menggunakan alat untuk beberapa acara seperti memanah dan menembak. Peluang tersebut
tidak kami lepaskan dan telah kami gunakan sebaik mungkin.
Terdapat aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam sesuatu refleksi.
Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ialah kami banyak bertanya soalan dan
tekun mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh jurulatih bagi setiap jenis sukan yang
sempat kami lawati.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah
kekurangan kolaborasi di antara ahli jawatankuasa perhubungan dengan pihak MSN
menyebabkan berlakunya salah faham dan menimbulkan masalah pada awal lawatan. Antara
cadangan penambahbaikan ialah pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil inisiatif
untuk berhubung dengan pihak yang terlibat bagi mengelakkan berlakunya salah faham atau
kejadian yang tidak diingini berlaku.
Penganjuran lawatan ini turut memberi kesedaran dan pendedahan awal tentang
pengurusan dan pentadbiran sukan di samping membuka minda para pelajar untuk mengetahui
isu semasa serta menimba pengalaman untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Melalui sesi
refleksi yang dijalankan, semua pelajar menyuarakan rasa banga dan bertuah kerana diberikan
peluang menganjurkan program seumpama ini dan masih mengharapkan program susulan bagi
kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

You might also like