You are on page 1of 1

010322-08-0250

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana
dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pengajian Am Penggal
2 tahun 2020 dalam masa yang ditetapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pentadbir sekolah, SMK GAJAH BERANG,MELAKA iaitu Pengetua Tuan Haji
Muhammad Nizam Bin Haji Abdullah dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu
Encik Chu Yuan Lye kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Puan Zuraidah Binti Mamat selaku guru Pengajian Am.
Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih
kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya, Wong Swee
Sung dan Wong Yoke Ping yang banyak menyokong dan membantu saya dalam
melaksanakan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 tahun 2020
yang bertajuk masalah penyakit yang dihadapi oleh warga emas di Taman Seri
Mangga,Melaka.

Di samping itu, saya juga ingin memberi penghargaan kepada rakan-


rakan atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat agar saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden
dan informen saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan
temubual.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang turut membantu dalam
menjayakan kerja kursus ini.Pelbagai cabaran dan rintangan telah saya hadapi dalam
proses menyiapkan kerja kursus ini,namun atas bantuan dan sokongan serta berkat
doa kepada Maha Esa, dapat saya melaksanakan dengan jayanyakerja kursus
Pengajian Am Kertas 4(900/4) Penggal 2 Tahun 2020.

You might also like