You are on page 1of 2

Apakah UASA?

UASA atau Ujian Akhir Sesi Akademik adalah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif di akhir kalendar
akademik. Ujian akhir sesi akademik adalah bukan merupakan pentaksiran pusat. Ianya dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan
membandingkan prestasi ataupun pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
Tujuan UASA Ujian Akhir Sesi Akademik bertujuan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid ataupun
kandungan yang dipelajari setiap pelajar sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ianya dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Sekaligus maklumat ini dapat membantu guru merancang dan menjalankan intervensi untuk membangunkan potensi
murid.

You might also like