You are on page 1of 18

PROFIL KOPERASI

Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta Koperasi 1993, Koperasi ini
hendaklah dinamakan Koperasi Asas Didik Pahang Berhad atau
ringkasnya KOP-ASAS.
Alamat yang didaftarkan bagi koperasi ini ialah Lot 790, Kampung
Rumbia, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur
Kawasan operasi Koperasi ialah seluruh negeri Pahang.
Keanggotaan Koperasi terdiri daripada pengusaha, pengasuh
TASKA, pendidik TADIKA, kakitangan TASKA/TADIKA, siswa/siswi
dan pensyarah jurusan pendidikan awal kanak-kanak seramai
50 orang.
Sektor utama Koperasi ialah PERKHIDMATAN yang meliputi sub-
sektor berikut :
1) Pemasaran 2) Pendidikan dan ICT 3) Agensi Latihan
MISI DAN VISI
Visi :
Menjadi peneraju keusahawanan dalam bidang berkaitan
kanak-kanak di negeri Pahang menjelang tahun 2025

Misi :
- Meletakkan Koperasi Asas Didik Pahang Berhad dan
keanggotaannya setanding dengan Koperasi lain
- Sebagai platform bagi membantu anggota meningkatkan
taraf ekonomi melalui program semarak keusahawanan
(spirit of entrepreneurship program)
- Menambah mutu pendidikan awal kanak-kanak menerusi
latihan pengurusan pendidikan dan kewangan yang cekap
MATLAMAT UTAMA KOPERASI

Menggabungkan pengusaha, pengasuh TASKA , pendidik TADIKA


serta penglibatan para siswa / siswi jurusan pendidikan awal
kanak-kanak di institusi pengajian yang diiktiraf dan penglibatan
ibu bapa kanak-kanak melalui aktiviti perekonomian
berlandaskan fungsi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Memberi manfaat / pulangan dalam apa jua bentuk yang difikirkan
sesuai hasil daripada aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi
sama ada dengan penglibatan anggota dalam aktiviti tersebut
mahupun tidak
Meningkatkan kepentingan ekonomi dan membuka peluang
perniagaan kepada anggota dengan berpegang kepada prinsip
umum koperasi.
KEPENTINGAN BERSAMA AHLI KOPERASI
Menikmati dividen hasil daripada kegiatan ekonomi koperasi
Penglibatan bersama antara koperasi dan anggota dalam aktiviti
ekonomi dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam
bidang perniagaan serta pengurusan kewangan anggota
Melahirkan kakitangan dan pengasuh/pendidik yang professional,
amanah dan berkualiti
Meningkatkan imej profesyen pendidikan awal dan membuka ruang
prospek bisnes dalam bidang berkaitan kanak-kanak kepada
anggota
Tabungan / Pelaburan modal anggota dalam bentuk syer membantu
koperasi mewujudkan modal bagi menjana keuntungan
manakala kemudahan dari koperasi boleh membantu
mengurangkan beban kos pengurusan institusi TASKA/TADIKA
atau kos sara hidup anggota perseorangan (kepentingan jangka
masa panjang)
AKTIVITI EKONOMI UTAMA
Bagi mencapai matlamat dan fungsi yang ditetapkan, Koperasi boleh,
tertakluk kepada peruntukan Akta dan peraturan, menjalankan aktiviti-
aktiviti berikut :
(i) Aktiviti pemasaran produk kepada pengusaha, pengasuh atau pendidik
dengan mendapatkan barangan pada harga terendah melalui hot list
pembekal dengan standard kualiti yang memuaskan.
(ii) Contoh produk yang akan dipasarkan termasuklah peralatan berkaitan
pendidikan pra sekolah, buku-buku dan alatulis, barangan penjagaan
bayi, alat permainan, sewaan premis, pengangkutan, pakaian, bahan
(makanan) mentah dan sebagainya.
(iii) Koperasi memasarkan produk ICT dan alat bantu mengajar seperti
komputer, projektor, peralatan audio/visual dan multimedia,
keselamatan (CCTV) dan alat berasaskan teknologi pendidikan seperti
tablet, Digital Al-Quran / Smart Pen / Courseware / Apps dan sebagainya.
(iv) Koperasi menganjurkan kursus-kursus latihan dan modul komersial /
profesional yang berkaitan dengan kepentingan anggota
(v) Koperasi bekerjasama dengan persatuan dalam penganjuran acara
KOLABORASI KOPERASI DENGAN P3PTIP
P3PTIP Pertubuhan Pengusaha, Pengasuh TASKA dan Pendidik TADIKA
Islamik Pahang
Bentuk kerjasama Penganjuran acara seperti konvensyen, seminar,
simposium, bengkel, kursus pendek, ekspo kerjaya, pesta/festival
TASKA/TADIKA, konvokesyen mega dan sebagainya
Penglibatan koperasi dalam membantu menyediakan ruang niaga kepada
anggota untuk memasarkan produk koperasi dalam acara Pertubuhan
Pemasaran produk Koperasi kepada ahli Pertubuhan dengan menawarkan
diskaun, kemudahan pembelian kredit, sewa beli / ansuran dan kadar
penjimatan menarik
Kerjasama akan diteruskan kepada Koperasi / Persatuan lain yang
berkaitan.
KOLABORASI KOPERASI DENGAN PMUH
PMUH Pertubuhan Madrasah Umamah Halimi (Beserah, Kuantan)
PMUH memiliki Madrasah Umamah Halimi yang menaungi Maahad Tahfiz,
Taska, Tadika, PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam), Sekolah Agama
Rakyat (SAR/KAFA) dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz di bawah
satu Kompleks Pendidikan
Didirikan pada 2015 dengan sebuah bangunan tiga tingkat, MUH
mempunyai kapasiti pelajar keseluruhan seramai 90 orang.
Bentuk Kerjasama Memasarkan produk-produk berkaitan pendidikan dan
ICT seperti pakaian (jubah, seluar sukan, serban, uniform
TASKA/TADIKA/SRI), bahan mentah (makanan), buku-buku, peralatan
tulis, alat bantu mengajar, sewaan kenderaan, alatan pejabat dan
sebagainya bagi kegunaan Madrasah Umamah Halimi.
Oleh kerana PMUH merupakan pertubuhan berorientasikan kebajikan dan
pendidikan, maka koperasi turut berperanan untuk menyumbang
kepada Madrasah sebagai salah satu bentuk CSR Koperasi.
MANFAAT ANGGOTA (7K)
KEUNTUNGAN Mendapat pulangan dalam pelbagai bentuk
bergantung komitmen anggota seperti dividen, komisyen,
honorarium dan insentif / bonus
KEMUDAHAN - Memudahkan anggota mendapatkan produk melalui
konsep one-stop center. Kemudahan mendapatkan pinjaman
tertakluk kepada kebenaran dari Suruhanjaya.
KERJAYA - Melalui kerjasama dengan persatuan pengasuh/pendidik,
Koperasi berusaha untuk membantu anggota memperoleh
peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
terutama kepada anggota siswa / siswi Koperasi.
KERINGANAN - Meringankan beban tanggungan kos operasi yang
melibatkan bahan mentah dan peralatan
MANFAAT ANGGOTA (7K)
KEISTIMEWAAN mendapat keistimewaan dalam bentuk rebet,
diskaun, kemudahan pembelian kredit, dsb.
KEUTAMAAN Mendapat prioriti dalam mana-mana aktiviti yang
dijalankan oleh Koperasi
KEPRIHATINAN Koperasi sangat prihatin terhadap kebajikan
anggotanya dan pihak-pihak berkepentingan, sentiasa bersedia
untuk membantu tanpa mengira latar belakang sosio ekonomi atau
politik anggota
PENGLIBATAN ANGGOTA DALAM AKTIVITI
Anggota boleh wujud sebagai ahli lelap sahaja (yang memenuhi
syarat-syarat minumum jumlah syer ditetapkan Koperasi berhak
memperoleh sekurang-kurangnya dividen atas pelaburan yang
dilakukan)
Selain dari itu, anggota boleh bertindak sebagai :
(i) Pekerja yang membantu dalam pengurusan am koperasi dan
terlibat dalam aktiviti-aktiviti komersial koperasi secara
sambilan / separuh masa / sepenuh masa
(ii) Promoter / Agen Berfungsi memasarkan produk kepada
golongan sasar mahupun kepada orang awam.
(iii) Pelanggan anggota adalah pelanggan tetap kepada
perkhidmatan yang ditawarkan oleh Koperasi
(iv) Pengguna - Anggota boleh mendapatkan produk yang
dipasarkan oleh Koperasi dengan harga anggota
ANALISIS SWOT DAN KEDAYASAINGAN
Kekuatan vs. Kelemahan
+ Modal Permulaan yang kukuh
+ Market Size yang besar (TASKA, TADIKA, PASTI, KEMAS, JPNIN, Pra
Sekolah, kanak-kanak umum)
+ Perancangan tahunan sedia ada
+ Penasihat Koperasi yang berpengalaman dan latarbelakang ALK
yang professional
+ Sokongan dari pihak kolaborasi (PMUH dan P3PTIP) serta data
pembekal yang berpotensi
- Bilangan keanggotaan masih kecil dan terhad
- Pengurusan Koperasi dilakukan separuh masa kerana komitmen
masing-masing
ANALISIS SWOT DAN KEDAYASAINGAN

Peluang vs. Ancaman


+ Kumpulan Sasar masih Fresh dan berpotensi
+ Sokongan dari kolaborator yang aktif mewujudkan peluang bagi
penglibatan koperasi
+ Peluang dalam keusahawanan dalam bidang kanak-kanak,
pendidikan dan latihan adalah luas untuk diterokai
- Wujud persaingan terus dengan kekuatan yang tidak dapat
dikenalpasti
- Sambutan dari golongan sasar masih dalam proses kajian
- Tempoh usia 2 tahun sebagai percubaan bagi menguji survival
koperasi
ANALISIS SWOT DAN KEDAYASAINGAN
JANGKAAN PENDAPATAN TAHUNAN
Aktiviti Pemasaran dan Peralatan TASKA / TADIKA
@ RM25,000 X 10 buah = RM250,000.00

Pemasaran Uniform / Pakaian


@ RM300 x 100 orang = RM 30,000.00

Bantuan peralatan mengajar / Buku dan Alatulis


@ RM100.00 x 100 orang = RM 30,000.00

Kursus Pendidikan Kindy Talk @ RM 1,100 X 100 orang


= RM110,000.00
ANALISIS SWOT DAN KEDAYASAINGAN
Kursus Asuhan PERMATA / Agensi Latihan Wajib
@ RM900.00 x 80 orang = RM 72,000.00

Konvensyen dan Seminar @ RM50.00 x 500 orang


= RM 25,000.00

Jumlah Besar RM487,000.00


MODAL ASAS KOPERASI
Saham Anggota RM100 x 50 orang = RM5,000.00
Modal Permulaan dari lebihan perolehan penganjuran Konvensyen
= RM15,000.00
Penajaan Program Kindy Talk @ RM1,100 x 100 orang =
RM110,000.00
Kutipan Yuran Kursus Asas PERMATA = RM900.00 x 80 orang =
RM72,000.00
Pemasaran Modul Kemahiran Al-Quran
Keuntungan Program Tuisyen Khas
Geran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia / Bantuan untuk
permulaan projek
Jumlah jangkaan modal permulaan RM200,000.00
PENGURUSAN KOPERASI

1) Penasihat Koperasi berpengalaman dalam selok-belok


pengurusan dan perniagaan Koperasi hampir 10 tahun.
2) Pengisi jawatan utama dalam ahli lembaga koperasi (ALK) iaitu
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi adalah dari
individu yang berpengalaman menguruskan persatuan.
3) Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan Koperasi, semua
ALK adalah diwajibkan untuk mengikuti Kursus-Kursus Wajib
Koperasi oleh Maktab Koperasi Wilayah Pantai Timur.
4) Pengurusan kewangan Koperasi adalah dikawal selia oleh
Juruaudit dalaman dan luaran yang dilantik bagi menjaga
integriti dan urus tadbir korporat.
Keterangan lanjut boleh menghubungi :
EN. MUHAMMAD FARID BIN MD DAUD
010-9388896 (Call / SMS / WhatsApp)
Pengerusi Penaja
Koperasi Asas Didik Pahang Berhad

You might also like