You are on page 1of 1

040201-02-0558

Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa pihak yang telah memberi sumbangan
dan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus Pengajian Am
yang bertajuk sosial dan budaya, kejiranan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua cemerlang SMK Sultan
Ibrahim Kulai, Tn Hj Mohd Bakri bin Mat Diah, yang memberi sokongan dan dorongan kepada
kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada Cikgu Hamidon Bin Abd
Ghani, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, yang sentiasa menyuntik motivasi kepada kami .

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Pengajian Am saya,
iaitu Cikgu Ishak bin Mohd Hassin.Beliau sentiasa sabar dalam memberi tunjuk ajar dan
cadangan bagi menjayakan dan memperbaiki kerja kursus ini. Selain itu, beliau juga sering
memberi nasihat dan bimbingan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti kerja kursus yang
dihasilkan ini .Beliau turut memberi dorongan dan semangat dengan mengatakan kata-kata
motivasi kepada para pelajar ketika melaksanakan kerja kursus ini.

Tambahan pula, saya ingin memanjangkan penghargaan kepada ibu bapa saya kerana mereka
sudi menanggung segala perbelanjaan yang diperlukan semasa menjalankan kerja kursus ini.
Mereka juga memberi cadangan yang berharga dan semangat kepada saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan jayanya. Pada masa yang sama, saya ingin merakamkan penghargaan
kepada rakan-rakan yang sedia membantu saya dengan memberikan nasihat dan semangat
semasa berbincang secara berkumpulan.

Akhirnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka iaitu rakan-rakan dan
reponden-responden yang turut menyumbang dan membantu saya dalam menyiapkan kerja
kursus Pengajian Am ini.

You might also like