You are on page 1of 16

BAB 1: PENGENALAN KEPADA

E-DAGANG

OBJEKTIF :
1. Menjelaskan kepentingan mempelajari e-dagang.
2. Membezakan antara e-dagang dengan e-perniagaan.
3. Menyatakan ciri-ciri unik teknologi e-dagang.
4. Menyenaraikan jenis-jenis e-dagang.
5. Membincangkan sejarah dan perkembangan e-dagang.

1.1 DEFINISI E-DAGANG


 E-dagang ialah satu bentuk penggunaan internet,laman web dan perisian telefon mudah alih
dan pelayar (browsers) untuk menjalankan transaksi perniagaan secara dalam talian.
 Ia adalah penggunaan alat digital dalam menjalankan transaksi perniagaan diantara individu
atau organisasi
 Internet adalah jaringan rangkaian dalam sistem perkomputeran dan jaringan mudah alih.
 Laman web ialah perkhidmatan pelayar internet yang popular yang dapat menghubungkan
berjuta-juta laman web di dunia.
 Aplikasi mudah alih pula merupakan aplikasi yang digunakan dalam gajet mudah alih untuk
melayari laman web.
 Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli dari mana-mana pembekal, yang
boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga, kuantiti, standard
kualiti, jadual penghantaran dan sebagainya.
 Perhubungan di kalangan pembeli dan penjual mungkin singkat, memandangkan pembelian
dilakukan atas transaksi secara dalam talian.

1.1. PERBEZAAN ANTARA E-DAGANG DENGAN E-PERNIAGAAN

BIL E-DAGANG E-PERNIAGAAN

1 Penggunaan digital adalah untuk menjalankan perniagaan Penggunaan digital/online hanya untuk kegunaan dalaman
antara organisasi perniagaan dengan pelanggan di luar sesebuah organisasi perniagaan.
lingkungan organisasi.

2 Lebih kepada transaksi penjualan produk atau Lebih kepada pengurusan dalam perniagaan.
perkhidmatan.

3 Contoh: penggunaan laman web/perisian untuk menjual Contoh: penggunaan sistem online untuk menjalankan
produk dan perkhidmatan kepada pelanggan melalui atas pengauditan/pertukaran maklumat/pengiraan atau
talian. pesanan stok syarikat dalam talian.
1.2 CIRI-CIRI UNIK E-DAGANG
Terdapat 8 ciri-ciri unik dalam teknologi e-dagang iaitu:

1. Ubiquity (mudah didapati)


2. Global reach (capaian antarabangsa)
3. Reach (Kesampaian hubungan)
4. Universal standard (standard yang sama yang dikongsi di seluruh dunia)
5. Richness (kekayaan kepelbagaian)
6. Interactivity (kebolehan berinteraksi dalam talian)
7. Information density (maklumat yang berkualiti)
8. Personalization customization (keupayaan hubungan interpersonal)

1. Ubiquity ( mudah didapati)


 Produk yang ingin di pasarkan boleh didapati di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa
ada batasan.
 Pelanggan boleh membeli sama ada di rumah, di pejabat, di dalam kereta atau melalui gajet
mudah alih.
 Ubiquity dapat mengurangkan kos perantaraan iaitu kos pengangkutan/kos masa dan kos
pemasaran produk.
 Ubiquity juga dapat mengurangkan tenaga untuk berfikir terlalu lama untuk membuat
pilihan. Ini kerana semua pilihan telah disenaraikan oleh peniaga dalam laman sesawang
mereka.

2. Global reach (capaian antarabangsa)


 E-dagang membenarkan transaksi perniagaan melangkaui sempadan budaya, kawasan, dan
sempadan negara.
 Kosnya lebih efektif berbanding menggunakan cara perdagangan tradisional.
 Kesannya, pasaran dagangan lebih meluas merangkumi populasi penduduk dunia amnya.
 Secara realistiknya, internet memudahkan permulaan menjalankan e-dagang dalam
menjalankan aktiviti pemasaran di dalam negara secara meluas sebelum
mengembangkannya ke seluruh dunia.

3. Reach (Kesampaian hubungan)


 Jumlah pengguna atau pelanggan dapat ditingkatkan dengan menggunakan e-dagang.
 Perdagangan tradisional akan melibatkan peniaga/agen/peruncit dengan lokasi perniagaan
yang tetap yang menyebabkan pasaran menjadi terhad di sesuatu kawasan sahaja.
 Penggunaan media tradisional seperti televisyen, radio dan akhbar menjadi alat yang kurang
menarik pengguna secara meluas.
 Ianya menjadi sukar kepada peniaga untuk merentasi sempadan negara dan antarabangsa.
4. Universal standard (standard yang sama yang dikongsi di seluruh dunia)
 Internet di seluruh dunia sistem/perisian/cara penggunaanya adalah sama di seluruh dunia.
 Berbanding pasaran tradisional, teknologi yang digunakan seperti radio dan televisyen
berbeza mengikut gaya, suasana dan polisi kerajaan di sesebuah negara.
 E-dagang dapat mengurangkan kos kemasukan ke pasaran baru (market entry cost) secara
berkesan sekali. Peniaga hanya membayar penggunaan internet dan membina laman web
sahaja untuk memasarkan produk mereka.
 Ia juga dapat mengurangkan kos pencarian produk kerana pengguna hanya perlu melayari
internet untuk melihat dan membandingkan senarai produk yang telah disenaraikan oleh
peniaga/pembekal dan pesaing perniagaan.

5. Richness (kekayaan /kepelbagaian maklumat)


 Maklumat lengkap boleh disampaikan secara berkesan dengan menyenaraikan perincian
maklumat berkaitan produk dalam laman sesawang.
 Pelanggan juga boleh berhubung dengan peniaga melalui perbualan secara langsung melalui
laman sesawang.
 Bakal pelanggan dapat mengetahui kualiti/maklumat lebih lanjut berkaitan produk melalui
penilaian pelanggan terdahulu yang telah membeli produk tersebut.

6. Interactivity (kebolehan berinteraksi dalam talian)


 E-dagang menggalakkan perhubungan dua hala di antara peniaga dengan pembeli.
 Pemasaran menggunakan televisyen dan radio tidak dapat menawarkan interaksi sebegini.
 Ruangan komen, forum komuniti dan jaringan sosial dengan perkongsian fungsi komunikasi
seperti butang tanda suka (like) dan kongsi (share) mempunyai fungsi yang berkesan dalam
mempengaruhi pembelian pelanggan.

7. Information density (maklumat yang berkualiti)


 Jumlah maklumat yang berkualiti boleh diperolehi oleh semua pengguna pasaran.
 Dapat mengurangkan kos pengumpulan, simpanan, pemprosesan maklumat.
 Pada masa yang sama ia dapat meningkatkan kualiti pertukaran, ketepatan dan rangkamasa
yang lebih baik.
 Pelanggan dapat membuat pertimbangan berkaitan harga dan kos yang kompetitif melalui
perbandingan antara produk dan persaingan perniagaan.

8. Personalization and customization (hubungan personal dan perubahan khusus)


 Hubungan personal – peniaga dibenarkan untuk menujukan pesanan/mesej kepada individu
tertentu secara khusus dengan tujuan untuk menarik pembelian baru dan berterusan.
 Perubahan khusus terhadap produk juga dibenarkan mengikut kepada kehendak dan
citarasa pelanggan.
 Ini akan menarik lebih ramai pembeli yang merasa kehendak dan citarasa mereka dihargai
oleh peniaga.
1.3 JENIS-JENIS E-DAGANG

B2C
BUSINESS TO
CONSUMER

B2B
LOCAL E-
COMMERCE BUSINESS TO
BUSINESS

JENIS E-
DAGANG

C2C
SOCIAL E-
COMMERCE CONSUMER TO
CONSUMER

MOBILE E-
COMMERCE
1. PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA (BUSINESS TO CONSUMER) – B2C
 Jenis yang paling banyak dibincangkan adalah jenis ini.
 Perniagaan dalam talian kebanyakannya adalah berasaskan percubaan untuk mendapatkan
individu pelanggan/pengguna secara khusus.
 B2C dijalankan dengan pelbagai cara termasuklah pembelian produk secara runcit,
pelancongan dan pembelian insuran secara atas talian.
 B2C dilihat semakin berkembang dengan kewujudan pengkalan peraantara seperti Lazada,
Alibaba dan Shoppee yang menghubungkan terus diantara pengguna dengan peniaga.

2. PERNIAGAAN KEPADA PERNIAGAAN (BUSINESS TO BUSINESS) - B2B


 Perniagaan jenis ini memfokuskan penjualan produk secara komersil kepada perniagaan lain
yang telah dikenalpasti.
 bentuk perniagaan utama yang banyak menggunakan jenis B2B ialah:
1.1 Net marketplaces (tapak pasaran) seperti
1.2 Jaringan industri persendirian (private industrial network)

1.1 net marketplaces (tapak pasaran) seperti :


1. E-pengedaran(e-distributor) seperti syarikat Amazon,
2. syarikat e-procument (e-perolehan) ,
3. exchange (pertukaran barang) dan
4. konsortium industri.

 E-distributor (e-pengedar) : contoh syarikat: Amazon – firma yang mengendalikan


perniagaan produk industri berskala besar yang memberikan perkhidmatan pembelian
barangan secara runcit dan pukal, membekal peralatan, khidmat membaikpulih dan
produk pengoperasian.
 E-procurement (e-perolehan) : contoh syarikat : Ariba Supplier Network dan
PerfectCommerce. Sesebuah syarikat yang mencipta pasaran digital di mana penjual
dan pembeli dapat berhubung secara langsung dalam sesuatu transaksi perniagaan.
 Exchange (pertukaran) : contoh syarikat: Go2Paper - mengendalikan pertukaran dan
pencarian maklumat berskala besar seperti mencari pembekal yang sesuai, mengumpul
dan membandingkan harga dan mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam
pasaran. Biasanya melbatkan penjualan dan pembelian besi, fabrikasi/kain, aluminium.
 Industri consortia (konsortium industri) : contoh syarikat : TheSeam dan SupplyOn -
mengendalikan pemilihan pembekal di kalangan pemilik industri yang sama (mendatar)
yang terlibat dalam industri yang sama yang mempunyai kepentingan bersama dalam
sesebuah industri seperti pembekal kenderaan, bahan kimia, dan syairikat aero
angkasa.
1.2 Jaringan industri persendirian (private industrial network)

 jaringan industri persendirian (private industrial network) seperti syarikat Walmart dan
Procter & Gamble - mengendalikan komunikasi secara digital di kalangan syarikat yang
menjalankan perniagaan secara bersama dan secara besar-besaran.
 Biasanya penglibatan antara syarikat ini adalah secara persendirian dan atas jemputan
bersama syarikat lain.
 Syarikat yang tidak terlibat dalam perniagaan tersebut tidak dibenarkan terlibat dalam
sistem komunikasi digital tersebut.

3. PENGGUNA KEPADA PENGGUNA (CUSTOMER TO CUSTOMER) - C2C


 Menggalakkan pengguna menjual produk/perkhidmatan sesama mereka dengan bantuan
pengkalan maklumat pasaran yang diwujudkan oleh syarikat pengantara.
 Contoh syarikat yang popular ialah eBay, Uber, Shoppee dll.
 Syarikat pengantara pasaran ini akan menyediakan katalog, enjin carian, dan perkhidmatan
pembayaran untuk memudahkan pengguna menjual dan membeli dalam pengkalan yang
mereka sediakan.

4. E-MOBILE = M-DAGANG (MOBILE E-COMMERCE)

 Ia merujuk kepada gajet mudah alih yang digunakan untuk membuat transaksi secara
dalam talian.
 M-dagang melibatkan penggunaan talian internet yang disambungkan kepada telefon
mudah alih dan komputer tablet.
 Pengguna boleh membeli, membuat tempahan pelancongan dan membuat pelbagai
urusan termasuk pembayaran dan perkhidmatan kewangan secara terus dalam talian.
 M-dagang kini menjadi gaya hidup semasa kerana manusia lebih banyak menggunakan
gajet mudah alih dalam kehidupan seharian mereka

5. E-DAGANG SOSIAL (SOCIAL E-COMMERCE)

 E-dagang sosial ialah keupayaan jaringan sosial dan hubungan sosial dalam talian .
 Jenis e-dagang ini berkembang selari dengan perkembangan jaringan sosial yang popular
seperti Facebook, Instagram, whatsapp dan telegram dll.
 E-dagang sosial berkait rapat dengan m-dagang di mana kebanyakan transaksi dilakukan
menggunakan telefon pintar mudah alih.
 Peniaga boleh memasarkan produk mereka secara meluas, menjual dan meminta
maklumbalas dari pelanggan.
 Pelanggan pula boleh membeli, memberi maklumbalas serta berkongsi dengan rakan-
rakan dalam media sosial mereka berkaitan dengan produk yang mereka beli.
6. E-DAGANG TEMPATAN (LOCAL E-COMMERCE)
 E-dagang tempatan merujuk kepada pelanggan yang berada dalam kawasan tempat
perniagaan beroperasi.
 Peniaga tempatan menggunakan pelbagai jenis aktiviti pemasaran yang boleh menarik
ramai pelanggan tempatan melanggan produk atau perkhidmatan perniagaan mereka.
 Ia bergantung kepada sambutan hangat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan.
 Contoh perniagaan ialah UBER, grab, Food Panda. Perkhidmatan penghantaran ke rumah
yang ditempah menggunakkan perkhidmatan dalam talian oleh syarikat makanan francais
seperti KFC, McDonald, dan Pizza Hut
1.4 SEJARAH E-DAGANG/ E-Commerce History

Sejarah dan Evolusi E-Dagang

Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet pada tahun


1969 seterusnya berkembang dan wujudnya E-dagang ( E-commerce ).
Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika iaitu kelompok peneliti
berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research
Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara.

Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang


menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali
sebagai “Digital Marketing”. Awal tahun 1990-an, perniagaan di internet
mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah
istilah baru “Electronic Commerce” atau lebih dikenali E-commerce. E-
dagang juga dibangunkan oleh Syarikat International Business Machines
(IBM) yang menjadikan penggunaan e-dagang popular sehingga masa kini
(Chaffey, 2007).

Evolusi dalam industri e-dagang


Evolusi dalam e-dagang
1995-2000 2001-2006 2007 hingga
sekarang
(PENCIPTAAN/INVENTION) KONSOLIDASI/CONSOLIDATI
ON PENCIPTAAN SEMULA
(menjadi lebih kuat dan SEMASA /CURRENT
tetap) REINVENTION
Berasaskan teknologi Berasaskan perniagaan Teknologi mudah alih
membolehkan sosial,
tempatan,
dan e-dagang mudah
alih
Penekanan pertumbuhan Penekanan pada Penekanan pada
pendapatan pendapatan dan penonton dan hubungan
keuntungan jaringan sosial
Pembiayaan modal Kewangan tradisional Pulangan pembiayaan
teroka modal teroka; Pembelian
stok/syer
permulaan/awal oleh
firma besar secara
besar-besaran
Kurang dikawal selia oleh Kawalan dan undang- Pengawasan kerajaan
pihak undang yang ketat yang meluas
kerajaan/pentadbiran
Keusahawanan Firma tradisional yang Keusahawanan sosial,
besar mudah alih, dan firma
tempatan
Tiada perantara Pengukuhan perantaraan Perkembangan
perantara dalam talian
menyewa proses
perniagaan daripada
firma besar
Pasaran yang sempurna Pasaran tidak sempurna, Penerusan pasaran
jenama, dalam talian
dan kesan Yang tidak sempurna
rangkaian/jaringan iaitu persaingan
komoditi
dalam pasaran terpilih
Strategi atas Percampuran strategi Kembalinya strategi atas
talian(online) yang tulen “bricks-and-clicks” talian yang tulen dalam
pasaran yang baru; iaitu
berkembangnya strategi
bricks and clicks dalam
pasaran peruncitan
tradisional.

Kelebihan kepada first- Kekuatan strategi- Kembalinya kelebihan


mover pengikut; kepada first-mover
Sebagai aset pelengkap dalam pasaran baru
sebagai pemain web
tradisional yang
‘mengejar.’

Kurang rumit dalam Tinggi kerumitan dalam Peruncitan,


peruncitan produk peruncitan produk dan perkhidmatan dan
perkhidmatan kandungan

E-dagang ini bermula di awal tahun 1970 an yang mana pada masa itu
penggunaan aplikasi masih terbatas mengikut perusahaan kecil sahaja.

 Chaffey et.al, (2000) mengatakan bahawa e-dagang merupakan satu


proses jual beli menerusi internet yang lebih dikenali sebagai World Wide
Web (WWW).
 Kalakota dan Whinston (1997), dalam buku M. Suyanto, (2003)
menjelaskan e-dagang adalah satu perspektif komunikasi, perspektif
perkhidmatan atau servis dan juga proses perniagaan atas talian yang
dipanggil online.
 E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui
penggunaan medium teknologi maklumat (IT). Penggunaan IT dalam
perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan perniagaan secara
tradisional.
 E-dagang ialah sebuah platform ruang perniagaan yang luas bagi
mempercepat dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya
melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada
pengguna mahupun urusan jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi
pelbagai jenis perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit,
melalui laman web lelongan atau muzik, barang-barang perniagaan
perdagangan bursa dan perkhidmatan antara syarikat.

E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan


teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi/peralatan canggih (telefon,
komputer, laptop, tablet dll) untuk melaksanakan transaksi seperti

 Beli-belah atas talian/ Online shopping


 Menempah tiket atas talian/ Online ticket booking
 Perbankan atas talian/ Online Banking
 Menempah bilik hotel atas talian/ Online hotel booking
 Jaringan sosial/ Social networking

E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang


menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat
kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran
elektronik yang selamat untuk semua pihak. Skop e-dagang ini meliputi pelbagai
pihak antaranya penjual, pelanggan, pembeli, orang awam dan juga organisasi.

Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan


transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas
terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa
dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak
boleh diabaikan.

Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang
menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu

 memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima


pembayaran elektronik.
 mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang
membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau tempat
perniagaan.

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti
perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai
mediumnya.

Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan


produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima
bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online.

Jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet

 yang berasaskan produk fizikal


 produk digital
 produk perkhidmatan.

1.5 MEMAHAMI E-DAGANG/ Understanding E-Commerce

E-dagang sentiasa berevolusi, membuatkannya seolah-olah sukar difahami


secara terperinci. Namun, ia boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama
iaitu

 Teknologi
 Perniagaan
 Masyarakat

Teknologi : Infrastruktur

1. E-dagang ialah fenomena yang didorong oleh teknologi yang bergantung


pada pelbagai teknologi maklumat serta konsep asas daripada sains
komputer yang dibangunkan selama tempoh 50 tahun. Teras e-dagang
ialah Internet dan web.

2. Teknologi ini didukung oleh pelbagai teknologi lain seperti


pengkomputeran awan/ cloud computing, komputer meja, telefon pintar,
komputer tablet, rangkaian kawasan setempat/ local area network,
pangkalan data hubungan dan bukan hubungan/ relation and non
relational database, pengkomputeran klien @ pelayan/ server computing,
suis optik serat dan banyak lagi teknologi lain.
3.

Teknologi ini terletak pada aplikasi pengkomputeran perniagaan yang


canggih seperti di seluruh perusahaan dan perniagaan untuk empat
sistem di bawah:
 sistem maklumat yang luas
 sistem pengurusan rantaian bekalan
 sistem perancangan sumber pembuatan
 sistem pengurusan perhubungan pelanggan.

4. E-dagang bergantung pada semua teknologi asas ini-bukan hanya Internet


semata-mata.

5. Internet yang mewakili teknologi komunikasi terkini ialah perkembangan


dalam evolusi pengkomputeran korporat dan sebahagian daripada
rangkaian inovasi berasaskan komputer dalam perniagaan.
Internet dan evolusi pengkomputeran
korporat

Rajah di atas menggambarkan peringkat utama dalam pembangunan


perkomputeran korporat serta menunjukkan bagaimana Internet dan Web sesuai
dengan trajektori pembangunan ini.

6. Internet dan Web, dan kemunculan platform mudah alih yang diadakan
bersama-sama oleh web cloud, adalah terkini dalam rangkaian teknologi
yang berkembang dan aplikasi perniagaan yang berkaitan yang telah
direka sejak dahulu.

Perniagaan: Konsep asas

1. Teknologi menyediakan infrastruktur manakala aplikasi perniagaanlah


yang berpotensi untuk memberikan pulangan luar biasa ke atas
pelaburan-yang mewujudkan minat dan kegembiraan dalam e-dagang.

2. Teknologi baru menyajikan perniagaan dan usahawan dengan cara baru


dalam mengatur perniagaan dan transaksi dalam perniagaan. Teknologi
baru mengubah strategi dan rancangan firma sedia ada dan lama menjadi
baru.
3. Teknologi baru menyebabkan kelahiran dan kemunculan beribu-ribu
syarikat baru yang muncul dengan produk dan perkhidmatan baru.

4. Teknologi baru adalah perkuburan kepada banyak perniagaan tradisional.

5. Untuk benar-benar memahami e-dagang, anda perlu mengenali beberapa


konsep perniagaan utama, seperti:
 sifat digital pasaran
 barangan digital
 model perniagaan
 rantaian nilai perusahaan dan industri
 nilai web
 struktur industri
 gangguan digital
 kelakuan pengguna dalam pasaran digital
 konsep asas analisis kewangan.

Masyarakat: Menjinakkan juggernaut

1. Dengan sekitar 3.3 bilion masyarakat yang menggunakan Internet di


seluruh dunia, kesan Internet dan e-dagang pada masyarakat adalah
penting dan global. E-dagang tertakluk kepada undang-undang negara
dan entiti global.

2. Disebabkan Internet dan Web sangat mahir mengesan identiti dan tingkah
laku individu dalam talian, e-dagang menimbulkan kesukaran untuk
memelihara privasi - keupayaan individu untuk meletakkan batasan pada
jenis dan jumlah maklumat dikumpulkan mengenai mereka, dan
mengawal penggunaan maklumat peribadi mereka.

3. Facebook contohnya sering mendapatkan maklumat peribadi


penggunanya tanpa disedari atau dengan sukarela. Kos pengedaran
salinan digital harta intelek iatu kerja-kerja ketara fikiran seperti muzik,
buku, dan video, hampir percuma dan ini nyata merugikan penciptanya.

4. Internet dan e-dagang menimbulkan cabaran khas kepada pelbagai


masyarakat terutama dalam melindungi hak harta intelek.

5. Sifat e-dagang global juga menimbulkan isu dasar ekuiti awam,


kesamarataan dalam akses, peraturan kandungan, dan cukai.

Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, utiliti telefon awam diperlukan di


bawah undang-undang utiliti awam untuk menyediakan perkhidmatan
asas yang tersedia pada kadar yang berpatutan supaya semua orang
boleh mempunyai perkhidmatan telefon awam. Sekiranya undang-undang
ini diperluaskan ke Internet dan Web apakah yang akan berlaku?
Sekiranya barangan itu dibeli oleh penduduk New York State dari laman
web di California, dan dihantar dari sebuah pusat di Illinois untuk ke New
York, negeri apa yang berhak untuk mengutip cukai jualannya?

Sekiranya beberapa pengguna internet menggunakan jumlah gig yang luar biasa
dalam jalur lebar dengan menonton filem tidak berkesudahan, apakah negeri
yang terlibat dapat lakukan kerana adanya konsep kesamarataan?

You might also like