You are on page 1of 12

Laporan Tentang Lawatan Ke Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Pada hari 6 May 2012, subjek Pengurusan Kokurikulum

(Gerko) telah mengadakan satu lawatan ke Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Lawatan ini disertai oleh tiga opsyen iaitu BC2, PA 2 dan TESL 2, seramai 67 orang guru pelatih diiringi oleh pensyarah En. Mohd Sidek Bin Mohamad, En. Hassan Bin Ahmad dan Cik. Siti Khalidah Binti Khalid. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemudahan-kemudahan di bawah Majlis Sukan Negara, jadual harian atlet, pencapaian atlet dalam Sukan Antarabangsa, sukan dalam program Majlis, Pembangunan Atlet dan sebagainya. Pada pukul 8.00 pagi, ketiga-tiga kelas telah berkumpul di tapak perhentian bas IPTHO. Pensyarah-pensyarah telah memberi taklimat ringkas kepada semua tentang faktor keselamatan, peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang lawatan dan jadual waktu lawatan kedua-dua hari. Pada pukul 8.30 pagi, semua guru pelatih menaiki bus dan bertolak ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebelum tiba di destinasi yang hendak ditujukan, kami telah bersarapan pagi di Jentayu. Pada pukul 2.00 petang, kami telah tiba di Putra World Trade Centre (PWTC). Kami pun telah membuat satu lawatan pameran buku di PWTC. Dalam pameran buku ini, terdapat pelbagai pihak penerbitan telah mempamerkan buku-buku dalam bidang termasuk Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Matematik, Geografi, Sains Tulen dan sebagainya. Tambahan pula, buku-buku cerita dan permainan tradisional seperti congkak telah dipamerkan dalam pameran ini supaya generasi baru dapat terdedah tentang kebudayaan tradisional dan adat resam pelbagai kaum. Kementerian Pelajaran

Malaysia telah memberi maklumat tentang permohonan akademik untuk institusi pendidikan awam. Melalui pameran buku ini, kami dapat menimba ilmu pengetahuan yang berlebihan selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bah kata pepatah, ilmu ialah kunci untuk gudang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kami semua sangat

menghargaikan peluang keemasan ini untuk melengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu. Selepas kami makan makanan tengah hari, kami pun berkumpul semula di pintu depan PWTC untuk menaiki bas ke destinasi yang seterusnya. Pada pukul 6.00 petang, kami telah sampai ke Kompleks Time Square. Pensyarah telah memberi masa kepada kami selama 2 jam untuk aktiviti bebas. Kami telah menikmati persekitaran Kuala Lumpur yang begitu maju dan makmur. Seterusnya, kami pun membeli-belah dan makan malam dalam Time Square. Melaluinya, kami dapat merapatkan hubungan antara opsyen dimana sebelum ini tidak pernah pun bertegur sapa. Hubungan yang mesra dan erat dapat membolehkan kami menjalankan aktiviti dengan lancar. Kami berasa gembira dan seronok dengan bersiar-siar dengan rakan sekelas dan melepaskan tekanan kami. Pada pukul 8.00 malam, kami berkumpul di stesen bas berdepan di Time Square. Seterusnya kami pun bertolak ke Bangi Lanai Hotel, Lot 2191, Jalan Makmur, Off Jalan Teras Jemang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya Kuala Lumpur. Pensyarah telah mengagihkan bilik kepada semua dengan 6 orang satu bilik. Apabila kami mendapat kunci bilik, kami terus pergi ke bilik masing-masing untuk persiapan diri disebabkan

berasa penat selepas berjalan-jalan sepanjang hari. Selepas satu jam, kami diminta berkumpul di depan hotel untuk mendengar taklimat ringkas tentang jadual waktu lawatan pada hari esok. Pada hari 7 May 2012, jam pukul 8.00 pagi, kami telah mengemaskan bag lagasi ke dalam bas dan memulangkan kunci-kunci kepada pihak pengurusan hotel. Seterusnya, kami bertolak ke destinasi yang kami menantikan dan mengharapkan Majlis Sukan Negara. Semasa kami sampai ke Majlis Sukan Negara, kami dapat melihat Stadium Bukit Jalil yang begitu mengagumkan dan tersergam megah. Kami berjalan kaki ke dalam bangunan Majils Sukan Negara dan telah disambut oleh seorang atlet bersara. Beliau telah memberi penerangan kepada kami sepanjang lawatan ini dijalankan. Isi kandungan penerangan beliau termasuk bangunan-bangunan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Majlis Sukan Negara iaitu Blok pentadbiran, Institut Sukan Negara, Asrama, Gimnasium, padang & trek utama, padang & trek, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Dewan Komanwel. Beliau telah memberitahu pengetahuan kepada kami tentang fungsi kemudahankemudahan yang disediakan. Yang pertama, beliau telah membimbing kami ke Venue Latihan. Dalam Venue Latihan, terdapat beberapat atlet dalam kategori angkat berat sedang membuat aktiviti warming up untuk bersiap sedia menerima latihan daripada jurulatih. Terdapat seorang atlet yang bernama Intan Ayuni telah membuat demonstrasi kepada kami tentang teknik mengangkat berat dan kelengkapan yang perlu dipakai seperti tali pinggang, kapur dan sebagainya untuk mengelakkan daripada sebarang kecedaraan..

Seterusnya, kami berpindah ke padang bola sepak. Atlat bersara tersebut menjelaskan tentang padang rumput yang dipakai adalah rumput tiruan untuk mengelakkan pemain bola sepak daripada mengalami kecederaan. Rumput tiruan ini boleh digunakan selama 10 tahun sahaja.Perbelanjaan padang bola sepak ini sebanyak setengah juta. Hal ini disebabkan sport light yang digunakan di padang ini telah mengambil kos yang tinggi. Beliau juga telah menerangkan sedikit tentang Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sekolah ini tidak mempunyai kemudahan sukan. Semuanya akan dibekalkan oleh Majlis Sukan Negara. Yuran persekolahan akan dibayar sepenuhnya oleh pihak Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sistem pengajaran dan pembelajaran adalah sama dengan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Selepas tamat persekolahan, peluang pelajar untuk melanjutkan ke universiti adalah lebih tinggi jika berbanding dengan sekolah biasa. Biasiswa yang ditawarkan adalah lebih tinggi jika berbandingan dengan pelajarpelajar dari sekolah lain. Selepas itu, kami dibawa ke Padang & Tred Utama juga boleh dikenali sebagai mini stadium. Stadium ini digunakan untuk atlet membuat latihan. Selain itu, mini stadium ini juga dibekalkan kepada sekolah-sekolah di Kuala Lumpur untuk membuat permohonan supaya dijadikan tempat penganjuran kejohanan olahraga. Di sana, kami ternampak satu atlet berkategori larian yang bernama Roslinda Shamsu. Kami juga melawat ke tempat gymnastik. Tempat ini adalah digunakan untuk gymrama dan wushu serta juga boleh digunakan untuk sukan lain.

Seterus itu, kami teleh pergi menghadiri taklimat di bilik taklimat. Salah satu jurulatih telah memberikan taklimat kepada kami. Beliau telah menayangkan satu video kami, kandungan video telah merangsangkan pemikiran kami supaya dapat berkhidmat kepada Malaysia dalam bidang sukan. Video yang ditayang itu mengandungi etlet-etlet yang cemerlang dalam sukan Malaysia. Mereka telah mewakili Negara Malaysia dan telah mendapat kemenangan yang sangat baik. Video ini sangat baik kerana telah menunjukkan taraf kesukanan negara kami sedang naik seperti permainan badminton yang diwakili Dato Lee Chong Wei, Skuasy yang diwakili oleh Nicole David, dan lainlain lagi. Selepas video ditayangkan, Jurulatih itu telah menerangkan dengan lebih teliti tentang kerjayaan sukan dalam negara. Selain itu, beliau juga telah menerangkan kehidupan seseorang atlet yang Berjaya. Pengorbanan mereka sangat tinggi kepada kami kerana kebanyakkan daripada masanya telah dijadikan sebagai latihan untuk mendapat kecermalangan dalam sukan itu. Selain itu, beliau juga telah menyatakan Malaysia mempunyai 11 atlet yang menduduki 10 ranking terbaik dunia. Hal ini bermakna tahap sukan negara kita sedang naik dan bukannya di bawah lagi. Pengorbanan daripada atlet-atlet sukan itu amatlah memerlukan penghormatan kita. Selepas taklimat ini tamat, penyampaian cenderamata daripada pihak Majlis Sukan Negara kepada kami telah dijalankan. Kami pun pulanglah semula ke IPGKTHO. Daripada lawatan kali ini, kami berasa sangat berfaedah. Kami telah mendapat banyak pengetahuan yang tidak pernah kami dapati daripada kehidupan biasa. Oleh itu, kami amat menghargai lawatan ini dan tidak akan melupakan saat-saat genting ini. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cadangan yang ingin kami nyatakan daripada

lawatan kali ini iaitu: pameran yang dijalankan bolehlah mempamerkan lebih banyak lagi buku yang berlainan bidang supaya lebih banyak orang yang dapat mendapatkan buku kegemaran mereka. Selain itu, kami berharap agar sesetengah guru pelatih yang tidak dating pada waktu yang telah ditetapkan akan menepati masa pada hari nanti kelak. Kami juga berharap agar jenis lawatan seperti ini akan dapat dilancarkan semula pada masa depan supaya pengalaman dan pengetahuan dapat kami mengambil daripadanya kemudian. Hal ini akan mengelakkan kami daripada menjadi katak dibawah tempurung. Akhir sekali, semoga semua peserta dan pensyarah yang telah pergi ke lawatan itu akan dapat menghayati matlamat, objektif, pengalaman, kemahiran yang banyak melalui lawatan kali ini. Sekian.

Disediakan oleh:

________________ (TEO KER SING) Setiausaha Kelab Alam Sekitar, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Lampiran

Majlis Sukan Negara Malaysia

Tempat di sekitar kawasan Tempat di sekitar kawasan

Tempat di sekitar kawasan

Tempat di sekitar kawasan

Alat-alat Angkat Berat

Alat-alat Angkat Berat

Atlet Angkat Berat

Jurulatih Angkat Berat

Tempat Gymnastik Tempat VIP

Padang Sukan Hostel Atlet

Padang Tiruan

Kecil

Bola

Sepak

Rumput Asrama Atlet

Jurulatih Papan Kenyataan taklimat.

sedang

menyampaikan

jurulatih memberikan taklimat. Penyampaian cenderamata daripada

Jurulatih kepada Kami.

Pensyarah Pengiring atlet bersara yang memberikan keterangan.

You might also like