You are on page 1of 3

Sukaneka ini telah dilaksanakan dalam bentuk stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti-aktiviti tertentu.

Di setiap stesen, murid-murid dikehendaki untuk menjalankan setiap aktiviti yang disediakan . Selepas menghabiskan 6 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dikumpulkan dan pasukan yang mempunyai markah yang tertinggi akan akan dikira sebagai pemenang. Untuk pembahagian kumpulan pula, sebanyak 6 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan akan mempunyai ahli sebanyak 9 orang.

Aktiviti sukaneka ini dapat membina disiplin murid-murid dengan mematuhi peraturan-peraturan permainan. Selain itu, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan murid serta murid dan murid. Aktiviti ini juga dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih serta menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sukaneka ini bertujuan untuk membina disiplin murid-murid dengan peraturan permainan yang perlu dipatuhi, mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid serta murid dan murid, mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan guru pelatih, dan menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan.

Terdapat beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan. Setiap permainan telah diaturkan mengikut stesen. Terdapat 6 permainan yang dirancang yang membentuk 6 stesen. Di setiap stesen, murid-murid dikehendaki menyelesaikan permainan yang disediakan. Terdapat stesen yang mengkehendaki murid untuk mengumpul mata. Di stesen ini, murid perlu mendapatkan seberapa banyak mata untuk membantu pasukan mereka memperoleh mata terkumpul yang banyak. Selepas menghabiskan 6 stesen, markah-markah dari setiap stesen akan dijumlahkan dan pasukan yang mendapat markah paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Antara permainan yang terdapat di stesen- stesen ialah: i. Stesen 1 (Helang Tangkap Ayam)

ii. iii. iv. v. vi.

Stesen 2 (Rebut Kerusi) Stesen 3 (Pass gelung getah) Stesen 4 (Tingting) Stesen 5 (Sepak kasut) Stesen 6 (Mambo)

Program ini bermula jam 4.00 petang dimana murid-murid perlu mendaftar nama dan diberi sedikit taklimat mengenai program yang akan dijalankan. Acara permainan bermula kira-kira jam 4.10 petang. Setiap murid bersungguhsungguh untuk memenangi pertandingan ini. Permainan ini tamat pada jam 6.00 petang.

Secara keseluruhan, aktiviti yang telah kami rancangkan telah Berjaya dilaksanakan. Murid juga terkawal dan mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan. Kerjasama yang diterima juga boleh dipujikerana murid tidak menimbulkan sebarang bentuk masalah dan gangguan. Murid mengikut arahan daripada guru dengan baik dan ini menyebabkan program yangdijalankan tidak mengambil masa yang lama dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun pada awalnya kami berasakan agak bimbang terhadapmasa yang diperuntukkan tidak mencukupi, namun demikian semuanya dapatdiatasi dengan jayanya. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ini,mendapat kerjasama daripada semua murid untuk memberi yang terbaik untukmemenangi permainan ini. Akhir sekali, kami berharap agar usaha yang telahdilakukan ini akan memberi manfaat terhadap semua pihak untuk samasamaberkongsi pengalaman dan dapat diaplikasikan apabila berada di sekolah kelak.

Setiap pelajar yang menyertai acara ini bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan tersebut. Semangat kesukanan dan kerjasama yang erat di antara peserta amat jelas semasa permaian sukaneka ini berlangsung. Di samping itu juga, arahan peraturan dan bimbingan yang diberikan oleh pihak penganjur amat jelas dan boleh memberi pemahaman kepada setiap peserta. Selain itu, pemantauan yang dilakukan oleh pengerusi dan ahli jawatankuasa pertandingan juga telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti permaianan tersebut berlangsung.

Sejurus selepas itu, peserta dan ahli jawatankuasa penganjur dikehendaki berkumpul di dewan untuk menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

You might also like