You are on page 1of 11

Pengenalan FarFiq

FarFiq ditubuhkan pada 2019 oleh dua rakan yang didorong oleh semangat dan dedikasi dalam
menampilkan fesyen yang baharu. FarFiq merupakan rangkaian fesyen yang menampilkan konsep baju
kurung dan baju melayu serta pakaian yang elegan harian yang diperbuat daripada kain fabrik yang
berkualiti serta minimalis sehingga mampu menarik perhatian rakyat di Malaysia serta di peringkat
antarabangsa seperti Indonesia dan Filipina.

Pengasas FarFiq, Farah dan Afiq, telah menjadikan FarFiq satu rangkaian fesyen yang berjaya
memperkenalkan pakaian yang baharu pada zaman kini yangdi samping itu menggabungkan minat gaya
minimalis Farah dalam industri fesyen dengan minat Afiq dalam bidang keusahawanan.

Sebelum melangkah ke bidang rangkaian fesyen melalui FarFiq pada 2019, dua rakan ini telah pun
mempunyai pekerjaan masing-masing. Sungguhpun begitu, Farah bukanlah seseorang yang baru
menceburi bidang keusahawanan. Sebelum mengasaskan FarFiq bersama rakannya, Farah pernah
mempunyai perniagaan kosmetik.

Antara faktor pemacu konsep baju elegan yang boleh dikatakan telah menjadi identiti FarFiq yang
minimalis adalah minat dua rakan sendiri yang amat gemar dengan baju yang diperbuat daripada kain
fabrik yang berkualiti serta selesa di pakai pada suhu di dalam Malaysia. Disebabkan baju kurung seperti
ini sangat berpatutan harganya, dua rakan ini telah pun mula mencari kain fabrik yang sesuai untuk
dijadikan baju kurung, baju melayu terutamanya kain yang sudah siap dihias dengan corak dan warna
kain tersedia ada dijadikan perniagaan FarFiq yang mana mempunyai peminat tersendiri.
PENYATAAN MASALAH FARFIQ.CO

-Perdagangan Konvensional

 Dalam kategori ini, terlibat semua aktiviti pertukaran yang berbeza dengan E-Dagang yang mana
merujuk kepada produk perkhidmatan diantara pelanggan melalui rangkaian moden.

-Pembelian Atas Talian

 Dalam hal ini, pelanggan sukar untuk menentukan kualiti produk atau perkhidmatan atas talian.
Sebagai contohnya, warna kain yang serta kualiti kain agak sukar dinilai kerana gambar yang
digunakan agak cerah dari kebiasaannya.

-Perdagangan Elektronik

 Perniagaan yang melibatkan elektronik agak luas apabila mempunyai akses khas seperti internet
dan laman sosial. Hal ini, hanya di nilai berdasarkan orang yang membeli sahaja yang mana amat
berbeza dengan perdagangan konvensional yang ditumpukan pada akses tertentu sahaja.
BAB 2: ULASAN KARYA

CONTOH LAMAN WEB PERTAMA ( LILY PETUNA )

Fungsi

FUNGSI

-Laman web LILYPETUNA mempunyai beberapa fungsi yang mana terletak di paparan utama sebagai
contohnya:

1. “COLLECTIONS”-Memudahkan pelanggan membuat pemilihan produk yang disukai


2. Mempunyai pelbagai variasi koleksi-koleksi produk.
3. Sebarang promosi, diskaun atau jualan potongan harga akan dipaparkan pada paparan utama
website.
PERKHIDMATAN

-LILYPETUNA mempunyai beberapa perkhidmatan yang disediakan melalui website rasmi. Sebagai
contohnya:

1. Nombor Telefon - nombor telefon LILYPETUNA telah disediakan pada paparan utama website.
2. Email – email LILYPETUNA juga telah disediakan oleh LILYPETUNA bagi memudahkan pelanggan
sebarang pertanyaan.
3. “Shopping Cart” – merupakan elemen penting dalam pembelian atas talian yang mana
pelanggan boleh membeli belah melalui website rasmi LILYPETUNA yang lebih memfokuskan
perniagaan atas talian
4. Agent Log In–pihak LILYPETUNA memudahkan Agent mereka yang mana, pihak Agent berdaftar
dapat melog masuk ke akaun rasmi mereka secara 24/7.

KELEBIHAN

-Mudah

 Dari segi kajian, kami dapati website LILYPETUNA amat mudah serta ringkas untuk diguna-pakai
dalam perniagaan atas talian kerana lengkap pada paparan utama.

-Minimalist

 Kelebihan website LILYPETUNA lebih kepada berkonsepkan minimalist yang mana tidak banyak
paparan corak atau animasi. Hal ini dapat dibuktikan bahawa grafik website LILYPETUNA amat
mudah dan diterima pakai pada masa kini

-Up To Date

 Kami juga dapati bahawa LILYPETUNA sentiasa mengubah animasi serta pergerakan paparan
website dari masa ke semasa agar pelanggan tidak bosan dengan paparan yang sama. Hal ini
juga dapat menarik pelanggan untuk membeli produk-produk mereka

-HARGA YANG BERPATUTAN

 Setelah membuat perbandingan, kami dapati harga jualan dari LILYPETUNA adalah yang amat
berpatutan dengan kualiti yang dikeluarkan.

-REKAAN PRODUK

 Rekaan produk-produk pakaian yang dikeluarkan oleh LILYPETUNA adalah lebih menarik serta
kain yang selesa seperti mana yang telah dijelaskan oleh pihak LILYPETUNA dengan maklum
balas pelanggan mereka.
KEKEURANGAN

-Jenis Pelanggan

 Dalam hal ini, sesebuah organisasi perniagaan seharusnya tahu jenis-jenis pelanggan
terutamanya dalam menentukan pelanggan baru yang tidak diketahui. Sebagai contohnya,
LILYPETUNA menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka di website tetapi ada
juga pelanggan yang tidak tahu atau kurang pengetahuan dalam bahasa Inggeris.

-Kos Kurier Tidak Di Nyatakan Terlebih Dahulu

 Setiap pelanggan pasti ingin tahu jumlah kos kurier yang disediakan oleh mana-mana syarikat
yang menjalankan perniagaan atas talian. Sebagai contohnya, LILYPETUNA tidak menyediakan
harga kos kurier terdahulu di paparan pembelian yang mana memudahkan pelanggan dalam
menentukan pembayaran akhir.

-Variasi Antara Lelaki/Wanita

 LILYPETUNA seharusnya mengeluarkan dua variasi pakaian mereka agar tumpuan pelanggan
adalah sama rata serta dapat mengimbangkan pengeluaran produk.

-Laman Web Yang Kurang Menarik

 Setelah dikaji, kami dapati rekaan laman web LILYPETUNA agak kurang menarik dari segi
susunan warna yang menjadikan laman web mereka agak lapuk.
CONTOH LAMAN WEB KEDUA ( ELRAH EXCLUSIVE )

FUNGSI

-Laman web ELRAH EXCLUSIVE mempunyai beberapa fungsi yang mana terletak di paparan utama
website sebagai contohnya:

1. “CATALOG”-Memudahkan pelanggan membuat pemilihan produk yang disukai

2. Mempunyai pelbagai variasi koleksi-koleksi produk.

PERKHIDMATAN

 -ELRAH EXCLUSIVE mempunyai beberapa perkhidmatan yang disediakan melalui website rasmi.
Sebagai contohnya:

 “Catalog” – ELRAH EXCLUSIVE mempunyai katalog bagi memudahkan pelanggan mencari kolek-
koleksi yang mereka inginkan.
 “Shopping Cart” – merupakan elemen penting dalam pembelian atas talian yang mana
pelanggan boleh membeli belah melalui website rasmi ELRAH EXCLUSIVE yang lebih
memfokuskan perniagaan atas talian
 “Log In” – pihak ELRAH EXCLUSIVE memudahkan pelanggan mereka yang mana, pihak
pelanggan perlu mendaftar/log masukakaun bagi pelanggan baru, supaya dapat melog masuk ke
akaun rasmi mereka secara 24/7.
KELEBIHAN

-MUDAH

 Laman web ELRAH EXCLUSIVE sangat mudah untuk diguna pakai kerana kekemasan serta tidak
mempunyai terlampau banyak animasi.

-RINGKAS

 Laman web ELRAH EXCLUSIVE sangat ringkas kerana hanya pada paparan utama sahaja,
pelanggan dapat mencari koleksi-koleksi yang pelanggan berminat.

-Up To Date

 ELRAH EXCLUSIVE juga sentiasa mengubah animasi serta pergerakan paparan website dari masa
ke semasa agar pelanggan tidak bosan dengan paparan yang sama. Hal ini juga dapat menarik
pelanggan untuk membeli produk-produk mereka

-HARGA YANG BERPATUTAN

 Setelah membuat perbandingan, kami dapati harga jualan dari ELRAH EXCLUSIVE adalah antara
yang amat berpatutan dengan kualiti yang dikeluarkan.

-REKAAN PRODUK

 Rekaan produk-produk pakaian yang dikeluarkan oleh ELRAHEXCLUSIVE adalah lebih menarik
serta kain yang selesa seperti mana yang telah dijelaskan oleh pihak ELRAH EXCLUSIVE dengan
maklum balas pelanggan mereka.

KEKURANGAN

-Tidak Lengkap

 Setelah dikaji, kami dapati laman web ELRAH EXCLUSIVE terlalu ringkas sehingga tidak lengkap
seperti paparan promosi, potongan harga atau jualan diskaun.

-Lapuk

 Laman web ELRAH EXCLUSIVE agak lapuk kerana tiada animasi-animasi serta tidak ditukar dari
masa ke semasa. Ini menunjukkan pihak ELRAH EXCLUSIVE tidak peka dalam mengemas kini
laman web mereka untuk menarik perhatian pelanggan.
-Kurang Menarik

 Paparan yang di tentukan oleh pihak ELRAH EXCLUSIVE agak kurang menarik kerana koleksi-
koleksi yang disiarkan agak ketinggalan dari koleksi baharu mereka. Hal ini, menyebabkan
pelanggan kurang berminat untuk membeli pakaian mereka di laman web.

-Kurang Perkhidmatan.

 Perkhidmatan dari laman web ELRAH EXCLUSIVE tidak mempunyai struktur yang lengkap.
Sebagai contohnya, tidak mempunyai penerangan pembayaran, pemulangan produk yang tidak
lengkap, dan sebagainya.

-Bahasa

 ELRAH EXCLUSIVE seharusnya mempelbagaikan bahasa kerana mereka mempunyai pelanggan


antarabangsa. Hal ini dapat memudahkan pelanggan memahami tentang perniagaan mereka.
CONTOH LAMAN WEB KETIGA (FIZIWOO)

FUNGSI

-Laman web FIZIWOO mempunyai beberapa fungsi yang mana terletak di paparan utama website
sebagai contohnya:

1. Mempunyai SOSIAL MEDIA yang lengkap


2. HOME merupakan paparan utama laman web FIZIWOO
3. FIZIWOO, ARTISANAL, WOO FIZIWOO merupakan koleksi-koleksi yang dikeluarkan oleh
FZIWOO.
4. UPDATES merupakan artikel atau bahan bacaan dari segi produk mahupun temubual dari mana-
mana hubungan awam yang ditemu bual bersama fiziwoo dan wartawan.
5. CONTACT US merupakan satu alternatif bagi pelanggan untuk sebarang pertanyaan atau mana-
mana syarikat yang ingin berkolaberasi bersama FIZIWOO.
6. ABOUT US merupakan satu kepentingan yang penting bagi sesebuah syarikat yang menyiarkan
latar belakang syarikat agar memudahkan mana-mana syarikat atau hubungan awam yang ingin
membuat kajian tentang FIZIWOO.
PERKHIDMATAN

-FIZIWOO mempunyai beberapa perkhidmatan yang disediakan melalui laman web rasmi. Sebagai
contohnya:

7. Nombor Telefon dan whatsapp - nombor telefon FIZIWOO telah disediakan pada paparan
utama website.
8. Email – email FIZIWOO juga telah disediakan oleh FIZIWOO bagi memudahkan pelanggan
sebarang pertanyaan.
9. “Shopping Cart” – merupakan elemen penting dalam pembelian atas talian yang mana
pelanggan boleh membeli belah melalui website rasmi FIZIWOO yang lebih memfokuskan
perniagaan atas talian
10. Log In – ikon log in berada di atas paparan utama. Hal ini setiap pelanggan perlu log masuk sama
ada pelanggan baru atau pelanggan tetap bagi memudahkan pembelian.

KELEBIHAN

-Relevan

 FIZIWOO mempunyai kelainan dari mana-mana laman web syarikat pakaian kerana mereka
mempunyai indentiti tersendiri dan lebih selesa diguna pakai pada zaman kini serta laman web
mudah difahami.

-Kemas

 Susunan laman web FIZIWOO amat kemas dari mana-mana laman web syarikat pakaian kerana
laman web tersebut disusun mengikut keterampilan dari permulaan sehingga akhir produk dan
perkhidmatan atas talian yang disediakan.

-Kreatif

 Setelah dikaji, pihak FIZIWOO sangat menjaga paparan setiap media sosial rasmi mereka dari
whatsapp sehingga perkhidmatan kurier. Ini menunjukkan pihak FIZIWOO mempunyai idea-idea
pengurusan serta grafik yang baik yang boleh diguna pakai dari masa ke semasa.

-Animasi

 Pada paparan utama laman web FIZIWOO, amat berlainan dari mana-mana laman web kerana
menggunakan satu video komersial rasmi mereka sebagai latar belakang laman web sempena
promosi pada tahun 2020. Hal ini juga dapat menarik perhatian pelanggan tetap dan pelanggan
baru untuk membeli secara atas talian.

-Lengkap dan Menarik

 Kajian akhir kami, pihak FIZIWOO mempunyai laman web yang lengkap dan menarik dari segi
susunan, grafik, idealistik, dan juga sentiasa dikemas kini. Pihak FIZIWOO mempunyai
pengurusan yang baik serta mempunyai identiti yang tersendiri.
KEKURANGAN LAMAN WEB FIZIWOO

-Bahasa

 akibat sentiasa ke arah “high-level”, pihak FIZIWOO harus mempelbagaikan bahasa Asia kerana
target pasaran pelanggan utama mereka ialah Malaysia dan Indonesia. Hal ini juga dapat
memudahkan bagi pelanggan mereka yang kurang memahami bahasa Inggeris.

-Paparan harga

 Pihak FIZIWOO tidak meletakkan sebarang harga penghantaran atau kurier, ini menyebabkan
pelanggan sukar menganggarkan jumlah bayaran akhir yang perlu dibuat.

-Kurang Menarik

 Paparan yang di tentukan oleh pihak FIZIWOO agak kurang menarik kerana koleksi-koleksi yang
disiarkan agak ketinggalan dari koleksi baharu mereka. Hal ini, menyebabkan pelanggan kurang
berminat untuk membeli pakaian mereka di laman web kerana terlalu ringkas.

-Mahal

 Harga yang dibuat oleh FIZIWOO dalam menjual produk mereka sangat mahal kerana koleksi-
koleksi yang dijual terlalu ringkas serta kurang menarik dari segi rekaan pakaian mereka.

You might also like