You are on page 1of 14

SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU

PETI SURAT 2356,

89008 KENINGAU

SABAH

KERTAS KERJA

PENUBUHAN

“ KELAB PERMAINAN TRADISONAL “

TAHUN 2018

1
KERTAS KERJA CADANGAN

KELAB PERMAINAN TRADISIONAL

SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU, KENINGAU SABAH

2018

1.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengusulkan cadangan untuk menubuhkan Kelab
Permainan Tradisional Sekolah Kebangsaan Liau Keningau Sabah. Kelab ini ditubuhkan
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mengenal budaya
masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia melalui permainan tradisional kerana
permainan tradisional itu sendiri adalah lambang dan menggambarkan serta
mencorakkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping murid mendapat
pendedahan, murid juga dapat menghayati dan menghargai keunikan masyarakat
berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Kelab Permainan Tradisional merupakan usaha terancang pihak sekolah Kebangsaan


Liau untuk melibatkan murid dalam mengenali lebih mendalam lagi tentang kepelbagaian
kaum di Malaysia melalui permainan tradisional. Permainan tradisional adalah warisan
bangsa yang tidak ternilai bagi masyarakat kita yang tidak ada pada masyarakat dunia
yang lain dan sudah menjadi tanggungjawab setiap masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia untuk memelihara warisan yang menjadi identiti kita lebih-lebih lagi dalam
peringkat akar umbi. Permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang
sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat tersebut untuk suatu tempoh masa yang
tertentu. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Kelab Permainan Tradisional ini akan
membolehkan penglibatan aktif murid bagi menimbulkan rasa sayang akan keunikan
kaum dan sekaligus memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, intelek, rohani dan sosial
(JERIS).

2
3.0 Rasional

3.1 Sekolah Kebangsaan Liau belum mempunyai kelab yang melibatkan permainan
tradisional yang mampu memberikan input tentang permainan tradisional kepada
murid.
3.2 Sekolah Kebangsaan Liau mempunyai guru-guru yang berpengalaman luas dalam
bidang kebudayaan kaum iaitu permainan tradisional dan guru-guru bersedia untuk
mengikuti mana-mana kursus yang melibatkan permainan tradisional.
3.3 Sekolah Kebangsaan Liau juga mempunyai murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan berminat dalam menyertai Kelab Permainan Tradisional.
3.4 Pendedahan kepada permainan tradisional adalah menjadi tanggungjawab pihak
sekolah untuk memberikan pendedahan kepada murid agar keunikan permainan
tradisional dalam pelbagai kaum tidak pupus ditelan zaman.
3.5 Warisan bangsa dapat dipelihara dan dijaga keasliannya.

4.0 MATLAMAT

Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga dan menghargai
keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia melalui permainan tradisional.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menjadikan SK Liau sebagai sekolah yang memartabatkan keunikan budaya


masyarakat majmuk di Malaysia melalui permainan tradisional
5.2 Melahirkan perasaan sayang dan menghargai kepada warisan bangsa dalam
kalangan guru dan juga pelajar.
5.3 Mengembangkan minat dan kemahiran pelajar terhadap permainan-permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia.
5.4 Menjadikan SK Liau sebagai sekolah yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu
dari segi kuriikulum mahupun penglibatan dalam kokurikulum.
5.5 Memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar dan guru melalui
permainan tradisional kaum masing-masing.
5.6 Menyumbang kepada penjagaan warisan bangsa dan budaya kaum di Malaysia.

3
6.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Nama yang dicadangkan bagi persatuan ini adalah Kelab Permainan Tradisional Sekolah
Kebangsaan Liau Keningau, Sabah.

7.0 MOTTO/TEMA

Memartabatkan Warisan Bangsa Melalui Permainan Tradisional

8.0 MISI

Menjadikan Kelab Permainan Tradisional sebagai persatuan yang menjadi platform saluran
budaya kepada masyarakat Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

9.0 VISI

Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan permainan tradisional sebagai keunikan


budaya dan lambang yang menggambarkan corak kehidupan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum.

10.0 KUMPULAN SASARAN

Keahlian dalam kelab ini dibuka kepada semua murid dari darjah satu hingga enam yang
berminat dalam menyertai Kelab Permainan Tradisional dan dihadkan kepada 50 orang.
Jumlah guru yang terlibat dalam kelab ini adalah seramai 6 orang.

11.0 LOGO

4
Maksud logo

I. Pelbagai permainan tradisional


 Membawa maksud kepelbagaian permainan tradisional yang terdapat di Malaysia
II. Reben bergulung
 Melambangkan keunggulan kelab sebagai sebuah kelab yang sentiasa bergerak
secara aktif untuk memartabatkan dan memperkenalkan permainan tradisional
kepada masyarakat luar.
 Berwarna biru bermaksud perpaduan kaum yang dapat dibina hasil daripada
Kelab Permainan Tradisional yang ditubuhkan.
III. Reben bertulis “Permainan Tradisional”
 Melambangkan identiti Kelab Permainan Tradisional.
 Berwarna merah jambu membawa maksud keseronokan yang diperoleh melalui
penglibatan dalam permainan tradisional.

12.0 LAGU KELAB


Tajuk : Kelab Permainan Tradisional
Lirik/melodi : Anjus Yussally

Kelab Permainan Tradisional

Bakat kami tercungkil di sini

Seronok bersama-sama

Dengan kawan di kelab ini

Kebolehan kami semua

Berkembang dengan cemerlang

Nama sekolah dijulang

Di mata dunia

Kami junjung capai cita-cita

Kelab permainan tradisional

Terus gemilang

5
13.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Kelab Permainan Tradisional akan terdiri daripada

Penaung : Puan Aslina Binti Mohd Yusof

Pengerusi : Kevin Arthur Samuel

Naib Pengerusi : Siti Faezah Binti Subri

Setiausaha : Azierah Binti Ishak

Penolong Setiausaha : Benjamin Marcus Fidelis

Bendahari : Christie Donnie

Penolong Bendahari : Danial Bin Ishak

Ketua Kumpulan 1) Mary Ann Thomas

2) Mohamad Azman Bin Mohamad Ali

3) Randy Francis

4) Ikhwan bin Jamal

5) Amirah binti Yusof

6
14.0 CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN

BULAN AKTIVITI PERBELANJAAN JUMLAH

JANUARI Pendaftaran ahli baru - -


Mesyuarat Agung - -
Pemilihan Jawatankuasa - -
FEBRUARI Pengenalan kepada permainan Alat-alat permainan RM 100.00
tradisional tradisional

 Melayu
 Cina
 India
 Sabah
 Sarawak

MAC Mempelajari kemahiran-kemahiran


dan teknik-teknik dalam permainan
tradisional
APRIL Lawatan ke Muzium Negeri Sabah Pengangkutan RM 200
Makanan RM 5 × 50
= RM 250.00
MEI Kursus dan bengkel permainan Penceramah RM 150.00
tradisional dan cara menganjurkan
karnival permainan tradisional
JUN Penganjuran Karnival Permainan Pengurusan RM100.00
Tradisional Peringkat Sekolah
Kebangsaan Liau

JULAI Pengangkutan RM150.00

7
Pertandingan persahabatan Makanan Disediakan
permainan tradisional dengan Sekolah
Kebangsaan St. James

OGOS Karnival Permainan Tradisional Pengangkutan RM 100.00


Peringkat Negeri

Makanan RM 5 × 30
= RM 150

OKTOBER Karnival permainan Tradisonal guru, Pengurusan RM 100.00


ibu bapa dan murid-murid peringkat
Makanan Disediakan
SK Liau.

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 1,300.00

15.0 SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER JUMLAH

1. Peruntukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri RM 700.00

2. Yuran tahunan (Rm 10 × 50) RM 500.00

3. Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) RM 100.00

Rm 1,300.00
JUMLAH

16.0 YURAN

Setiap ahli akan membayar yuran tahunan sebanyak RM 10.00 sahaja. Yuran haruslah
dilunaskan sebelum atau pada 6 Februari 2019.

8
17.0 PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT

PERLEMBAGAAN/PERATURAN/SYARAT

KELAB PERMAINAN TRADISIONAL

SEKOLAH KEBANGSAAN LIAU, KENINGAU, SABAH

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : Kelab Permainan Tradisional


Sekolah Kebangsaan Liau Keningau

b) Alamat : Sekolah Kebangsaan Liau,


Peti surat 2356, 89008 Keningau, Sabah.

PERATURAN 3 : MATLAMAT

3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjaga dan
menghargai keunikan kepelbagaian kaum di Malaysia melalui permainan
tradisional.

PERATURAN 4 : OBJEKTIF

4.1 Menjadikan SK Liau sebagai sekolah yang memartabatkan keunikan budaya


masyarakat majmuk di Malaysia melalui permainan tradisional
4.2 Melahirkan perasaan sayang dan menghargai kepada warisan bangsa dalam
kalangan guru dan juga pelajar.
4.3 Mengembangkan minat dan kemahiran pelajar terhadap permainan-permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia.
4.4 Menjadikan SK Liau sebagai sekolah yang cemerlang dalam pelbagai aspek iaitu
dari segi kuriikulum mahupun penglibatan dalam kokurikulum.
4.5 Memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar dan guru melalui
permainan tradisional kaum masing-masing.
4.6 Menyumbang kepada penjagaan warisan bangsa dan budaya kaum di Malaysia.

9
PERATURAN 5 : KEAHLIAN

5.1 Keahlian terbuka kepada semua murid SK Liau tanpa mengira bangsa, agama,
jantina dan kedudukan sosial pelajar seramai 50 orang sahaja.
5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi boring yang disediakan
5.3 Ahli-ashli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan penubuhan
kelab ini
5.4 Setiap ahli berhak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung dan berhak
menyuarakan pendapat serta bertanggungjawab dalam kemajuan kelab.
5.5 Setiap ahli WAJIB menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 6 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

6.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi
kenyataan 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala
hutangnya.
6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan kelab atau mencemarkan
nama baik kelab boleh dipecat atau digantung bagi suatu tempoh masa yang
munasabah sesuai dengan persetujuan jawatankuasa. Sebelum jawatankuasa
memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu
akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli
tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan.

PERATURAN 7 : PAKAIAN

7.1 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah

7.2 Sesi aktiviti kelab : Baju T dan seluar trek sukan


: Kasut dan berstokin

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT

9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaansesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

10
PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA

10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Bendahari
10.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

11.1 Pengerusi

11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat
11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa kesemasa.

11.2 Naib Pengerusi

11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab


yang diberi.
11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

11
11.3 Setiausaha

11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

11.5 Bendahari

11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab


11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan


dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

11.7 Ahli Jawatankuasa

11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti


yang dilaksanakan.
11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

PERATURAN 12 : KEWANGAN

12.1 Sumber kewangan kelab ini adalah

12.1 Yuran tahunan : RM 10.00.


12.2 Peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri : RM 700.00.
12.3 Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru : RM 100.00.

12
PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN

15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:


15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis

15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan
oleh Pengetua/Guru Besar.

13
PERATURAN 17 : PEMBUBARAN

17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh


Pendaftaran Persatuan secara bertulis
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng
daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN

18.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
18.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Permainan Tradisional merupakan satu aset yang sangat
bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama
baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin
yang diterapkan dalam kelab Permainan Tradisional mampu melahirkan kelompok
masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan
kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga
perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.

Sekian, terima kasih.

14

You might also like