You are on page 1of 3

Dalam kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan

kajian hubungan etnik menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar
integrasi. Kadar integrasi dalam satu-satu komuniti ditentukan oleh faktor sama
ada ahli-ahli komuniti itu berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli kaum
lain. Menurut beliau para pelajar yang berada di kampus mempunyai peluang
dan kebebasan untuk bercampur gaul antara satu sama yang lain. Sekiranya
para pelajar tidak menggunakan peluang yang sedia ada untuk berhubung
dengan kaum lain, maka ia berkemungkinan mewujudkan jurang dan polarisasi
kaum di sekolah.
Mengikut Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan
Sosial di Malaysia 2001-2005, penerapan mengenai hubungan etnik dan
integrasi nasional hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia
kanak-kanak dan remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat ini
mereka mudah dididik dan diasuh untuk hidup dalam harmoni di antara satu
sama lain. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi tidak didedahkan kepada
perjalanan hidup yang kompleks yang memberikan kesan sama ada positif atau
negatif. Institusi memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi
yang harmoni dan bertoleransi.
Menurut Rusimah Sayuti (2010) pula dalam Kajian Hubungan Kaum Di
Kalangan Pelajar Sekolah mengatakan bahawa perpaduan antara seluruh warga
masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu
negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, oleh itu untuk
memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai,
perpaduan antara warganya yang berbilang kaum harus terus dipupuk. Untuk
memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula
dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon
golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa
akan datang kelas.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Zainuren Mohd. Nor
berkata aspek perpaduan tidak boleh dipinggirkan agar terus menjadi pancang

dasar dan program pendidikan di negara ini. Oleh itu, semua warga pendidik
harus memberikan ruang dan perhatian dalam merancang dan melaksanakan
pengukuhan perpaduan nasional dan pembinaan semangat patriotisme di setiap
peringkat pendidikan menerusi pelbagai pelaksanaan program pendidikan
kenegaraan yang lebih berstruktur.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa peranan sekolah adalah penting untuk
menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan para pelajar.
Kajian Rusimah Sayuti (2010) menunjukkan lagi bahawa suasana atau
interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang positif dengan tahap
keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan persepsi hubungan
antara

kaum.

Dicadangkan

supaya

program-program

yang

boleh

menghangatkan suasana atau iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan


agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam sekolah dan
seterusnya diamalkan dalam kehidupan di luar sana.
Jadi, pihak sekolah perlu mendorong semua warga sekolah bekerjasama
menyediakan program-program baru yang mengandungi unsur perpaduan.
Kajian tentang tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pelajaran
kemahiran hidup bersepadu yang diperkenalkan oleh Abdul Rahim Bin Hamdan
& Ismail Fauzi Bin Jamaludin (2008) dijalankan untuk melihat tahap perpaduan
pelajar pelbagai kaum yang diterapkan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dikalangan pelajar Sekolah Menengah Tun Abdul Razak, Selekoh,
Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan perpaduan menerusi
matapelajaran Kemahiran Hidup adalah tinggi. Hasil kajian memerlukan tindakan
dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi mengekalkan dan membantu meningkatkan lagi nilai
perpaduan dikalangan pelajar.
Menurut Imam Syafie (2012) dalam kajian Pendidikan Sejarah dalam
memupuk perpaduan kaum di Malaysia mengatakan bahawa Dasar Pendidikan
Kebangsaan menggariskan matapelajaran Sejarah sebagai alat yang boleh

mewujudkan nilai perpaduan dalam diri individu tidak kira bangsa atau agama.
Penekanan pendidikan Sejarah tertumpu kepada kesedaran sejarah, toleransi
dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa
depan negara. Melalui pelajaran Sejarah, diharap dapat membina semangat
perpaduan dan perasaan hormat-menghormati terutama dalam masyarakat
berbilang kaum, keturuan, agama dan adat resam.
Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sejarah boleh dianggap
sebagai kurikulum utama ke arah perpaduan

nasional dan pemupukan

kesetiaan dalam kalangan rakyatnya.


Kesimpulannya, satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di
dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia,
hakikat bahawa pendidikan merupakan agen perubahan memainkan peranan
yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi
muda atau pelajar. Tumpuan kemudiannya adalah kepada melahirkan negara
bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dalam
kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.

You might also like