You are on page 1of 8

ORGANISASI

MARA ialah sebuah badan autonomi yang diletakkan dibawah tanggungjawab Menteri
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan
awam.Kesemua ahli majlis MARA dipilih dan dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah.
Jawatan Ketua Eksekutif berperanan seperti Ketua Pengarah dan beliau akan dibantu oleh tiga
orang Timbalan Ketua Pengarah. Setiap bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di
bawah kawalan Ketua Unit perlu menjalankan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat
dan termasuk 14 Pejabat MARA Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan, dan
pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga turut beroperasi di luar negara seperti London,
Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.
AHLI MAJLIS MARA

OPERASI PENGURUSAN
Operasi MARA dilaksanakan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusatpusat operasi ini merangkumi:
Ibu Pejabat
Pejabat MARA Negeri
Pejabat MARA Daerah
MRSM
Kolej MARA
GIATMARA
IKM
Institut Kemahiran Tertinggi MARA
Kolej Poly-Tech MARA
Kenderaan Bas MARA
Pejabat MARA Luar Negara
Kolej Profesional MARA

CARTA ORGANISASI

PERJUANGAN MARA TERHADAP BUMIPUTERA


Perjuangan MARA telah bermula sejak Julai 1950 setelah Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) bersetuju menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga
Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LKKP) atau lebih
dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority).
Melalui penubuhan RIDA yang berdasarkan prinsip mahu menolong diri sendiri menjadi
pemangkin perubahan didalam aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat bumiputera di
luar bandar.Slogan ciptaan Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang pada ketika itu
dipertanggungjawabkan mengetuai RIDA, telah memberi peluang kepada masyarakat terlibat
dalam bidang keusahawanan serta memperoleh pendidikan formal dan tidak formal.
Pada Kongres Ekonomi Bumiputera tahun 1965 telah berlakunya perubahan besar terhadap
RIDA.Pihak kongres telah menyedari bahawa perlunya satu agensi yang lebih fokus membantu
meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera perlu diwujudkan bagi mengganti RIDA dan pada
1 Mac 1966 MARA telah ditubuhkan. Sejak dari awal penubuhannya,MARA telah memberi
sumbangan yang besar kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan meningkatkan ekuiti
Bumiputera dalam pelbagai bentuk pelaburan yang telah dilaksanakan hingga ke hari ini.
SEKTOR MARA
Secara amnya pihak MARA mempunyai tiga sektor utama iaitu sektor keusahawanan ,
pendidikan dan pelaburan.Ketiga-tiga sektor ini mendapat perhatian yang sepenuhya oleh pihak
MARA.
SEKTOR KEUSAHAWANAN
Sektor keusahawanan MARA merupakan teras kemajuan ekonomi Bumiputera.Objektif
penubuhan sektor ini ialah membangunkan usahawan global yang berdaya maju, berdaya
tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat program keusahawanan MARA.
Di dalam sektor keusahawanan pihak MARA telah melaksana beberapa strategi untuk
melonjakkan lagi sektor ini antaranya ialah;
1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama
rakan strategik.

3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan


keupayaan usahawan dan perniagaan serta memenuhi keperluan Piawaian Global.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .
Selain itu pihak MARA juga telah memperkenalkan skim pembiayaan patuh syariah kepada
para peminjam.Antara skim tersebut ialah;
SKIM
Skim Pembiayaan
Peningkatan
Perniagaan
(SPPP)
Skim
ini
merangkumi
pembiayaan untuk
projek perdagangan,
perkhidmatan,
pembuatan
dan
pengangkutan.

Skim
Pembiayaan
Komersial

Skim Pembiayaan
Kontrak Ekspress
(SPiKE)

Skim
pembiayaan ini
bagi tujuan : -

Pembiayaan untuk kerja kerja kontrak pembinaan,


bekalan,
perkhidmatan
dan kerja-kerja elektrik.
Pembiayaan
meliputi
pemborong kelas F, E dan
D bagi kerja-kerja agensi
awam.

i)
Pembelian
Premis
Perniagaan yang
bertaraf
kekal
dan siap dibina.

Skim Jaminan Usahawan


MARA (SJUM)

SJUM
merupakan
satu
kemudahan
pembiayaan
kepada usahawan Bumiputera
yang terpilih. Melalui skim ini
MARA bekerjasama dengan
bank komersial (BMMB) yang
menawarkan
kemudahan
pembiayaan
dan
MARA
bertindak sebagai penjamin.

ii)
Pembinaan
Premis
Perniagaan
di
atas tanah milik
sendiri.

HAD PEMBIAYAAN
Syarikat Milik
Tunggal/
Perkongsian

Syarikat Milik
Tunggal/
Perkongsian

sehingga
RM250,000.00

sehingga
RM250,000.00

Syarikat Sendirian
Berhad

Syarikat
Sendirian
Berhad

sehingga
RM500,000.00

sehingga
RM500,000.00

sehingga RM500,000.00

Jaminan dari RM500,000.00


sehingga RM 2 Juta.

SEKTOR PENDIDIKAN
MARA ialah salah sebuah organisasi terpenting dalam memajukan pendidikan Bumiputera.
Terdapat lima bahagian yang penting dalam sektor pendidikan.Antaranya ialah Bahagian
Pendidikan Tinggi , Bahagian Pendidikan Menengah , Bahagian Penganjuran Pelajaran ,
Bahagian Kemahiran & Teknikal , Bahagian Teknologi Pendidikan.
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) ialah satu bahagian di dalam sektor pendidikan MARA yang
diberi tanggungjawab untuk mengawal selia dan merancang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, Kolej PolyTech MARA dan
German-Malaysian Institute . Selain itu, bahagian ini juga di berikan peranan penting dalam
menjayakan matlamat MARA.
Bahagian Pendidikan Menengah ialah bahagian yang diberi tugas merancang dan mengawal
selia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di MRSM.Matlamat bahagian ini ialah menjadi penyumbang
utama kepada pengwujudan K-Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) dalam generasi keenam ilmu inovasi.
Bahagian Penganjuran Pelajaran memainkan peranan dalam memajukan modal insan
Bumiputera.Bahagian berperanan menguruskan biasiswa atau pinjaman kepada pelajar
Bumiputera yang layak.Kesemua bantuan ini diletakkan dibawah Skim Pinjaman Pelajaran.
SPiP Program Khas
Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang yang
mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya.
Antara program Persediaan yang diitawarkan adalah ADFP, A-Level, International
Baccalaureate (IB), Australia Matriculation (AUSMAT) dll.
Pelajar akan disaring berdasarkan kecemerlangan akademik serta ujian psikometrik dan
temuduga.
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan boleh memohon
melalui iklan yang akan diumumkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

Pelajar perlu mengikuti Program Persediaan yang akan dijalankan di dalam negara serta
mencapai keputusan akademik cemerlang sebelum ke luar negara.

SPiP Pinjaman Terbuka


Pinjaman ini diberikan khas kepada pelajar Bumiputera yang berkelayakan untuk melanjutkan
pengajian di Institusi Pengajian MARA (IPMa) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) dalam
negara.
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui sistem online eEduloan yang boleh dicapai di
http://eduloan.mara.gov.my
Pelajar yang layak akan ditawarkan pinjaman meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun
buku, elaun perkakas, elaun kertas projek dan elaun tesis.
Bahagian Kemahiran dan Teknikal ialah bahagian yang diberi tanggungjawab dalam
menguruskan latihan kemahiran dan teknikal.Bahagian ini dipertanggungjawab dalam
menguruskan Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA di seluruh Malaysia.
Bahagian Tinggi Teknologi Pendidikan ialah bahagian yang menjadi peneraju bagi menggalak,
membangun dan mengedarkan maklumat, ilmu pengetahuan dan repositori harta intelek yang
inovatif dan berdaya kreatif, berkesan serta berkesinambungan.
SEKTOR PELABURAN
Pihak MARA telah membuat pelaburan didalam industri pengangkutan iaitu penubuhan syarikat
MARA Liner yang menyediakan perkhidmatan bas awam di laluan-laluan yang ditetapkan oleh
pihak syarikat.Selain itu,pihak MARA jugak telah menubuhkan syarikat Pelaburan MARA yang
menyediakan perkhidmatan pelaburan strategik dan pengurusan aset.

Sumber Rujukan
http://www.mara.gov.my
http://pelaburanmara.com.my/about_us/Corporate-Background_1
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=096427b8-aeda-4a02-8e111dce08813f20

You might also like