You are on page 1of 22

SEKOLAH

WAWASA
N
GABRIELLA ANAK WILLIAM
LENNY ANAK MANGAI
MARGARET WONG YEE VUN
TAY CHENG KEE
RINA BINTI ADNAN

Pendahuluan
Kementerian Pendidikan kini giat merancang dan
melaksanakan program Sekolah Wawasan. Namun,
pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi
daripada pelbagai pihak terutamanya reaksi negatif
daripada pihak pembangkang.
Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang
agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah
vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan
melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di
kalangan golongan muda negara pada masa depan.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan


Sekolah integrasi ini berpegang kepada
konsep belajar bersama-sama di bawah
satu bumbung atau satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum dan agama.
Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah
sekolah
yang
berlainan
aliran
dan
pentadbiran dibina dalam kawasan yang
sama
dan
berkongsi
kemudahankemudahan
asas
seperti
padang
permainan, dewan, pusat sumber, bilik
komputer, kantin dan sebagainya.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan


Perkongsian kawasan dan kemudahan
sekolah ini memungkinkan usaha-usaha
penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk
serta memupuk semangat persefahaman
dan toleransi antara kaum, khususnya di
kalangan murid-murid sekolah sejak di
peringkat rendah lagi.

MATLAMAT
Mewujudkan perpaduan di kalangan muridmurid yang berbagai-bagai bangsa, latar
belakang dan fahaman agama.
Memupuk semangat integrasi antara
pelajar dari pelbagai aliran.

MATLAMAT
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat
toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu.
Menggalakkan interaksi yang maksimum
antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah.

Pentadbir
an dan
Pengurus
an
Kewanga
n

Kurikulu
m dan
Bahasa
Penganta
r

Ciri-Ciri
Dan
Pelaksana
an
Sekolah
Wawasan

Kokurikul
um

Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan


Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah
berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan
menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk
lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah
masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan
(Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti
yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan
(Peruntukan Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan
Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran
masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal
sekolah-sekolah berkenaan.

Pentadbiran dan Pengurusan


Kewangan
Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan
sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan,
gelanggang permainan dan padang.
Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua
orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal
pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.
Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah
berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira
dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan
nisbah murid.
Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga
mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.

Kurikulum dan Bahasa


Pengantar
Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan
dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah
Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan
Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut
Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga
adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga
pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang
telah ditetapkan.

Kurikulum dan Bahasa


Pengantar
Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan
dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah
Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan
Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut
Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga
adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga
pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang
telah ditetapkan.

Kokurikulum
Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di
setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan digalak
menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara
bersama.
Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan
semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah
masing-masing.
Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti
kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah
berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah
masing-masing.

Kokurikulum
Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah
Wawasan adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan
Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara
bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh
mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan.
Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama
dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil
juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu
yang perlu diperjelaskan.
Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan
mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan
menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

Kesimpulan
Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu
membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu,
bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat
setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi
terhadap bangsa dan negara.
\Justeru, pelaksanaan Sekolah Wawasan oleh pihak
kerajaan tidak seharusnya dieksploitasikan oleh pihak
tertentu terutamanya pembangkang untuk
kepentingan politik maisng-masing kerana matlamat
asal penubuhan sekolah tersebut amat penting iaitu
dalam melahirkan generasi yang bersatu-padu dan
saling memahami antara satu sama lain.

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks


Sekolah Wawasan yang telah beroperasi
dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah
Buntar, Perak
Kompleks Sekolah
Setar, Kedah
Kompleks Sekolah
Pinang
Kompleks Sekolah
Selangor
Kompleks Sekolah
Perak

Wawasan Pekan Baru, Parit


Wawasan Taman Aman, Alor
Wawasan Tasik Permai, Pulau
Wawasan USJ 15, Subang Jaya,
Wawasan Pundut, Seri Manjung,

Kompleks Sekolah Wawasan

Kem Membaca

Program Nilam

Aktiviti Kelab Silat

Senamrobik

Sukan Tahunan

You might also like