You are on page 1of 2

Selamat Sejahtera dan selamat pagi.

Yang dikasihi dan diraikan Puan Norhafizah Binti Ahmad Kamal, Guru Besar Sk
Setiawan,

Yang dihormati Encik Syamil Bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIGB Sk Setiawan.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukurlah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberi ruang dan
peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna
ini. Selamat datang dan terima kasih kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam
majlis ini yang diadakan khusus untuk meraikan persaraan Puan Norhafizah Binti
Ahmad Kamal, Guru Besar Sk Setiawan yang sangat kami hormati.

Hadirin sekalian,

Saya sebagai wakil Sk Setiawan, ingin mengambil kesempatan ini untuk


menyatakan bertapa bangga kami selama ini kerana dapat berkhidmat di bawah
pentadbiran Puan Norhafizah. Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi
dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru yang lain. Sehingga ke saat ini,
Puan Norhafizah masih berkerja keras melunaskan amanah yang diberikan kepadanya
bagi memastikan semua berjalan dengan lancar selepas peninggalannya. Puan
Norhafizah yang kami kenali selama ini mempunyai wawasan yang jelas dalam
melestarikan kecemerlangan pendidkan murid-murid di sekolah ini. Beliau merupakan
seorang yang tegas, cekap, berdisiplin, penyayang dan mempunyai pengetahuan yang
luas dalam pengurusan sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Selama


lima tahun berkhidmat sebagai guru besar, beliau telah memberi sokongan dan
komitmen yang sangat tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah dan membawa
pelbagai perubahan. Saya mewakili seluruh warga SK Setiawan, ingin mengambil
kesempatan ini untuk memohon kemaafan dari puan andai ada antara kami tersilap
kata atau tutur bicara yang menyinggung perasaan puan. Segala jasa bakti puan
sepanjang berkhidmat di sekolah amat dikenang dan dihargai.

Sekian Terima Kasih.


.

You might also like