You are on page 1of 4

1) Bengkel Keusahawanan: Sesi penerangan daripada usahawan berjaya atau pakar industri.

 Memberi peluang mahasiswa/i mempunyai matlamat dan pandangan masa hadapan yang jelas
tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan mereka.

“StartUpBiz”
Tentatif:
1. Pendedahan tentang keusahawanan dan proses untuk memulakan perniagaan.
2. Penerangan ringkas mengenai perancangan perniagaan (business plan).
3. Membuat aktiviti yang menekankan kepada kreativiti dan inovasi dalam dunia
keusahawanan.
4. Jalankan aktiviti kajian kes ke atas usahawan tempatan yang berjaya.

2) Pertandingan Pitching Tentang Idea Perniagaan: Buat pertandingan untuk mahasiswa/i sampaikan
idea tentang perniagaan mereka dalam bentuk pitch.
 membantu mereka mengasah kemahiran komunikasi dan mencari sokongan untuk meneruskan
idea perniagaan mereka.

“BizPitching Competition”
Tentatif:
i. Pendaftaran peserta dan penyusunan idea perniagaan.
ii. Perbincangan bersama mentor dan latihan pitch .
iii. Pembentangan pitch di hadapan juri dan penonton.
iv. Penyampaian hadiah kepada pemenang.

3) Kem Latihan Kepimpinan dan Keusahawanan: Program latihan selama 3 hari 2 malam di sebuah
lokasi terpilih dengan bimbingan coach yang berpengalaman.
 menumpukan kepada pembentukan kemahiran keusahawanan seperti pengurusan masa,
kepimpinan, penyelesaian masalah dan kerjasama organisasi.

“Lead to be a leader"
Tentatif:
i. Pemilihan tempat untuk menjalankan kem/program 3h2m dan pendaftaran peserta .
ii. Latihan kepimpinan dan keusahawanan dengan simulasi dan permainan perniagaan.
iii. Sesi ceramah bersama peniaga atau tokoh keusahawanan terkenal.
iv. Penyampaian sijil penghargaan kepada peserta yang ambil bahagian.

4) Bazar: Aktiviti jual beli di tapak bazar oleh mahasiswa/i atau usahawan muda.
 Menggalakkan pelajar merasai pengalaman sebenar dalam perniagaan jual beli produk dan
perkhidmatan di samping menggalakkan pemikiran kreatif dalam memasarkan jualan.

“UniBizFest“
Tentatif:
i. Pendaftaran peserta dan penyediaan tapak jualan berbayar.
ii. Pameran dan jualan produk atau perkhidmatan perniagaan oleh mahasiswa/i dan usahawan-
usahawan muda.
iii. Tapak berbayar untuk sesi pitching terbuka 3 minit.
iv. Aktiviti yang menarik dan efektif serta permainan untuk tarikan pembeli.
5) Lawatan Industri atau pusat-pusat keusahawanan: buat lawatan ke syarikat-syarikat yang berjaya
atau organisasi-organisasi perniagaan.
 memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang situasi perniagaan sebenar.

“UKM Innovation and Commercialisation Centre (ICC), UKM Global Entrepreneurship Movement
(GEM), Pusat Inovasi dan Kreativiti (PIK) UKM”
Tentatif:
i. Perancangan jadual lawatan dan sesi pendaftaran peserta .
ii. Lawatan ke pusat keusahawanan atau inkubator perniagaan yang berjaya.
iii. Sesi perkongsian ilmu dan pengelaman serta soal jawab dengan usahawan tempatan.
iv. Penyampaian ulasan oleh peserta selepas lawatan.

6) Program Sokongan Pembiayaan: Mencari sebuah organisasi perniagaan yang ingin menaja idea,
produk atau perkhidmatan daripada mahasiswa/i UKM.
 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mencari modal bagi mengembangkan perniagaan
disamping berurusan secara terus dengan organisasi penaja.

"InnoFunds: Make your dreams come true"


Tentatif:
i. Pendaftaran peserta dengan idea,produk atau perkhidmatan sendiri.
ii. Sesi tunjuk ajar dalam membuat proposal pembiayaan yang efektif.
iii. Sesi pitching untuk membentang idea dan menarik minat penaja.
iv. Keputusan pemberian pembiayaan kepada usahawan yang berjaya dipilih.

7) Program pertukaran budaya: Menghantar pelajar tempatan ke luar negara / menerima kunjungan
pelajar luar negara ke universiti tempatan atau kedua-duanya untuk menjalankan aktiviti.
 Menggalakkan perkongsian pendapat dan pengenalan kepada budaya tempatan di samping
belajar tentang keusahawanan peringkat global.

“International Cultural Exchange Entrepreneurship Programme (ICEEP)”


Tentatif:
i. Sambutan kedatangan dan sesi pengenalan kepada budaya tempatan.
ii. Bengkel kerjasama perniagaan dan lawatan ke pusat keusahawanan yang ada di universiti.
iii. Pameran produk dan perkhidmatan, aktiviti berkumpulan dan pembentangan projek.
iv. Penyampaian ulasan oleh pelajar terlibat dan pemberian sijil penghargaan.

8) Program dengan peniaga atau usahawan tempatan: Mahasiswa perlu bekerjasama dengan peniaga
tempatan atau usahawan perniagaan kecil-kecilan untuk bantu buat promosi bersama-bersama.
 Memberikan galakan kepada mahasiswa untuk meceburi dan mempelajari lebih mendalam
tentang kaedah dan strategi pemasaran di samping bertukar-tukar pandangan hasil kerjasama
kumpulan.

“SmartPartnership Programme”
Tentatif
i. Sesi pendaftaran peserta dan pembahagian kumpulan.
ii. Pengenalan dan perkongsian oleh usahawan dan peniaga kecil yang dipilih.
iii. Sesi perbincangan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan.
iv. Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang dan berjaya menjadi rakan kongsi kepada
peniaga atau usahawan kecil.
9) Program pendedahan keusahawanan dan teknologi: program yang beri perkongsian tentang
penggunaan teknologi terkini seperti e-dagang dan pembentukan nilai inovasi serta kekreatifan dalam
perniagaan.
 Membentuk mahasiswa yang celik IT dan mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi
memperkasakan ciri-ciri keusahawanan dalam diri.

“Techpreneur Boost: Empowering Entrepreneurship with technology"


Tentatif:
i. Sesi pendaftaran peserta dan pendedahan kepada dunia perniagaan berteknologi.
ii. Pendedahan tentang media sosial dan strategi perniagaan atas talian.
iii. Pembentukan kumpulan bagi melakukan aktiviti dan simulasi teknologi dalam perniagaan.
iv. Penilaian akhir dan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta.

10) Program Jaringan Bersama Alumni: Anjur program yang membentuk dan membangun jaringan
alumni khususnya bagi mereka yang telah berpengalaman menjalankan perniagaan.
 Membentuk jaringan antara mentor dan mentee, memberi inspirasi dan peluang kerjasama
untuk mahasiswa yang berminat dalam keusahawanan.

“Alumni Enterpreneurship Fusion (AlEF)”


Tentatif:
i. Pendaftaran peserta dan sesi pengenalan kepada inspirasi dan penjanaan idea daripada Alumni.
ii. Sesi perbincangan dan perkongsian tentang pembangunan model perniagaan (BMC).
iii. Sesi perkongsian berbentuk simulasi tentang strategi perniagaan dan langkah atasi halangan
dalam perniagaan.
iv. Pertandingan Pitching akhir bagi membentang hasil perbincangan dan penyampaian sijil
penghargaan.

11) Program Inovasi Bersepadu: Anjuran program yang melibatkan mahasiswa/i untuk melakukan
penginovasian sesuatu produk kepada perkhidmatan atau sebaliknya.
 Menggalakkan mahasiswa/i untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam mencipta atau
menginovasikan produk atau perkhidmatan sedia ada bagi memudahkan pengguna.

“BizSmartInnovate”
Tentatif:
i. Sesi pendaftaran peserta dan ceramah pengenalan kepada Dasar Inovasi Keusahawanan.
ii. Perbincangan tentang penginovasian sesebuah produk sedia ada kepada perkhidmatan dan
sebaliknya.
iii. Penerapan idea dan mereka bentuk simulasi serta idea perniagaan yang lengkap.
iv. Sesi pembentangan kepada mentor terlibat dan penyampaian sijil penghargaan.

12) Program Kerja Sambil Belajar: program yang melibatkan kerjasama syarikat atau perniagaan kecil
dengan mahasiswa/i untuk bekerja dan belajar tentang cara perniagaan itu beroperasi.
 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk menyertai perniagaan kecil menjalankan pekerjaan
dan belajar tentang proses serta kefungsian keseluruhan organisasi.

“Studwork”
Tentatif:
v. Sesi pendaftaran peserta dan pengenalan kepada organisasi dan badan perniagaan.
vi. Perbincangan dan perkongsian bagaimana organisasi tersebut berfungsi daripada segi
pengeluaran, penjualan, pemasaran dan struktur organisasi.
vii. Mahasiswa/i bekerja dibawah bimbingan senior atau pekerja yang terlatih.
viii. Perkongsian input dan pengalaman oleh mahasiswa/i dan pemberian sijil penghargaan.

You might also like